Translate

Tuesday 23 June 2009

KENAPA PAS TAK BERPEGANG TEGUH DENGAN TALI ALLAH?

1. Maksud firman Allah s.w.t dalam surah Ali Imran, ayat 103 : " Dan berpegang teguhlah kamu sekelian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.."

2. Cuba bayangkan..! tak kan di kalangan beratus-ratus para alim ulama di dalam PAS sana yang tak terbaca tentang ayat ini. Kenapalah singkat dan cetek sangat fikiran orang-orang PAS ini sehingga terpaksa berpegang teguh dengan tali Pakatan Rakyat ( PKR dan DAP). Sepatutnya mereka wajib berpegang teguh kepada tali Allah.


3. Dalam ayat di atas, Allah memerintahkan kita supaya mengenang semula akan nikmat Allah yang dianugerahkan-Nya kepada seluruh umat Islam. Dalam konteks masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia, cuba kita kenang semula bagaimana hebat dan manisnya perpaduan Melayu antara UMNO-PAS pada tahun 1974 sewaktu PAS menyerta Barisan Nasional. Cuba kita ingat semula bagaimana kenyataan Tok Guru Nik Aziz selaku Ketua Dewan Ulama PAS pada tahun 1974, katanya : " Perpaduan UMNO-PAS dalam Barisan adalah suatu nikmat besar Allah yang dianugerahkan kepada kita". Bukankah Allah memerintahkan kita dalam ayat 103, Surah Ali Imran ini supaya mengenang semula nikmat perpaduan yang terjalin antara kita. Kenapa parta pemimpin PAS ni dok sibuk bercakap dan mengungkit-ngungkit soal PAS dipecat keluar daripada barisan pada tahun 1978..? Cuba kita ingatkan kenangan manis pada tahun 1974..!

4. Samalah macam suami isteri yang hidup bersama dan berkahwin selama hampir 5 tahun. Kemudian si isteri tadi telah diceraikan oleh suami. Kenapa si isteri ni asyik terkenangkan soal sejarah perceraian mereka sahaja. Tak kanlah tak ada kebaikan yang dilakukan oleh suaminya selama 5 tahun mereka bersama.

5. Selagi PAS berpegang teguh dengan tali DAP (Lim Kit Siang dan Karpal Singh), dan tidak berpegang teguh kepada tali Allah, maka selagi itulah PAS akan tersesat daripada petunjuk Allah s.w.t. Mafhum firman Allah: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu menjadikan Allah sebagai pemimpin (petunjuknya) untuk keluar daripada jalan kegelapan menuju kepada jalan kebenaran. Sebaliknya orang-orang kafir itu menjadikan thaghut itu sebagai pemimpin mereka yang mengeluarkan kehidupan mereka daripada cahaya (kebenaran) kepada kegelapan. Kenapa para pemimpin PAS mengikut telunjuk orang-orang kafir yang memusuhi Islam seperti DAP dan hindraf dalam PKR..? Sah dan jelas bahawa tok-tok guru dan ulama PAS telah disesatkan oleh thaghut yang dicipta oleh mereka sendiri. Dulu PAS kata UMNO thaghut. Sekarang 'thaghut' dikembalikan kepada PAS. Inilah sebenarnya pengertian 'Thaghut'.

6. PAS ( Parti Ajaran Sesat ) , thaghut lagi menthaghutkan..! Kalau tak percaya kita jumpa di Padang mahsyar nanti, kita tengok parti mana yang thaghut..? Dah tentulah orang yang menolak saudaranya yang Islam sebagai kawan dan bermusuh dengan saudara seagamanya lebih daripada 3 hari akan masuk ke neraka. Sabda Nabi, bermaksud, tidak akan masuk syurga bagi siapa yang memutuskan silatur-rahim. Sejak tahun 1978 hingga kini, dah lebih 31 tahun PAS bermusuhan dengan UMNO, lebih daripada 3 hari tu..! Apa ke jadahnya ni. Dah berapa ramai orang UMNO dikafirkan oleh PAS..? Inipun nak disanjung sebagai parti Islam dan berjuang untuk Islam? Hanya orang yang buta hati dan yang buta jiwanya sahaja yang sanggup bersekongkol dengan kesesatan fahaman politik sempit PAS..