Translate

Sunday 30 August 2009

MIMPI SELEPAS SOLAT TAHAJJUD- DATIN SERI ROSMAH MOHON PETUNJUK DAN BIMBINGAN


1. Sudah 8 malam Ramadhan berlalu, tetapi saya tak pernah bermimpi yang seindah dan seasing ini. Alhamdulillah pada malam kesembilan Ramadhan (malam tadi ) dinihari Ahad, saya telah bermimpi selepas selesai menunaikan solat Tahajut. Selesai solat sunat tahajud dan solat sunat hajat pada jam 3.30 pagi, saya tidur semula sebelum tiba waktu subuh.

2. Dalam masa tidur saya antara jam 3.30 pagi - 5.00 pagi, saya telah bermimpi yang begitu asing bagi saya. Mimpinya bermula di sini, saya dan isteri saya (zakiah Yunus) telah berkunjung ke Rumah Dato' Seri Dr. Rais Yatim untuk menemui isteri beliau Datin Seri Masnah Ahmad. Entah macam mana Datin Masnah telah membuka bicaranya dengan memohon pada saya agar sudilah kiranya jika saya dapat meluangkan masa untuk bertemu dengan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri YAB. Perdana Menteri. Kemudian, sayapun telah dipertemukan oleh Datin masnah dengan datin Rosmah mansor.

3. Alangkah terkejutnya saya bila mendapati datin Seri Rosmah Mansor telah menitiskan air mata di hadapan saya dan menangis teresak-esak. Saya hanya memerhatikan sahaja dan menunggu apakah kata-kata yang keluar dari mulut. Dalam hati sayapun berbisik dan berkata-kata: ' Apakah ini Datin Seri Rosmah mansor.?'

4. Lalu beliau membuka bicaranya dengan memohon jasa baik saya agar dapat membimbingnya dan juga menunjukkannya jalan yang diredhai Allah dan menasihatkannya bagaimana untuk menjadi seorang wanita muslimah yang solehah. Sayapun menjawab bahawa saya bukan orang yang layak untuk membimbing beliau dan sayapun belum tentu lagi menjadi seorang muslim yang lebih baik daripada beliau. Lalu beliau dan datin Masnah merayu sekali lagi pada saya bahawa beliau berniat ikhlas dan benar-benar dahagakan ilmu agama dan juga ingin memperpetulkan amalan ibadahnya kepada Allah s.w.t.

5. Melihatkan kesungguhan dan juga keikhlasan yang lahir dari raut wajahnya, maka sayapun menjawab dengan penuh tertib dan secara terhormat dengan mengatakan bahawa Insya Allah saya akan bantu sekadar yang mampu dan sekadar ilmu yang ada pada saya. Lepas tu, saya terjaga dari tidur dan jam menunjukkan jam 5.00 pagi. Lantas saya mengucapkan 'astaghfirullahil'azim'. Dan terus termenung sejenak memikir serta mengingatkan semula kronologi mimpi saya sebentar tadi. Demikianlah, sedikit pengalaman mimpi saya yang benar-benar berlaku dalam tidur saya pada tengah malam tadi, Wallahi, wabillahi, watallahi. Ia semuanya adalah mimpi yang mungkin ada maslahah dan juga rahsia di sebalik mimpi tersebut. Atau mungkin mimpi ini hanya mainan tidur sahaja yang tidak membawa apa-apa dalam kehidupan realiti. Semoga Allah memberi rahmat dan keampunan ke atas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

6. Mungkin ada di kalangan sahabat-sahabat yang membaca blog ini yang mempunyai tok-tok guru yang boleh mentafsir serta mentadbirkan mimpi saya ini. Ataupun mungkin ada yang boleh mentafsirkannya secara objektif dan positif. Sama-samalah kita berkongsi menerusi ruangan komen di bawah ini. Wassalam.

Thursday 27 August 2009

PENANGGUHAN HUKUMAN SEBAT KARTIKIA: BUKTI BN KHASNYA KDN TAK SERIUS

1. Saya amat terkejut bila mendapat berita dan juga pengumuman dan juga kenyataan di dada-dada akhbar bahawa pelaksanaan hukuman sebat kepada Kartika terpaksa ditangguhkan kerana Penjara kajang tidak mempunyai jurusebat yang pakar dalam mengendalikan hukuman sebat yang melibatkan kes jenayah syariah.

2. Bukankah enakmen jenayah syariah ni dahpun digubal lebih 10 tahun yang lalu dan kebanyakan negeri-negeri di dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri dan Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan ada memberi kuasa dan peruntukan kepada mahkamah syariah negeri untuk mengenakan hukuman sebat 6 kali sebatan.

