Translate

Monday 16 February 2009

PAS TAK FAHAM REALITI - YB NIZAR IKUTKAN HATI

1. Perkara 16(2) (a), Perlembagaan Negeri Perak telah memberi kuasa mutlak kepada DYMM Sultan Perak (sebelum melantik ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan) seorang Menteri Besar yang pada hemat baginda berkemungkinan memperolehi sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri.

2. Dengan peruntukan kuasa menerusi Perkara 16 (2) (a) inilah yang membolehkan YB. Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin dilantik dan diperkenankan oleh Sultan Perak sebagai Menteri Besar Perak ke-10 pada Bulan Mac 2008 tahun lalu. Sebenarnya DAP telah awal-awal lagi menghadap Sultan Perak untuk mohon perkenan dilantik sebagai MB Perak, tetapi Sultan Perak menolak dengan bersandarkan juga kepada Perlembagaan Negeri Perak yang mensyaratkan bahawa Menteri Besar itu mestilah dari kalangan ADUN yang b eragama Islam. Berkecailah harapan DAP untuk menjadi MB Perak.

3. Logiknya, DAP adalah suara majoriti kalangan Pakatan Rakyat berbanding PKR dan PAS. Ini kerana DAP memiliki 18 ADUN, PKR - 7 dan PAS - 6 , yang ke semuanya berjumlah 31 ADUN. Berbanding dengan BN yang mmepunyai 27 ADUN UMNO dan 1 ADUN MCA. Walaupun dari segi parti yang mempunyai sokongan majoriti di DUN Perak adalah UMNO (UMNO-27 ) berbanding DAP ( 18 ADUN ), tetapi Sultan Perak terpaksa mengambil kira sokongan majoriti ke semua ADUN yang mana Pakatan Rakyat 31 dan BN hanya 28. Memandangkan PKR hanya terdapat 3 orang sahaja ADUN beragama Islam dan PAS mempunyai 6 ADUN beragama Islam, maka Sultan Perak telah memberi perkenan kepada PAS untuk menjadi MB Perak.

4. Persoalannya, adakah PAS dan PKR tidak menyedari akan hakikat ini sewaktu mereka mula-mula di pilih sebagai Kerajaan baru di Perak sebaik sahaja Pilihanraya Umum ke-12 tahun 2008 yang lalu..? Sedarkah mereka bahawa pada masa majlis angkat sumpah nak dilangsungkan, DAP telah membuat ugutan untuk memulaukan majlis berkenaan kerana tidak puas hati di atas perlantikan PAS sebagai MB Perak..! Tetapi, selepas itu DAP kembali semula untuk menyokong PAS dan Mohd Nizar sebagai MB perak kerana DAP bimbang jika PAS dan UMNO bergabung membentuk kerajaan campuran di Perak, maka peluang DAP untuk berkuasa di Perak dan Selangor juga akan terjejas.

5. DAP takut pada ketika itu di mana jika PAS dan UMNO bergabung di Perak maka formula yang sama juga akan berlaku di Selangor di mana PAS dan UMNO juga akan bergabung di selangor. Maka akhirnya DAP tidak mendapat apa-apa di Perak dan Selangor. Justeru, DAP sanggup mengiktiraf Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak demi untuk memperkosa ketuatan Melayu dan Islam di Perak dan Selangor. Perkara ini tidak disedari dan diinsafi oleh pengikut-pengikut Melayu-Islam daripada PAS dan PKR. Apa yang mereka nampak ialah kuasa dan kerajaan negeri.

6. Mereka langsung tidak menoleh kepada sirah Rasulullah s.a.w yang mana sewaktu dakwah Islam mula bercambah di mekah; ketua-ketua kabilah Arab jahiliyah telah menawarkan jawatan Raja, Ketua kabilah, harta, wanita dan juga lain-lain pangkat kebesaran kepada Nabi Muhammmad - asal Muhammad meninggal risalah tauhid dan dakwah di kalangan kabilah Arab di mekah. tetapi, Nabi Muhammad telah menolak semua tawaran itu demi untuk mempertahankan risalah dakwah Islam ( tauhid).

