Translate

Tuesday 7 July 2009

PAS PARTI SERPIHAN UMNO- asalnya SAYAP KANAN UMNO

1. Ceritanya begini..! Satu persidangan ulama telah diadakan di Muar, Johor pada tahun 1950 yang dipengerusikan oleh Tuan Hj Mohd Noh Umar yang bertujuan untuk memikirkan pembangunan Islam di negara ini. Persidangan ini dianjurkan oleh UMNO di bawah kepimpinan Dato' Onn Jaafar. Persidangan itu telah menghasilkan pertubuhan Persatuan Islam Semalaya atau PAS sebagai salah satu sayap UMNO di dalam menggerakkan agenda perjuangan agama, bangsa dan tanah air di mana program utamanya ialah memerdekakan negara daripada penjajah.

2. Persidangan itu juga turut menonjolkan seorang tokoh ulama daripada terengganu iaitu Tuan Hj Ahmad Fuad Hasan yang kemudiannya menduduki jawatan penting di dalam UMNO sebagai ahli MKT dan rapat dengan Presiden Parti, Dato' Onn Jaafar- Hj Ahmad Fuad turut mengetuai sayap ulama di dalam UMNO iaitu PAS.

3. Apabila berlaku krisis di dalam UMNO yang membawa kepada perletakan jawatan Dato' Onn daripada Presiden UMNO, maka Hj Ahmad Fuad menjadi salah seorang daripada calon Presiden bagi menggantikan Dato' Onn, di samping Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj dan Dato' Zainal Abidin. Akhirnya Tunku Abdul Rahman telah dipilih sebagai Presiden UMNO setelah mengalahkan Hj Ahmad Fuad dan calonlain.

4. Nak tahu apa yang berlaku selepas pemilihan ini..! Hj Ahmad Fuad tidak menerima kekalahan itu dengan hati terbuka sebaliknya beliau keluar daripada UMNO dan membawa bersamanya Persatuan Islam SeMalaya (PAS). Pada tahun 1951 PAS ditubuhkan sebagai pertubuhan yang berasingan daripada UMNO sebagai sebuah parti politik baru, iaitu parti serpihan UMNO. PAS ditubuhkan bukanlah hasil daripada permuafakatan persatuan-persatuan melayu dan ulama dari seluruh tanah air, sebaliknya ia ditubuhkan hasil daripada kekecewaan pemimpinnya Tn Hj Ahmad Fuad yang kalah bertanding jawatan Presiden UMNO dengan Tunku Abdul Rahman.

5. Kekecewaan ini telah menjadi faktor utama wujudnya parti-parti serpihan dalam arena politik tanah air. Serpihan ini telah menyebabkan UMNO telah menjadi sedikit sumbing dan pincang. Walaupun kesumbingan UMNO akibat daripada perpecahan ini boleh dibaiki, tetapi serpihan yang membawa parti induk menjadi sumbing ini adalah fenomena yang negatif dan memudharatkan kesatuan umat Islam di dalam UMNO untuk memartabatkan agama, bangsa dan kemerdekaan Malaya pada ketika itu.

6. Jika sesuatu perjuangan itu didokong oleh niat yang buruk dan 'ada udang di sebalik batu' dan 'pepat di luar dan rincung di dalam', maka ianya akan membawa kepada kemusnahan dan kehancuran. Sabda Nabi SAW, yang bermaksud: " Hanyalah amalan-amalan itu mengikut apa yang ia niatkan". Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumiddin menyebut sepotong hadis yang bermaksud: " Manusia semuanya binasa melainkan orang yang berilmu, orang-orang berilmu semuanya binasa melainkan orang-orang yang beramal dengan ilmunya, dan orang-orang yang beramal semuanya juga akan binasa melainkan orang-orang yang ikhlas di dalam amalannya dan orang-orang Ikhlas itu berhadapan dengan cabaran besar".

7.
PAS sepatutnya bersikap jujur dan ikhlas dalam perjuangan politiknya apabila ia membawa nama Islam dan mendakwa mmeperjuangkan Islam. Kenapa PAS tak mahu bekerjasama dengan UMNO..? Kenapa PAS boleh bekerjasama dengan DAP dan HINDRAF....? Jawabnya ialah kerana mereka mempunyai sifat dendam dengan UMNO, sama dengan orang Arab jahiliah yang taasub dengan kabilahnya di zaman Arab jahiliyah di Mekah. Mereka sanggup berperang dan bermusuh dengan kabilah lain akibat seekor unta yang mati di bunuh oleh puak lain sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya. Inilah di afahaman asobiyah yang ditentang oleh Islam dan kalau mati, maka matinya adalah mati jahiliyah.

Tulisan akan datang, saya akan membicarakan pula tentang penyelewengan PAS dari sudut agama, syariat dan kemasyarakatan. Tunggu...!