3. Yang hairan dan yang kesalnya saya, selama ini tidak ada penyelarasan ke antara mahkamah syariah dan juga penjara-penjara yang dibawah pentadbiran KDN ni..? kalau nak diluluskan hukuman sebatan sebanyak 6 kali sebat bagi kes jenayah syariah, sepatutnya kerajaan persekutuan menerusi KDN dan Jabatan penjara perlu membuat persiapan untuk melatih dan melantik jurusebat kes jenayah syariah di Penjara Kajang ataupun di mana-mana penjara yang boleh menjalankan hukuman ini. Hai, susah sangat ke nak melatih, melantik dan juga melaksanakan hukuman sebat ni. Ini baru kes 6 sebatan. Sedangkan kes yang lebih besar daripada ini seperti hukuman gantung sampai matipun boleh dikendalikan oleh Penjara Kajang. Ini kes cipotpun tak boleh nak selesai.

4. Yang hairannya, kerajaan kita ni mampu pula melatih dan melahirkan 2 orang angkasawan negara hingga dihantar training ke Russia selama lebih setahun hanya semata-mata untuk naik ke angkasa lepas. rasanya beratus-ratus juta juga kerajaan membelanjakan wang untuk tujuan ini.

5. Tapi, bila sampai soal nak mendapatkan tukang sebat kes syariah ni, lain pula ceritanya. langsung tak ada seorangpun di kalangan kakitangan perkihmatan awam yang lebih sejuta di negara ini yang mampu melakukannya. jawabnya, ialah mereka yang memegang jawatan dan juga yang bertanggung jawab dalam hal ehwal ini tidak begitu konsen (prihatin) dengan pelaksanaan hukuman sebat kes syariah ini. Mereka hanya meluluskan undang-undang dan peraturan Islam secara sambil lewa dan melepaskan batuk di tangga. Bila dah kecoh seluruh negara, barulah terbongkar rahsia yang selama ini tiada persiapan rapi dari segi pelaksanaannya.

6. Susah-susah sangat, saya cadangkan Penjara Kajang supaya melantik JUrusebat Sambilan (part time) untuk melaksanakan perintah hukuman sebat ni. sayapun sanggup menjadi salah seorang penyebat profesional sambilan. Bukan susah sangat nak melaksanakannya. Nak seribu daya, tak nak seribu dalil. Bila dah jadi kecoh macam ni, mulalah kita menyalahkan UndangUndang Islam yang tidak adil dan tidak efektif dan lebih menyedihkan bila ada pula yang menyalahkan mahkamah Syariah yang tidak cekap. Yang lagi dahsyat dan yang lagi tak masuk akal ialah bila ada pula Menteri yang jaga wanita ni, mempersoalkan hukuman ini kerana ianya dianggap sebagai satu diskriminasi kepada kaum wanita

Apa nak jadi, apa nak jadi, sampai sekarang hukum hudud tak laksana lagi..! Apa nak jadi..!

Sunday 23 August 2009

TAZKIRAH RAMADHAN HARI KE-2 : KENALI IBLIS (BHG 2)

1. Bagaimana dengan pengalaman anda mengharungi hari pertama ramadhan pada hari semalam. Sempat ke bersolat tarawikh malam tadi. Saya yakin bahawa kebanyakannya dapat melalui hari pertama ramadhan dengan penuh keinsafan dan kebanyakan surau dan masjid penuh sesak dengan jemaah. Ini menandakan bahawa iblis dan syaitan telah berjaya kita kekang dan ikatnya dengan kemas.

2. Namun begitu, ramai yang bersemangat berbuka puasa, kemudian solat tarawikh dan seterusnya bangun tengah malam untuk bersahur tetapi akhirnya kecundang dengan Iblis apabila berhadapan dengan panggilan Ilahi di waktu Subuh. Waktu Subuh ni nampaknya amat ramai yang kecundang dan Iblis berpeluang mempengaruhi kita. Ini kerana Iblis dan syaitan akan mengikat dan menyelimutkan manusia dengan sekemas-kemasnya ketika manusia tidur. Iblis akan mengikat manusia dengan 3 tali ikatan. Inilah antara sebab yang menyebabkan manusia rasa malas dan letih untuk bangun pagi bersolat subuh. Memang Iblis suka kita untuk bangun sahur dan dia tak akan ganggu kita ketika sahur. Ini kerana Iblis mencari peluang untuk makan bersama-sama orang yang tidak membaca 'Bismillah'. Dengan makan sahur bersama orang yang tidak membaca bismillah ini, Iblispun dapat mengalas perutnya pada siang hari untuk mengganggu manusia yang berpuasa daripada jauh dan secara bisikan. Sebab itu kita rasa begitu ringan badan dan tulang sera bersemangat bangun sahur. Tapi, berapa ramai di kalangan kita yang ambil kesempatan untuk berwuduk dan tunaikan solat tahajjud semasa bangun sahur ni. Di sinilah terletaknya kelemahan kita kerana lebih mengejar makanan jasad (makan sahur) daripada mendahulukan makanan ruh (solat tahajud).

