Translate

Sunday 8 January 2012

MANA LEBIH DEMOKRATIK: UMNO PECAT ANWAR ATAU PAS PECAT HASAN ALI...?

1. Pada tahun 1998 Anwar Ibrahim telah dipecat daripada UMNO dalam satu Mesyuarat Khas majlis tertinggi UMNO yang dipengerusikan oleh Tun DR. Mahathir Mohamaed...pada masa Anwar nak dipecat itu, MT UMNO telah menjemput anwar sekali menghadiri mesyurat khas tersebut bagi membela diri di hadapan semua MT UMNO..Anwar telah diberi ruang oleh Presiden UMNO pada ketika itu Tun DRM untuk mengemukakan hujaj dan juga bagi menafikan segala pertuduhan terhadapnya yg dibentangkan oleh Tun DrM dalam messyuarat berkenaan...

2. Di antara tuduhannya ialah Anwar telah bersubahat dengan IMF untuk melumpuhkan ekonomi negara dan Anwar juga adalah dituduh sebagai pengkhianat bangsa dan negara kerana bersekongkol dengan CIA Amerika bagi menjatuhkan ekonomi negara..Anwar juga telah didakwa telah menyalahgunakan kuasanya semasa menjadi Pemangku Perdana Menteri selama 2 minggu seaktu ketiadaan Tun. DRM dengan mengerahkan pihak polis untuk mengepung rumah Umi Hafilda seperti yang didakwa oleh umi hafilda...akhirnya Anwar diberi peluang membela diri dalam mesyuarat MT UMNO selama lebih 3 jam...kenyataan anwar tidak meyakinkan MT UMNO dan akhirnya MT UMNO membuat keputusan memecat anwar daripada ahli UMNO...

3. Berlainan pula dengan Dr hasan Ali dalam PAS...Dr hasan Ali telah mengkritik kepimpinan PAS kerana dah jauh tersasar daripada perjuangan untuk menegakkkan negara islam, Dr. hasan Ali mempertikaikan slogan negara berkebajikan PAS..Dr. hasan Ali juga telah mempertikaikan seruan kepimpinan PAS untuk mengajak ahli-ahli PAS menyertai perhimpunan bebaskan Anwar 901..Dr. Hasan Ali juga telah mempertahankan tindakan JAIS untuk mengeledah sebuah gereja di damansara kerana diyakini telah mendakyah umat islam untuk memeluk agama kristian..DR Hasan Ali telah menyertai perhimpunan sejuta umat Islam bagi mempertahankan akidah Umat Islam...Dr Hasan Ali juga telah menegur kebiadaban DAP di Selangor..Dr hasan Ali juga telah mengisytiharkan Anwar tak layak jadi PM atas faktor isu moral yg dihadapinya di mahkamah..ini semua telah membuatkan kepimpinan PKR dan juga DAP tak senag hati dengan Hasan Ali..PKR dan DAP mendesak PAS ambil tindakan ke atas Hasan Ali..

4... Akhirnya pada hari ni 8 Jan (Ahad) PAS AJK PAS Pusat telah mengadakan mesyuarat khas tanpa memanggil hasan ali membela diri dalam mesyuarat tersebut..hasan ali telah dipecat dari PAS tanpa memberikan surat tunjuk sebab dan tanpa memanggil hasan ali membela diri...adilkah sebuah parti Islam yang kononnya mengamalkan kepimpinan ulama mengambil tindakan dan menghukum kepimpinan tertingginya seperti Dr hasan Ali tanpa diberi peluang untuk membela diri...

5.. Mana lebih adil dan demokratik antara tindakan MT UMNO memecat Anwar dan juga dengan tindkan AJK PAS Pusat memecat Dr hasan Ali..? Kalau ditanya pada budak-budak sekolah TADIKA di PASTI, dah tentu mereka akan jawab bahawa PAS parti zalim dan parti Islam yang tidak Pasti keislamannya....