Translate

Sunday 27 September 2009

KALAU 1MALAYSIA NAK CONTOHI PIAGAM MADINAH ; RUMAH BERHALA MESTI DIHAPUSKAN

1. Saya amat tertarik dengan kenyataan Perdana Menteri, Dato' Sri Najib sebelum ini yang menegaskan bahawa gagasan 1Malaysia adalah bertunjangkan kepada ruh serta semangat Piagam Madinah. Apakah ruh dan juga semangat Piagam Madinah yang menjadi sumber inspirasi kepada gagasan 1Malaysia..?

2. Salah satunya ialah menjadikan masyarakat majmuk sebagai sumber kekuatan kepada pembentukan sebuah negara bangsa di Malaysia yang setiap kaum dan agama yang pelbagai di negara ini saling hormat menghormati antara satu sama lain. Inilah kepada pembentukan Kota Madinah yang telah dicorakkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai sebuah negara nubuwwah yang meletakkan Islam sebagai Agama rasmi, dalam masa yang sama membenarkan agama-agama lain diamalkan secara aman dan damai di madinah.

3. Cuma, satu perkara yang agak janggal dan mungkin Kerajaan BN telah melakukan kesilapan besar sebelum ini tentang hak kebebasan agama ini. Kebebasan agama yang wujud di madinah bukan berbakna bahawa agama-agama lain bebas untuk mendirikan rumah-rumah ibadat yang berkonsepkan seni binanya kepada ukiran patung-patung berhala di sekeliling rumah ibadah berkenaan. Harus diingat bahawa pada masa kedatangan Islam di madinah, masyarakat di sana telah mengamalkan ajaran agama samawi iaitu agama Nasrani dan Yahudi. Mereka ini mengamalkan agama yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu iaitu ajaran Nabi Isa Dan nabi Daud. Sumber rujukan mereka ialah kitab Injil dan Zabur. Mereka ini terdiri dari kalangan ahli kitab yang mana perempuan-perempuan ahli kitab ini boleh dikahwini oleh lelaki muslim dan halal bagi umat Islam pada ketika itu memakan sembelihan ahli kitab.

4. Kebanyakan pengikut ajaran agama yahudi dan nasrani di madinah ini tidak mengamalkan upacara ibadah dengan menyembah berhala di rumah-rumah ibadah mereka. Mereka tidak mensyirikkan Allah s.w.t. Sebab itulah mereka boleh menerima kepimpinan Rasulullah ketika Rasulullah membentuk sebuah negara Islam Madinah. Di sinilah terletakkan prinsip kebebasan beragama kepada penduduk Kota Madinah. Mereka masih mengamalkan ajaran agama yang berteraskan kepada agama samawi yang tidak menyembah berhala.

5. Berlainan pula dengan penduduk Kota Mekah yang selama Rasulullah berdakwah hampir 13 tahun sebelum hijran ke madinah. Kabilah Arab Mekah pada ketika itu digelar kaum musyrikin Mekah kerana mereka telah menyimpang daripada ajaran agama asal Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Kebanyakan keluarga rapat Rasulullah yang berketurunan Quraish masih berpegang teguh kepada ajaran agama Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Sebab itu Rasululah tiada masalah dibesarkan oleh Datuknya Abdul Mutalib dan kemudian oleh bapa saudaranya Abu Talib yang masih berpegang pada ajaran ini. Rasulullah sendiripun tiada masalah duduk serumah dengan bapa Saudaranya Abu Talib yang tidak memeluk agama Islam.

6. Sebaliknya, kebanyakan kaum Quraish dari kabilah lain, mereka ini telah menyimpang daripada ajaran asal nabi Allah Ibrahim dan Ismail di mana mereka telah menyembah berhala dan telah membina patung-patung berhala di sekeliling Ka'abah. Antaranya yang terkenal dan yang paling besar ialah berhala 'Uzza' dan 'Latta'. Mereka tawaf di Ka'abah tetapi dalam masa yang sama menyembah patung berhala 'Latta' dan 'Uzza' ini. Sebab itu mereka ini digelar sebagai kaum Musyrikin Mekah kerana menyembah berhala dan mensyirikkan Allah.

7. Ketika pembukaan Kota Mekah, Rasululah telah mengarahkan tentera-tentera Islam supaya merobohkan berhala-berhala ini dan membersihkan Ka'bah daripada berhala. Ini menunjukan bahawa Rasulullah amat keras dan tegas prinsipnya dari segi menghapuskan penyembahan berhala ini. Kenapa ketika di Kota madinah, tiadak ada usaha untuk menghapuskan berhala-berhala ini. Jawabnya, di madinah tidak ada yang menyembah berhala, kalau adapun hanyalah suatu kaum yang mengamalkan agama menyembah matahari yang disebut sebagai agama 'majusi'. Memang tidak boleh nak dihapuskan matahari ni kerana ianya adalah sebahagian daripada ciptan Allah di dunia ini.