3. Sebagai panduan kepada kita yang berpuasa di bulan Ramadhan ni supaya mudah untuk bangun solat Subuh, maka di sini saya perturunkan beberapa garis panduan dan juga petua bagaimana nak menghalang hasutan Iblis di subuh hari. Sebelum tidur hendaklah kita berwuduk terlebih dahulu dan kalau ada masa bacalah Surah Al-Mulk. Semasa di tempat tidur, angkat tangan seperti berdoa dan baca al-fatihah, ayat kursi dan 3 Kul (Kul huwallah, Kul A'uzubirabil Falaq dan Kul a'uzubirabbinnas ), kemudian tiup pada tangan dan gosoklah ke seluruh anggota tubuh agar Iblis dan syaitan tak ganggu kita.

4. Harus diingat bahawa Iblis masih berpeluang mengikat tubuh badan kita dengan 3 simpulan ikatan semasa kita tidur. UNtuk mebuka 3 tali ikatan yang telah disimpulkan oleh Syaitan ini ketika tersedar di waktu subuh - maka bacalah 'Bismillah' dan ucaplah 'alhamdulillah'. Insya Allah tali ikatan pertama akan terbuka. Untuk membuka tali ikatan kedua, maka kita kena berwudhuk dan seterusnya untuk membuka tali ikatan ketiga maka kita kena tunaikan solat subuh. Dengan cara ini sahaja ikatan tali yang diikat oleh Iblis pada tubuh badan kita dapat dibuka dan diuraikan.

5. Itulah sebabnya mereka yang liat untuk bangun subuh adalah terdiri dari kalangan mereka yang telah diikat kemas oleh Iblis dan Syaitan. Bagaimana kita nak menentang nafsu syahwat di siang hari bulan Ramadhan jika sejak awal-awal lagi kita sudah dikuasai oleh Iblis diwaktu subuh. Semoga tuan/puan dapat mengamalkan petua dan panduan ini.

SUMBER RUJUKAN : MENGENALI MAKHLUK ALLAH BERGELAR JIN - Tulisan Ustaz Dato' HJ Ismail Kamus, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd, cetakan Pertama 2006.

Saturday 22 August 2009

PENTING UNTUK MENGENALI BIODATA IBLIS SUPAYA KITA SELAMAT DI BULAN RAMADHAN

1. Selamat berpuasa dan selamat melipatgandakan ibadah di bulan yang penuh berkah ini. Semua sudah sedia maklum bahawa iblis dan syaitan dibelenggu (dirantai dan diikat) oleh Allah di sepanjang bulan Ramadhan ini supaya mereka tidak boleh mengganggu orang yang berpuasa. Kenapa masih terdapat lagi maksiat di bulan Ramadhan sedangkan iblis dan syaitan telah dibelenggu dan dirantai..?

2. Sebenarnya kita kena kenal dahulu biodata iblis dan syaitan ni. Baru kita boleh menjauhkan diri daripadanya. Jika kita tak kenal sifat-sifat dan juga karakternya maka kita akan tersilap langkah dan mungkin kita telah berkawan dengan syaitan tanpa disedari. Di sini saya akan perturunkan siapakah makhluk yang dinamakan Iblis dan syaitan ini untuk renungan bersama :

