Translate

Sunday, 16 March 2014

MISTERI KEHILANGAN PESAWAT MH 370 HAMPIR TERJAWAB

1.  Kejadian pesawat terhempas dan hilang merupakan tragedi yang sangat tragis kepada ahli keluarga yang terlibat. Malah peristiwa dan tragedi yang sebegini pastinya akan mendapat perhatian dunia, apatah lagi ianya membabitkan jumlah penumpang yang besar dan juga penumpang yang terlibat daripada warganegara dari kuasa besar dunia.

2.  Kehilangan sebuah pesawat Boeing 777-200 milik MAS pada Sabtu lalu (8 Mac 2014) yang masih belum ditemui hingga kini (sewaktu artikel ini ditulis-16 Mac) pastinya menimbulkan seribu persoalan. Ini kerana pesawat ini didapati tiba-tba terputus hubungan dan hilang daripada radar ketika menuju ke Beijing. Dalam pada itu, banyak sekali spekulasi yang muncul tentang kehilangan MH 370. Banyak pihak yang bimbang kapal terbang ini sudah terhempas ataupun dirampas. Alhamdulillah, rakyat Malaysia yang prihatin masih tak jemu-jemu mengadakan solat hajat dan bacaan yaasin di masjid-masjid untuk memohon petunjuk dan juga pertolongan Allah agar memberi harapan supaya MH 370 ini masih selamat dan dapat ditemui.

3.  Setelah 8 hari berlalunya tragedi ni maka baru semalam ( 15 Mac 2014), YAB Perdana Menteri dapat mengumumkan secara hampir pasti bahawa pesawat ini masih dalam keadaan selamat dan disyaki dirampas ataupun ada unsur-unsur sabotaj dari seorang juruterbang yang berpengalaman secara solo. Antara intipati pengumuman YAB Perdana Menteri semalam ialah: 

" Usaha mecari MH 370 kini memasuki fasa baharu. Sepanjang tujuh hari lepas, kami mengikuti pelbagai kemungkinan. Kepada keluarga dan rakan-rakan mereka yang terlibat, kami berharap maklumat baharu ini akan membawa kami lebih dekat kepada menemui pesawat berkenaan."

"Tumpuan mencari kini difokuskan di dua koridor- utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehngga utara Thailand dan Selatan menganjur dari Indonesia ke Utara Lautan Hindi. Operasi di Laut China Selatan dihentikan."

" Setakat ini belum dapat disahkan pesawat dirampas dan fokus baharu siasatan ialah kepada anak kapal dan penumpang."

4.  Di samping itu terdapat beberapa petunjuk baharu di mana seseorang dalam pesawat telah mematikan sistem komunikasi termasuk transponder MH 370 sebelum memasuki Vietnam. Laluan pesawat melencong ke Semenanjung Malaysia dan menghala barat laut dengan pergerakan konsisten. Dan data komunikasi terakhir antara pesawat dan satelit pada 8.11 pagi 8 Mac.

5.  Dalam pengumumannya kepada media semalam, YAB Perdana Menteri juga mengatakan walaupun terdapat laporan media bahawa pesawat ini telah dirampas, saya ingin tegaskan dengan sejelas-jelasnya bahawa kami sedang menyiasat semua kemungkinan yang boleh menyebabkan MH 370 melencong dari laluan asal penerbangannya.

6.  Menyentuh tentang misteri kehilangan pesawat ini, tentu ramai yang biasa mendengar  Segi Tiga Bermuda yang dikaitkan sebagai kawasan misteri berikutan ratusan kapal laut dan  kapal terbang dilaporkan hilang di kawasan yang menjangkau keluasan sehingga 1.2 juta kilometer persegi yang popular diberi nama "Segi Tiga Syaitan" iaitu satu kawasan yang dibentuk tiga lokasi iaitu Bermuda, Puerto Rico dan unjuran paling Selatan Florida. 

7.  Antara kes-kes kehilangan kapal dan pesawat yang dilaporkan ialah kapal USS Cyclops (1918), kapal Carroll A. Deering (1921), skuadron pesawat pengebom Flight 19 (1945), pesawat British South American Airways (BSAA) Star Tiger (1948) dan pesawat BSAA Star Ariel (1949). Hakikatnya terdapat banyak lagi misteri nahas pesawat yang berlaku di kawasan-kawasan lain di seluruh dunia.Antaranya:

Pada 1937 Juruterbang wanita pertama iaitu Amelia Earhart telah hilang setelah membuat penerbangan solo merentasi Lautan Pacific di Papua New Guinea. Pesawatnya telah gagal ditemui. Akhirnya diisytiharkan mati pada tahun 1939 setelah pesawatnya gagal ditemui.

Pada 8 Nov 1957, Pesawat Pan Am 7 telah terhempas ke dalam lautan Pasifik dan mengorbankan 44 orang penumpang. Pihak berkuasa tidak dapat menentukan punca kemalangan kerana tiada isyarat kecemasan yang diterima oleh radar menara kawalan. Mayat hanya ditemui hanya selepas tujuh hari dan badan pesawat ditemui terapung di timur laut Honolulu.

Pada 31 Oktober 1999 Egypt Air Flight 990  penerbangan  dari Lapangan Terbang JFK New York ke Kaherah, Mesir telah terhempas di Atlantik yang mengorbankan 217 penumpang pesawat berkenaan.. Akhirnya mendapati pembantu juruterbang yang dikatakan sengaja melakukan sabotaj penerbangan tersebut kerana marah selepas ditegur atas kesalahan seksual oleh pihak penerbangan sebelumnya. Pihak penyiasat Mesir kemudiaannya mengeluarkan kenyataan bahawa pesawat tersebut terhempas kerana masalah teknikal.

8. ADAKAH MH 370 DI SABOTAJ OLEH JURUTERBANG UTAMA ATAU PEMBANTUNYA SEPERTI YANG BERLAKU KE ATAS  EGYPT AIR PADA TAHUN 1999. SAMA-SAMA KITA DOAKAN AGAR SEGALA KEMUNGKINAN INI TAK BERLAKU. JIKA BERLAKU SEKALIPUN MAKA KITA MOHON KEPADA ALLAH AGAR PARA PENUMPANGNYA MASIH BERADA DALAM KEADAAN SELAMAT.

Wednesday, 12 March 2014

PERISYTIHARAN PRIBUMI PERKASA 16 NOVEMBER 2008 (masihkah kau ingat..?)

Pada 16 hb Nov 2008 , jam 0.800 pagi - 1.00 tengahari di Memorial Tun Hussein Onn, Bukit Perdana, Kuala Lumpur ; saya telah berkesempatan menghadiri satu majlis Wacana Perkasa anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA ) dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia. Ucaptama wacana ini telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Luar Malaysia. Di akhir wacana ini, satu deklarasi yang dinamakan PERISYTIHARAN PERKASA MENGENAI HAK-HAK PRIBUMI DALAM PERLEMBAGAAN telah disepakati. Teks kepada Pengisytiharan tersebut adalah seperti berikut:

BISMILLAHIR-RAHMANIR-RAHIM.

1) MENGINSAFI BAHAWA kelangsungan dan kejayaan Persekutuan Malaysia akan sentiasa bergantung kepada kejayaan sebenar usaha-usaha pengisian Kedaulatan Melayu dan Pribumi dalam proses kenegaraan dan amalan masyarakat Malaysia;

2) MENYEDARI BAHAWA sebarang usaha untuk menafikan kedudukan, kuasa, wibawa, kepentingan dan peranan Kedaulatan Melayu dan Pribumi dalam proses kenegaraan dan amalan masyarakat Malaysia akan menghasilkan ketidaktentuan kepimpinan negara dan amalan politik yang tidak terarah dan lemah;

3) MENYEDARI BAHAWA ancaman-ancaman terhadap kelangsungan dan kejayaan Persekutuan Malaysia yang berteraskan kepada Kedaulatan Melayu dan pribumi, telah dan sedang berlaku dengan hebat, tersusun dan menyeluruh, yang menuntut perjuangan dan tindakan-tindakan penentangan dari bangsa Melayu dan pribumi, serta masyarakat terbanyak;

4) MENGETAHUI BAHAWA kaum bukan Melayu di Malaysia memiliki jaminan hak dan kepentingan sah pada tahap paling tinggi di bawah perlindungan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong;

MAKA dengan berpandu kepada fakta-fakta yang benar, bukti-bukti sejarah dan bukti-bukti terkini dan hujah-hujah yang sah, KAMI Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dengan kerjasama Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia yang bersidang pada hari ini, 16 November 2008 bersamaan 18 Dzulkaedah 1429H, dalam wacana Hak-Hak Pribumi dalam Perlembagaan di Auditorium Memorial Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur, dengan tegas dan lantang menyatakan bahawa :

SATU - MENGGESA pihak kerajaan (persekutuan dan negeri ) agar sentiasa mendapatkan restu dan perkenan DYMM Raja-Raja Melayu bagi apa jua tindakan pentadbiran yang menyentuh atau berkaitan dengan hak dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan Pribumi di Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain;

KEDUA - MENGGESA semua pihak supaya menghormati semangat perlembagaan yang mendasari dan menjadi paksi kepada kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta tidak melakukan sesuatu tindakan yang secara langsung atau tidak langsung menjejas dan menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Di atas semangat yang sama, kami menuntut dilaksanakan penggunaan sepenuhnya Bahasa Melayu dalam urusan perundangan dan kehakiman negara;

