Translate

Monday 16 February 2009

PAS TAK FAHAM REALITI - YB NIZAR IKUTKAN HATI

1. Perkara 16(2) (a), Perlembagaan Negeri Perak telah memberi kuasa mutlak kepada DYMM Sultan Perak (sebelum melantik ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan) seorang Menteri Besar yang pada hemat baginda berkemungkinan memperolehi sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri.

2. Dengan peruntukan kuasa menerusi Perkara 16 (2) (a) inilah yang membolehkan YB. Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin dilantik dan diperkenankan oleh Sultan Perak sebagai Menteri Besar Perak ke-10 pada Bulan Mac 2008 tahun lalu. Sebenarnya DAP telah awal-awal lagi menghadap Sultan Perak untuk mohon perkenan dilantik sebagai MB Perak, tetapi Sultan Perak menolak dengan bersandarkan juga kepada Perlembagaan Negeri Perak yang mensyaratkan bahawa Menteri Besar itu mestilah dari kalangan ADUN yang b eragama Islam. Berkecailah harapan DAP untuk menjadi MB Perak.

3. Logiknya, DAP adalah suara majoriti kalangan Pakatan Rakyat berbanding PKR dan PAS. Ini kerana DAP memiliki 18 ADUN, PKR - 7 dan PAS - 6 , yang ke semuanya berjumlah 31 ADUN. Berbanding dengan BN yang mmepunyai 27 ADUN UMNO dan 1 ADUN MCA. Walaupun dari segi parti yang mempunyai sokongan majoriti di DUN Perak adalah UMNO (UMNO-27 ) berbanding DAP ( 18 ADUN ), tetapi Sultan Perak terpaksa mengambil kira sokongan majoriti ke semua ADUN yang mana Pakatan Rakyat 31 dan BN hanya 28. Memandangkan PKR hanya terdapat 3 orang sahaja ADUN beragama Islam dan PAS mempunyai 6 ADUN beragama Islam, maka Sultan Perak telah memberi perkenan kepada PAS untuk menjadi MB Perak.

4. Persoalannya, adakah PAS dan PKR tidak menyedari akan hakikat ini sewaktu mereka mula-mula di pilih sebagai Kerajaan baru di Perak sebaik sahaja Pilihanraya Umum ke-12 tahun 2008 yang lalu..? Sedarkah mereka bahawa pada masa majlis angkat sumpah nak dilangsungkan, DAP telah membuat ugutan untuk memulaukan majlis berkenaan kerana tidak puas hati di atas perlantikan PAS sebagai MB Perak..! Tetapi, selepas itu DAP kembali semula untuk menyokong PAS dan Mohd Nizar sebagai MB perak kerana DAP bimbang jika PAS dan UMNO bergabung membentuk kerajaan campuran di Perak, maka peluang DAP untuk berkuasa di Perak dan Selangor juga akan terjejas.

5. DAP takut pada ketika itu di mana jika PAS dan UMNO bergabung di Perak maka formula yang sama juga akan berlaku di Selangor di mana PAS dan UMNO juga akan bergabung di selangor. Maka akhirnya DAP tidak mendapat apa-apa di Perak dan Selangor. Justeru, DAP sanggup mengiktiraf Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak demi untuk memperkosa ketuatan Melayu dan Islam di Perak dan Selangor. Perkara ini tidak disedari dan diinsafi oleh pengikut-pengikut Melayu-Islam daripada PAS dan PKR. Apa yang mereka nampak ialah kuasa dan kerajaan negeri.

6. Mereka langsung tidak menoleh kepada sirah Rasulullah s.a.w yang mana sewaktu dakwah Islam mula bercambah di mekah; ketua-ketua kabilah Arab jahiliyah telah menawarkan jawatan Raja, Ketua kabilah, harta, wanita dan juga lain-lain pangkat kebesaran kepada Nabi Muhammmad - asal Muhammad meninggal risalah tauhid dan dakwah di kalangan kabilah Arab di mekah. tetapi, Nabi Muhammad telah menolak semua tawaran itu demi untuk mempertahankan risalah dakwah Islam ( tauhid).