BIODATA IBLIS

1. Nama Asal : Azazil
2. Nama glamour : Iblis
3. Bangsa : Jin
4. Keluarga : JIn, Syaitan dan Taghut.
5. Kediaman Rasmi : Neraka Jahannam.
6. Pangkat/Gelaran :
Fasik Darjah Pertama
7. Agama : Kufur.
8. Tugas : Profesor dan Tuan Guru di fakulti
kemungkaran dan maksiat.
9. Tempoh khidmat : Sampai Khiamat.
10. Modal : Angan-Angan.
11. Pejabat : Pasar dan Shoping Kompleks.
12. Sahabat : Munafiq
13. Pakaian : Fesyen tak menutup aurat.
14. Sumber Rezeki : Harta yang haram.
15. Wawasan : Mengkafirkan semua manusia.
16. Makanan kegemaran : Daging bangkai
daripada umpat dan cela.
17. Pasangan Hidup : Orang yang minum arak,
berzina, berjudi dan menyembah berhala.
18. Kepakaran : Menjanjikan manusia dengan
kefakiran dan kemiskinan.
19. Perkara yang menyedihkan : Bila seorang
mukmin banyak sujud kepada Allah.
20. Hobi masa lapang : Mengapi-apikan suami
isteri supaya bergaduh dan bercerai.
21. Kelemahan : Bila manusia berpuasa dan
sentiasa berzikir kepada Allah.

3. Demikianlah di antara karakter dan juga sebahagian daripada profil Iblis dan syaitan yang dapat saya senaraikan untuk panduan tuan/puan sekelian. Sebenarnya Iblis dan syaitan ni tidak dirantai secara fizikal dan zahir, tetapi ianya dirantai secara batin dan amalan ibadat yang kita lakukan di sepanjang bulan Ramadhan. Iblis dan Syaitan akan lemah dan kurang berupaya untuk mempengaruhi kita dalam keadaan lapar menerusi ibadah puasa. Itu sebabnya rasulullah saw menyuruhkan membaca bismillah terlebih dahulu sebelum kita makan dan memulakan sebarang pekerjaan. Kalau kita menjamah makanan tanpa membaca bismilllah maka iblis dan syaitan akan tumpang semangkuk dan mendapat tenaga tambahan untuk mengganggu kita.

Hari kedua puasa esok, saya akan sambung lagi perbincangan mengenai Iblis dan syaitan ini untuk panduan kita bersama bagi melawan dan menundukkannya di bulan puasa ini. Wassalam

Monday 17 August 2009

UNDI UMNO TAK MASUK SYURGA = UNDI PAS TAK MASUK KE NERAKA..?

1. Isu undi dan isu syurga dan neraka sudah mula dimainkan semula oleh PAS di Pilihanraya kecil Permatang pasir, Pulau pinang. Ianya dipukul canang dan dipalu semula oleh Mursyidul AMPAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Beliau telah membuat kenyataan di Pengkalan pasir dalam ceramahnya bahawa mana-mana pengundi yang memberi undi kepada calon UMNO tidak akan masuk ke syurga. Betul ke begitu..? Sayapun tak pasti sama ada benar atau tidak kenyataan ini dikeluarkan oleh Mursyidul AMPAS.

2. Kalau begitulah pendapat beliau, maka pengundi yang mengundi UMNO dan PAS dalam pilihanraya kecil ini nanti sama sahaja hukumnya iaitu yang mengundi UMNO tak masuk ke syurga dan yang mengundi PAS tak masuk ke neraka.

3. Dalam isu ini saya amat bersetuju dengan pendapat Nik Aziz dan bijak berpolitik dan licik di dalam melontarkan sesuatu isu yang berkaitan dengan hukum politik. Memang benar, lagi benar dan sungguh benar bahawa orang yang mengundi UMNO tak masuk Syurga. Ini kerana Syurga itu hanya dikhaskan kepada orang-orang yang telah mati dan setelah dibangkitkan di akhirat kelak, iaitu setelah dunia ini khiamat dan dihancurkan oleh Allah untuk digantikan dengan alam akhirat.

4. Sebab itulah buat masa ini sesiapapun dari kalangan penyokong, ahli dan pengundi yang mengundi UMNO tak akan masuk ke syurga. Manusia yang pernah duduk dalam syurga hanya Nabi Adam dan hawa, tetapi kemudiannya dilontarkan ke dunia kerana atas hasutan Iblis laknatullah. Orang PAS pun tak boleh masuk syurga buat masa sekarang kerana belum masa lagi pintu syurga tu dibuka kepada manusia. Kena tunggu dulu hari perhitungan di padang mahsyar nanti, barulah kita tahu siapa dia yang layak masuk ke syurga.

5. Bagaimanapun, kita boleh menempah tempat dan juga tiket untuk ke syurga dengan syarat bahawa kita mesti muslim dengan mengucap kalimah syahadah, menunaikan solat lima waktu, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan fardhu Haji ke Mekah bagi yang berkemampuan. Sesiapa yang melaksanakan kelima-lima rukun islam ini maka mereka telah menempah tiket ke syurga. Tidak di syaratkan kepada seseorang itu kena masuk UMNO ataupun PAS. Orang Cina kafir dan hindu kafirpun ada yang mengundi UMNO dan juga ramai juga mereka ini yang memberi undi serta sokongan kepada PAS. Macamana cina kafir dan hindu ini boleh masuk syurga dengan mengundi PAS?