KETIGA - MENGINGATKAN bahawa peruntukkan asas perlembagaan adalah suatu piagam yang tidak boleh sama sekali di ubah, dipinda, dibuang, dimansuh atau dicabar secara sewenang-wenangnya. Ini kerana peruntukkan-peruntukkan asas tersebut bukan sekadar suatu dokumen undang-undang, tetapi ia mencatatkan dan melambangkan semangat permuafakatan dan kerjasama pelbagai pihak dan kepentingan;

KEEMPAT - MENCADANGKAN agar kedudukan tanah rezab Melayu dan Rejimen Askar Melayu Di-Raja dimasukkan di bawah perlindungan Raja-Raja Melayu melalui pindaan kepada perkara 159 Fasal (5) dan perkaras 10 fasal (4). Ini berdasarkan hakikat bahawa perlembagaan adalah suatu piagam yang di dalamnya terjamin maktub struktur asas Negara bangsa Malaysia ;

KELIMA - PERCAYA bahawa faham ketuanan Melayu sering disalah tafsir sedangkan ianya adalah satu hakikat sejarah bahawa orang Melayu dan pribumi lainnya adalah tuan rumah asal negara ini. Pembuktian mengenai faham ketuanan ini secara langsung telah dilambangkan melalui institusi Raja-Raja Melayu melalui ketuanan berhemah seperti yang terjamin maktub di dalam perlembagaan persekutuan. Justeru, itulah seluruh peruntukkan dalam perlembagaan Raja Melayu dan pribumi tidak boleh dipertikaikan;

KEENAM - MENGUSULKAN agar beberapa peruntukkan khas perlu diadakan dan dilindungi di bawah perlembagaan bagi memelihara dan memajukan kedudukan dan kepentingan golongan yang daif dan miskin secara saksama tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama;

KETUJUH - MENGGESA agar semua rakyat, terutamanya generasi muda serta pemimpin semua peringkat, wajib memahami isi kandungan serta peranan perlembagaan dalam menjamin ketenteraman dan keharmonian Malaysia sebagai sebuah Negara bangsa. Untuk itu kerajaan pusat dan negeri harus mewajibkan kefahaman ini kepada kumpulan sasar melalui sistem pendidikan atau kursus-kursus khas seperti Pusat Latihan Khidmat Negara ;

KELAPAN - MENGGESA agar semua parti politik dan badan-badan bukan kerajaan agar mengakui dan menerima peruntukan-peruntukan yang berkaitan hak-hak keistimewaan kaum melayu dan bumiputra serta kepentingan-kepentingan sah kaum lain serta tidak mengeksploitasi peruntukan di atas bagi maksud-maksud sempit sehingga menggugat keharmonian dan kestabilan Negara bangsa.

Menginsafi dan menyedari bahawa perjuangan mempertahankan yang hak dan benar dan memperkasakan Kedaulatan melayu dan pribumi memerlukan beberapa tindakan segera, maka KAMI mengesyorkan :

(i) Supaya dirangka dan dilaksanakan satu program raksasa memberi pendidikan dan memasyarakatkan, berdasarkan kumpulan sasaran yang ditetapkan akan kedudukan, kuasa, wibawa, kepentingan dan peranan Kedaulatan melayu dan pribumi dalam proses kenegaraan dan amalan masyarakat Malaysia, di mana Institusi Raja-Raja Melayu mohon Menjungjung Kasih akan berperanan sebagai Penaung dan Penasihat;

(ii) Supaya diambil tindakan menyusun kurikulum program pemasyarakatan ini secara lengkap dan kaedah penyampaiannya ditentukan supaya berkesan ditahap di mana kumpulan sasaran berupaya menjiwainya;

(iii) Supaya disusun strategi yang menyeluruh dan bertindak secara bijaksana dan berkesan bagi mengalahkan peperangan psikologi dan saraf, usaha-usaha halus dan terang-terangan penghakisan dan pengkhianatan terhadap asas-asas, struktur-struktur dan kekuatan Kedaulatan Melayu;

(iv) Menggesa pihak yang bertanggungjawab agar merangka pelan-pelan dan jangkamasa tindakan serta pengukuran kejayaan terhadap usaha-usaha memperkasakan hak-hak istimewa bangsa Melayu dan pribumi serta mendapatkan pandangan dan maklum balas dari Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu selaku Penaung dan Penasihat, dan melaksanakan semua pelan-pelan tindakan ini sehingga berjaya.


KUALA LUMPUR
16 November 2008/ 18 Dzulkaedah 1429H

Dengan Pengisytiharan inilah yang menyebabkan saya tertarik dan terpanggil untuk menyertai dan menjadi Ahli Perkasa dalam senarai 100 Ahli yang terawal.

SHAMSUDDIN BIN MONER

Tuesday, 11 March 2014

VIRUS SEPILIS DARI INDONESIA MEREBAK DI KAJANG

1.  Apakah dia VIRUS SEPILIS ? Virus Sepilis ini jika merebak dan menyerang tubuh seseorang maka seseorang yang dijangkiti kuman Virus Sepilis ini akan hilang akal dan tidak mampu untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk, yang mana halal dan yang mana haram. Bagi yang mempunyai antibodi yang kuat dalam dirinya maka virus Sepilis ini sekuat mana dan juga sebanyak manapun tidak akan mampu untuk melemahkan akal dan fikiran seseorang. Nak kenal lebih dekat apa itu virus Sepilis..?

2.  SEPILIS adalah 'sort form' daripada gabungan perkataan 'SEKULARISME' , 'PLURALISME' dan 'LIBERALISME'. Diringkas dan dicantumkan menjadi 'SEPILIS'.  Majlis Fatwa Indonesia (MUI) dan juga Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia telah sama-sama memfatwakan bahawa  fahaman 'sekularisme', 'pluralisme' dan ' liberalisme'  adalah menyeleweng dan sesat daripada ajaran Islam. Ianya telah mula merebak dan dikesan penularannya di Indonesia sejak pertengahan 1980-an yang didokong fahaman ini oleh Nurcholis Madjid dan Abdul Rahman Wahid (Gus  Dur). Nampaknya virus Sepilis ini telah mula merebak di Malaysia menerusi Negeri Selangor dan Kajang merupakan kawasan yang diberi tumpuan oleh  pembawa virus tersebut ketika ini.

3.  Apakah virus Sepilis ini..?

a.  Sekularisme - Ianya memisahkan urusan dunia dari agama; agama hanya digunakan untuk mengatur hubungan peribadi dengan Tuhan, sedangkan hubungan sesama manusia diatur hanya dengan berdasarkan kepada kesepakatan sosial. Meletakkan prinsip bahawa ajaran Islam yang selama ini adalah eksklusif dalam aqidah dan syariah, tapi boleh inkusif dan toleran dalam pergaulan sosial.

b.  Pluralisme Agama - Ianya adalah suatu fahaman yang mengajarkan manusia untuk beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan kerana persamaan ini maka kebenaran setiap agama di dunia ini adalah sifatnya relatif. Oleh sebab itu setiap pemeluk agama tidak boleh mendakwa bahawa hanya agamanya saja yang benar sedangkan agama yang lain adalah salah. Pluralisme juga mengajarkan bahawa semua pemeluk agama akan masuk dan hidup berdampingan di syurga.

c.  Liberalisme -  Ianya adalah suatu fahaman yang mana seseorang itu dibenarkan memahami nas-nas agama iaitu Al-Quran dan As-Sunnah dengan menggunakan akal fikiran yang bebas; dan hanya menerima doktrin-doktrin agama yang sesuai dengan akal fikiran semata-mata (rasionalisme).

4.  Inilah apa yang difahami dan dimengertikan dengan 'Virus Sepilis'. Amat merbahaya bagi generasi 'Y' pada hari ini yang berpendidikan tinggi dan juga golongan menengah melayu muslim yang terdedah dengan politik kepartian yang mengdoktrin perjuangan mereka untuk keadilan rakyat dan kesejagatan semua agama yang ada di negara ini. Virus ini sekarang sudah mula menular di Kajang.

PRK Kajang: " Tolak PKR- Selamatkan Selangor"

Monday, 10 March 2014

LIBERALIS LEBIH IBLIS DARIPADA IBLIS

1.  Makhluk Iblis disebut Iblis kerana sikap pembangkangannya terhadap perintah Allah s.w.t. Kerananya, mereka yang membangkang tehadap Allah s.w.t layak juga disebut Iblis atau anak Iblis, ataupun sekurang-kurangnya pengikut Iblis. Bahkan pembangkangan manusia terhadap Allah s.w.t ada kalanya lebih dahsyat daripada pembangkangan Iblis itu sendiri; contohnya Firaun yang mengaku dirinya Tuhan. Iblispun tak sampai ke tahap mengakui dirinya Tuhan seperti yang berani dilakukan oleh Firaun.

2.  Sekalipun Iblis selalu menggoda anak Adam agar menjadi atheis iaitu tidak mempercayai adanya Tuhan ataupun mensyirikkan Tuhan dengan makhluk, namun Iblis sendiri dengan sejarah kesesatan, kesombongan dan juga sifat takburnya kepada Allah tidak pernah menafikan kewujudan dan juga kekuasaan Allah serta mensyirikkan Allah.Iblis tahu dan mengakui bahawa Allah itu Maha Esa. Itulah sebabnya mengapa kita boleh katakan bahawa orang yang mempunyai aliran pemikiran liberal (Liberalis) yang terpesona dengan pemikiran atheis (keperayaan tiadanya Tuhan) dan mengagungkan kekuatan akal manusia berbanding wahyu Ilahi adalah jauh lebih Iblis daripada Iblis.

3.  Keadaan ini digambarkan oleh Allah dalam Firman-Nya Surah Al-Hasyr: ayat 16, yang bermaksud:"Seperti bujukan syaitan ketika ia berkata kepada manusia "kafirlah kamu", maka tatkala manusia itu telah kafir ia berkata, "Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu,kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah Tuhan semesta alam."

