1. Dalam Buletin Jam 8 malam ni di TV3, Mr. Karpal Singh nampaknya marah sungguh dengan Brother Anwar Brahim. Saya petik di sini kata-katanya ketika ditanya oleh pemberita: " Saya sudah banyak bersabar, sekarang saya dah hilang sabar dengan Anwar Brahim, Anwarlah punca kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tumbang. Anwar patut bertaubat. Dia seorang yang tidak bermoral kerana dialah yang memulakan provokasi amalan menerima konsep lompat parti untuk membentuk kerajaan. Anwar tak layak memimpin pakatan rakyat. Orang lain perlu ambil alih sebagai Ketua pakatan Rakyat".
2. Agaknya berapa juta wang ringgit dibayar oleh Datuk Najib kepada Karpal Singh untuk membuat kenyataan sedemikian...? Apakah Karpal Singh dibayar oleh UMNO untuk mempertikaikan kewibawaan Anwar Ibrahim..? Saya yakin dah tentu orang-orang PAS dan PKR di kampung-kampung akan membuat tuduhan bahawa Karpal Singh sudah dibeli oleh UMNO. Ini kerana Karpal Singh dah tak suka lagi dengan Anwar Ibrahim dan PKR. Karpal dengan tegasnya menyatakan bahawa beliau adalah pengerusi DAP dan semua pemimpin DAP kena dengar dan beri sokongan kepada kenyataannya. Karpal dengan penuh emosi dan bengis telah membuat kenyataan bahawa DAP patut keluar daripada Pakatan Rakyat.
3. Kalau benarlah berlaku seperti yang diputuskan oleh Karpal bahawa DAP mesti keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) maka PR hanya akan tinggal PKR dan PAS sahaja. Karpal benar-benar mahu karam di lautan hindi. Nampaknya, Negeri Selangor tak lama lagi akan kucar kacir dan berlaku perpecahan di kalangan DAP, PKR dan PAS. Jika DAP keluar pakatan Rakyat maka PAS dan PKR selangor dah hilang majoriti dan sokongan ADUN di Selangor. BN akan take over semula Kerajaan Selangor sepertimana di Perak. Lepas ni orang akan salahkan Sultan Selangor pulak.
4. Macamana Karpal boleh tuduh Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang tidak bermoral.. sedangkan selama ini Anwar disanjung dan dipuja oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Takkan lah kerana Anwar memulakan episod menawarkan MP BN melompat parti untuk sokong PR di Parlimen, maka dengan mudah saja Karpal menuduh Anwar seorang yang tidak bermoral. habis selama ni Mr Karpal tak perasan ke dengan provokasi Anwar ni. Tapi setelah DAP gagal untuk memperalatkan PAS dan PKR di Perak maka barulah Mr Karpal sedar yang Anwar ni membuat kerja-kerja yang tidak bermoral sehingga jatuhnya kerajaan DAP yang memperkudakan PKR dan PAS di Perak.
5. Lebih hebat lagi, Mr Karpal telah memberi amaran keras kepada mana-mana individu ataupun pihak yang telah membuat laporan polis ke atasnya tentang kenyataanya untuk menyaman Sultan perak. Katanya : " Saya beri amaran kepada sesiapa yang dah buat laporan polis ke atas saya, kamu akan menerima akibatnya nanti tentang apa yang kamu lakukan, saya akan pastikan kamu akan mendapat susah dan akibat yang buruk".
6. Hai...! Bengang juga telinga saya mendengarnya secara life di TV3 tadi. Saya rasa tentu ramai yang tengok. Tak kanlah dalam beratus-ratus ribu orang Melayu yang menjadi ahli silat gayung, silat lincah dan bermacam-macam silat melayu lagi tak ada yang berani untuk jumpa Karpal dan menempeleng mulutnya. Habis tinggipun dendanya hanya setakat 2/3 ratus saja. Tak kan tak ada di kalangan ramai suami-suami yang garang terhadap isterinya yang selalu melempang dan menendang isteri di rumah, tidak berani untuk mencari Karpal dan gunakan pula tangan dan kaki yang selama ini melempang dan menendang isteri, untuk kegunaan melempang Karpal pula. Barulah berjasa penangan dan penendang kita. Saya tak suruh tapi saya hanya ingin mencabar siapa di kalangan anda sekelian yang anak jantan dan anak melayu di Malaysia ni .