1. Pengikut Syiah meyakini bahawa sesiapa yang bermut'ah dengan wanita Muslimah seolah-olah telah menziarahi Kaabah sebanyak 70 kali (berdasarkan hadis palsu yang dicipta oleh puak syiah). Adakah pegangan dan amalan syariat yang diwar-warkan oleh Imam-Imam Syiah ini sahih dan syar'ie..?
2. Apakah yang dimaksudkan dengan Nikah Mut'ah? Nikah Mut'ah ialah nikah yang menghadkan tempoh masa tertentu dalam akad nikah seperti seorang lelaki berkata kepada wali perempuan: "kahwinkn aku dengan anak perempuan kamu selama sebulan". Ianya juga disebut sebagai nikah kontrak. Ia lebih menjurus kepada zina berdasarkan kepada ciri-ciri berikut:
a) Mut'ah tak perlukan saksi.
b) Tidak wajib nafkah ke atas suami.
c) Harus menghimpunan lebih daripada empat isteri.
d) Isteri tidak mewarisi harta suami.
e) Tidak perlu persetujuan wali.
f) Tempoh kahwin boleh jadi sejam atau kurang.
g) Terfasakh akad tanpa saksi.
a) Mut'ah tak perlukan saksi.
b) Tidak wajib nafkah ke atas suami.
c) Harus menghimpunan lebih daripada empat isteri.
d) Isteri tidak mewarisi harta suami.
e) Tidak perlu persetujuan wali.
f) Tempoh kahwin boleh jadi sejam atau kurang.
g) Terfasakh akad tanpa saksi.
3. Nikah Mut'ah adalah tidak sah bagi Ahli Sunnah tetapi sah pada pandangan Syiah. Al-Imam Nawawi menyebut dalam kitab syarah Sahih Muslim: Pendapat yang terpilih ialah Mut'ah diharamkan dan pernah diharuskan sebanyak dua kali. Mut'ah adalah halal sebelum daripada peperangan Khaibar. Kemudian diharamkan selama-lamanya selepas tiga hari daripada peperangan Khaibar. Ulama' Sunni bersepakat mengatakan Mut'ah adalah nikah bertempoh yang tidak ada padanya warisan harta. Perpisahan antara lelaki dan wanita tersebut sudah cukup untuk membawa kepada terbatalnya tempoh akad walaupun tanpa talak. Dan menjadi Ijmak ke atas pengharaman Mut'ah daripada semua para Ulama' melainkan golongan Ar-Rawafidh, pecahan daripada Syiah.
4. Kenapa Mut'ah diharamkan? Mut'ah telah dieksploitasi dengan sejelik-jelik eksploitasi dan para wanita telah dihina dengan seburuk-buruk hinaan. Ramai orang yang telah memuaskan keinginan seks mereka berselindungkan Mut'ah dan atas nama agama. Mereka telah mengemukakan beberapa riwayat yang menggesa kepada Mut'ah, menyediakan pahala kepada yang melaksanakannya serta balasan buruk kepada yang meninggalkannya bahkan sesiapa yang tidak mengamalkannya dianggap bukan muslim. Di antara dalil-dalil yang kononnya daripada hadis Nabi S.A.W: " Sesiapa yang bermut'ah dengan wanita Muslimah seolah-olah telah menziarahi Kaabah sebanyak 70 kali". Adakah orang yang bermut'ah dengan wanita sama dengan menziarahi Kaabah sebanyak 70 kali? Dengan siapa ? Dengan perempuan muslimah?
5. As-Saduq telah meriwayatkan daripada As-Shadiq, Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya mut'ah agamaku dan agama nenek moyang ku. Sesiapa yang beramal dengannya dia telah beramal dengan agama kami, sesiapa yang mengingkarinya, dia telah mengingkari agama kami dan telah beriktikad dengan selain agama kami". Kata-kata ini jelas mengkafirkan sesiapa yang tidak menerima mut'ah. Bersabda Nabi lagi: "Sesiapa yang bermut'ah sekali akan selamat dari kemarahan Allah terhadapnya, sesiapa yang bermut'ah dua kali, akan dikumpulkan dengan orang-orang yang baik, sesiapa yang bermut'ah tiga kali mereka akan bersama ku di dalam syurga". Inilah antara hadis-hadis palsu yang direka-reka oleh para ulama Syiah untuk menghalalkan perbuatan Nikah Mut'ah di kalangan mereka.
6. Seorang lagi ulama Syiah As-Sayid Fathallah Al-Kashani meriwayatkan pula dalam 'Tafsir Minhaj As-Shodiqin', daripada Nabi s.a.w telah bersabda : " Sesiapa yang bermut'ah sekali darjatnya seperti darjat Al-Hussin, sesiapa yang bermut'ah dua kali darjatnya seperti darjat Al-Hasan, sesiapa yang bermut'ah tiga kali darjatnya seperti darjat Ali bin Abu Talib, sesiapa yang bermut'ah empat kali maka darjatnya seperti darjat ku ".