8. Justeru, pada pandangan saya bahwa kelonggaran dan juga kebebasan yang diberikan oleh kerajaan-kerajaan negeri samada yang diperintah oleh BN ataupun PAS (sekarang ini Pakatan Rakyat) , yang membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat agama-agama lain yang berkonsepkan rumah berhala ke pelusuk tempat dan kawasan di merata tempat adalah jauh menyimpang daripada semangat dan ruh Piagam Madinah. harus diingat bahawa rumah-rumah ibadat yang dibenarkan dizaman Rasulullah adalah rumah-rumah ibadat bagi agama-agama samawi seperti Yahudi dan nasrani yang tidak diukir dengan patung-patung berhala di sekeliling bangunan tersebut. Lagipun, bentuk dan juga seni bina rumah ibadah ini tidak dibenarkan dibina melebihi ketinggian menara masjid dan juga tidak dibenarkan ianya ditonjolkan syiarnya melebihi daripada agama Islam.

9. Apa yang berlaku hari ini di Malaysia, terlalu banyak rumah ibadat yang berkonsepkan rumah berhala ini terutamanya bagi rumah ibadah agama hindu dan buddha. Sepatutnya, kita mesti membuat garis panduan bagi pembinaan rumah ibadah ini. Kena buat syarat, kalau nak bina rumah ibadah, maka ianya tidak boleh diukir patung-patung berhala di sekeliling bangunan tersebut. kalau nak diizinkan juga, maka kita beri sedikit kelonggaran agar patung-patung berhala ini hanya boleh dibina di dalam bangunan yang tidak boleh dilihat dari luar. Suruh mereka ikut cara bagaimana pembinaan sebuah gereja, yang mana semua gereja di negara ini dibina tanpa mendirikan patung-patung berhala. Hanya lambang salib sahaja di bina bagi menunjukkan syiar agama kristian.

10. INilah akibatnya apabila umat Islam berpecah dan tidak bersatu sejak dari merdeka sampai kini, kelompok UMNO dan PAS masing-masing nak dapatkan undi dan pengaruh kaum Cina dan India. Maka, sesiapapun yang dapat kuasa pemerintahan negeri, maka mereka terpaksa merelakan pembinaan kuil dan tokong yang berkonsepkan rumah-rumah berhala ini demi untuk menjaga hati dan mempastikan undi kaum India dan cina memihak kepada mereka. Aklhirnya maruah dan kedaulatan agama Islam yang tergadai.

11. saya yakin bahawa mereka yang memegang kuasa sama ada dari kalangan pemimpin UMNO dan PAS ni bukannya tak faham dan tahu tentang perkara ni. Tapi, demi kuasa dan juga jawatan dalam kerajaan maka mereka terpaksa gadaikan Islam. Apa nak jadi negara kita 50 tahun lagi jika rumah-rumah berhala dah terbina setiap daerah, mukim dan kampung. Akhirnya anak-anak kita yang goyah imannya akan turut menjadi syirik satu hari nanti seperti kaum musyrikin Mekah. Mungkin orang Melayu ni masih Islam tetapi ramai yang akan menyembah berhala. Ingatlah, Judi, Arak, Bertenun Nasib dan menyembah berhala itu adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan, maka hendaklah kita jauhi.

Thursday 24 September 2009

ISA SAMAD ADALAH CALON SUCI DALAM DEBU

1. saya amat bersetuju dengan pandangan TUn Dr. mahathir bahawa BN/UMNO mesti memilih calon yang benar-benar bersih dan tidak pernah dalam rasuah politik. Mana-mana calon yang pernah dihukum oleh Lembaga Disiplin UMNO atas kesalahan politik wang dalam pemilihan parti tidak seharusnya dipilih sebagai calon pada P.raya Kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober nanti.

2. Dari segi prinsip dan juga idealnya memang wajar pandangan Tun DRM ini dijadikan panduan dan juga perkiraan oleh Pengerusi BN, dato' Sri najib untuk memilih calon BN itu nanti. Kenyataan Tun. DRM mungkin ditujukan kepada T.Sri Isa Samad yang pernah disabitkan kesalahan politik wang dalam UMNO sehingga digantung jawatan selama 3 tahun mulai 2005 - 2008 yang lalu.

3. Kalau nak dibuat ukuran tentang calon-calon BN ini sejak pilihnaraya Umum 1982 - 1999 yang diterajui oleh Tun DRM, pada pandangan saya amat banyak dan berlambak-lambak calon-calon dari kalangan pemimpin UMNO yang korupsi dan menggunakan wang untuk mendapat kedudukan jawatan dalam UMNO. Namun kebanyakan mereka ini tidak dibicarakan dan tidak ada yang melaporkannya kepada Lembaga Disiplin UMNO.

4. Saya nak komen sikit pandangan Tun Dr.M ni, bahawa tidak semestinya para pemimpin UMNO yang memegang jawatan dalam MT UMNO , Exco Pemuda, Menteri Kabinet, Exco-Exco kerajaan negeri yang ada hari ini semua bersih kerana tidak disabitkan kesalahan melanggar etika pemilihan UMNO seperti yang dihadapi oleh Tan Sri Isa Samad. Mungkin nasib T.Sri Isa kurang baik kerana pihak lembaga Disiplin mempunyai bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahan beliau dalam politik wang. Ini tidak bermakna bahawa para pemimpin lain yang tidak dikenakan tindakan disiplin kerana terlibat dengan rasuah politik wang ini terlalu berbersih berbanding dengan T.Sri Isa Samad. Cuma nasib mereka baik sedikit drpd isa Samad kerana mereka pandai menggunakan kaedah dan juga tipu helah untuk menggunakan wang dalam politik tanpa dapat dikesan dan disabitkan kesalahan.

