Translate

Thursday 4 June 2009

PERLEMBAGAAN MALAYSIA BERTERASKAN KEMELAYUAN, KEISLAMAN DAN KESULTANAN MELAYU

1. Saya telah dijemput oleh JAKIM menghadiri KOnvensyen Pemantapan Dasar Nilai-Nilai Murni Dalam Perkhidmatan Awam 2009 pada 2 Jun di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi. Ucaptama di konvensyen ini telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

2. Semasa Sesi Diskusi tentang Gagasan Satu Malaysia, salah seorang ahli panel iaitu Dato' faiza Thamby Chik dari Universiti Sains Islam Malaysia (bekas Hakim), telah memberi ulasan beliau mengenai konsep 1 Malaysia dari sudut Perlembagaan negara.

3. Beliau telah menjelaskan bahawa konsep Satu Malaysia tidak boleh lari dan menyimpang daripada prinsip asas Perlembagaan Malaysia yang telah dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu dan Queens Elizaberth yang dirangka oleh Reid Commission sewaktu menggubal Perlembagaan negara ketika Malaya mencapai kemerdekaan pada 1957. Satu Malaysia bermakna bahawa kita mesti mengikut acuan Malaysia yang mana melayu adalah ' the son of the soil' (pribimu) kepada negara ini.

4. Jelasnya lagi"Kemerdekan Tanah Melayu berbeza dengan sejarah kemerdekaan Amerika dan Australia. Ini kerana di Amerika dan Australia, kemerdekaan negara mereka diperjuangkan oleh kelompok golongan imigran yang menjadi pendatang ke negara berkenaan dan penduduk tempatan di Amerika dan Australia tidak pernah berjuaang untuk memerdekakan tanahair mereka sendiri. Justeru, perlembagaan dan juga perundangan yang dibentuk di negara-negara berkenaan adalah berteraskan kepada kepentingan kaum pendatang (imigran)."

5. Ujarnya lagi "di Tanah Melayu amat berbeza di mana kemerdekaan negara ini diperjuangkan sepenuhnya oleh penduduk tempatan (pribumi) yang terdiri dari kalangan kaum Melayu. Kaum pendatang tidak bersama-sama dengan penduduk tempatan pada awal menuntut kemerdekaan Tanah melayu selepas tamatnya pendudukan Jepun pada tahun 1945. Kaum pendatang seperti Cina dan India hanya bersama-sama dengan kaum Melayu untuk menuntut kemerdekaan pada tahun 1955". Itulah sebabnya maka penggubalan Perlembagaan negara pada ketika negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip kemelayuan, keislaman dan kesultanan raja-raja melayu.

6. Itulah sebabnya Perlembagan negara telah memberi perlindungan (to save guard) kepada kepentingan Raja-Raja Melayu, Hak Istimewa Orang Melayu dan juga Islam sebagai Agama Persekutuan.

7. Sehubungan itu, Dato' Faiza Thamby Chik menegaskan bahawa gagasan Satu Malaysia yang hendak dilaksanakan oleh Kepimpinan Negara masa kini mestilah tidak jauh menyimpang daripada Perlembagaan Negara, khasnya perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu.