Dato' A.Samad said ketika berceramah di Permatang Pasir
atas Pentas PAS.
1. Ketika berkempen dalam Pilihnaraya kecil DUN permatang Pasir baru-baru ini, Tokoh sasterawan negara dato' A.Samad Said berceramah dipentas PAS bagi memperjuangkan Bahasa Melayu. Dalam kempennya, beliau menyifatkan bahawa keputusan kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar Pengajaran dan pembelajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di semua peringkat sehingga tahun 2012 sebagai "penghinaan berterusan" terhadap bahasa kebangsaan.
2. Jelasnya lagi: Ini menunjukkan ketidaksungguhan kerajaan memartabatkan bahasa Melayu. Beliau mencadangkan satu lagi demonstrasi diadakan selepas Aidilfitri nanti selepas GMP berjaya menganjurkan demonstrasi dan perarakan ke Istana Negara pada Mac lepas. Jelasnya, setiap perkara yang gagal diselesaikan di dewan rakyat maka wajar untuk rakyat berdemonstrasi dan demonstrasi itu halal. BeLiau juga bertekad untuk menumbangkan UMNO-BN kerana UMNO jadi pengkhianat terhadap Bahasa Melayu. ( sedutan Harakah-Fikrah 28-30 Ogos 2009).
3. Dari satu segi saya amat sokong pendapat Dato' A.Samad Said bagi memartabatkan Bahasa Melayu. Tapi, dengan cara berdemonstrasi jalanan untuk memperjuangkan Bahasa melayu, pada pendapat saya ianya tidak kena pada tempatnya. Takkanlah seorang sasterawan negara nak jadi sasterawan jalanan pulak. Kalau nak jatuhkan UMNO-BN, maka pak Samad kena berani macam dato' Shahnon Ahmad, luangkan masa tulis buku macam shahnon bertajuk 'SHIT" dan kemudian tanding dalam pilihanraya. Elok juga pak Samad buat puisi ataupun buku yang bertemakan "UMNO PENGKHIANAT BAHASA MELAYU". Kemudian boleh jual pada semua kaki demonstrasi lepas raya nanti. Boleh dapat duit untuk kumpul banyak-banyak dan digunakan nanti sewaktu kempen jadi calon pilihnaraya macam dato' shahnon.
4. Saya hairan juga, macam mana pak Samad boleh duduk di atas pentas ceramah PAS untuk memperjuangkan Bahasa melayu. pak Samad tak tahu ke yang PAS memang tak suka memperjuangkan agenda Melayu. Yang PAS perjuangkan ialah Islam dari sudut POlitik Kepartian bukannya Islam sebaai Ad-Deen. Bahasa rasmi untuk agama Islam ialah Bahasa Arab dan Bahasa Al-Quran. Gamak pulak PAS bagi platfom pada Pak Samad untuk bercakap pasal Melayu.
5. Sayapun nak tegur juga Pak Samad ni, apa yang dikatakan Melayu seperti yang ditafsirkan dalam perkara 160, Perlembagaan Malaysia ialah, mesti berbahasa melayu, berbudaya melayu dan beragama Islam. Takkan Pak Samad tak faham, Kerajaan dah umumkan pemansuhan PPSMI secara berperingkat-peringkat sehingga tahun 2012. Nak apa lagi. Bahasa Melayu tetap diajar di sekolah-sekolah. Mana ada kerajaan mahsuhkan bahasa melayu..? Saya tengok cara Pak Samad mengurus rambut dan janggut tu yang tidak melambangkan seorang yang mengamalkan budaya melayu. Melayu bukan sekadar berjuangan dan bercakap melayu sahaja, tetapi cara kita bercakap, berpakaian dan juga berbudaya juga mesti ikut cara melayu.
6. Lepas tu nak demonstrasi pulak. mana sesuai budaya demonstrasi ni dengan budaya melayu. Jadi saya harap pak Samad muhasabah diri dulu sebelum bercakap soal bahasa ni. Kenapa tak tegur DAP P.Pinang yang cuba untuk meletakkan papan tanda berbagai bahasa termasuk bahasa cina di Penang?
Pada pandangan saya Pak Samad ni hanya layak digelar seorang Sasterawan Jalanan kalau mengada-ngada lagi nak berdemonstrasi di jalan raya. Tak kesian ke dengan peniaga-peniaga melayu dan islam di Jalan masjid India tu yang terpaksa rugi berjuta-juta kerana demonstrasi tu. Saya cadangkan lain kali kalau nak demonstrasi jalanan hendaklah berkumpul di Bukit Bintang dan terus menuju ke Jalan Dewan Bahasa dan tembus ke Istana Negara. Jadi, tak adalah ganggu peniaga-peniaga melayu di Jalan Masjid India tu. Ataupun bermula berkumpul di Jalan Bricksfield dan terus menuju ke Istana Negara.
10 comments:
suruh dia berarak pergi ke pejabat dap dan hindraf. tanya mereka kenapa guna bahasa cina dan india utk anak2 mereka, kenapa tak guna bahasa melayu.
masuk politik aje la pak samaddd.. senang sket aku balunn..
bagus komen anda. Gila kutuk tu tak sedar kebebasan bersuara dia tu dtg dari kerajaan gak. Elok la join PAS. biar dia tahu PAS tak pernah perjuang kan bangsa.
laisa minna man daa ila asobiyah..
