Mungkin Berita ini ada kaitan dengan mimpi saya 3 hari yang lalu..!
Ahli Bakti anjur solat tasbih, hajat
ROSMAH (lima dari kanan) bersama ahli Bakti mendengar tazkirah mengenai kemuliaan Ramadan dan keberkatannya yang disampaikan Datuk Dr Fatma El-Zahra (kiri) di Sri Satria, Putrajaya, semalam ( 1 Sep. 2009) |
PUTRAJAYA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, semalam menghadiri majlis solat sunat tasbih dan hajat anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (Bakti) di kediaman rasminya di Sri Satria, di sini.
Rosmah yang juga Yang Dipertua Bakti berkata, program itu adalah antara sebahagian daripada aktiviti kerohanian Bakti untuk ahli-ahlinya sempena bulan Ramadan.
"Ia bukan sekadar aktiviti kerohanian semata-mata tetapi ia juga mampu mengukuhkan hubungan antara ahli Bakti serta jemputan yang hadir," katanya.
Sumber : Berita harian : 2 Sep. 2009
Ulasan : Agaknya berapa kerat di kalangan kita yang menggunakan kesempatan di siang hari di bulan Ramadhan ini untuk mendengar majlis ilmu dan juga bersolat sunat Tasbih..? Satu langkah ke hadapan..! Insya Allah semoga Allah membuka pintu hatinya untuk menjadi Wanita muslimah yang solehah.