5. Oleh itu, saya berpendapat bahawa lebih baik semua pemimpin UMNO di setiap peringkat agar dapat membuat sumpah ikrar dan juga janji kepada parti dan juga kepada Allah s.w.t secara beramai-ramai untuk tidak terlibat lagi dalam gejala rasuah politik ini. Dengan itu, Lembaga Disiplin parti bolehlah mencadangkan kepada parti supaya kesalahan mereka selama ini diampunkan dan juga seterusnya membuka lembaran buku baru kepada UMNO mulai sekarang tentang penghayatan perjuangan sebenar demi agama, bangsa dan negara.

6. T.Sri Isapun telahpun menjalani hukuman dan telahpun melalui proses semula dalam UMNO pada 2008 di mana beliau telah dibenarkan semula bertanding jawatan Ketua UMNO bahagian dan juga naib Presiden UMNO. Janganlah UMNO melaksanakan peraturan dan juga hukuman yang double standard kepada T.Isa Samad. Kalau UMNO telah membenarkannya memegang jawatan ketua UMNO Bahagian dan juga membenarkannya bertanding jawatan naib Presiden UMNO pada pemilihan lepas, maka tidak ada sebab mengapa UMNO nak menghalang pula pencalonan Isa Samad sebagai calon DUN Bagai Pinang. Jangan menolak kehendak dan denyut nadi akar umbi di Teluk kemang yang mahukan Isa Samad.

7. Saya ibaratkan T.sa samad sebagai seorang pemimpin yang 'suci dalam debu'. Seperti debu yang sifatnya mungkin boleh mendatangkan penyakit dan mudharat kepada kesihatan manusia, tetapi apabila suasana dan keadaan di mana ketiadaan air maka 'DEBU' tadi boleh digunakan bagi menggantikan air mutlak untuk bertayammum. Walaupun tanah berdebu itu dipijak dan dipandang hina oleh Iblis, tetapi tanah yang berdebu ini amat berguna pula untuk tujuan ibadah ketika ketiadaan air mutlak.

8. Kalau Tan Sri Isa Samad terpilih sebagai calon BN di DUN Bagan Pinang nanti, maka beliau bukan dari kalangan calon 'AIR MUTLAK" tetapi dari kalangan 'Debu Tanah' yang suci lagi menyucikan. ( Perhatian : tulisan dan pandangan saya ini tidak ditaja ataupun dibayar oleh T.Sri Isa Samad- Wallahi, Wabillahi, Watallahi ).
5.

Monday 14 September 2009

DAH SAMPAI KE TAHAP UMNO DAN PAS WAJIB BERSATU DAN BERPADU

1. Sehingga ke hari ini saya menjadi keliru dan menjadi buntu memikirkan nasib masa depan melayu dan Umat Islam di Malaysia. Apalah agaknya yang menyebabkan kedua-dua pemimpin tertinggi dari UMNO dan PAS susah sangat nak duduk semeja bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan umat Islam. Yang herannya, pemimpin PAS boleh berpeluk dan bermuzakarah dengan DAP (yang anti melayu/Islam). Begitu juga dengan pemimpin UMNO, mereka boleh pula berunding dan duduk semeja serta menyambut kongsi raya bersama-sama dengan MIC, MCA, Gerakan dan PBS. Apa nak jadi dengan nasib umat Islam di Malaysia ni di masa akan datang. Adakah ianya bergantung kepada UMNO dan PAS sahaja.

2. Sedang saya duduk-duduk di rumah selepas solat tarawikh malam tadi, saya tersentuh hati dengan dua potong ayat al-Quran dalam Surah Al-Hujurat, ayat 9 (Juzuk 26), yang bermaksud: "Dan apabila ada dua golongan orang mukmin yang bersengketa, maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari keduanya berbuat zalim terhadap (golongan) yang lain, maka perangilah (golongan) yang berbuat zalim itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali kepada perintah Allah maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, dan berlakulah adil. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil".

3. Dalam ayat berikutnya (ayat 10), Allah seterusnya berfirman, bermaksud: "SEsungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat".

4. Menerusi kedua-dua ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa jika berlaku persengketaan dan pertelingkahan antara dua golongan kaum muslimin, maka wajiblah ada satu golongan lain iaitu pihak ketiga yang bertindak sebagai pendamai antara kedua-dua golongan ini. Setelah diajukan perdamaian dan jalan penyelesaian tetapi terdapat pihak yang lain menzalimi pihak yang satu lagi maka Alllah memerintahkan kepada pihak ketiga (pendamai) tadi supaya memerangi golongan yang ingkar dengan perdamaian ini.

5. Persoalannya sekarang ialah, antara UMNO dan PAS yang telah bersengketa lebih 50 tahun yang lalu. Siapakah pihak ketiga yang wajar dan wajib menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertelingkahan ini ? Adakah saya ataupun tuan/puan sekelian..? Pada hemat saya pihak yang amat wajar campurtangan bagi menyelesaikan perbalahan antara UMNO dan PAS ialah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu menerusi Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu. Siapa yang nak menasihatkan Raja-Raja Melayu ini supaya bertindak sebagai pendamai dan orang tengah..? Nampaknya tiada orang lain yang layak dan sesuai kecuali Sohibus Samahah Mufti-Mufti Kerajaan Negeri.