4.  Jadi, amat lucu sekali jika ada orang "liberal" yang mengaku sebagai "Muslim Liberal" atau "Islam Liberal", kerana Liberal bukan Islam dan Islam bukan Liberal. Mereka yang menggunakan istilah ataupun menggelarkan diri mereka sebagai "Muslim Liberal" atau "Islam Liberal" sebenarnya bertopengkan nama Islam untuk menghancurkan Islam dari dalam.

5.  Dan yang paling menjijikkan adalah tatkala Kaum Liberal mendakwa bahawa mereka adalah kumpulan reformis yang membuka pintu ijtihad dan pejuang kebebasan. Pada hal, pintu ijtihad tidak pernah ditutup oleh ulama salaf mau pun khalaf, bahkan di setiap zaman para ulama selalu berijtihad untuk menjawab berbagai persoalan yang timbul seiring dengan kemajuan zaman dan kehendak semasa. Cuma kita yang berpegang kepada Ahlus Sunnah berijtihad bersandarkan kepada nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah serta Ijma dan Qias.Golongan liberalis ini berijtihad dengan mnggunakan hukum akal dan logik manusia semata-mata mengikut kehendak hawa nafsu dan juga kepentingan individu.

6.  Di selangor golongan liberalis ini telah bersekutu dengan puak-puak Gereja Khatolik untuk mencabar Titah Sultan Selangor yang melarang penganut agama kristian dan agama-agama lain menggunakan Kalimah Allah. Mereka telah menyokong dan mempertahankan tindakan Paderi Lawrence Andrew untuk menggunakan Kalimah Allah dalam upacara-upacara sembahyang orang kristian di Gereja..Mereka juga telah menentang tindakan JAIS yang kononnya menceroboh masuk ke DUMC Pada tahun 2011 untuk menyelamatkan aqidah umat Islam yang cuba nak dikristiankan oleh Gereja..Mereka juga menentang dan mengutuk tindakan JAIS yang telah merampas Bible terjemahan Bahasa Melayu di Damansara...Mereka juga mendesak kerajaan supaya membenarkan orang Melayu untuk murtad...mereka juga menjadi talibarut kepada pemmpin-pemimpin DAP dan PKR yang kristian untuk dibawa masuk ke dalam masjid untuk menyampaikan ucapan dan menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin di masjid..Marilah sama-sama kita selamatkan selangor daripada gerombolan liberalis ini.

Oleh itu mari kita sama-sama berdoa kepada Allah s.w.t semoga menyelamatkan negara kita daripada golongan aliran pemikiran liberal ini daripada menguasai pemerintahan dan juga pemikiran rakyat khasnya di Negeri Selangor yang menjadi pusat kepada gerakan ajaran sesat dan puak-puak liberalis ini.

PRK KAJANG
"TOLAK PKR-SELAMATKAN SELANGOR"

FATWA MENGENAI KESESATAN ALIRAN PEMIKIRAN LIBERAL PERLU DISEBARKAN

KEPUTUSAN MUZAKARAH FATWA KEBANGSAAN MENGENAI ALIRAN PEMIKIRAN LIBERAL DI MALAYSIA


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Aliran Pemikiran Liberal: Hukum dan Implikasinya Kepada Islam Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Gerakan Pemikiran Liberal mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah seperti berikut:

1.  Aspek Akidah.

     a.  Berpegang kepada Konsep Pluralisme - Konsep pluralisme adalah menjadi pegangan utama dalam aliran pemikiran liberal. Pluralisme agama berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respon yang tersendiri terhadap Realiti Yang Agung (ultimate reality). Semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung.

     b. Akal Manusia Adalah Wahyu -  Aliran ini membahagi wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu yang bertulis dan wahyu yang tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, konteks suasana zaman.

     c. Meragui Ketulinan Al-Quran -  Aliran pemikiran ini mendakwa al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad yang menjadi pembawa risalah juga terdiri dari orang Arab. Mereka menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah message budaya Arab.

2.  Aspek Syariah.

    a. Mempersoalkan Methodologi Pentafsiran Al-Qur’an Dan Al-Hadith - Aliran pemikiran ini mempersoalkan cara atau methodologi pentafsiran al-Quran yang digunapakai kini. Dengan slogan “membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran”, aliran pemikiran ini menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Contohnya, mereka mendakwa syurga dan neraka tidak wujud melainkan kesan psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia. Hari akhirat ditafsirkan sebagai tidak wujud melainkan satu fasa untuk manusia mencapai satu tingkatan kepada tingkatan yang lebih matang dan sempurna.

     b.  Menggesa Tafsiran Baru Konsep Ibadat - Aliran pemikiran ini juga berpegang ‘membuka dan membebaskan' tafsiran al-Quran, sebagai alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks al-Quran menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat.

      c.  Mempertikaikan Kriteria Dan Akhlak Kenabian - Aliran pemikiran ini secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasululah s.a.w. dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas manusia lain (leadership value). Justeru sesiapapun boleh mempunyai sifat nubuwwah tersebut untuk memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Malah mukjizat seperti peristiwa Isra’ dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita yang sengaja diperbesarkan (exageration) oleh pengikut baginda yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak terjadi di alam realiti.

     d.  Sikap Terhadap Ilmu-Ilmu Islam - Ilmu-ilmu Islam seperti Usul al-tafsir, Usul al-Fiqh, Usul al-Hadith, al-Jarah wa al-Ta’dil dan sebagainya yang telah secara Ijma’ diterima sebagai metod dalam displin ilmu, telah dikritik oleh aliran pemikiran ini sebagai buatan manusia. Penentuan hukum yang telah qat’ie dan hukum yang tidak qat’ie menurut mereka perlu dinilai semula dalam usaha merealisasikan konsep membuka dan membebaskan Islam melalui tafsiran semula ajaran Islam.

      e.  Sikap Terhadap Hukum - Aliran pemikiran liberal ini mempunyai kaedah yang tersendiri apabila merujuk kepada hukum-hukum Fiqh iaitu mengambil tujuan hukum bukan bentuk hukum.

KEPUTUSAN : 

BERDASARKAN KEPADA CIRI-CIRI PENYELEWENGAN TERSEBUT, MUZAKARAH MEMUTUSKAN BAHAWA ALIRAN PEMIKIRAN LIBERAL ADALAH AJARAN SESAT DAN MENYELEWENG DARIPADA SYARIAT ISLAM.

Sunday, 9 March 2014

MALAYSIA DIANCAM BAHAYA FAHAMAN LIBERAL (LIBERALISME AGAMA)

1.  Adakah anda mengenali ciri-ciri dan juga pemikiran seseorang yang dirasuk dengan fahaman liberal (liberalisme) ? Liberalisme merupakan satu penyakit kanser pemikiran yang secara senyap boleh menghancurkan aqidah dan membunuh iman seseorang intelektual muslim.

2.  Seseorang yang telah menghidap penyakit kanser liberalisme ini kebiasaan pemikirannya telah dijangkiti oleh EMPAT jenis virus yang boleh membunuh benih-benih iman dan Islam dalam pegangan hidupnya, iaitu:

Pertama:  RELATIVISME - iaitu virus liberal yang memandang semua kebenaran adalah relatif (tidak pasti), sehingga tidak ada kebenaran mutlak, termasuk kebenaran agama. Virus ini akhirnya akan menimbulkan penyakit PLURALISME yang memandang semua agama sama dan benar, sehingga tidak boleh suatu umat beragama di dunia ini mendakwa hanya agamanya saja yang paling benar, sebaliknya perlu mengakui kebenaran agama lain.

Kedua:  SKEPTISISME - iaitu Virus Liberal yang meragukan kebenaran agama dan menolak  keuniversalan dan komprehensifnya agama yang mencakupi semua sektor kehidupan, sehingga agama hanya mengatur urusan ritual ibadah saja dan bukannya agama itu sebagai 'Addin' ataupun sebagai 'Nizamul Hayat'. Virus ini menimbulkan penyakit SEKULARISME yang memisahkan urusan agama dari semua urusan Negara, baik yang bersangkutan dengan politik dan siasah, ekonomi, sosial dan budaya, pendidikan, industri maupun sains dan teknologi.

Ketiga:  AGNOSTISISME - iaitu Virus Liberal yang melepaskan diri dari kebenaran agama dan bersikap tidak tahu menahu tentang kebenaran agama, sehingga agama tidak lagi menjadi sukatan dan rujukan dalam mengukur sesuatu kebenaran dan haq. Virus ini menimbulkan penyakit MATERIALISME yang mengukur segala sesuatu dengan kebendaan (materialistik), termasuk dalam soal mengamalkan sesuatu perkara yang  bersangkutan dengan agama dengan sentiasa menghitung keuntungan dan rugi di dunia.

Keempat: ATHEISME - iaitu Virus Liberal yang menolak semua kebenaran, khususnya kebenaran agama dan memandang Tuhan hanya sebagai 'Faith Identity' (Identiti Kepercayaan) yang menjadi mitos (Takhayyul). Berfikiran bahawa agama itu harus dirumus dan dipegangi keyakinannya berdasarkan kepada rasional akal semata-mata. Virus ini menimbulkan penyakit RASIONALISME iaitu segala sesuatu hanya diukur dengan akal semata-mata, sehingga akal dijadikan Tuhan dalam semua perkara yang difikirkan rasional.

3.  Ini bermakna bahawa seorang yang LIBERAL adalah orang yang pemikirannya sudah terserang dan dihinggapi Empat Virus yang dinyatakan di atas iaitu Virus Relativisme yang menimbulkan penyakit pluralisme, Virus Skeptisisme yang menimbulkan penyakit Sekularisme, Virus Agnostisisme yang menimbulkan penyakit materialisme dan Virus Atheisme yang menimbulkan penyakit rasionalisme.

