Translate

Thursday, 23 July 2009

JIJIK DENGAN GELAGAT PAS, MELUAT PULAK DENGAN KARENAH UMNO

1. Saya akui yang saya adalah penyokong kuat UMNO sejak dulu, kini dan selamanya. Ayah saya memang seorang bekas guru agama KEMAS, ibu saya pula memang orang kuat wanita UMNO dan pernah memegang jawatan sebagai naib ketua wanita UMNO cawangan. Salah seorang abang saya pula adalah bekas Setiausaha UMNO cawangan dan aktivis UMNO yang bersemangat kental dalam perjuangannya membela nasib orang kampung.

2. Malangnya, ayah, ibu dan abang saya yang sebelum ini merupakan orang kuat UMNO telah bertindak keluar dari parti UMNO dan kini menyertai PAS. Kenapa mereka ini menyertai PAS dan kenapa saya masih kekal menyokong UMNO? Walaupun fahaman politik saya dan keluarga saya berlainan arah tetapi hubungan saya dengan ibu, ayah dan abang saya tetap akrab. Sebagai ahli dan pengikut PAS, keluarga saya ini tahu membezakan antara politik dan juga hubungan kekeluargaan. begitu juga dengan saya, walaupun menjadi aktivis kuat UMNO tetapi saya tetap menjalinkan hubungan yang akrab serta taat dan patuh kepada kedua orang tua dan abang saya.

3. Namun saya amat jijik dengan perangai dan tabiat para pemimpin pembangkang dari kalangan pemimpin melayu PKR dan juga PAS. Mereka ini selalu meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan agama dan juga rakyat. Mereka tidak kira sama ada perkara itu baik ataupun buruk, asalkan boleh memberi keuntungan politik maka mereka akan gunakan sepenuhnya secara jijik dan juga kotor demi kuasa dan undi. Lihatlah bagaimana YB. nizar, AJK PAS Pusat yang menghadiri ucapara keagamaan dengan memegang lilin bersama-sama pemimpin DAP Perak. Kenapa dia sanggup berbuat demikian..? Ketua dewan ulama PAS, Dr. harun Taib telah membuat teguran atas perbuatan YB. Nizar ini. Tapi, nik Aziz pula lebih gemar menggunakan jawaban politik. Masih lagi nak berpolitik dalam soal akidah dan juga perbuatan-perbuatan syirik ini. Kes seorang lelaki Cina mati inipun nak dijadikan bahan kempen politik dan juga meraih undi. PAS ni tak ada kerja lain dalam hidupnya, dari mula bangun tidur dan sampailah kepada waktu nak tidur malam dan terbawa-bawa dalam mimpinya hanyalah bercakap dan berfikir macamana nak menghancurkan UMNO dan bagaimana nak memburuk-burukkan UMNO. Apa saja isu yang berlaku di negara ini, maka UMNO akan menjadi bahan sasarannya hinggga ke lubang cacing dan ke lubang kubur.

4. Memang saya dah jijik dan menyampah dengan perangai dan juga tabiat buruk para pemimpin PAS ini. Namun begitu, saya juga dah mula rasa meluat dan geli geleman pulak dengan gelagat dan juga tabiat para pemimpin UMNO. Kenapa jadi begini..?

5. Sebenarnya, saya lihat UMNO ni pun dah tak kisah tentang perjuangan dan juga agenda melayu dan juga umat Islam. LIhatlah bagaimana generasi muda hari ini yang memegang jawatan penting di peringkat bahagian, negeri maupun pusat. kebanyakan mereka ini hanya sibuk dengan cerita bagaimana nak dapatkan projek dan bagaimana nak dapatkan semula duit yang dah mereka laburkan sewaktu pemilihan UMNO yang lepas. Cuba kita soal siasat dengan perkembangan UMNO di bahagian-bahagian di seluruh negara selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu ( Mac 2008) hingga kini. Apakah pelan tindakan dan juga aktiviti yang dirancang oleh setiap UMNO bahagian ni untuk memulihkan semula sokongan rakyat kepada UMNO.

6. Mesyuarat-mesyuarat cawangan UMNO baru-baru nipun banyak yang tak cukup kourum. di Bahagian saya sendiripun, kebanyakan cawangan bermesyuarat hanya sekadar cukup kourum 18-20 orang sahaja. Bayangkan sebanyak hampir 20,000 cawangan UMNO seluruh negara yang mana kehadiran mesyuarat cawangannya sekitar pukul rata 20 orang saja setiap cawangan. ini bermakna bahawa hanya 400 ribu sahaja ahli UMNO yang masih segar dan bersemangat untuk bermesyuarat berbanding dengan jumlah keahlian seramai 3.7 juta ahli. Di mana ahli lain yang berbaki 3.3 juta yang hadir ke mesyuarat cawangan ni. Adakah sebahagiannnya telah menyertai PAS ataupun PKR..? Saya lihat senarai Ahli UMNO cawangan saya yang berjumlah 252, masih lagi wujud nama-nama ahli yang telahpun menyertai PKR dan PAS, tak kurang daripada 50 orang. Tapi, UMNO masih lagi mendaftarkan nama mereka ini dalam senarai ahli UMNO cawangan.

7. Lebih 70 peratus ahli-ahli UMNO di seluruh negara tidak berminat menghadiri mesyuarat UMNO cawangan . kenapa..? Sebabnya ialah kerana kebanyakan mereka dah meluat dengan ketua-Ketua UMNO cawangan yang terpilih pada tahun lepas. Sayapun dah mula meluat dengan UMNO ni. Saya terpaksa pendamkan saja isi hati saya ini tentang sebab-sebab kenapa saya meluat dengan UMNO... terlalu banyak. Tak sesuai saya dedahkan di sini.

8. Namun, saya pujuk hati kecil ini supaya terus setia dengan UMNO dan berjuang bersama-sama UMNO, dulu, kini dan selamanya. UMNO tak bersalah dan UMNO bukan parti yang dilahirkan di tepi jalan. Yang tak betul dan yang buruk itu adalah sesetengah pemimpin UMNO yang gila kuasa dan gila projek. UMNO telah banyak berjjasa kepada seluruh rakyat di negara ini. UMNO telah berjaya memerdekakan tanah air ini. Jadi, saya akan tetap setia dan mengenang jasa UMNO sampai bila-bila. Tetapi, pada hakikatnya saya amat meluat dengan tabiat sesetengah pemimpin UMNO sejak akhir-akhir ini. Ya Allah, tunjukkan daku jalan kebenaran dan juga jalan yang engkau redhai.. Amin