5. Berbeza dengan YB Nizar dan PAS di Perak, mereka telah memancungkan hidungnya kepada DAP untuk menjadi Ketua (MB ) dengan harapan mereka dapat kuasa dan membalas dendam kepada UMNO di Perak. Mereka langsung tak berani nak sebut soal negara Islam dan pelaksanaan hukum Islam demi untuk menjaga hati DAP dan juga demi untuk mempastikan agar DAP terus menyokong YB Nizar sebagai MB Perak. Kalau DAP tarik semula sokongan kepada PAS maka YB Nizar akan tergelincir lebih dahsyat lagi daripada apa yang berlaku baru-baru ini.

6. Dia sanggup diperalatkan oleh DAP demi untuk mendapatkan kuasa. Tetapi apa yang ada hanya jawatan sebagai MB Perak sahaja. Tentang kuasa, semua orang PAS tak sedar dan buta tuli tentang pentadbiran serta politik kuasa di mana DAP telah menguasai 7 ahli EXCO dalam Kerajaan Negeri berbanding PAS yang hanya ada seorang Exco dan 2 orang Exco Muslim PKR. Bermakna bahawa Pakatan Rakyat Kafir ada 7 Exco dan Pakatan Rakyat Muslim ada 3 Exco sahaja.

7. Keputusan apapun yang dibuat dalam Mesyuarat Exco kerajaan Negeri Perak maka ianya akan memihak kepada undian dan juga majoriti 7 Exco. Ini kerana Mesyuarat Exco negeri adalah sama dengan mesyuarat Menteri kabinet. Sekalipun 3 Exco Pakatan Rakyat Muslim menentangnya, maka ianya tak dapat berbuat apa-apa kerana keputusan mutlak akhirnya berada di tangan 7 Exco pakatan Rakyat yang kafir ini. Ini yang ramai di kalangan ahli PAS dan PKR Muslim yang pekak badak dan tuli mengenai perjalanan sesuatu pentadbiran negeri. Kita mesti faham bahawa kuasa majoriti itu amat penting dalam sistem pemerintahan demokrasi.

8. Ada seorang sahabat saya menulis dalam blog ini dengan mengatakan bahawa apa bezanya PAS dan PKR bergabung dengan orang cina dan India kafir dalam Pakatan Rakyat dengan apa yang UMNO amalkan selama ini dalam BN dengan MCA dan MIC.

9. Saya nak jawab dengan fakta. Ada bezanya bang..! PAS bergabung dengan DAP dan PKR dalamkeadaan di mana PAS menjadi MB (ketua) tetapi kuasa mutlak menentukan dasar adalah ditangan bangsa lain yang mendapat kerusi 7 orang Exco di Perak berbanding PAS yang hanya ada 3 Exco termasuk PKR.

10. Ambil contoh Kerajaan Pusat, walaupun UMNO tewas banyak kerusi kepada PAS dan PKR tetapi UMNo masih mempunyai kuasa pemutus dan juga majoriti dalam kabinet Kerajaan Pusat. Terdapat 31 orang Menteri kabinet BN. Daripada jumlah ini 22 orang adalah beragama Islam dari kalangan UMNO dan PBB di Sarawak. Bermakna bahawa Ahli Parlimen Islam yang memegang jawatan Menteri Kabinet dalam Kerajaan adalah 2/3. Ini bermakna bahawa segala keputusan Kabinet akan sentiasa memihak kepada Agama Islam dan juga kepentingan umat Melayu. Lain-lain Menteri kabinet dari kalangan lain-lain kaum dan agama hanya 1/3 sahaja dalam kabinet. Inipun ramai yang tak faham dan buta tuli mengenai kuasa Menteri kabinet.

Lain kali saya nasihatkan semua penyokong PAS dan PKR yang beragama Islam agar fahamlah tentang realiti dan jangan ikut macam YB Nizar (bekas MB Perak) yang suka ikut kehendak hati.