4.  Jelas kepada kita bahawa kaum Liberal ini adalah kelompok anarki pemikiran, perosak agama dengan meletakkan pemikiran dan juga kefahaman mereka mengatasi doktrin agama wahyu. Mereka ini sebenarnya adalah musuh Islam sehingga wujudnya gerakan-gerakan memperjuangkan hak asasi manusia di kalangan mereka yang menolak segala bentuk formalisasi dan juga undang-undang syariat Islam. Liberalisme ini adalah musuh besar Islam, dan musuh paling berbahaya hingga ianya boleh dikatakan lebih berbahaya daripada segala kemungkaran dan kesesatan yang ada.

5.  Di Malaysia, gerakan-gerakan liberal ini telah mula menular di kalangan intelektual Islam yang  menggelarkan diri mereka sebagai pejuang hak asasi manusia yang bersekutu dengan puak-puak liberalisme agama-agama lain. Kemungkinan individu-individu muslim yang berfahaman sedemikian bergerak aktif dalam Majlis Peguam Malaysia (Bar Council), COMANGO, SIS dan juga gerakan mempromosi 'Seksualiti Merdeka' (LGBT). Kemungkinan juga kelompok ini wujud dan diberi ruang dalam mengembangkan pemikiran mereka dalam satu institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan iaitu 'Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN).

6.  Di bawah ini dipetik beberapa siri ucapan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang comfirm dijangkiti Virus Liberal ini semasa dialog “Religion and Pluralisme in a Divided World” pada 18 Mac 2010, di London School of Economic (LSE):

" Golongan-golongan agama tertentu yang menganggap hanya satu ajaran asasi tetentu saja yang membawa ke jalan keselamatan / syurga adalah pandangan yang silap dan tertutup. Agama-agama lain juga benar.."

"Semua agama mempunyai pertanyaan yang sama iaitu dari mana datangnya manusia? Apa matlamat hidupnya ? Apa yang berlaku bila ia meninggal dunia ? Yang bermaksud persamaan universal antara semua agama adalah untuk mencari kebenaran, keadilan dan sifat keunggulan".

"Pada hari ini wujud kebebasan beragama tetapi mengenepikan Pluralisme Agama yang sepatutnya kedua-duanya diperteguhkan sebagai konsep kebebasan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi.Memihak kepada satu agama dan mengenepikan agama-agama lain adalah bertentangan dengan semangat Pluralisme Agama".

" Al-Quran sendiri menganjurkan Pluralisme Agama seperti dalam firman Allah s.w.t, 'Tidak ada paksaan dalam agama'; maka mestilah perbuatan memaksakan kepercayaan seseorang ke atas orang lain bukan bersifat Islamik. Jika ayat ini ditolak, maka kenyataan Al-Quran itu tidak mempunyai apa-apa erti".

7.  Telitilah ucapan-ucapan pemimpin yang saya nyatakan di atas. Adakah ianya selari dengan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan juga prinsip-prinsip Al-Quran dan As-Sunnah itu sendiri. Justeru, jauhilah dan marilah kita membenteras puak-puak yang beramal dengan fahaman-fahaman liberal yang sedemikian yang bakal membunuh keimanan generasi 'Y' kita di masa hadapan.

KEPUTUSAN MUZAKARAH FATWA KEBANGSAAN MENGENAI
ALIRAN PEMIKIRAN LIBERAL DI MALAYSIA

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Aliran Pemikiran Liberal: Hukum dan Implikasinya Kepada Islam Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Gerakan Pemikiran Liberal mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah seperti berikut:

1.  Aspek Akidah.

     a.  Berpegang kepada Konsep Pluralisme - Konsep pluralisme adalah menjadi pegangan utama dalam aliran pemikiran liberal. Pluralisme agama berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respon yang tersendiri terhadap Realiti Yang Agung (ultimate reality). Semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung.

     b. Akal Manusia Adalah Wahyu -  Aliran ini membahagi wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu yang bertulis dan wahyu yang tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, konteks suasana zaman.

     c. Meragui Ketulinan Al-Quran -  Aliran pemikiran ini mendakwa al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad yang menjadi pembawa risalah juga terdiri dari orang Arab. Mereka menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah message budaya Arab.

2.  Aspek Syariah.

    a. Mempersoalkan Methodologi Pentafsiran Al-Qur’an Dan Al-Hadith - Aliran pemikiran ini mempersoalkan cara atau methodologi pentafsiran al-Quran yang digunapakai kini. Dengan slogan “membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran”, aliran pemikiran ini menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Contohnya, mereka mendakwa syurga dan neraka tidak wujud melainkan kesan psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia. Hari akhirat ditafsirkan sebagai tidak wujud melainkan satu fasa untuk manusia mencapai satu tingkatan kepada tingkatan yang lebih matang dan sempurna.

     b.  Menggesa Tafsiran Baru Konsep Ibadat - Aliran pemikiran ini juga berpegang ‘membuka dan membebaskan' tafsiran al-Quran, sebagai alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks al-Quran menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat.

      c.  Mempertikaikan Kriteria Dan Akhlak Kenabian - Aliran pemikiran ini secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasululah s.a.w. dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas manusia lain (leadership value). Justeru sesiapapun boleh mempunyai sifat nubuwwah tersebut untuk memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Malah mukjizat seperti peristiwa Isra’ dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita yang sengaja diperbesarkan (exageration) oleh pengikut baginda yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak terjadi di alam realiti.

     d.  Sikap Terhadap Ilmu-Ilmu Islam - Ilmu-ilmu Islam seperti Usul al-tafsir, Usul al-Fiqh, Usul alH-adith, al-Jarah wa al-Ta’dil dan sebagainya yang telah secara Ijma’ diterima sebagai metod dalam displin ilmu, telah dikritik oleh aliran pemikiran ini sebagai buatan manusia. Penentuan hukum yang telah qat’ie dan hukum yang tidak qat’ie menurut mereka perlu dinilai semula dalam usaha merealisasikan konsep membuka dan membebaskan Islam melalui tafsiran semula ajaran Islam.

      e.  Sikap Terhadap Hukum - Aliran pemikiran liberal ini mempunyai kaedah yang tersendiri apabila merujuk kepada hukum-hukum Fiqh iaitu mengambil tujuan hukum bukan bentuk hukum.

KEPUTUSAN : 

BERDASARKAN KEPADA CIRI-CIRI PENYELEWENGAN TERSEBUT, MUZAKARAH MEMUTUSKAN BAHAWA ALIRAN PEMIKIRAN LIBERAL ADALAH AJARAN SESAT DAN MENYELEWENG DARIPADA SYARIAT ISLAM.

Saturday, 8 March 2014

NIKAH MUT'AH: BERMUT'AH SEOLAH-OLAH MENZIARAHI KAABAH 70 KALI..?

1.  Pengikut Syiah meyakini bahawa sesiapa yang bermut'ah dengan wanita Muslimah seolah-olah telah menziarahi Kaabah sebanyak 70 kali (berdasarkan hadis palsu yang dicipta oleh puak syiah). Adakah pegangan dan amalan syariat yang diwar-warkan oleh Imam-Imam Syiah ini sahih dan syar'ie..?

2.  Apakah yang dimaksudkan dengan Nikah Mut'ah? Nikah Mut'ah ialah nikah yang menghadkan tempoh masa tertentu dalam akad nikah seperti seorang lelaki berkata kepada wali perempuan: "kahwinkn aku dengan anak perempuan kamu selama sebulan". Ianya juga disebut sebagai nikah kontrak. Ia lebih menjurus kepada zina berdasarkan kepada ciri-ciri berikut:

     a)  Mut'ah tak perlukan saksi.
     b)  Tidak wajib nafkah ke atas suami.
     c)  Harus menghimpunan lebih daripada empat isteri.
     d)  Isteri tidak mewarisi harta suami.
     e)  Tidak perlu persetujuan wali.
     f)  Tempoh kahwin boleh jadi sejam atau kurang.
     g)  Terfasakh akad tanpa saksi.

3.  Nikah Mut'ah adalah tidak sah bagi Ahli Sunnah tetapi sah pada pandangan Syiah. Al-Imam Nawawi menyebut dalam kitab syarah Sahih Muslim: Pendapat yang terpilih ialah Mut'ah diharamkan dan pernah diharuskan sebanyak dua kali. Mut'ah adalah halal sebelum daripada peperangan Khaibar. Kemudian diharamkan selama-lamanya selepas tiga hari daripada peperangan Khaibar. Ulama' Sunni bersepakat mengatakan Mut'ah adalah nikah bertempoh yang tidak ada padanya warisan harta. Perpisahan antara lelaki dan wanita tersebut sudah cukup untuk membawa kepada terbatalnya tempoh akad walaupun tanpa talak. Dan menjadi Ijmak ke atas pengharaman Mut'ah daripada semua para Ulama' melainkan golongan Ar-Rawafidh, pecahan daripada Syiah.

4.  Kenapa Mut'ah diharamkan? Mut'ah telah dieksploitasi dengan sejelik-jelik eksploitasi dan para wanita telah dihina dengan seburuk-buruk hinaan. Ramai orang yang telah memuaskan keinginan seks mereka berselindungkan Mut'ah dan atas nama agama.  Mereka telah mengemukakan beberapa riwayat yang menggesa kepada Mut'ah, menyediakan pahala kepada yang melaksanakannya serta balasan buruk kepada yang meninggalkannya bahkan sesiapa yang tidak mengamalkannya dianggap bukan muslim. Di antara dalil-dalil yang kononnya daripada hadis Nabi S.A.W: " Sesiapa yang bermut'ah dengan wanita Muslimah seolah-olah telah menziarahi Kaabah sebanyak 70 kali". Adakah orang yang bermut'ah dengan wanita sama dengan menziarahi Kaabah sebanyak 70 kali? Dengan siapa ? Dengan perempuan muslimah?