6. Seorang lagi ulama Syiah As-Sayid Fathallah Al-Kashani meriwayatkan pula dalam 'Tafsir Minhaj As-Shodiqin', daripada Nabi s.a.w telah bersabda : " Sesiapa yang bermut'ah sekali darjatnya seperti darjat Al-Hussin, sesiapa yang bermut'ah dua kali darjatnya seperti darjat Al-Hasan, sesiapa yang bermut'ah tiga kali darjatnya seperti darjat Ali bin Abu Talib, sesiapa yang bermut'ah empat kali maka darjatnya seperti darjat ku ".
HUKUM SEBENAR MUT'AH
7. Sesungguhnya mut'ah dibenarkan pada zaman Jahiliah. Apabila Islam datang, Islam mengekalkan mut'ah untuk beberapa tempoh sebelum mengharamkannya pada hari Khaibar. Tetapi yang tersebar di kalangan orang-orang Syiah dan Fuqaha' kita ialah Umar bin Al-Khattab yang mengharamkannya. Inilah yang diriwayatkan oleh sebahagian Fuqaha'kita. Pendapat yang betul dalam masalah ini ialah mut'ah telah diharamkan pada hari Khaibar. Berkata Amirul Mukminin: " Rasulullah telah mengharamkan pada hari Khaibar daging keldai dan nikah mut'ah".
Kerosakan Dan Kesan Buruk Mut'ah
8. Terdapat beberapa kesan buruk dan juga kerosakan yang boleh berlaku jika mut'ah ini diamalkan,iaitu:
a) Mut'ah bertentangan dengan nas-nas syariah kerana mut'ah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t.
b) Terdapat rekaan riwayat dusta dan disandarkan kepada Imam serta kandungan riwayat tersebut yang keras mencela. Tidak ada yang redha (celaan tersebut) ke atas mereka (Imam) kepada sesiapa yang masih terdapat di dalam hatinya sekecil zarah daripada iman.
c) Antara kerosakan Mut'ah ialah mengharuskan bermut'ah dengan wanita yang telah berkahwin meskipun wanita tersebut masih menjadi isteri orang tanpa pengetahuan suaminya. Dalam keadaan ini, tidak akan rasa selamat para suami ke atas isteri-isteri mereka. Kadang-kadang wanita yang sudah berkahwin boleh mut'ah tanpa pengetahuan suaminya yang yang sah dan tanpa mendapatkan redhanya.Inilah kebinasaan setelah kebinasaan.
d) Para ibu bapa juga tidak selamat dengan anak-anak gadis dara mereka yang mungking berkahwin mut'ah tanpa pengetahuan ibu bapa mereka. Ibu bapa akan terkejut melihat anak gadis mereka telah hamil...sebab apa ? Bagaimana ? Tidak diketahui...dengan siapa ? Tidak tahu anak gadis telah berkahwin dengan seseorang, siapakah dia ? Tiada siapa mengetahui kerana lelaki tersebut meninggalkan anak gadisnya dan menghilangkan diri.
e) Kebanyakan golongan yang mengamalkan mut'ah ini mengharuskan mut'ah kepada diri mereka dengan anak-anak gadis orang lain. Tetapi jika sekiranya seseorang tampil meminang anak-anak gadis mereka atau saudara mereka dan ingin berkahwin mut'ah, mereka tidak akan setuju mahupun meredhainya kerana mereka menganggap perkahwinan ini seakan-akan zina. Mengharuskan pada diri sendiri tetapi mengharamkan pada diri orang lain.
f) Mut'ah tidak ada padanya saksi, makluman kepada orang ramai dan juga keizinan wali gadis yang dipinang. Tidak ada padanya pembahagian harta perwarisan daripada lelaki yang mengamalkan mut'ah kepada wanita yang dikahwininya dengan cara mut'ah.Perempuan itu seolah-olah seperti disewanya dan dilanggganinya seperti perempua pelacur.
g) Mut'ah membuka ruang kepada orang yang hna dan rendah keturunannya daripada pemuda dan pemudi bagi menyandarkan maksiat mereka kepada agama dan membawa kepada kekeliruan pada gambaran agama dan penganutnya.
9. Oleh yang demikian, telah jelas kepada kita mudarat-mudarat Mut'ah kepada agama, masyarakat dan akhlah. Justeru itu mut'ah diharamkan. Jika ada pada mut'ah itu kebaikan, kenapa ianya diharamkan. Akan tetapi apabila terdapat banyak kerosakan pada mut'ah maka Rasulullah s.a.w dan Amirul Mukminin telah mengharamkannya.
Adakah anda ingin meneruskan pegangan anda bahawa mut'ah itu masih halal ?
Sumber: Syeikh Al-Allamah DR. Husain Al-Musawi, Kenapa Aku Meninggalkan Syiah?
Nota: Dr. Husain Al-Musawi, penulis buku "Kenapa Aku Meninggalkan Syiah' ini merupakan seorang ulama' mujtahid Syiah yang membesar dalam keluarga tersebut sehingga menjadi seorang tokoh ilmuwan hebat di kalangan ulama' syiah yang akhirnya bertukar iktikad daripada akidah Syiah kepada akidah Ahli Sunnah. Antara ulama' Syiah lain yang kembali ke dalam akidah Ahli Sunnah setelah menemui cahaya kebenaran ialah As-Sayid Musa Al-Musawi dan As-Sayid Al-Katib.