Translate

Tuesday 13 October 2009

3 FAKTOR UTAMA KEMENANGAN BN - 3 FAKTOR UTAMA KEKALAHAN PAS DI BAGAN PINANG

1. Pada PRK DUN Bagan Pinang baru-baru ni, saya berkesempatan untuk membuat pemantauan dan juga hadir di sana sebagai seorang penganalisis bebas untuk menilai tahap sokongan rakyat di sana terhadap BN/UMNO dan PAS. Setelah keputusan diumumkan pada jam 8 malam, 11 Okt lalu, ternyata BN/UMNO terlalu unggul dan kukuh di sana untuk digugat oleh PAS.

2. Ada 3 faktor utama yang boleh saya senaraikan di sini tentang kemenangan besar dan berganda BN ke atas PAS berbanding PRU-12 yang lalu. Dan di sini juga saya akan perturunkan 3 faktor utama kekalahan teruk PAS.

3 FAKTOR UTAMA KEMENANGAN BN:

Pertama :
Pemilihan calon Yang tepat. Kalau sebelum ini BN memilih calon berasaskan kepada kehendak pucuk pimpinan negeri dan juga pusat. tetapi kali ini BN telah berpegang kepada prinsin 'Rakyat Didahulukan", yang mana kehendak bahagian dan pengundi-pengundi di bagan Pinang telah diutamakan di dalam memilih calonnya iaitu Tan Sri Mohd Isa Samad. T. Sri Isa selaku Ketua bahagian juga amat bijak di dalam membuat keputusan pemilihan calon di mana beliau telah menyerahkan kepada Mesyuaarat AJK Bahagian untuk membuat keputusan. ternyata semua AJK BHGnya telah sebulat suara menamakan T.Isa sebagai calon tunggal untuk dicalonkan. Lagipun T.Sri Isa adalah seorang bekas MB dan anak tempatan di bagan pinang yang berpengaruh serta dikenali oleh semua kaum dan semua peringkat umur di sana.

Kedua : Kembalinya sokongan kaum India kepada BN. Sokongan kaum India di kawasan ladang/estate yang nisbahnya 20% ( hampir 2700 pengundi) daripada jumlah pengundi di sana ternyata telah memihak hampir 80% kepada BN, berbanding sebelum ini dalam PRU-12 BN hanya mendapat sokongan tak sampai 30% masyarakat India. Kehadiran dato' Sri najib selaku perdana menteri merasmikan Mesyuarat Agong pertama penubuhan Makhal Sakti pada 9 OKtober juga menjadi faktor terpenting keyakinan kaum India di sana terhadap BN yang diterajui oleh Dato' Sri najib. harus diingat bahawa makhal Sakti adalah satu pertubuhan parti politik yang ditubuhkan oleh bekas-bekas aktivis Hindraf. Hindraf memang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas penganut agama Hindu.

Ketiga : Perpaduan Erat Kepimpinan UMNO Bahagian dan juga Perhubungan negeri. kebanyakan punca kekalahan UMNO dlm siri-siri pilihanraya kecil dan juga PRU sebelum ini adalah adanya sabotaj, cah keting dan juga pergeseran antara kepmpinan bahagian dan juga negeri. Alhamdulilah, di bagan Pinang kepimpinan bahagian daripada Timbalan., Naib, AJK bahagian, wanita, pemuda dan Puteri telah memberi sokongan padu dan sokongan kuat kepada Ketua bahagiannya, T.Sri Isa Samad yang menjadi calon BN/UMNO. MB NS, Dato' Seri Mohamad Hasan juga yang sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan dingin dengan Isa samad telah turun padang bersama-sama dengan Isa Samad dan sering berkempen berdua dan beriringan di mana-mana saja kawasan. Ini menampakkan perpaduan dan juga semangat setia kawan di dalam UMNO. Pemimpin tertinggi PUsat dari negeri sembilan seperti Dato' Seri Dr. rais yatim dan Dato' Shaziman mansor juga turun padang dan berkampung di sana bagi membantu Isa Samad. INilah faktor kejayaan BN/UMNO menang besar.