5.  As-Saduq telah meriwayatkan daripada As-Shadiq, Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya mut'ah agamaku dan agama nenek moyang ku. Sesiapa yang beramal dengannya dia telah beramal dengan agama kami, sesiapa yang mengingkarinya, dia telah mengingkari agama kami dan telah beriktikad dengan selain agama kami". Kata-kata ini jelas mengkafirkan sesiapa yang tidak menerima mut'ah. Bersabda Nabi lagi: "Sesiapa yang bermut'ah sekali akan selamat dari kemarahan Allah terhadapnya, sesiapa yang bermut'ah dua kali, akan dikumpulkan dengan orang-orang yang baik, sesiapa yang bermut'ah tiga kali mereka akan bersama ku di dalam syurga". Inilah antara hadis-hadis palsu yang direka-reka oleh para ulama Syiah untuk menghalalkan perbuatan Nikah Mut'ah di kalangan mereka.

6.  Seorang lagi ulama Syiah As-Sayid Fathallah Al-Kashani meriwayatkan pula dalam 'Tafsir Minhaj As-Shodiqin', daripada Nabi s.a.w telah bersabda : " Sesiapa yang bermut'ah sekali darjatnya seperti darjat Al-Hussin, sesiapa yang bermut'ah dua kali darjatnya seperti darjat Al-Hasan, sesiapa yang bermut'ah tiga kali darjatnya seperti darjat Ali bin Abu Talib, sesiapa yang bermut'ah empat kali maka darjatnya seperti darjat ku ".

HUKUM SEBENAR MUT'AH

7.  Sesungguhnya mut'ah dibenarkan pada zaman Jahiliah. Apabila Islam datang, Islam mengekalkan mut'ah untuk beberapa tempoh sebelum mengharamkannya pada hari Khaibar. Tetapi yang tersebar di kalangan orang-orang Syiah dan Fuqaha' kita ialah Umar bin Al-Khattab yang mengharamkannya. Inilah yang diriwayatkan oleh sebahagian Fuqaha'kita. Pendapat yang betul dalam masalah ini ialah mut'ah telah diharamkan pada hari Khaibar. Berkata Amirul Mukminin: " Rasulullah telah mengharamkan pada hari Khaibar daging keldai dan nikah mut'ah".

Kerosakan Dan Kesan Buruk Mut'ah

8.  Terdapat beberapa kesan buruk dan juga kerosakan yang boleh berlaku jika mut'ah ini diamalkan,iaitu:

     a)  Mut'ah bertentangan dengan nas-nas syariah kerana mut'ah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t.

     b)  Terdapat rekaan riwayat dusta dan disandarkan kepada Imam serta kandungan riwayat tersebut yang keras mencela. Tidak ada yang redha (celaan tersebut) ke atas mereka (Imam) kepada sesiapa yang masih terdapat di dalam hatinya sekecil zarah daripada iman.

     c)  Antara kerosakan Mut'ah ialah mengharuskan bermut'ah dengan wanita yang telah berkahwin meskipun wanita tersebut masih menjadi isteri orang tanpa pengetahuan suaminya. Dalam keadaan ini, tidak akan rasa selamat para suami ke atas isteri-isteri mereka. Kadang-kadang wanita yang sudah berkahwin boleh mut'ah tanpa pengetahuan suaminya yang yang sah dan tanpa mendapatkan redhanya.Inilah kebinasaan setelah kebinasaan.

      d)  Para ibu bapa juga tidak selamat dengan anak-anak gadis dara mereka yang mungking berkahwin mut'ah tanpa pengetahuan ibu bapa mereka. Ibu bapa akan terkejut melihat anak gadis mereka telah hamil...sebab apa ? Bagaimana ? Tidak diketahui...dengan siapa ? Tidak tahu anak gadis telah berkahwin dengan seseorang, siapakah dia ? Tiada siapa mengetahui kerana lelaki tersebut meninggalkan anak gadisnya dan menghilangkan diri.

     e)  Kebanyakan golongan yang mengamalkan mut'ah ini mengharuskan mut'ah kepada diri mereka dengan anak-anak gadis orang lain. Tetapi jika sekiranya seseorang tampil meminang anak-anak gadis mereka atau saudara mereka dan ingin berkahwin mut'ah, mereka tidak akan setuju mahupun meredhainya kerana mereka menganggap perkahwinan ini seakan-akan zina. Mengharuskan pada diri sendiri tetapi mengharamkan pada diri orang lain.

     f)  Mut'ah tidak ada padanya saksi, makluman kepada orang ramai dan juga keizinan wali gadis yang dipinang. Tidak ada padanya pembahagian harta perwarisan daripada lelaki yang mengamalkan mut'ah kepada wanita yang dikahwininya dengan cara mut'ah.Perempuan itu seolah-olah seperti disewanya dan dilanggganinya seperti perempua pelacur.

     g)  Mut'ah membuka ruang kepada orang yang hna dan rendah keturunannya daripada pemuda dan pemudi bagi menyandarkan maksiat mereka kepada agama dan membawa kepada kekeliruan pada gambaran agama dan penganutnya.

9.  Oleh yang demikian, telah jelas kepada kita mudarat-mudarat Mut'ah kepada agama, masyarakat dan akhlah. Justeru itu mut'ah diharamkan. Jika ada pada mut'ah itu kebaikan, kenapa ianya diharamkan. Akan tetapi apabila terdapat banyak kerosakan pada mut'ah maka Rasulullah s.a.w dan Amirul Mukminin telah mengharamkannya.

Adakah anda ingin meneruskan pegangan anda bahawa mut'ah itu masih halal ?

Sumber: Syeikh Al-Allamah DR. Husain Al-Musawi, Kenapa Aku Meninggalkan Syiah?

Nota: Dr. Husain Al-Musawi, penulis buku "Kenapa Aku Meninggalkan Syiah' ini merupakan seorang ulama' mujtahid Syiah yang membesar dalam keluarga tersebut sehingga menjadi seorang tokoh ilmuwan hebat di kalangan ulama' syiah yang akhirnya bertukar iktikad daripada akidah Syiah kepada akidah Ahli Sunnah. Antara ulama' Syiah lain yang kembali ke dalam akidah Ahli Sunnah setelah menemui cahaya kebenaran ialah As-Sayid Musa Al-Musawi dan As-Sayid Al-Katib.

Friday, 7 March 2014

JAUHILAH PIMPINAN YANG BERSIFAT RIAK DAN SOMBONG - YANG MUDAH DIDAMPINGI IBLIS

(Titah Ucapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di Persidangan Ke-186, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak di Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh, Perak - 6 Mac 2014)
 
Pemerintahan Islam pertama telah dirintis penubuhannya di Madinah daripada susulan peristiwa Hijrah. Antara tindakan awal yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika sampai di Madinah adalah mengadakan bancian penduduk. Bancian yang dilaksanakan tidak hanya terbatas kepada membanci bilangan penduduk dari segi pecahan jantina, kaum dan usia, tetapi merangkumi aspek-aspek guna tenaga kerja, penguasaan ilmu pengetahuan, tahap literasi dan pegangan agama. Data-data yang dikumpulkan, lalu dijadikan asas untuk merancang dan membangunkan sistem dan corak pemerintahan sebuah negara Kota Madinah atau The City State of Medina.

Dalam merangka formula sesebuah pemerintahan, maklumat yang tepat lagi terperinci, terutama mengenai profil penduduk merupakan komponen penting, demi memastikan program yang diformulasikan menepati keperluan serta bersesuaian dengan budaya, komposisi serta taburan penduduk setempat dan semasa. Nyatalah, Baginda Rasulullah SAW membangunkan pemerintahan dan mengolah kerangka urus tadbir negara berpaksikan ummah ataupun berkonsepkan people-centric .

Ketika sampai di Madinah, daripada jumlah 10,000 penduduk Madinah, bilangan umat Islam, kombinasi kaum Ansar Madinah berserta kaum Muhajirin Mekah hanya sekitar ratusan orang . Hampir 50 peratus penduduk Madinah ketika itu terdiri daripada keturunan Yahudi yang terpecah kepada 10 puak; sementara penduduk keturunan Arab terbahagi kepada 12 kabilah . Keadaan penduduk Arab di Madinah pula tidak segagah Arab Quraisy Mekah yang memiliki kekayaan, menguasai perdagangan, serta mempunyai struktur politik yang tersusun.

Pada hakikatnya, negara Islam pertama di Kota Madinah dibangunkan atas dukungan rakyat pelbagai agama, pelbagai kaum, pelbagai puak, pelbagai kabilah dengan kumpulan minoriti Islam diberikan kepercayaan berada di puncak sistem pemerintahan. Ia diperoleh melalui kebijaksanaan Rasulullah SAW merangkaikan kerjasama, menyatukan penduduk daripada pelbagai pegangan dan fahaman agama, latar belakang sejarah, status ekonomi serta kaum dan kabilah. Baginda berjaya memupuk hubungan harmoni, menyemaikan sifat saling menghormati, mempamerkan sifat toleransi, merangkaikan hubungan kerja yang produktif serta merangka strategi tanggungjawab pertahanan untuk menghadapi musuh.