6. Sudah sampai masanya mufti-mufti mempersembahkan perkara ini kepada Sultan/Raja di negeri masing-masing agar bertindak sebagai pendamai antara UMNO dan PAS. Apa yang berlaku hari ini, kita lihat Majlis Raja-Raja macam tidak kisah dan tidak tahu tentang peranan dan kuasa yang ada pada mereka sebagai Ketua negara dan Ketua Negeri bagi mengeluarkan titah perintah agar UMNO dan PAS mesti duduk semeja bagi mengadakah muzakarah dan muqabalah. Saya rasa bila penyimpan mohor besar Raja-Raja Melayu mengisytiharkan tarikh puasa dan hari raya puasa, setakat ini semua ahli parti samada UMNO ataupun PAS akan akur dengan pengisytiharan ini termasuk semua kerajaan-kerajaan negeri (BN/Pakatan Rakyat) - semuanya akan berpuasa dan ber hari raya mengikut tarikh yang dititah dan diperintahkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu.

7. Jadi, saya cadangkan agar dalam bulan Syawal nanti supaya Majlis Raja-Raja Melayu menitahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja supaya mengisytiharkan bahawa Duli-Duli Yang maha Mulia Raja-Raja Melayu telah menitahkan UMNO dan PAS supaya duduk bersama bagi berbincang dan bermuzakarah tentang kepentingan Melayu dan Islam di negara ini. Saya yakin, kalau Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengiystiharkannya secara langsung di TV, maka UMNO dan PAS akan patuh dengan titah perintah ini sebagaimana mereka taat dan patuh kepada pengumuman tarikh puasa dan hari raya.


Tuesday 8 September 2009

FASAL 3, PERLEMBAGAAN MSIA : AGAMA LAIN BOLEH DIAMALKAN DENGAN AMAN DAN DAMAI

1. Ramai yang tidak memahami tafsiran dan juga objektif yang tersurat dan tersirat pada fasal 3, Perlembaagan Malaysia: " Islam adalah Agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di maan-mana bahagian dalam Persekutuan".

2. Berasaskan kepada fasal inilah yang membolehkan ugama Islam diberi keistimewaan dan juga keutamaan oleh kerajaan sejak merdeka hinggga kini untuk memartabatkan serta memperkasakan risalah dakwah Islamiah serta prasarana-prasarana yang berkaitan dengan kepentingan umat Islam di negara ini. Agama-agama seperti hindu, kristian, buddha dan lain-lain agama tidak tercatat secara khusus dan tidak pula diberi keistimewaan dan keutamaan sebagaimana agama Islam.

3. Kenapa penganut-penganut agama hindu di Selangor yang jumlah mereka amat kecil berbanding dengan masyarakat melayu yang beragama Islam nak menuntut hak mereka yang sama seperti umat Islam? kenapa mereka perlu kepada sebuah kuil di Seksyen 23 Shah Alam..? Kenapa kerajaan Selangor pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat perlu memenuhi tuntutan mereka.? Jawabnya mereka ini semuanya jahil ataupun buat-buat jahil tentang fasal 3 Perlembaagan Malaysia.

4. Fasal 3 Perlembagaan Malaysia mensyaratkan bahawa agama-agama lain boleh diamalkan di negara ini dengan syarat ianya mendatangkan keamanan dan kedamaian kepada masyarakat Islam. Bukan semua amalan agama hindu, kristian dan buddha boleh dipaktiskan sewenang-wenangnya dalam masyarakat majmuk di negara ini yang meletakkkan Islam sebagai agama yang paling tinggi dan rasmi. Kalau kuil yang nak dibina itu boleh mendatangkan kegelisahan dan juga tidak senang di kalangan penduduk Islam di sesuatu tempat, maka pembinaan kuil berkenaan tidak boleh diteruskan. Asasnya ialah Islam didahulukan dan keamanan diutamakan. kalau dengan terbinanya kuil ini boleh mendatangkan huru-hara dan pergaduhan antara agama dan kaum di sesuatu tempat itu, maka kaedahnya ialah kita kena kembali kepada fasal 3 Perlembagaan Malaysia.

5. Jelas kepada kita bahawa bukan semua kehendak kaum bukan Melayu dan agama-agama lain seperti hindu, kristian dan Buddha di Malaysia ini boleh diterima dan diberi ruang sama dengan keistimewaan yang ada pada penganut agama Islam. Kalau penganut agama Islam berhakl mendirikan surau di setiap taman dan berhak mendapat masjid di setiap kariah di sesuatu kawasan, maka tidak semestinya kita mesti membenarkan puak-puak penganut agama hindu ini untuk menikmati benda yang sama dengan orang Islam. Orang hindu kena faham, kalau nak menjadikan hindu sebagai agama yang diangkat tinggi dan mulia maka tempatnya bukan di Malaysia. Mereka boleh pergi ke negara India untuk mengamalkannya ajaran hindu secara lebih perkasa dan dominan.