6 comments:

Mrkolumpo said...

point 9 :Saya nak jawab dengan fakta. Ada bezanya bang..! PAS bergabung dengan DAP dan PKR dalamkeadaan di mana PAS menjadi MB (ketua) tetapi kuasa mutlak menentukan dasar adalah ditangan bangsa lain yang mendapat kerusi 7 orang Exco di Perak berbanding PAS yang hanya ada 3 Exco termasuk PKR.

erm nak tanya sikit lah abang sudin..
1)boleh tlg bagi bukti (fakta) mana dasar kerajaan nizar ni yang bercanggah dgn Islam...
2)takat main matematik mcm tu tak boleh..tak adil nak buat perbandingan kerajaan negeri dgn pusat.if pr jadi kerajaan pusat sok..sama je situasinya...
baik kalau nak banding..banding lah dgn kerajaan negeri jugak...baru adil dan saksama
3)tentang nizar ni yg abg kata ikut suka hati...erm saya tak berapa nak setuju.kite tunggu je lah keputusan mahkamah walaupun lambat..if dia ikut suka hati...dia takkan berani nak fight bende ni kat mahkamah.dah sure dia ada proof dan melalui akta2 tertentu..contoh akta tubuh negeri (malas nak tulis..rasanya abg dah sedia maklum kandungan akta tu)

thats my comment for now...

Anonymous said...

Salam Mr. Kolumpu. kalau begitu sifir dan matematik saudara kepada YB Nizar, saya nak tanya pula apakah dosa dan kesalahan YB Dato seri Tajol Rosli bekas MB perak sebelum ini. Dan apa pula dosa dan kesalahan MB Perak yang baru YAB Dato' Dr Zamry Abd kadir. Cuba senaraikan satu persatu mengikut keutamaan dan dosa besar yang comfirm dicatat oleh kiraman katiban mengikut apa yang saudara dapat daripada malaikat dan juga daripada apa yang pernah disabitkan oleh mana-mana mahkamah, siasatan polis ataupun aduan-aduan awam yang boleh dipertanggungjawab.

Sayapun nak tanya pada saudara satu lagi, apakah dosa-dosa sultan perak pada YB Nizar selama 11 bulan lalu yang mewajarkan Yb Nizar dan penyokong PKR serta PAS untuk menderhaka dan berlaku biadab pada sultan selaku amir negeri. nas mana yang dipakai oleh PAS dan PKRE untuk mengharuskan mereka mencaci dan memaki hamun Raja Nazrin di Perak..?

SiamangBukit said...

Ya bang sudin, Saya sokong. Rasullullah pernah bersabda "Perbezaan pendapat dalam umatku adalah satu rahmat". Ideoloji yang di majukan oleh PAS dalam isu perhubungan antara Islam adalah pertelingkahan atau conflict. Apakah salahnya Pemimpin PAS bergabung dengan UMNO untuk perintah PERAK agar kedua2 umat islam akan saling mengenali antara satu sama lain. Masa ini kita merapatkan saf. Kalau marah sangat takkn duduk semeja pun tak boleh berbincang pasal kesejahteraan rakyat. Saya hairan bila ada saat yg diberikan oleh Allah untuk kita bersatu mcm dulukala tapi di tolak begitu sahaja. Demi masa "Sesunnguh nya manusia itu berada dalam kerugian kecuali mereka yan beramal salih....". PAS sepatutnya mengambil peluang ini demi masa depan orang Islam dan peganglah tali Allah bila kita ada peluang dan janganlah berpecah belah

Khairi Jalalluddin said...

Itulah orang Melayu, suka bergaduh sesama bangsa seperti PAS. Orang kafir tepuk tangan.