Perlembagaan Madinah adalah Perlembagaan bertulis yang pertama di dunia; mengandungi 52 Perkara, berteraskan prinsip ‘Satu Pemerintahan - Satu Perundangan’, menempatkan Rasulullah SAW sebagai kuasa tertinggi kehakiman, perundangan dan eksekutif, sementara Rasulullah meletakkan diri Baginda sebagai seorang hamba dan pesuruh Allah, teguh berpegang kepada prinsip, hanya Allah yang memiliki sumber kuasa.

Para ilmuwan merumuskan bahawa Perlembagaan Madinah terbahagi kepada dua komponen. Komponen pertama: mengenai hubungan di antara umat Islam sesama Islam yang berjaya dicapai dalam tahun pertama berlakunya Hijrah, terkandung dalam Perkara 1 sehingga Perkara 23; sementara komponen kedua: menyusul selepas kejayaan tentera Islam dalam Peperangan Badar, mengenai prinsip hubungan umat Islam dengan kaum Yahudi. Peperangan Badar disifatkan sebagai faktor yang melakarkan imej kekuatan umat Islam, meletakkan umat Islam berada dalam status yang disegani, digeruni lantas dihormati.

Senario tersebut berperanan mendorong kaum Yahudi untuk menandatangani perjanjian kerjasama, menjalinkan perikatan dan persetujuan perlindungan dengan umat Islam. Perlembagaan Madinah turut memberi jaminan bahawa kalangan bukan Islam diberikan kebebasan beragama. Bagi sebuah negara Kota (City State) dengan 10,000 penduduk, dan secara relatif tidak berhadapan dengan isu-isu yang terlalu kompleks pada era tersebut, Perlembagaan Madinah yang mengandungi 52 Perkara, adalah sebuah Perlembagaan yang sangat terperinci lagi komprehensif. Terkandung di dalamnya semangat-semangat kesetiaan, kerjasama, toleransi, hormat-menghormati, serta jaminan keadilan dan perlindungan saksama kepada setiap penduduk meskipun berlainan agama, kaum dan kabilah.

Senario dan semangat yang terkandung di sebalik penggubalan Perlembagaan Madinah, adalah kajian kes yang menarik untuk dibandingkan dengan senario dan semangat yang terkandung di sebalik penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu :

Pertama: Rakyat di Tanah Melayu terdiri dari pelbagai penganut agama serta berlatar belakang pelbagai kaum yang mengamalkan pelbagai budaya dan menguasai pelbagai bahasa.

Kedua: Tanah Melayu terdiri dari lima Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan empat Negeri Melayu Bersekutu di bawah pemerintahan sembilan Raja Melayu, serta dua Negeri Selat di bawah kuasa Gabenor Jeneral.

Ketiga: Tahap pencapaian ekonomi serta tahap penguasaan literasi yang berbeza di kalangan penduduk.

Keempat: Tercapai persefahaman antara penduduk pelbagai negeri, pegangan agama dan kaum untuk bekerjasama dan bersatu membina dan membangunkan sebuah negara merdeka.

Kelima: Orang Melayu meskipun penduduk majoriti, tetapi paling tertinggal dan berada di belakang dari segi literasi, pencapaian pendidikan, bilangan profesional, juga penguasaan eko­nomi. Namun orang Melayu diberikan sokongan untuk memimpin perjuangan kemerdekaan dan seterusnya pim­pinan Melayu diberikan kepercayaan untuk memimpin se­buah Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka, selanjutnya pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Keenam: Pimpinan Melayu Islam memperlihatkan dan mengamalkan keadilan dengan memberikan hak dan perlindungan kepada bukan Islam dan bukan Melayu dari segi kebebasan beragama, budaya dan bahasa, berkonsepkan semangat Satu Negara - Satu Pemerintahan, dan setiap penduduk wajib membuktikan kesetiaan dalam semangat di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang berjaya digubal adalah antara Perlembagaan bertulis yang disifatkan sangat komprehensif. Tun Mohamed Suffian (Allahyarham), mantan Ketua Hakim Negara dalam tulisannya mencatatkan:

Petikan:
"For such a small country Malaysia has a fearfully long and elaborate Constitution and the visitor from Mars may be forgiven for thinking that our Constitution must have been devised by a mad professor of constitutional law."

Terdapat beberapa unsur persamaan di antara senario dan semangat di sebalik penggubalan Perlembagaan Madinah dengan senario dan semangat di sebalik penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Rakyat di Tanah Melayu, disusuli kemudiannya dengan rakyat di Sabah dan Sarawak ketika mencapai kata persetujuan penubuhan Malaysia, turut dirahmati Ilahi dengan barisan pemimpin yang ikhlas dan berwawasan jauh.

Di dalam hati dan jiwa Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra serta rakan-rakan pimpinan seangkatan, Allah telah memancarkan cahaya keikhlasan kepimpinan hingga segala kelemahan bangsa Melayu ketika itu, tidak menghalang untuk pemimpin Melayu Islam diberikan kepercayaan, diangkat untuk memimpin negara dan rakyat.

Apakah DNA kekuatan yang ada pada pimpinan Melayu Islam pada era pra dan pasca merdeka, begitu juga pada era pra dan pasca penubuhan Malaysia? Jawapannya terletak kepada kepercayaan rakyat akan sifat ikhlas dan kesungguhan pemimpin yang mengutamakan kepentingan rakyat hingga ke peringkat mengorbankan diri masing-masing seperti yang dibuktikan oleh Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail, terus mengabadikan perkhidmatan kepada negara dan rakyat meskipun menanggung keuzuran penyakit yang berat.

Apakah serapah kekuatan yang ada pada orang Melayu Islam pada era pra dan pasca merdeka, begitu juga pada era pra dan pasca penubuhan Malaysia? Dalam kedua-dua era tersebut orang Melayu, meskipun berlainan kabilah politik, kekal bersatu dalam perkara-perkara prinsip menyentuh martabat dan maruah bangsa, dan umat Islam bersatu teguh mempertahankan perkara-perkara pokok menyentuh kesucian Islam. Di samping itu orang Melayu Islam ketika itu, turut bersedia menerima kepelbagaian serta menghormati perbezaan. Orang Melayu dan umat Islam ketika itu, berjiwa besar, terbuka sifatnya, luas pandangannya, lebih yakin pada dirinya lalu mencerminkan sifat kesederhanaan (moderation), menolak suara-suara ekstrem dan tidak akan mensensasikan perkara-perkara remeh. Melayu Islam ketika itu bersedia menerima kepelbagaian, menghormati perbezaan dan tidak bersifat homogenik.

Umat Islam dan orang Melayu yang berlainan pandangan dibawa berdiskusi dan berdialog secara rasional lagi bertamadun selaras dengan sifat ilmuwan yang berusaha untuk membantu ummah menemui cahaya kebenaran. Umat Islam dan orang Melayu hari ini, jangan tersalah sukat, jangan tersilap bacaan, merasakan diri mereka sudah terlalu kuat. Umat Islam dan orang Melayu muncul sebagai tenaga pimpinan yang kuat di bumi ini pada era pra dan pasca merdeka, kerana mereka ketika itu menyedari kelemahan dan kekurangan ummah dan bangsanya, lalu majoriti mereka mengambil pendirian, berusaha mengumpul dan menggabungkan setiap kekuatan yang ada sesama mereka,

‘... menjemput yang jauh
menghimpun yang dekat
kalau alim hendakkan doanya
kalau kaya hendakkan emasnya
kalau buta penghembus lesung
kalau pekak pembakar bedil ...’

Falsafah perpaduan yang digambarkan melalui perbilangan Adat Perpatih itu diadaptasi oleh orang Melayu, lalu terbina satu tenaga atau force yang dihormati, memiliki kegagahan mempertahankan kesucian agama dan maruah bangsa, berupaya menyebarkan syiar Islam dan mengangkat martabat bangsa.

Kini, sumber kekuatan ummah dan bangsa kelihatan semakin diruntuhkan berpunca daripada pelbagai kemungkaran. Umat Islam dan orang Melayu ketika ini pula semakin berlumba untuk mendedahkan kelemahan sesama sendiri, saling melukiskan wajah Melayu mana yang lebih hodoh. Jika keadaan ini terus berlarutan, umat Islam dan orang Melayu tidak lagi memerlukan musuh dari luar untuk memusnahkan kesucian Islam dan bangsa Melayu di bumi ini.

Ketika bangsa tersilap anggapan bahawa dirinya telah begitu ke hadapan dalam era modenisasi dan globalisasi, ada baiknya diingatkan kembali, pesanan orang tua-tua, ‘buat baik berpada-pada - buat jahat jangan sekali’, ‘jika tersesat di hujung jalan - segera balik ke pangkal jalan’, agar bangsa tidak akan berakhir dengan senario menang sorak - kampung tergadai, bernasib setinggan di bumi sendiri.

Semoga Allah SWT mengamanahkan tangungjawab pimpinan negara dan pimpinan ummah di kalangan hambanya yang memiliki sifat-sifat tawaduk dan takwa, memiliki kekuatan membela nasib bangsanya serta ketegasan mempertahankan kesucian Islam, dan turut berjaya membawa ummah dan watan mencapai nikmat kesejahteraan di bawah naungan pemerintahan yang senantiasa mendapat rahmat Ilahi. Jauhilah pimpinan ummah dan negara daripada terlepas ke tangan orang-orang bersifat riak dan sombong hingga mereka begitu mudah didampingi Iblis untuk melakukan kerosakan di bumi ini. 

Semoga Allah SWT menganugerahkan taufik dan hidayah kepada Beta serta ahli-ahli Majlis untuk dapat membangunkan ummah dan watan menurut yang diredai oleh Mu Ya Allah. Amin, Ya Rabul ‘Alamin.