6. Justeru, saya berpendapat bahawa kerajaan BN sebelum ini dan juga termasuk kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dewasa ini telah memberi muka dan juga ruang yang terlalu banyak kepada kaum India HIndu di negeri Selangor ini untuk menonjolkan syiar HIndu mereka termasuk pembesaran Batu Caves sebagai pusat peribadat terbesar hindu di Asia . Tidak kiralah sama ada para pemimpin BN/UMNO ataupun PKR-PAS, mereka mesti faham untuk meletakkan kepentingan undi dalam pilihanraya dengan kepentingan Syiar Islam di negara ini. Saya dimaklumkan bahawa jumlah kuil-kuil hindu di Selangor ni sudah melebihi jumlah sekali ganda daripada jumlah masjid-masjid. Ini bermakna bahawa orang hindu ni saja nak tunjukkan pada orang bahawa hindu adalah agama dominan di Selangor. Tak kan masyarakat Islam dan pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS tak faham situasi ini.

7. Dah jelas dalam perlembaagan bahawa agama Islam adalah agama tunggal dan rasmi di Malaysia dan agama-agama lain hanya boleh diamalkan dengan syarat ianya aman dan damai sahaja. Kalau dah sampai ke tahap masyarakat Islam jadi marah dan tidak selesa dengan pengamalan dan juga provokasi hindu ini seperti yang berlaku di Seksyen 23, maka pada tahap ini apa sahaja amalan keagamaan agama-agama lain tidak boleh dilaksanakan. Kalau berlaku pertumpahan darah dan rusuhan, maka kesalahan ini harus dipertanggungjawabkan kepada pihak kerajaan yang mengizinkan pembinaan kuil ini dan juga pihak keselamatan yang tidak tegas .

8 Satu Malaysia bukan bermakna bahawa semua kaum dan juga agama berhak untuk mendapat hak yang sama dari segi pengamalan agama dan juga sosial. Ianya hendaklah berasaskan kepada Perlembagaan Negara dan prinsip Rukunegara seperti yang digagaskan oleh Dato' Sri Naib Razak.

Thursday 3 September 2009

PAK SAMAD ( A.SAMAD SAID)TEKAD TUMBANGKAN UMNO-BN


Dato' A.Samad said ketika berceramah di Permatang Pasir
atas Pentas PAS.

1. Ketika berkempen dalam Pilihnaraya kecil DUN permatang Pasir baru-baru ini, Tokoh sasterawan negara dato' A.Samad Said berceramah dipentas PAS bagi memperjuangkan Bahasa Melayu. Dalam kempennya, beliau menyifatkan bahawa keputusan kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar Pengajaran dan pembelajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di semua peringkat sehingga tahun 2012 sebagai "penghinaan berterusan" terhadap bahasa kebangsaan.

2. Jelasnya lagi: Ini menunjukkan ketidaksungguhan kerajaan memartabatkan bahasa Melayu. Beliau mencadangkan satu lagi demonstrasi diadakan selepas Aidilfitri nanti selepas GMP berjaya menganjurkan demonstrasi dan perarakan ke Istana Negara pada Mac lepas. Jelasnya, setiap perkara yang gagal diselesaikan di dewan rakyat maka wajar untuk rakyat berdemonstrasi dan demonstrasi itu halal. BeLiau juga bertekad untuk menumbangkan UMNO-BN kerana UMNO jadi pengkhianat terhadap Bahasa Melayu. ( sedutan Harakah-Fikrah 28-30 Ogos 2009).

3. Dari satu segi saya amat sokong pendapat Dato' A.Samad Said bagi memartabatkan Bahasa Melayu. Tapi, dengan cara berdemonstrasi jalanan untuk memperjuangkan Bahasa melayu, pada pendapat saya ianya tidak kena pada tempatnya. Takkanlah seorang sasterawan negara nak jadi sasterawan jalanan pulak. Kalau nak jatuhkan UMNO-BN, maka pak Samad kena berani macam dato' Shahnon Ahmad, luangkan masa tulis buku macam shahnon bertajuk 'SHIT" dan kemudian tanding dalam pilihanraya. Elok juga pak Samad buat puisi ataupun buku yang bertemakan "UMNO PENGKHIANAT BAHASA MELAYU". Kemudian boleh jual pada semua kaki demonstrasi lepas raya nanti. Boleh dapat duit untuk kumpul banyak-banyak dan digunakan nanti sewaktu kempen jadi calon pilihnaraya macam dato' shahnon.

4. Saya hairan juga, macam mana pak Samad boleh duduk di atas pentas ceramah PAS untuk memperjuangkan Bahasa melayu. pak Samad tak tahu ke yang PAS memang tak suka memperjuangkan agenda Melayu. Yang PAS perjuangkan ialah Islam dari sudut POlitik Kepartian bukannya Islam sebaai Ad-Deen. Bahasa rasmi untuk agama Islam ialah Bahasa Arab dan Bahasa Al-Quran. Gamak pulak PAS bagi platfom pada Pak Samad untuk bercakap pasal Melayu.

