Translate

Friday, 19 June 2009

BERKAWAN DENGAN DAP LEBIH AFDHAL DRPD UMNO..!

1. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, orang Melayu dan Islam di negara ini telah mula sedar tentang pentingnya perpaduan sesama mereka. Hasilnya, Allahyarham Tun Razak telah berjaya membawa masuk PAS ke dalam pakatan barisan Nasional bersama-sama dengan Parti gerakan. Inilah kehebatan para pemimpin PAS ketika itu yang dipimpin oleh Dato' Asri Muda. Walaupun Dato' Asri sebelum itu amat memusuhi UMNO dan berlaku fatwa mengkafirkan UMNO di zaman Asri, tetapi dengan kesedaran kebangsaan dan juga semangat keislaman tulen yang ada dalam dirinya telah membuka pintu hatinya untuk bersama-sama dengan UMNO menubuhkan Barisan Nasional.

2. Berbeza dengan tokoh-tokoh PAS, terutamanya Tok Guru Nik Aziz pada masa kini. Kelompok yang dibawah dagu Nik Aziz begitu angkuh dan sombong sekali menentang idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden dan Timbalan Presiden PAS sendiri. Bayangkan bagaimana sukarnya nak menyatupadukan perpaduan antara UMNO dan PAS di negara ini. Idea Kerajaan Perpaduan yang dicetuskan oleh pemimpin tertinggi PAS sendiri dianggap sebagai sampah dan Tok Guru Nik Aziz sendiri mencabar pula Timbalan Presiden PAS, Ust. Nasaruddin agar meletakkan jawatan Ahli Parlimen Bachok dan Timbalan Presiden PAS dan menggesanya masuk UMNO jika berdegil mahu berbincang dengan UMNO untuk tubuhkan kerajaan perpaduan.

3. kalau idea dari pak sheikh mereka sendiripun dimasuk bakul sampahkan, apatah lagi kalau idea perpaduan ini datangnya daripada Presiden UMNo sendiri, dah tentu Nik Aziz akan ganyang idea perpaduan ini habis-habisan. Inilah PAS, jika terdapat sesetengah pemimpinnya yang nak bersama UMNO maka ianya akan dituduh sebagai boneka UMNO dan sampah dalam PAS. Bagaimana pula dengan idea pakatan pembangkang dalam PR yang terdiri daripada PKR-DAP-PAS. Kenapa tak ada mana-mana tok guru dalam PAS yang berani menghentam pakatan ini dengan mengatakan bahawa pemimpin yang mempertahankan Pakatan Rakyat adalah boneka kepada DAP dan PKR. Apa bezanya..?

4. Pada pandangan saya, kalau YB. Nasharuddin dituduh oleh NIk Aziz sebagai boneka UMNO dan sampah dalam PAS, maka saya boleh membuat analogi yang sama terhadap Tok Guru Nik Aziz bahawa Nik Aziz adalah boneka dan juga puppet kepada DAP dan PKR. Betul tak.?