6. Kesimpulannya, orang yang mengundi UMNO memang belum pasti lagi masuk ke syurga dan orang cina kafir dan hindu yang mengundi PAS sudah tentu mereka ni adalah bakal masuk ke dalam neraka dan jadi bahan bakaran api neraka. Orang Islam yang tak keluar mengundi dalam pilihanrayapun boleh masuk syurga.

BEGINILAH CETEKNYA HUJAH DAN PEMIKIRAN
MURSYIDUL AMPAS

Friday 14 August 2009

KENANGAN MENGUSIK JIWA BERSAMA UST. ASRI RABBANI

1. Al-fatihah buat arwah Ust Asri Ibrahim. Saya amat terkejut dengan berita kematian beliau akibat serangan sakit jantung pada hari semalam. Terima kasih banyak atas berita yang disampaikan oleh kawan beliau Ust Ahmad Shukri (YADIM) kepada saya pada jam 11.30 pagi semalam. Masa tu saya dalam perjalanan ke KLIA untuk pergi ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk menghadiri forum perdana sempena Festival KOnvokesyen UniMAP Ke-4.

ASRI RABBANI & EL-ASKAREY
Saya bersama Ust Asri sewaktu majlis raptai penuh untuk persembahan di Majlis pelancaran Bulan Dakwah Kebangsaan pada 19 Feb 2009 di PICC, Putrajaya.

2. Ust Shukri pula mendapat berita daripada sahabat baiknya Amy Search pada pagi semalam. sebaik sahaja beliau mendapat telefon daripada Amy Search, maka Ust Shukripun terus menelefon saya. Hampir 1 minit saya terkedu dan bersedih di atas pemergian Allahyarham Ust Asri. Apa yang menyedihkan saya ialah kerana saya tidak berkesempatan untuk menziarahi jenazah beliau dan bersama-sama rakan-rakan lain menyembahyangkan jenayahnya. Saya terpaksa ke Perlis kerana majlis sudah diatur.

3. Saya amat terkilan dan rasa dukacita juga kerana tidak berkesempatan untuk merakamkan lagu Bulan Dakwah yang dicadangkan dinyanyikan oleh Ust Asri dan Kumpulan Rabbani. Sebelum ini saya selaku Ketua Sekretariat Bulan Dakwah telah mengaturkan gandingan persembahan Rabbani dan Amy Search sempena dengan sambulan Bulan Dakwah Kebangsaan yang telah diadakan pada bulan Feb dan Mac lalu. Kali terakhir saya bertemu dan bersama-sama dengan Ust Asri, Rabbani bersama-sama dengan Amy Search ialah pada 1 Mac 2009 yang lalu ketika kami mengaturkan pertunjukan khas Rabbani & Amy di Majlis Pelancaran Bulan Dakwah Negeri Kelantan yang dihadiri oleh Al-Sultan Kelantan dan Tuan Guru Nik Aziz.

4. Saya sempat berbual dan berbincang dengan Allahyarham Ust Asri tentang cadangan saya untuk menjadikan lagu tema bulan Dakwah " Wahdah Pemangkin Khaira Ummah" sebagai lagu yang akan dirakamkan oleh Rabbani dalam albumnya jika dipersetujui nanti. Pada dasarnya beliau bersetuju. Malangnya kami tak sempat nak berbincang dengan lebih lanjut tentang bila lagu bulan dakwah ni nak dirakamkan serta dinyanyikan oleh Rabbani. Dengan pemergian Allahyarham, maka hasrat dan juga cadangan saya untuk menjadikan lagu bulan dakwah sebagai lagu yang didendangkan oleh Ust Asri tidak kesampaian.

5. Apapun, semuanya telah ditakdirkan oleh Allah yang beliau terpaksa menemui Allah dengan selamatnya. Yang penting, saya mendoakan ruhnya dirahmati oleh Allah. Satu kehilangan besar buat negara kerana beliau adalah di antara pelopor dan juga penggerak kepada muzik nasyid kontemporari di negara ini yang telah menarik minat anak-anak remaja kepada lagu-lagu irama nashid sekitar pertengahan tahun 1990-an hingga kini.