Monday, 3 March 2014

KENYATAAN AKHBAR NGO-NGO ISLAM PRK KAJANG- TOLAK CALON ADA SIFAT-SIFAT DAJJAL


KENYATAAN AKHBAR NGO-NGO ISLAM MENGENAI
PILIHANRAYA KECIL DUN KAJANG

Pilihanraya Kecil DUN Kajang yang penuh dengan kontroversi  secara rasminya akan bermula 11 Mac 2014 dengan penamaan calon dan diikuti dengan pembuangan undi pada 23 Mac 2014. Sejak pengosongan kerusi DUN Kajang yang dibuat secara tiba-tiba yang telah menyusahkan banyak pihak, berbagai pandangan dan anggapan telah dilontarkan. Kini bakal-bakal calon sibuk menemui pengundi dengan berbagai program walaupun secara teknikalnya kempen sedemikian hanya boleh dilakukan selepas hari penamaan calon.

Bagi pihak NGO-NGO Islam perkara yang paling menarik perhatian bagi kami ialah tentang pencalonan Anwar Ibrahim mewakili PKR dalam pilihanraya kecil tersebut. NGO-NGO Islam berpendapat bahawa Anwar Ibrahim tidak memenuhi mana-mana kriteria untuk bertanding dalam PRK tersebut terutama apabila beliau sendiri menonjolkan diri untuk menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya memenangi pilihanraya kecil tersebut.

Para pengkaji politik daripada kalangan NGO-NGO Islam telah mengenalpasti secara berfakta lebih 20 alasan syar’i mengapa pengundi DUN Kajang semestinya menolak Anwar Ibrahim. Antara alasan syar’i yang telah disenaraikan termasuklah:

1.      Persoalan Aqidah dalaman Anwar Ibrahim dikatakan berpegang dengan fahaman Pluralisme yang menganggap tidak ada mana-mana satu agama lebih superior dari agama yang lain. Dalam ertikata yang lain Anwar Ibrahim menganggap status Islam sama sahaja dengan agama-agama samawi dan yang bukan samawi.

2.      Persoalan murtad dalamana Anwar Ibrahim dikatakan bersetuju bahawa memilih pegangan agama adalah hak individu apabila seseorang itu telah mencapai satu peringkat umur.

3.    Persoalan penggunaan Kalimah Allah dalamana Anwar Ibrahim dilaporkan secara terbuka menyokong penggunaan Kalimah Allah oleh penganut agama lain termasuk melalui  ucapan beliau di dalam gereja baru-baru ini.  Pandangan sedemikian amatlah bertentangan dengan titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri.

4.      Anwar Ibrahim dalam beberapa ucapan menyentuh persoalan agama terutamanya dalam program-program diadakan di luar Negara. Dengan lantang beliau mempamerkan sikap liberal beliau terhadap beberapa perkara asas berkaitan dengan amalan agama seperti amalan songsang LGBT dan beberapa tuntutan penyokong-penyokong gerakan Hak Asasi Manusia.

5.      Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dengan gerakan Yahudi Antarabangsa di Amerika dan di Eropah. Pandangan beliau mengenai “two state solutions” untuk menyelesaikan persoalan Palestin bukan sahaja tidak dapat diterima oleh masyarakat Islam sedunia, pandagan sedemikian juga mendapat bantahan keras daripada pimpinan Hamas .

Fakta-fakta di atas sebenarnya merupakan sebahagian sahaja daripada fakta-fakta pokok yang lain seperti persoalan moral dan akhlak termasuk  persoalan integriti dan kredibiliti yang akan kami dedahkan menjelang PRK Kajang nanti. Fakta-fakta ini jika dicantumkan menjadi hujah yang paling kental mengapa pengundi Kajang khasnya dan rakyat Malaysia umumnya mesti menolak hasrat Anwar Ibrahim untuk menerajui Selangor.  

Dengan membayangkan mudarat yang bakal timbul kepada masa depan aqidah umat Islam terutamanya di Selangor sekiranya beliau memenangi PRK Dun Kajang, kami mewakili gabungan NGO-NGO Islam sepakat dan beriltizam untuk menggerakkan seluruh kekuatan kolektif yang ada untuk turun padang dalam PRK Kajang bagi memberi penerangan kepada para pengundi tentang siapa sebenarnya manusia Anwar Ibrahim dan bahaya memilih beliau mewakili Dun Kajang seterusnya menerajui negeri Selangor.

Kami juga akan membayangkan bencana dan malapetaka yang akan timbul sekiranya Anwar Ibrahim menang di Kajang dan diangkat menjadi Menteri Besar Selangor. Amat jelas daripada kenyataan-kenyataan hinga kini bahawa sebagai Menteri Besar beliau akan menggunakan kuasa yang ada untuk menstruktur semula sistem perundangan dan pentadbiran negeri bagi disesuaikan dengan prinsip-prinsip liberalsime, pluralisme dan tuntutan-tuntutan sosial yang berselindung disebalik nama Hak Asasi Manusia.

NGO-NGO Islam meramalkan seandainya Anwar Ibrahim terpilih dan menerajui negeri Selangor, akan menyebabkan timbulnya pergolakan dan pertembungan di antara rakyat di negeri Selangor yang sudah tentu akan merebak ke seluruh Negara. Strategi turun ke jalan raya yang biasanya menjadi pilihan beliau mungkin sekali lagi menjadi opsyen utama selain daripada menggerakkan massa untuk bangun menentang dan seterusnya meruntuhkan sistem yang ada yang dianggap beliau sebagai lapuk dan tidak sesuai dengan peredaran masa.

NGO-NGO Islam juga meramalkan akan berlaku pertembungan langsung di antara Islam dan bukan Islam kerana fahaman yang dibawa oleh Anwar Ibrahim membuka ruang yang luas kepada kebebasan beragama yang sebahagiannya menyentuh persoalan aqidah yang seperti diketahui bagi masyarakat Islam isu aqidah adalah sesuatu yang ”non-negotiable”.

Akhirnya seperti yang biasa disyarahkan melalui penulisan-penulisan yang membicarakan persoalan tauhid khususnya rukun iman, kita didedahkan dengan fenomena turunnnya makhluk “Dajjal” di akhir zaman bertujuan untuk menyesatkan manusia dari segi pegangan aqidah dengan menggunakan berbagai cara dan gaya. Dibimbangi dengan apa yang dibawa oleh Anwar Ibrahim menggambarkan sedikit sebanyak  ciri-ciri “Dajjal” seperti yang digambarkan oleh guru-guru yang muktabar. 

Pengundi-pengundi Kajang terutamanya yang beragama Islam diminta supaya tidak termakan dengan gula-gula Anwar Ibrahim sebaliknya menolak beliau secara ”outright” atas nama Aqidah Islamiyah yang murni itu. Sedarlah bahawa memberi satu undi kepada Anwar Ibrahim bermakna memberi undi kepada kehancuran Aqidah Ummah.

BERTARIKH PADA 3 MAC 2014

DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden Jati Malaysia

DATO AIDIT GHAZALI
Pengerusi Yayasan Murni Aqidah

UST MOHAMED HAFIZ MOHAMED NORDIN
Timbalan Presiden Gabungan Bela Hak Insan P.Pinang
Pengerusi PEMBELA

TN HAJI AZRIL MOHD AMIN
Pengerusi MuslimUPRo

UST. SHAMSUDDIN BIN MONER
Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia 

Sunday, 2 March 2014

MENJIWAI RUH PERJUANGAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA MENURUT PERLEMBAGAAN


MENJIWAI RUH PERJUANGAN  AGAMA, BANGSA DAN NEGARA
MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
  
PENDAHULUAN

1. Ramai di kalangan kita yang menyebut soal perjuangan ’Agama, Bangsa dan Negara’ dalam setiap ucapan dan juga dalam meletakkan matlamat hala tuju perjuangan mereka. Tetapi berapa ramai yang faham dan menjiwai tentang apakah yang dimaksudkan dengan ’Agama, Bangsa dan Negara menurut takrifan serta hak-hak yang kita perjuangkan menurut Perlembagaan Negara.

2. Satu syarahan khas yang disampaikan oleh Y.Bhg Dato’ Mohd Nor bin Abdullah, Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia pada 1 Mac 2014 telah membongkar segala rahsia yang tersurat dan tersirat dengan kata-kata keramat ’Agama, Bangsa dan Negara’ ini menurut Perlembagaan Malaysia.

3. Saya sempat untuk mencatatkan beberapa perkara penting apa yang telah disampaikan oleh Dato’ Mohd Nor bin Abdullah ini sewaktu mengikuti syarahan beliau tempohari. Di sini saya ingin kongsikan beberapa maklumat dan juga kupasan ilmiah yang tidak pernah disampaikan oleh beliau secara terbuka di mana-mana media ataupun pentas-pentas ceramah yang dibentangkan oleh beliau sebelum ini.

HURAIAN DAN PENERANGAN

AGAMA:


 4.    Artikel 3 (1), Perlembagaan Persekutuan: ” Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan”. Ini menjelaskan bahawa Islam adalah teras dan tunjang kepada sistem pemerintahan negara ini tanpa menyekat kebebasan hak penganut agama-agama lain untuk mengamalkan agama mereka. Kebebasan beragama ini pula hanya terhad kepada penganut-penganut agama lain sahaja; ianya tidak termasuk orang yang beragama Islam seperti yang termaktub dalam  Artikel 11 (1): ”Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya tetapi tertaktuk kepada Fasal (4), mengembangkannya di mana Undang-Undang Negeri dan Persekutuan boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

5.    Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan ataupun sebagai agama Negara ini diperkukuhkan lagi dengan Artikel 12: ”... adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyelenggara atau membantu dalam menubuhkan atau menyelenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud berkenaan”. Jelas kepada kita bahawa perjuangan untuk memartabatkan Islam di Malaysia merupakan satu hak dan juga kedudukan istimewa bagi umat Islam yang dibenarkan mengikut Perlembagaan Negara. Ini bertepatan dengan kedudukan Seri Paduka Yang DiPertuan Agong selaku Ketua Negara yang secara tradisi dan lazimnya adalah seorang Sultan/Raja yang  beragama Islam menurut artikel  32 :” Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong”. Peranan utama SPB Yang di-Pertuan Agong seperti yang diikrarkan dalam Sumpah Jawatan Baginda adalah untuk memelihara pada sebilang masa kedudukan Islam sebagai agama Negara seperti dalam Jadual Keempat (Perkara 37): ”...Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam Negeri”. 