Mrkolumpo said...

sapa yang maki???ada ke kenyataan rasmi keluar kat tv pemimpin pas,pkr yang maki sultan???jika nak dimarahkan orang2 yang kite tak tahu asal usul,tak kenal sapa pun..masuk dlm website istana maki hamun..sapa bleh ckp depa ni sapa???yang poster2 berterabur kat masjid buat gambar sultan ngan mufti tu tak ke keje propaganda BN???keje budak bodoh dan budak kecik je tuh...konon nak perang reverse psycholOgy tapi org bukan bodoh...
ni satu nak mintak tlg jawab ni...yang terang2 keluar tv org umno talibarut derih jusoh berdiri tegak depan istana pegang sepanduk "KAMI MAHU IDRIS NATANG" tu ape bende yek???tak derhaka ye???pada agong lak tuh...

erm lagi yg beria kikis kuasa raja ni sapa yerk???pas ke??pkr ker???bukan UMNO ke bawah al kutty ker????

hehehe UMNO...UMNO..kalau bab org pkr..org pas ..semua tak betul..semua derhaka..semua haram...UMNO je lah yang suci betul..makan rasuah terang2 pun tak perr..tak haram...

kalau ikan bilis,org PR yang baru nak di dakwa,polis pangkat kecik mintak suap 30,50, 100 hinggit NAK ELAK SAMAN ohhh HARAM..DOSA...TAK BERTANGGUNGJAWAB...terus SPRM buat kenyatan akhbar,telanjang depa bulat2..konon telus..TAPI BILA PEMIMPIN UMNO RASUAH,BAGI DUIT PANCING UNDI NAK JADI KETUA PEMUDA..NAK JADI TIMB PRESIDEN,RASUAH KOMISYEN 5 JUTA,SONGLAP SAHAM,SONGLAP AP APA UMNO KATA : "OHH ITU MASLAAH DALAMAN PARTI..BIAR UMNO SAJA YANG TENTUKAN HUKUMAN..TAK PERLU BAWAK KE SPRM..TAK PERLU POLIS..TAK PERLU MAHKAMAH" HEH TU NAS APA EKK UMNO PAKAI???MODENAS???BERNAS????BIKIN PANAS ADA LA

JANGAN SUKA TUDING JARI KAT ORANG KALAU UMNO PUN 2 X 5...

Mrkolumpo said...

kepada sedara Khairi...

jangan jadi 2 x 5 macam umno...awak kata pas suka bergaduh sesama sendiri???bukan pas kalau bergaduh pun dgn umno ker???abis umno tu kire konon tak bergaduh la yer???pi rahhh

umno la yg bertanggungjawab MEMBUNUH org kampung di memali

umno la yg bertanggungjawab pakai fru pukui tembak sepak terajang org melayu bile nak buat demo aman (apa??demo tu haram???bukan budaya melayu???tuh demo malayan union tu sapa anjur???demo yg konon nak tegakkan DEB (utk perut org2 tertentu) kat penang tu sapa??pas ka????

Umno la yg bertanggungjawab meroboh rumah2 org melayu yang miskin di berembang serta merobohkan surau rumah ALLAH si tganu dan di berembang..yang roboh rumah Allah ni perangai lebih teruk mcm yahudi ni sapa??bukan UMNO ka???

Orang kapir tepuk tangan???yang dok ngaku melayu dan islam tepuk tangan bila samy vellu kata : "dey..apa qoran ni bley bikin jalanraya ka???" lagi lakhanat dari kapir

orang kapir tak tepuk tangan sebab pas..tapi org kapir tepuk tangan bile tgk kerajaan umno yang beria2 menolak hukum hudud di kelantan tempohari..sudah berjaya lah agenda mereka dari golongan illuminati zionist untuk mewujudkan negara yang konon nya DEMOKRASI yang sekali gus merekalah yang telah menumbangkan sistem khalifah yg diperkenalkan oleh rasululah dan sahabat...mereka bertepuk tangan apabila MALAYA sudah tidak MALAYA tetapi MALAYSIA yang sebuah negara sekular...apa umno nak jawab kat akhirat nanti???

jawab lahhhh..saya harap ustat sudin boleh publish supaya saya dpt dgr jawapan ustat khairi jalaludin