Wednesday 12 August 2009

PANTUN SELOKA TENTANG NASIB MELAYU DI BUMI SENDIRI

Berikut adalah beberapa rangkap dan juga patah pantun dan seloka yang telah dilontarkan oleh beberapa tokoh pejuang bangsa dan tokoh ulama Nusantara tentang nasib melayu :

Allahyarham Aminur Rashid ( 1930-an)

" AKU SENANG AKU KAYA
ORANG MELAYU HABIS KU DAYA
HABIS KU HALAU MASUK KE PAYA
AKU BERSENANG KE JALAN RAYA

HARTANYA HABIS DAPAT KU TIPU
UNDURLAH DIA KE GUNUNG MENUMPU
HABISLAH SEMUANYA DAPATKU SAPU
MENGGELEPARLAH MELAYU SEPERTI KENA PALU

DEMIKIANLAH PERASAAN SI TONGSAN ITU
MEMANDANG KITA RENDAHNYA TENTU
DIKIRA MELAYU SEMUANYA BATU
TIADA BERSUARA SEMUA DILUTU"

Demikianlah diantara bait puisi yang pernah dilontarkan oleh Alahyarham Aminur Rashid ( Tokoh Pejuang Kebangsaan dan kemerdekaan sekitar tahun 1930-an, yang telah menggambarkan bagaimana kurang ajar dan biadap kaum Cina di tanah melayu ketika itu yang digelarnya sebagai Si Tongsan yang memperkotak katikkan kaum Melayu.

ALLAHYARHAM PAK HAMKA

Sewaktu datang ke Tanah Melayu selepas penjajahan Jepun sekitar tahun 1945-46, Abuya HAMKA pernah melontarkan puisi dan selokanya kepada bangsa melayu yang masih belum merdeka pada ketika itu, iaitu :

"DI ATAS RUNTUHNYA MELAKA LAMA
PENYAIR TERMENUNG SEORANG DIRI
INGAT MELAYU KALA JAYANYA
PUSAT KEBESARAN NENEK BAHARI

DI SINI DAHULU LAKSAMANA HANG TUAH
SATRIA MOYANG MELAYU JATI
JAYA PERKASA GAGAH DAN MEWAH
TIDAK MELAYU HILANG DIBUMI

TIDAKLAH ALLAH MENGUBAH UNTUNG
SUATU KAUM DALAM DUNIA
JIKA HANYA DUDUK TERKATUNG
BERPELUK LUTUT BERPUTUS ASA"

Allahyarham Tun Razak:

" APA GUNA POLITIK MERDEKA JIKA EKONOMI MELARAT"

Marilah kita renung bersama tentang ketiga-tiga kata-kata hikmat di atas yang menceritakan perihal nasib bangsa melayu di Bumi sendiri. Apakah perkara yang disampaikan oleh mereka ini tidak relevan dan tidak berlaku lagi selepas diucapkan lebih 50 tahun yang lalu..!

Wednesday 5 August 2009

PAS: DULU, KINI DAN SELAMANYA

Umat Islam khasnya generasi muda masa kini tidak mengetahui tentang susur galur dan juga sejarah hidup Parti Islam Semalaysia ( PAS). Untuk memberi maklumat dan juga sejarah PAS ini maka di sini saya akan dedahkan siapakah PAS, dulu, kini dan selamanya.

PAS ZAMAN DULU ( 1951-1999 )

1. Rumpun Melayu dan Umat Islam telah bersatu padu di bawah satu pertubuhan yang dinamakan 'Pertubuhan kebangsaan melayu Bersatu'(UMNO) pada tahun 1946, tetapi segelintir pemimpin Melayu Islam pada waktu itu telah keluar UMNO dan menubuhkan PAS pada tahun 1951. Ertinya PAS tidak mahu perpaduan ummah. Lebih suka perpecahan.

2. Orang Melayu dan alim ulama dari Perlis sampai ke Johor dan ke Kelantan telah sepakat untuk menuntut kemerdekaan tanah Melayu daripada British bermula tahun 1955 dan akhirnya Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1955. TETAPI seorang wakil rakyat PAS di parlimen pada ketika itu telah menentang kemerdekaan dan seluruh saf kepimpinan PAS tidak menyokong idea Tunku Abd. Rahman untuk memerdekakan malaya kerana bagi mereka orang melayu masih mundur dan tak mampu nak buat sebatang jarumpun. Mempertikaikan kemerdekaan dan PAS lebih selesa duduk di bawah penjajah British.

