Translate

Monday 6 October 2008

APA ISTIMEWANYA HINDRAF..?

MEREKA pernah mencetuskan huru-hara di ibu negara apabila mengadakan demonstrasi jalanan, mereka pernah menyambut hari jadi di bangunan Parlimen dan terbaru mereka melakukan tindakan biadap pada Majlis terbuka AidilFitri Perdana Menteri dan Menteri-menteri kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Itu adalah antara perkara yang pernah dilakukan oleh pertubuhan Hindu Ringhts Action Force (Hindraf), tetapi entah apa istimewanya mereka sehingga kini pertubuhan haram itu masih bergerak aktif biarpun beberapa pemimpin mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Setakat ini perakuan Hindraf sebagai pertubuhan haram hanya dibibir sahaja, belum ada langkah yang benar-benar konkrit bagi melumpuhkan sama sekali pertubuhan haram yang ekstrem tersebut. Justeru hindraf merasakan mereka kebal daripada undang-undang, biarpun tidak sah tetapi masih boleh melakukan apa sahaja termasuk bertindak kurang ajar di majlis rumah terbuka Aidilfitri.

Keadaan ini sudah tentulah menimpulkan persoalan apakah istimewanya Hindraf? Adakah ia lebih istimewa daripada Al Arqam- satu pergerakan Islam yang bukan sahaja diisytiharkan haram dan pemimpinnya ditahan di bawah ISA , malah segala asetnya dirampas sehingga pertubuhan tersebut lumpuh sama sekali.

Tetapi Al Arqam "dikuburkan" kerana kerajaan mahu memastikan ajaran songsang yang dibawa 0leh pergerakan itu tidak menggugat keharmonian kaum di negara ini. Walaupun kerajaan tahu Al Arqam adalah sebuah perubuhan Islam dan dianggotai oleh seratus peratus orang Melayu tetapi kerajaan tetap bertindak, ertinya tiada tempat bagi mana-mana puak atau golongan yang cuba memperjuangankan pendekatan agama atau kaum yang melampau.

Namun bagaimana dengan Hindraf? Apakah tafsiran yang boleh diberikan oleh satu kumpulan yang terang-terang bukan sahaja menggunakan nama agama malah bertindak cukup "berani" bagi memperjuangkan kelompok mereka.

Bayangkan kalaulah orang Islam yang bertindak sepertimana Hindraf sudah pasti mereka akan dilabelkan sebagai ekstremis atau melampau sehingga semua orang takut dengan pembuatan mereka.

( oleh : ZULKIFLEE BAKAR - Utusan Malaysia; Isnin , 6 Oktober 2008 )

Komentar Saya :

Nampaknya kerajaan kita dan pihak berkuasa di negara ini semakin hari semakin takut untuk bertindak kepada golongan pelampau hindu dan India seperti Hindraf ini. Yang hairan dan cukup mengaibkan kita ialah kenapa Presiden MIC, Dato' Seri S.Samy Velu begitu lantang dan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan puak-puak hindraf ini sehingga mendesak Menteri Dalam Negeri untuk membebaskan 5 orang pemimpin kanan Hindraf ini dari tahanan ISA sebelum perayaan Depavali pada 27 Oktober nanti.

Sebelum ini, ketika kerajaan menahan para pemimpin Al Arqam ke dalam tahanan ISA dan mengisytiharkan pengharamannya sehingga semua harta serta asetnya dirampas, tidak ada seorangpun pemimpin melayu dan Islam dari kalangan UMNO maupun PAS yang mempertahankan Al Arqam. Para pemimpin PAS seperti Tuan Guru Nik Aziz pun menyokong penuh langkah kerajaan mengharamkan Al Arqam dan melumpuhkan semua rangkaian perniagaan serta pusat-pusat pendidikannya di seluruh negara.

Saya amat sedih dengan tindakan keterlaluan phak kerajaan yang telah menggunakan segala agensinya termasuk pihak berkuasa agama negeri-negeri bagi melumpuhkan pergerakan Al Arqam. Saya bukanlah penyokong kuat Al Arqam, tetapi janganlah sampai aset serta perniagaan mereka dirampas serta diharamkan. Ini merugikan ekonomi melayu dan umat Islam. Sedarkah kita bahawa Al Arqamlah yang telah memulakan perniagaan barangan produk halal lagi suci di negara ini di pertengahan tahun 70-an dengan mengedarkan kicap, sos cili , mee serta sabun buatan muslim. Lepas tu baru kita sibuk hendak memperkenalkan makanan halal yang disahkan oleh JAKIM dan jabatan Agama Islam negeri-Negeri. Begitu juga dengan majalah-majalah berunsur Islam yang diterbitkan oleh Al Arqam dan juga lagu-lagu nasyid yang dipopularkan le kumpulan Nada Murni daripada Al Arqam yang akhirnya lahirlah Kumpulan Rabbani serta Raihan. Sungguh besar sumbangan Al Arqam kepada umat Islam di negara ini. Cuma, ajarannya sahaja yang sedikit bercanggah dengan akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang perlu di perbetulkan secara berhimah.

Kalaulah kerajaan kita begitu serius dan tegas sekali di dalam melumpuhkan pergerakan Al Arqam, maka kenapa pula kita boleh berlembut dan bertolak ansur dengan pelampau hindu dan India seperti Hindraf di negara ini. Janganlah kerana takutkan hilang undi dalam pilhanraya umum Ke-13 akan datang, maka kita terpaksa membenarkan kebiadapan hindraf bermaharajalela. Benarlah seperti pepatah KARAM SINGH WALIA : " ANAK KERA DI HUTAN DI SUSUKAN, ANAK SENDIRI MATI KEHAUSAN".

Saya cabar pihak kerajaan agar mengambil tindakan tegas kepada hindraf dengan merampas segala aset dan juga wang ringgitnya yang terkumpul dalam akaun yang tidak sah demi untuk menyelamatkan negara ini daripada golongan yang berfikiran sempit serta pelampau agama .