6.    Inilah asas dan teras kepada perjuangan kita bila menyebut soal memartabatkan perjuangan agama dalam ruang lingkup yang telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan. SPB Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Negara sendiri berikrar untuk memelihara Agama Islam, maka sudah tentulah Islam merupakan satu-satunya agama yang dijunjung dan wajib dimartabatkan kedudukannya sepanjang masa. Dalam erti kata lain kita mesti berjuang untuk menyekat sebarang ancaman yang boleh menggugat kesucian Agama Islam.

BANGSA:

7.    Bila kita menyebut soal perjuangan bangsa maka bangsa yang dinyatakan di sini merujuk kepada bangsa apa? Adakah ianya merujuk kepada tiga kaum/bangsa utama di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India sahaja ? Hakikatnya bila kita menyebut bangsa maka ianya adalah merujuk kepada Orang Melayu, Orang Asli di Semenanjung, Anak Negeri Sabah dan Anak Negeri Sarawak. Kaum cina dan India tidak termasuk dalam takrifan bangsa menurut Perlembagaan Persekutuan kerana kaum Cina akan merujuk satu bangsa yang asalnya di Negara China dan kaum India adalah merujuk kepada bangsa asalnya di Negara India. Tidak ada takrifan secara khusus dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan siapakah bangsa Cina dan India. Hatta satu patah perkataan pun tidak ada menyebut soal bangsa Cina maupun India. Yang ada cuma pernyataan mengenai kepentingan sah ”kaum-kaum lain” seperti yang tertulis dalam Artikel 153 (1) Perlembagaan Persekutuan.

8.    Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan menyatakan tentang tafsiran keempat-empat bangsa yang menjadi penduduk asal di Semenanjung Tanah Melayu dan juga Sabah dan Sarawak:

”Orang Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan (a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian.

”Orang Asli” ertinya orang asli Semenanjung Tanah Melayu.

Bagi maksud tafsiran mengenai anak negeri Negeri Sabah dan Sarawak adalah seperti dinyatakan dalam Artikel 161A, (6) dan (7):

”Anak Negeri Sarawak” seseorang yang merupakan warganegara yang tergolong sebagai ras asli bagi Negeri itu atau yang berketurunan campuran yang berasal daripada ras-ras tersebut, iaitu Bukitan, Bisayah, Dusun, Dayak, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kelabit, Kayan, Kenyah (termasuk Sabup dan Sipeng), Kajang (termasuk Sekapan, Kejaman, Lahanan, Punan, Tanjong dan Kanowit), Lugat, Lisum, Melayu, Melano, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit.

”Anak Negeri Sabah”, seseorang yang merupakan warganegara, iaitu anak atau cucu kepada seorang daripada suatu ras asli Sabah, dan telah lahir (sama ada atau tidak pada atau selepas Hari Malaysia) sama ada di Sabah atau dengan bapanya berdomisil di Sabah pada masa kelahiran itu.

9.    Jelas kepada kita bahawa  kaum pribumi di Semenanjung Tanah Melayu terdiri daripada Orang Melayu dan Orang Asli. Sementara kaum pribumi di Sabah adalah ’anak negeri Sabah’ dan di Sarawak adalah ’anak negeri Sarawak’. Inilah saja empat kaum terbesar yang diiktiraf mengikut takrifan dalam Perlembagaan Persekutuan bila kita menyebut soal penduduk pribumi di Malaysia. Bagaimana pula dengan kedudukan kaum Cina dan India ? Mungkin kedua-dua kaum ini bolehlah kita namakan mereka sebagai ’bangsa Malaysia’ atau ’komuniti Malaysia’ yang termasuk dalam istilah ’kaum-kaum lain’ yang dinyatakan dalam Artikel 153 (1).

10.Justeru, apakah yang hendak kita perjuangkan dan kita pertahankan untuk mempastikan hak-hak kaum pribumi ini terus terpelihara tidak terabai oleh setiap pemerintah di negara ini dalam ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan :

Pertama: Mempertahankan serta memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Artikel 152 : ”Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen”.

Kedua: Mempastikan perizaban kuota berkenaan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri di Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Artikel 153 (1). Ianya menjadi tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain. Perizaban kuota ini berkaitan dengan perjawatan-perjawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan kedudukan tempat di universiti dan kolej, serta peluang-peluang dalam perniagaan dan pemilikan equiti.

Ketiga: Mempastikan terpeliharanya Tanah Simpanan Melayu dan mewujudkan lebih banyak lagi tanah-tanah Simpanan Melayu untuk masa depan Orang Melayu seperti yang termaktub dalam Artikel 89 (1): ” Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang merupakan tanah Simpanan Melayu sebaik sebelum Hari Merdeka mengikut undang-undang yang sedia ada boleh terus menjadi tanah simpanan Melayu..” dan Artikel 89 (2) : ” Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang pada masa ini bukan tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang yang sedia ada dan yang belum dibangunkan atau dicucuk tanam boleh diistiharkan sebagai tanah simpanan Melayu..”

Keempat: Memperjuangkan hak serta melindungi kepentingan Orang Asli. Artikel 8 (5),(c) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan tiada undang-undang yang boleh menidakkan atau melarang apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau pemajuan orang asli Semenanjung Tanah Melayu (termasuk perizaban tanah ) atau perizaban bagi orang asli suatu perkadaran yang munasabah daripada jawatan-jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam. Perkara ini perlu dirancang dan diperjuangkan bersama oleh orang Melayu agar kedudukan orang asli terus terbela dan terpelihara sebagai sebahagian daripada penduduk pribumi di negara ini.

NEGARA:

11.Apakah yang dimaksudkan dengan negara menurut tafsiran Perlembagan Persekutuan? Menurut tafsiran undang-undang di dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel 1 (1); negara yang dimaksudkan di sini adalah Persekutuan Malaysia : ” Persekutuan dinamai Malaysia dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris. Menurut wasiat Raja-Raja Melayu sewaktu negara nak mencapai kemerdekaan 1957: ” Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).

12. Walaupun Persekutuan Tanah Melayu telah bertukar namanya kepada Malaysia sejak penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, tetapi nama Malaysia berasal daripada perkataan bahasa Inggeri yang kata terbitannya ’Malay’ bermakna Melayu. Penambahan ’sia’ kepada perkataan ’Malay’ membawa maksud bahawa Melayu ini adalah rumpun bangsa yang dari geografinya berjiran dengan Indonesia yang juga ada ’sia’ di hujung namanya, dan begitu juga ’sia’ pada nama Malaysia ini menisbahkan bahawa negara Melayu ini berada di kawasan bumi Asia Tenggara di Benua Asia. Jelas kepada kita bahawa kata terbitan ’Malay’ dalam bahasa Inggeris yang bermaksud ’Melayu’ pada nama Malaysia tetap merujuk kepada Persekutuan Tanah Melayu. 

13. Ini diperkukuhkan lagi dengan tafsiran dalam Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan, iaitu ”Persekutuan” ertinya  Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Ini bermakna bahawa sebutan Persekutuan Tanah Melayu masih kekal dalam Perlembagaan Malaysia. Begitu juga bila kita mentafsirkan siapa dia orang asli di dalam Perlembagaan menurut Artikel 160, yang mana ”Orang Asli” ertinya orang asli Semenanjung Tanah Melayu. Yang mana Semenanjung Tanah Melayu ini dipanggil dalam bahasa Inggeris sebagai ’Malaya’. Ini bermakna bahawa pernyataan nama Semenanjung Tanah Melayu masih kekal dalam Perlembagaan Negara.

14. Justeru, bila kita menyebut apa-apa perkara yang berkaitan dengan perjuangan untuk negara ataupun Malaysia maka ianya merujuk kepada Persekutuan Tanah Melayu dan juga Negeri-Negeri di Sabah dan Sarawak. Jangan pula kita beranggapan bahawa istilah ’Tanah Melayu’ sudah tidak wujud dalam Perlembagaan Negara dan juga dalam soal mentakrifkan negara kita ini sebagai bumi milik asal Orang Melayu.

PENUTUP

 Inilah hakikat yang harus kita hayati dan kita jiwai bila kita melaung-laungkan slogan untuk perjuangan ’Agama, Bangsa dan Negara’. Ianya tidak boleh lari daripada memartabatkan serta memperkukuhkan kedudukan Islam sebagai agama Negara, memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu, orang asli, anak negeri Sabah dan anak negeri Sarawak dan seterusnya mempastikan kedaulatan bumi yang kita pijak dan langit yang kita junjung ini terus kekal di bawah teraju kepimpinan politik kaum pribumi melayu kerana negara ini adalah Tanah Melayu.


SHAMSUDDIN BIN MONER
Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia

Sumber Rujukan :

1.    Syarahan Dato’ Mohd Nor Abdullah, Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia, anjuran Perkasa Malaysia di IBBM, Hulu Kelang, 1 Mac 2014.
2.     Perlembagaan Persekutuan.