5. Sayapun nak tegur juga Pak Samad ni, apa yang dikatakan Melayu seperti yang ditafsirkan dalam perkara 160, Perlembagaan Malaysia ialah, mesti berbahasa melayu, berbudaya melayu dan beragama Islam. Takkan Pak Samad tak faham, Kerajaan dah umumkan pemansuhan PPSMI secara berperingkat-peringkat sehingga tahun 2012. Nak apa lagi. Bahasa Melayu tetap diajar di sekolah-sekolah. Mana ada kerajaan mahsuhkan bahasa melayu..? Saya tengok cara Pak Samad mengurus rambut dan janggut tu yang tidak melambangkan seorang yang mengamalkan budaya melayu. Melayu bukan sekadar berjuangan dan bercakap melayu sahaja, tetapi cara kita bercakap, berpakaian dan juga berbudaya juga mesti ikut cara melayu.

6. Lepas tu nak demonstrasi pulak. mana sesuai budaya demonstrasi ni dengan budaya melayu. Jadi saya harap pak Samad muhasabah diri dulu sebelum bercakap soal bahasa ni. Kenapa tak tegur DAP P.Pinang yang cuba untuk meletakkan papan tanda berbagai bahasa termasuk bahasa cina di Penang?

Pada pandangan saya Pak Samad ni hanya layak digelar seorang Sasterawan Jalanan kalau mengada-ngada lagi nak berdemonstrasi di jalan raya. Tak kesian ke dengan peniaga-peniaga melayu dan islam di Jalan masjid India tu yang terpaksa rugi berjuta-juta kerana demonstrasi tu. Saya cadangkan lain kali kalau nak demonstrasi jalanan hendaklah berkumpul di Bukit Bintang dan terus menuju ke Jalan Dewan Bahasa dan tembus ke Istana Negara. Jadi, tak adalah ganggu peniaga-peniaga melayu di Jalan Masjid India tu. Ataupun bermula berkumpul di Jalan Bricksfield dan terus menuju ke Istana Negara.

Wednesday 2 September 2009

Syukur, Alhamdulillah : Datin Seri Rosmah menghidupkan Siang Ramadan dengan Solat Sunat Tasbih

Mungkin Berita ini ada kaitan dengan mimpi saya 3 hari yang lalu..!

Ahli Bakti anjur solat tasbih, hajat


ROSMAH (lima dari kanan) bersama ahli Bakti mendengar tazkirah mengenai kemuliaan Ramadan dan keberkatannya yang disampaikan Datuk Dr Fatma El-Zahra (kiri) di Sri Satria, Putrajaya, semalam ( 1 Sep. 2009)

PUTRAJAYA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, semalam menghadiri majlis solat sunat tasbih dan hajat anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (Bakti) di kediaman rasminya di Sri Satria, di sini.

Rosmah yang juga Yang Dipertua Bakti berkata, program itu adalah antara sebahagian daripada aktiviti kerohanian Bakti untuk ahli-ahlinya sempena bulan Ramadan.

"Ia bukan sekadar aktiviti kerohanian semata-mata tetapi ia juga mampu mengukuhkan hubungan antara ahli Bakti serta jemputan yang hadir," katanya.

Sumber : Berita harian : 2 Sep. 2009

Ulasan : Agaknya berapa kerat di kalangan kita yang menggunakan kesempatan di siang hari di bulan Ramadhan ini untuk mendengar majlis ilmu dan juga bersolat sunat Tasbih..? Satu langkah ke hadapan..! Insya Allah semoga Allah membuka pintu hatinya untuk menjadi Wanita muslimah yang solehah.

Tuesday 1 September 2009

APA REAKSI MAJLIS AMAL ISLAMI MALAYSIA (YADIM, ABIM, JIM DLL NGO'S ISLAM) MENGENAI MEMORANDUM JAG-SIS KEPADA PM YANG HINA HUKUMAN SYARIAH.?

Berikut adalah salinan memorandum yang diserahkan oleh The Joint Action Group for Gender Equality (JAG - sekutu SIS) kepada YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak bagi mengatasi segera isu hukuman sebat Kartika Sari Dewi Shukarno oleh Mahkamah Syariah Tinggi Negeri Pahang.


Saya nak tunggu apa reaksi dan juga tindak balas dari Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) yang terdiri dari ABIM, JIM dan lain-lain pertubuhan Islam Bukan Kerajaan setelah membaca memorandum yang biadab dan menghina mahkamah Syariah ini. Mungkin Sdr Mohd Fitri Abdul Aziz, sebagai Pengurus MAIM di YADIM boleh mengambil tindakan susulan bagi menggerakkan MAIM untuk menjawab isi memorandum ini.

MEMORANDUM (LETTER)

Justice for Kartika - Memo to PM

The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) appeals to YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak to take immediate steps to address the issue of the sentence of whipping meted out to Kartika Sari Dewi Shukarno.

JAG also urges the government to review whipping as a form of punishment as it violates international human rights principles which regard whipping and other forms of corporal punishment as cruel, inhuman and degrading treatment. Moreover, research has shown that whipping is not an effective deterrent, even to violent or sexual crimes.

The court’s decision to whip Kartika for consuming alcohol has led to a public outcry at the national and international levels, damaging Malaysia’s reputation as a moderate Muslim country. It also fuels the widespread belief that Islam is a religion that discriminates against women. While civil law in Malaysia prohibits the caning of women, syariah law makes no such exception.

