Translate

Tuesday, 28 October 2008

APA NAK JADI..! GERAKAN - MCA - MIC DAH BIADAP

1. Apa nak jadi dengan parti-parti komponen BN di Semenanjung sekarang ini. Bila BN dah tak dapat majoriti 2/3 di Parlimen pada PRU-12 yang lalu, maka sekarang ini macam-macamlah ragam mereka ini. Larat ke para pemimpin UMNO yang sedang sibuk bertarung dalam pemilihan UMNO menjelang MAC tahun depan menjawab serta menangkis segala permintaan yang bukan-bukan daripada para pemimpin Gerakan, MCA dan MIC ni..?

2. Dulu, bila Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail berceramah dalam kempen dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dengan mengatakan bahawa orang cina di malayasia ini adalah kaum pendatang dari negeri China, maka Pemimpin Gerakan di Pulau Pinang telah marah yang akhirnya BN telah membuat keputusan mendesak UMNO untuk mengambil tindakan tegas pada Datuk Ahmad Ismail. Akhirnya UMNO telah menggantung keahlian Datuk Ahmad Ismail selama tiga tahun. Dalam pada itu Gerakan Pulau Pinang telah membuat keputusan memutuskan hubungan dengan UMNO negeri Pulau Pinang dan tidak akan menghadiri sebarang majlis anjuran UMNO di Pulau Pinang. Sehingga sekarang Parti Gerakan Pulau Pinang masih lagi memulaukan UMNO Pulau Pinang. Apa pula tindakan BN kepada keputusan biadap pemimpin Gerakan Pulau Pinang ini..? Apa.. Pemimpin UMNO sekarang takut ke..? Nampaknya UMNO dah kena buli dengan Gerakan Pulau Pinang..!

3. Selepas itu, dalam Mesyuarat Agong Wanita Parti Gerakan baru-baru ini, Ketua Wanita Gerakan, YB Dato' Tan Lian Hoe yang merupakan Timbalan Menteri Penerangan telah membuat kenyataan bahawa semua orang Melayu di negara ini juga adalah kaum pendatang yang berasal dari Sumatera dan pelbagai wilayah di Indonesia. Beliau menjelaskan lagi bahawa penduduk asal negara ini hanya penduduk orang Asli sahaja. Apa tindakan UMNO ke atas keceluparan kenyataan YB Dato' Tan Lian Hoe ini..? Kenapa UMNO tidak mendesak supaya Ketua Wanita Gerakan ini digantung keahliannya sepertimana Datuk Ahmad Ismail? Ataupun, kenapa tidak digantung sahaja tugasnya selaku Timbalan Menteri Penerangan sebagaimana yang pernah dilakukan kepada Dato' S.Sotinathan ( MIC ) pada tahun 2005 yang lalu. Nampaknya UMNO kena buli lagi...! Hantam sajalah labu... Yang dah tentu dan pasti kena buli ialah ahli-ahli UMNO Bahagian Grik di Perak termasuk Ketua Bahagiannya Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali. Dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, UMNO Bahagian Gerik telah mengorbankan Kerusi Parlimen Gerik yang dulunya milik UMNO kepada Gerakan dengan memberi laluan kepada Ketua Wanita Gerakan ini untuk tanding kerusi Parlimen Gerik. Melayu di Gerik telah diperbodohkan oleh seorang perempuan cina ini yang langsung tidak menghargai jasa pengundi-pengundi Melayu di kawasan Gerik. Bacul dan dayus sungguh orang melayu di Gerik yang telah mengundi Ketua Wanita gerakan ini dalam Pilihanraya Umum ke-12 tempohari..! Apa nak buat, UMNO sekarang lemah..!

4. Baru-baru ini juga, MCA, Gerakan dan MIC telah menggesa pihak kerajaan supaya ISA dimansuhkan dan mendesak supaya para pemimpin Hindraf yang ditahan ISA supaya dibebaskan. Samy Velupun seperti jurucakap dan juga seolah-olah seperti Penaung Kehormat kepada Hindraf, yang mana beliaulah yang begitu lantang mendesak kerajaan supaya membebaskan 5 orang pemimpin Hindraf daripada ISA sebelum Depavali baru-baru ini. Orang yang buat kerja-kerja jenayah dan juga pengkhianat negara seperti Hindraf inipun nak dibela oleh MIC kerana pentingkan undi kaum India.

5. Di selangor lagi malang, kedengaran juga cakap-cakap nakal dari kalangan para pemimpin pembangkang kahsnya DAP dan Keadilan ( non muslim ) yang mempertikaikan laungan azan subuh di masjid-masjid yang berhampiran dengan taman-taman serta kawasan perumahan. Kononnya suara laungan azan ini mengganggu tidur lena mereka. Apa.. mereka tak sedar ke selama ini terdapat di kalangan kaum cina yang berarak keliling bandar dan taman yang membujat tarian naga. Tak buat bising ke..? Sama juga dengan orang Hindu yang pada setiap tahun di hari Thaipusam, mereka telah berarak di dalam bandar melalui jalan-jalan utama ke Batu caves untuk mengarakkan Kavadi dan sebagainya sehingga POlis Traffic dan Dewan bandaraya terpaksa menutup jalan-jalan tertentu untuk memudahkan laluan mereka. Ini tak ganggu orang melayuj dan Islam di sekitarnya ke..? Nampaknya umat islam dan Melayu di negara ini dah jadi kaum pengemis di negara sendiri. Tak bebas lagi macam dulu. Semua yang kita buat nak kena restu dulu daripada kaum cina dan India di tanahair kita sendiri. Padan mujka orang-orang Melayu di Malaysia ni..!

6. Yang terbaru hari ini, Naib Presiden MCA yang baru dipilih, YB Dato' Liow Tiong Lai yang merupaka Ahli Parlimen Bentong ( wakil rakyat kawasan saya ) telah membuat gesaan supaya Ekuti 30% Bumiputra dalam syarikat-syarikat kerajaan dihapuskan supaya ianya dibuka kepada pasaran bebas. Apa nak jadi negara kita ni. Akhirnya nanti, Telekom, TNB, PNB, Pos Malaysia, MAS dan sebagainya dikuasai oleh Amerika dan Yahudi. Saya amat marah dan cukup naik angin dengan kenyataan Ahli Parlimen Bentong ini kerana dia adalah wakil rakyat kawasan saya yang saya undi dan sokong dalam Pilihanraya Umum ke-12 tempohari. Insya Allah kalau usia saya panjang menjelang PilIhanraya Umum ke-13 nanti, saya secara peribadi serta kaum keluarga saya seramai 200 orang pengundi di Bentong tidak akan memberi undi lagi kepada calon ini. Biarlah saya diambil tindakan oleh UMNO ataupun BN di atas undi sabotaj saya ini nanti daripada saya menggadaikan maruah melayu kepada pemimpin yang sedemikian.

7. Apa nak jadi dengan UMNO ni.. Siapa yang kena buli.. UMNO yang kena buli ataupun UMNO yang dibuli..? Insya Allah, saya akan berlatih mulai daripada sekarang untuk belajar bagaimana untuk membuli para pemimpin Parti Gerakan, MCA dan MIC di Bentong. Ini kerana semua ketiga-tiga parti komponen BN ini bertanding di kawasan Bentong. Ayuh..! wahai bangsaku Melayu yang seagama dengan ku (Islam), marilah kita gerakkan penyatuan umat melayu dan Islam di negara ini bagi memberi pengajaran kepada pelampau Hindu dan pelampau kaum Cina di negara ini agar tidak lagi membuat kenyataan-kenyataan biadap kepada Umat melayu dan Islam di tanahair kita.