5. Berbeza dengan YB Nizar dan PAS di Perak, mereka telah memancungkan hidungnya kepada DAP untuk menjadi Ketua (MB ) dengan harapan mereka dapat kuasa dan membalas dendam kepada UMNO di Perak. Mereka langsung tak berani nak sebut soal negara Islam dan pelaksanaan hukum Islam demi untuk menjaga hati DAP dan juga demi untuk mempastikan agar DAP terus menyokong YB Nizar sebagai MB Perak. Kalau DAP tarik semula sokongan kepada PAS maka YB Nizar akan tergelincir lebih dahsyat lagi daripada apa yang berlaku baru-baru ini.

6. Dia sanggup diperalatkan oleh DAP demi untuk mendapatkan kuasa. Tetapi apa yang ada hanya jawatan sebagai MB Perak sahaja. Tentang kuasa, semua orang PAS tak sedar dan buta tuli tentang pentadbiran serta politik kuasa di mana DAP telah menguasai 7 ahli EXCO dalam Kerajaan Negeri berbanding PAS yang hanya ada seorang Exco dan 2 orang Exco Muslim PKR. Bermakna bahawa Pakatan Rakyat Kafir ada 7 Exco dan Pakatan Rakyat Muslim ada 3 Exco sahaja.

7. Keputusan apapun yang dibuat dalam Mesyuarat Exco kerajaan Negeri Perak maka ianya akan memihak kepada undian dan juga majoriti 7 Exco. Ini kerana Mesyuarat Exco negeri adalah sama dengan mesyuarat Menteri kabinet. Sekalipun 3 Exco Pakatan Rakyat Muslim menentangnya, maka ianya tak dapat berbuat apa-apa kerana keputusan mutlak akhirnya berada di tangan 7 Exco pakatan Rakyat yang kafir ini. Ini yang ramai di kalangan ahli PAS dan PKR Muslim yang pekak badak dan tuli mengenai perjalanan sesuatu pentadbiran negeri. Kita mesti faham bahawa kuasa majoriti itu amat penting dalam sistem pemerintahan demokrasi.

8. Ada seorang sahabat saya menulis dalam blog ini dengan mengatakan bahawa apa bezanya PAS dan PKR bergabung dengan orang cina dan India kafir dalam Pakatan Rakyat dengan apa yang UMNO amalkan selama ini dalam BN dengan MCA dan MIC.

9. Saya nak jawab dengan fakta. Ada bezanya bang..! PAS bergabung dengan DAP dan PKR dalamkeadaan di mana PAS menjadi MB (ketua) tetapi kuasa mutlak menentukan dasar adalah ditangan bangsa lain yang mendapat kerusi 7 orang Exco di Perak berbanding PAS yang hanya ada 3 Exco termasuk PKR.

10. Ambil contoh Kerajaan Pusat, walaupun UMNO tewas banyak kerusi kepada PAS dan PKR tetapi UMNo masih mempunyai kuasa pemutus dan juga majoriti dalam kabinet Kerajaan Pusat. Terdapat 31 orang Menteri kabinet BN. Daripada jumlah ini 22 orang adalah beragama Islam dari kalangan UMNO dan PBB di Sarawak. Bermakna bahawa Ahli Parlimen Islam yang memegang jawatan Menteri Kabinet dalam Kerajaan adalah 2/3. Ini bermakna bahawa segala keputusan Kabinet akan sentiasa memihak kepada Agama Islam dan juga kepentingan umat Melayu. Lain-lain Menteri kabinet dari kalangan lain-lain kaum dan agama hanya 1/3 sahaja dalam kabinet. Inipun ramai yang tak faham dan buta tuli mengenai kuasa Menteri kabinet.

Lain kali saya nasihatkan semua penyokong PAS dan PKR yang beragama Islam agar fahamlah tentang realiti dan jangan ikut macam YB Nizar (bekas MB Perak) yang suka ikut kehendak hati.