JAG believes there are compelling reasons why Kartika’s case should be reviewed - on syariah, constitutional and legal grounds, international human rights principles, and based on sentencing guidelines. They include:

Syariah Grounds

(i) Qur’anic teachings emphasise repentance, forgiveness and personal transformation. Even the verses on punishment for theft (Surah Al-Maai’dah 5:38-39) and robbery (5:33-34), emphasise that an offender who repents after his crime and amends his conduct, is redeemed, as God is forgiving and merciful.

(ii) Kartika has repeatedly expressed remorse and repented for her action. She should be forgiven, instead of be given the maximum punishment.

(iii) There is no consensus in Malaysia on the range of crimes for which whipping is prescribed,. Only Pahang, Perlis and Kelantan provide whipping for alcohol consumption under their Syariah Criminal Offences Codes.

Sentencing Guidelines

(iv) Under normal sentencing guidelines, Kartika should not have been given the maximum punishment as she had pleaded guilty, was a first time offender and has shown and continues to show remorse.

(v) The whipping sentence is also disproportionate to the gravity of the offence committed, especially since there was no violence involved in the commission of the offence.

(vi) When an accused pleads guilty, it is a mitigating factor. Therefore, the judge should have taken that into consideration in favour of the accused, and should not have meted out the maximum sentences in terms of the fine imposed and number of strokes for whipping.

Constitutional and legal issues

(vii) Can the Kajang prison which is established under Federal law execute an order issued by the syariah court which is under state jurisdiction?

(viii) Can a Federal authority execute a sentence of whipping against a Muslim woman when the Prison Regulations 2000 forbids corporal punishment to be applied to a female prisoner (of any age), or a male prisoner who is more than 50-years-old?

(ix) Can the Pahang Syariah Court simply impose an additional sentence of imprisonment for seven days after the trial had ended and the case deemed closed, just for the punishment of whipping to be carried out?

(x) The victimisation of Kartika violates constitutional guarantees of equality and non-discrimination under Article 8(2) of the Federal Constitution. Under federal law, a woman cannot be whipped, but under syariah, she can. Daily, thousands of Muslims violate the syariah law which forbids alcohol consumption. And yet, Kartika is victimised with the maximum punishment to set an example to others.

(xi) Is it the duty of the state – in order to bring about a moral society – to turn all “sins” into “crimes against the state”? Or should this be private morality best left to the religious conscience of the individual, rather than be deemed public morality and turned into a matter of law? As practice shows, the enforcement of such moral policing laws has often led to controversies, abuses and public outcry. In the end the Federal Government intervenes and those arrested are released.

International Obligations

(xii) As a signatory to the United Nations Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) since 1995, Malaysia is committed to uphold respect and equality for women. This commitment is complimented by Malaysia’s obligations under the Universal Periodic Review whereby Malaysia’s delegation had during the UPR process in February 2009 reaffirmed Malaysia’s “respect for human rights long established given the country’s character as a melting pot of various cultures, religions and ethnicities”.

(xiii) Malaysia is also committed to the 1988 ASEAN Declaration on the Advancement of Women, the 2004 ASEAN Declaration on the Elimination of Violence against Women and the 2005 Putrajaya Declaration and Programme of Action on the Advancement of Women in Member Countries of the Non-Aligned Movement.

In the long term, we urge the Government to conduct a comprehensive review of the Syariah Criminal Offences laws of this country, with a view to repeal such laws, thus enabling all Malaysians to be governed by a single Penal Code under federal administration.

In 2005, Sisters in Islam, a member of JAG submitted a memorandum to the Government to reiterate its call for the Syariah Criminal Offences laws to be repealed on the grounds that they have no basis in Islamic legal theory and practice; they conflict with the Federal Constitution and that they conflict or overlap with the Penal Code and other federal laws. SIS had commissioned two reviews by Professor Muhammad Hashim Kamali and Professor Shad Saleem Faruqi and these have been shared with the Government.

The Government must show the political will and courage to once and for all deal with the implications of such intrusive moral policing laws. The implementation of these laws continues to raise numerous profound and controversial issues at the Islamic, constitutional, and human rights levels.

They also fail to reflect the changing realities of Malaysian life today. The continual public outrage over moral policing laws reflects the disconnect between state control of private lives and personal choices, and how Malaysians view their entitlements to these rights. This can no longer remain unresolved.

The Joint Action Group for Gender Equality (JAG)
Petaling Jaya
25 August 2009

MySinchew 2009.08.26

--------------------------------------------------------

Saya sudah majukan salinan memorandum ini pada dato' Shamsuddin Nawawi, Setiausaha politik MB Pahang, sila ikuti jawaban bagi membidas semula kebiadaban JAG di atas di laman blog beliau :

http://dongtalk.blogspot.com/2009/09/misguided-jag.html




GUGURKAN IDENTITI KAUM DALAM BORANG DAN DOKUMEN : SATU LANGKAH MENOLAK FITRAH KEJADIAN ALLAH S.W.T

1. Terdapat cadangan daripada pemimpin negara untuk memansuhkan ruangan identiti kaum dan bangsa dalam borang-borang rasmi kerajaan dan juga dokumen-dokumen yang berkaitan dengan sesuatu permintaan untuk menzahirkan identiti kaum/bangsa. Adakah ianya boleh menyelesaikan matlamat penyatuan 1Malaysia dan juga menyelesaikan masalah perkauman di negara ini..?