3. PAS memfatwakan bahawa bekerjasama dengan orang kafir dalam Pilihanraya adalah haram dan mana-mana orang Islam yang mengundi calon-calon kaum Cina dan India yang kafir adalah berdosa dan akan dipersoalkan dalam kubur. haram memilih pemimpin dari kalangan orang kafir. Mereka mengkafirkan orang UMNO kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC yang jelas kafir.

4. Dasar perjuangan PAS pada zaman ini ialah mempertahankan hak dan ketuanan Melayu yang bertunjangkan Islam. Melayu tuan di negara ini. Menentang sekeras-kerasnya perkongsian kuasa dengan kaum-kaum lain kerana mereka ini adalah kaum pendatang.

5. PAS mengharamkan wanita untuk bertanding dalam Pilihanraya kerana wanita tidak boleh dipilih sebagai pemimpin. Pemimpin sama ada Ahli Parlimen dan DUN mestilah seorang lelaki dan berdosa bagi umat Islam mengundi calon-calon wanita sebagai wakil rakyat.

6. PAS juga mengharamkan serta tidak membenarkan ahli muslimat dalam partinya untuk dicalonkan bertanding dalam Ahli jawatankuasa PAS Pusat. Semua AJK PAS Pusat mestilah terdiri dari kalangan lelaki. Muslimat hanya berhak duduk dalam dewan Muslimat sahaja.

7. PAS menuduh kerajaan Perikatan di zaman Tunku Abdul Rahman sebagai thaghut dan kafir kerana membenarkan serta mengeluarkan lesen-lesen arak , dan juga membenarkan kilang-kilang arak beroperasi dalam negara.

8. PAS berjuang untuk menegakkan sebuah negara Islam (Islamic State) dan bercita-cita untuk melaksanakan Undang-Undang Syariah sepenuhnya dengan menjadikan Hukuman Hudud sebagai matlamat utamanya.

PAS ZAMAN KINI ( 1999 HINGGA KINI )

1. PAS lebih suka berpadu dan berpakat dengan DAP dan Hindraf serta PKR yang kebanyakan pemimpinnya dikuasai oleh puak-puak pelampau agama dan chauvinisme kaum Cina dan Hindu demi untuk mendapatkan kuasa dan menjatuhkan kerajaan melayu Islam yang ditunjangi oleh UMNO.

Father & Daughter In Law

2. Menyokong dan mengundi calon-calon DAP dan juga mana-mana calon PKR Hindu dan non muslim dalam pakatan Rakyat adalah halal dan sampai kepada tahap wajib demi untuk menjatuhkan kerajaan BN dan UMNO.

3. Wanita dan muslimat PAS dihalalkan bertanding dalam Pilihanraya dan juga dibenarkan bertanding dalam Pemilihan parti bagi jawatan AJK PAS Pusat di Muktamar sanawi PAS.

4. Pengeluaran lesen arak dan juga penjualan arak kepada masyarakat bukan Islam dihalalkan. Kata Dr. hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor: " PAS tidak akan mendesak kerajaan Selangor menyekat penjualan arak dan juga pengeluaran lesen arak kepada masyarakat bukan Islam".

5. PAS tidak menyokong dasar ketuanan Melayu dan hak istimewa Melayu dan Bumiputera. Semua bangsa dan agama di negara ini mesti diberi hak yang sama di sisi Perlembagaan negara.

6. PAS telah menggugurkan cita-cita perjuangannya untuk menegakkan negara Islam dan juga matlamatnya untuk melaksanakan hukuman hudud demi untuk menjaga hati rakannya Lim Kit Siang dan karpal Singh dari DAP yang menentang penubuhan negara islam. Demi untuk mendapat undi dan sokongan DAP dalam pilihanraya maka matlamat perjuangan Negara Islam terpaksa digugurkan.

PAS SELAMA-LAMANYA

1. PAS selama-lamanya akan memusuhi UMNO dan tidak akan bekerjasama dengan UMNO untuk membincangkan perpaduan Melayu dan Islam di negara ini
. UMNO adalah musuh nombor wahid PAS sampai hari khiamat.

2. PAS selama-lamanya akan menjadi alat dan akan diperalatkan oleh DAP dan juga Anwar Ibrahim selagi mana Anwar masih hidup dan juga selagi mana Nik Aziz masih menjadi Muryidul Am PAS.

