1. Bagi setiap muslim (lelaki) memang sudah sering diperingatkan oleh para khatib di mimbar-mimbar Jumaat pada setiap minggu di dalam khutbah Jumaat supaya hendaklah kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Tetapi, tidak ramai di kalangan kita yang faham ataupun mengetahui bagaimana jalan-jalan ataupun kaedah untuk menjadikan diri kita sebagai hamba Allah yang benar-benar bertaqwa. Maka. Tazkirah Jumaat pada kali ini akan memberi fokus kepada permasalahan ini.
2. Di antara Jalan-Jalan yang menjadi penyuluh dan pendorong kepada seseorang itu menjadi insan yang bertaqwa adalah seperti berikut :
JALAN PERTAMA :
Tilawatul Quran. Melazimkan diri dengan membaca al-Quran serta sentiasa bertadabbur dengan memahami dan menghayatinya. Firman Allah s.w.t, bermaksud : " Demikianlah telah kami turunkan akan dia berupa al-Quran dalam bahasa Arab dan kami menerangkan berulangkali di dalamnya sebahagian dari ancaman agar mereka bertaqwa, atau al-Quran itu dapat menimbulkan pengajaran bagi mereka " ( Surah Taha : Ayat 113 )
JALAN KEDUA :
Mendapatkan Hidayah dan bermujahadah. Firman Allah s.w.t, bermaksud:" Mereka yang mendapat hidayah akan ditambahi hidayah dan diberikan ketaqwaan kepada mereka". ( Surah Muhammad : Ayat 17 ). Firman Allah s.w.t dalam ayat yang lain, bermaksud: "Sesiapa yang bermujahadah pada (keredaan) kami sesungguhnya akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang yang berbuat ihsan".
JALAN KETIGA :
Ibadah Puasa.
JALAN KEEMPAT :
Beribadah dan mengabdi diri kepada Allah dalam pengertian yang umum dan luas iaitu dengan menjadikan setiap perbuatan, pekerjaan dan juga aktiviti harian hidup kita di dunia ini sebagai ibadah - berniat dengan 'lillahi ta'ala'.