"bukanlah dr kalanganku(rasulullah saw) mereka yg memperjuangkan bangsa"
Kita dilahirkan didunia atas kapasiti berbagai kaum dan etnik bukan utk memusuhi satu sama lain namun utk kenal mengenali sesama kita..pernah ke didlm perut emak kita..kita diberi borang utk diisi supaya dpt memilih utk menjadi melayu,cina atau india....pernah atau tidak..jikalau begitu Saudara shamsuddin..maka saya percaya saudara akan memilih dilahirkan didlm keluarga yg bernasib baik..berpendidikan tinggi dan kaya....tapi itu semua tiada didalam kuasa kita utk menentukannya..kita dilahirkan sebagai Islam adalah nikmat bg diri kita dan anugerah yg paling besar utk kita pelihara...jikalau bahasa yg dicipta Allah yg berbagai inipun tidak dapat kita kekalkan apatah lg maruah bangsa...saudara tidak mempunyai dalil yg cukup utk memulakan satu diskusi ilmu utk menegakkan kebenaran dan mula menuduh mereka yg memperjuangkan bahasa tidak bersyukur dgn nikmat yg Allah limpahi....cukuplah saudara shamsuddin..provokasi murahan dan lemah ini tidak akan kemana...jahil boleh diubah namun apabila seseorang itu tidak tahu dia jahil maka lebih bahaya dan sukar utk diperbaiki...siapa mkn cili dia terasa pedasnya....fikir2kanlah
Salam, bila merasakan orang semakin lupa dan sudah tidak glamor, maka dia carilah tempat untuk mendapat sanjungan, biar pun terpaksa menumbangkan bangsa sendiri....
Saudara Anonymous,
Saya setuju dengan apa saudara kata mengenai Samad Said.
Saya rasa Samad Said dah melalut. Kebencian telah mengcengkam dirinya. Tak adakah kebaikan pada UMNO yang begitu dibencinya.
Bukan senang nak mengubah sesuatu dasar. Tentulah tak masuk akal menukar serta merta. Bagaimana dengan pelajar yang belajar dalam BI matapelajaran sains dan Ilmu hisab. tentu sukar kalau tiba-tiba tukar ke BM.
Kenapa Samad said tidak boleh fikir alasan semudah itu. Inilah masalah orang yang tak mahu memikir.
Samad said sekali sekala eloklah bercermin diri. dan ubahlah penampilan kerana ianya melambangkan keperibadian. Nampak macam orang sasau pula.
Apa pun kita cakap mengenai pelajaran sains dan ilmu hisab dalam Bi, kita kena akui yang niatnya baik. Dr mahathir mahu kita fasih dalam bahasa yang digunakan dipentas antarabangsa.
pepatah ada cakap "belakang parang diasah lagikan tajam". Masalah ialah sikap, bukan bahasa.
Tok nenek kita belajar dalm BI. tak ada masalah pun. Yang menghalang mereka ialah kemiskinan dan tiada peluang. Bukan bahasa.
Budaya Samad menyerang habis-habisan bukan satu sikap yang elok.
Alangkah elok jika sedikit masa Samad digunakan untuk bercermin diri. Sudah-sudahlah memaki hamun UMNO.
Janganlah lupa Samad pun dapat nikamat dari pemerintahan UMNO. Termasuk juga puak-puak PAS yang kerjanya tak lain dari cari kesalahan UMNO.
Salam Ziarah. Di dalam membicarakan Pak Samad 'terlupa' jasa baik UMNO, bilakah pula agaknya UMNO boleh memperakui kesalahan-kesalahannya dalam memperjuangkan bangsa? Mestikah segala kritikan oleh mereka yang 'ahli' perlu disambut dengan penghinaan oleh penyokong UMNO? walhal nama UMNO itupun sebenarnya dalam bahasa Inggeris?
zaimi machang...
mohon sedikit huraian tentang isu kuil di shah alam
salam ramadhan dr IRC
Salamun Alaikum...
Berkaitan bahasa ini, ada pelajar yg tetap akan gagal walau subjek itu di ajar dlm mana2 bahasa. Mungkin jika dlm bahasa melayu, pelajar itu akan sekurang2nya memahami soalan namun tetap tidak dpt menjawab jika tiada pemahaman atau ulangkaji yg cukup.
Pada 'ahli' bahasa melayu, apakah hasil terjemahan anda berkaitan ilmu2 spt medical, engineering, sains dll dlm bahasa melayu? Masyarakat perlu 'ilmu2' ini bukan sekadar membaca 'novel melayu'.
Kritikan tiada makna jika tiada usaha utk memperkembangkan ilmu2 yg bermanfaat. Bagi yg punya kemampuan menterjemah, hentikan kritikan dan mulalah menterjemah ilmu2 ini ke bahasa melayu agar dapat diguna oleh cucu-cicit. Itu lebih baik dari berdemonstrasi itu & ini.
Bagi 'tokoh' agama, mulalah menerangkan 'keseluruhan' Al-Quran itu dalam bahasa yg difahami masyarakat keseluruhannya. Pastikan masyarakat memahami setiap surah atau juzuk isi Al-Quran, itulah sebaik-baik usaha dakwah berbanding membuka aib orang lain atau berkata dgn perkataan2 yg kurang enak didengar.
Jazakallah Khair
Apa dah jadi dengan orang kita sekarang agama apa yang mereka pegang. Aku rasa mereka belum jumpa ajaran agama yang sebenar kerana 'asyik duk berkelahi, suka mengata orang lebih -lebih lagi pada bulan mulia ini. Islam sebenar tak ajar kita semua itu ,bukan islam sebenar jika ada rasa(ajaran ) nak menjatuhkan agama raja dan bangsa sendiri tempat kita bergangtung .Yang aku tahu Islam tu ajarannya sangat menarik dan penuh hikmat serta harmuni yang aku pelik tu orang kita yang berkupiah dan berjanggut itulah yang suka buat ajaran songsang dan salah tu! ya Allah tunjukilah kaum bangsaku.
Post a Comment