2. Jika kita merujuk kepada firman Allah s.w.t dalam Surah al-Hujurat, ayat 13, yang bermaksud: "Hai manusia! SEsungguhnya Kami menciptakan kamu dari laki-laki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal, sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu".

3. Jelas kepada kita bahawa kejadian manusia dari jenis lelaki dan wanita dan kemudiannya terbahagi kepada beberapa suku, puak, bangsa dan keturunan ataupun warna kulit adalah merupakan satu ciptaan Allah yang Maha Agong dan Maha Berkuasa. Kenapa kita ingin menyembunyikan identiti kaum dan juga bangsa kita, sedangkan inilah satu keunikan yang Allah jadikan manusia di muka bumi ini. Yang salahnya ialah apabila kita menjadikan bangsa dan kaum itu sebagai sebab bagi kita untuk melakukan kezaliman terhadap pihak lain yang tidak sebangsa dan sekaum dengan kita.

4. Dah jelas bahawa tujuan Allah jadikan semuanya ini adalah supaya kita saling kenal mengenal antara satu sama lain, saling hormat menghormati dan juga saling memahami akan budaya, adat resam dan juga kepercayaan masing-masing. Bagaimanapun Allah memberi kelebihan dan juga kepujian kepada mereka yang beriman dan bertaqwa. Memang semua manusia ini sama dari segi hak, kejadian dan juga dari segi hak asasinya menurut hukum dunia dan juga Piagam hak Asasi manusia. Namun, seseorang muslim dan mukmin itu lebih diutamakan oleh Allah dari segi haknya untuk mendapat kebahagian di dunia dan di akhirat. Hanya seseorang yang menjadi muslim dan mukmin sahaja yang layak mendapat gelaran serta pangkat taqwa di sisi Allah.

5. Kita tidak boleh menyamaratakan sahaja semua umat dan masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk mengecapi nikmat dan juga peluang-peluang yang ada dalam sebuah negara Islam seperti Malaysia. Perkara 160, Perlembagaan Malaysia telah meletakkan tafsiran bangsa 'Melayu' secara khusus sebagai seorang yang mesti bertutur bahasa melayu, mengamalkan adat istiadat dan resam kehidupan melayu dan paling penting melayu ini diikat dengan kekuatan imannya iaitu mestilah beragama Islam. Di sinilah letaknya kelebihan dan juga keistimewaan bangsa Melayu berbanding dengan kaum-kaum lain. Melayu itu mesti beragama Islam. Kalau kita menggugurkan identiti bangsa 'Melayu' ini dalam dokumen ataupun borang permohonan kerja dan sebagainya, bererti kita telah menggugurkan identiti keislaman itu dalam jiwa Melayu sejak turun temurun lebih 700 tahun lalu. Ini kita kena pertahankan.

6. Kita boleh bertolak ansur dengan kaum-kaum lain dari segi menggugurkan identiti kaum ini dalam borang-borang mereka dan juga sijil kelahiran mereka. Ini kerana dalam Perlembagaan Negara, status bangsa Cina dan India tidak dinyatakan secara tuntas bahawa mereka mesti beragama hindu ataupun Buddha. Sebab itu, kaum Cina dan India ini yang beragama Buddha, Tao dan Hindu boleh saja pada bila-bila masa menukar agamanya kepada agama kristian ataupun Islam. Kalau nak digugurkan pernyataan mengenai kaum ini, maka saya cadangkan ianya hanya dilaksanakan kepada kaum India dan Cina sahaja. Ini kerana hanya kedua-dua kaum ini sahaja yang banyak membawa masalah kepada integrasi nasional di negara ini. Orang Melayu sentiasa bersikap terbuka, dan tak pernahpun orang Melayu mempertikaikan asal usul dan juga kedudukan mereka di negara ini. Dengan menggugurkan perkataan kaum Cina dan India dalam surat beranak, dan juga dokumen-dokumen rasmi kerajaan, barulah golongan ini tidak sembrono lagi berlagak dan bercakap seolah-olah seperti mereka berada di India dan di negara China.

7. Untuk bangsa Melayu dan juga kaum-kaum bumiputera lain di Sabah dan Sarawak, maka adalah ditegaskan bahawa identiti ini perlu dikekalkan dan dinyatakan secara jelas dalam setiap borang dan juga dokumen penting seperti Sijil kelahiran. Inilah identiti kita yang mesti dipertahankan.

8. Apa yang kita bimbangkan nanti ialah, jika hari ini kita boleh menggugurkan identiti kaum dan bangsa dalam surat-surat dan dokumen rasmi, maka suatu hari nanti puak-puak dari golongan pondan dan bapok ( mak Nyah) juga akan menuntut supaya identiti perempuan dan lelaki dihapuskan dalam borang. Ini kerana mereka ini mempunyai fizikal lelaki tetapi hati dan perasaan keperempuanan. Wajarlah identiti lelaki dan perempuan juga dihapuskan bagi tujuan menjaga hati kaum mak nyah ni. Akhirnya nanti, akan berlakulah perkahwinan antara lelaki dan lelaki dan wanita dengan wanita kerana sudah tidak ada lagi identiti jantina dalam dokumen pengenalan diri dan borang nikah. Kiamatlah dunia bang..!