Banyak lagi perkara-perkara dan juga sejarah perjuangan PAS sejak dari Dulu, Kini dan Selamanya yang boleh saya ketengahkan di sini. Tetapi, al maklum sajalah saya ni cepat pelupa dan memang spesis melayu seperti saya ni jenis "Melayu yang Mudah Lupa", So, saya tak berapa ingat dan lupa tentang beribu-ribu lagi fakta auta yang dicipta oleh PAS sejak dulu hinggga kini untuk dijadikan bahan renungan untuk generasi muda masa kini. Wallahu 'aklam.

Saturday 1 August 2009

PELUANG PAK LEBAI PAS MEMELUK DAN MERABA MUSLIMAT DI SOGO

1. 10 tahun lepas pemimpin PAS, khasnya Tok Guru Nik Aziz telarang melarang para muslimat daripada menghadiri perhimpunan-perhimpunan besar yang bercampur gaul dengan lelaki. Nik Aziz juga mengharamkan muslimat PAS daripada dipilih sebagai calon dalam pilihanraya umum. Ini kerana calon perempuan akan berkempen dan dikerumuni oleh orang ramai dan akan berlaku gesel menggesel antara calon dengan penyokong dalam sesuatu kempen pilihanraya. Itu sebab orang perempuan ni haram bertanding dalam pilihanraya kerana terdedah kepada geselan kamum lelaki di tempat umum dan terbuka.

Lihat macamana lelaki dan wanita bergesel-gesel dalam Himpunan hapuskan ISA


2. Sebaliknya, dalam pilihnaraya umum ke-12 yang lalu, PAS telah meletakkan ramai calon-calon muslimatnya bertanding dalam pilihanraya. Ini kerana wakil wanita dalam AJK PAS Pusat Dr. Lo'Lo telah mendesak pemimpin PAS supaya membenarkan muslimat bertanding. Lagipun, para penyokong dan ahli PAS sekarang ini telah bertamadun dan boleh mengawal nafsu mereka ketika bergesel dengan muslimat PAS.

3. Dalam perhimpunan haram mendesak pemansuhan ISA di Sogo, KUala Lumpur hari ini, kita lihat PAS dan Pakatan Rakyat telah menjadikan wanita-wanita sebagai bentengnya supaya pihak polis tidak berani untuk melanggar dan merempuh tembok yang dibina oleh kaum wanita ini. Nampaknya Tuan Guru hadi Awang dan para pemimpin PAS serta PKR sungguh bacul dan pengecut betul. Adakah wanita-wanita bertudung labuh dijadikan benteng untuk mereka berhimpun. Sepatutnya, kita kaum lelaki yang menjadi benteng kepada kaum wanita ni. Tak percaya cuba tengok video/youtube dalam laman-laman web pro pembangkang. Nampak betul dan jelas bagaimana wanita-wanita ini dikerumui oleh lelaki-lelaki ganas dari Pakatan Rakyat, Khasnya PAS.

( LIhatlah bagaimana bodohnya muslimat PAS diperalatkan oleh pemimpin mereka dijalan-jalan raya).

4. saya ternampak juga bagaimana Ahli Parlimen Ampang PKR, Zuraidah kamaruddin telah terkepit dicelah-celah ratusan kaum lelaki. Sebaik sahaja pihak Polis menyemburkan air dan juga asap pemedih mata, kita rasa bahawa mereka ni akan lari bertempiaran. tetapi, ada juga yang kuat semnangat dan kuat nafsunya telah mengambil kesempatan. terdapat mereka yang berkopiah lebai dan melaung-laungkan takbir Allahu Akbar, sebaliknya telah melaungkan pula pekikan 'ALHAMDULILLAH', MASYA ALLAH, ini rezeki ana". Rupa-rupanya mereka ini mengambil kesempatan meraba dan memeluk muslimat PAS dan juga wanita-wanita yang terkepit di tengah-tengah lautan manusia yang ganas ni. Muslimat PAS yang kena rabapun, nampaknya selamba saja. maklumlah suami merekapun dah lama tak meraba 'anu' mereka. Seronok juga berjuang sambil meraba ni. Bukan mudah, peluang hanya setahun sekali.

NONE

AJK PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli ditahan POlis. bayangkan kalau muslimat PAS terlondeh bajunya macam Dr. hatta ni..! Apa nak jadi..!


5. Ini yang mereka seronok sangat nak berhimpun ni. Mereka dapat jadikan majlis ini sebagai pesta raba meraba dan peluk memeluk antara lelaki dan wanita. Tak percaya, tanya mereka yang balik dari perhimpunan haram ni. namanya pun perhimpunan haram, sambil-sambil tu sempat juga buat kerja haram ni. Haram jadah betul lelaki-lelaki yang menyamar macam pak lebai dalam PAS ni.