3 FAKTOR UTAMA KEKALAHAN PAS


Pertama : PAS terlalu tertumpu kepada Isu Rasuah Isa samad. Kesilapan PAS ialah menyerang peribadi T.Sri Isa Samad yang pernah disabitkan kesalahan politik wang dalam UMNO. PAS tak faham realiti pengundi di sana yang telah banyak terhutang budi dengan Isa Samad yang pernah jadi MB selama 22 tahun. Samalah dengan UMNO semasa PRK Permatang pauh yang memainkan isu liwat Anwar dengan saiful pada Ogos 2008. Pengundi Permatang pauh tidak boleh terima isu peribadi ini kerana mereka memang dah lama kenal Anwar Ibrahim. Isa di Bagan Pinang samalah seperti Anwar di Permatang Pauh. LIhatlah hasilnya, Anwar menang besar. Sedangkan dalam masa yang sama PAS langsung tidak menonjolkan kelebihan calonnya Zulkifli Mohd Omar. Siapa dia calon PAS..? ternyata calon PAS bukan anak tempatan bahkan beliau adalah diimpot dari daerah lain, yang mana beliau pernah bertanding di Lenggeng, Seremben- tetapi tewas.

Kedua : Keghairahan Ketua Pemuda PAS nasruddin Tantawi menghantar SMS perang Jihad. Inilah padahnya, seorang pemimpin yang baru berpolitik dan membawa imej taliban dalam PAS. Nasruddin tantawi telah menghantar sms kepada seluruh pemuda PAS di seluruh negara supaya turun beramai-ramai ke bagan pinang untuk berjihad bagi mempertahankan rakan-rakan mereka yang diserang oleh gangster-gangster UMNO. Nampak bunyinya macam berlaku peperangan di afghanistan. Ketua Pemuda PAS ni lupa bahawa negara kita ni ada undang-undang dan pihak Polis sentiasa mengawasi keselamatan di sana. mana boleh kita mengambil tindakan sendiri untuk menentang ancaman musuh. Ini bukan negara afhganistan yang aman puak taliban boleh ambil tindakan sendiri untuk membalas serangan pihak lain. saya duduk di sana tak rasa apa-apapun. Aman dan tenteram. cuma puak-puak PAS ni saja yang melatah dan tak tentu pasal membuat provokasi. Biasalah dalam pertandingan ni, ada yang tak rasional dan emosi tak kita samada pembangkang ataupun BN. Macam lawan bola juga, ada pergaduhan, tapi polis dan FRU ada untuk menyuraikannya. Akibatnya, pengundi-pengundi muda takut untuk mendekati PAS kerana mereka ni lebih memikirkan kerjaya dan juga keselamatan. Generasi muda di P.Dickson berbeza dengan di kelantan, selangor dan Perak. Akhirnya pengundi muda beralih angin untuk memberi sokongan kepada BN.

Ketiga : Kegagalan Ahli parlimen Teluk kemang sebagai wakil Rakyat. Wakil rakyat Teluk Kemang ialah Dato' Samsul baharin, Pengerusi PKR Negeri Sembilan. DUN bagan Pinang ialah salah satu DUN dalam parlimen Teluk Kemang. MP T.Kemang ini juga dalah bukan anak tempatan P.Dickson yang dihantar oleh PKR untuk tanding di Teluk Kemang. Lepas menang MP pada PRU 12 lalu, muka MP ni pun tak nampak dan pengundi Bagan Pinang yang telah mengundi beliau pada PRU lepaspun tak pernah jumpa dengan beliau dan ada yang tak kenalpun dengan MP PKR ni. Bila PAS hantar calon terjun dari luar P.Dickson untuk DUN bagan Pinang, maka perasaan marah dan tak puas hati pengundi kepada MP PKR ini telah berpindah pula kepada calon PAS. 'Dahlah MP Teluk kemang pun orang luar, ni PAS nak hantar orang luar lagi nak jadi wakil rakyat di sini'. Inilah keluhan pengundi. Itu pasal undi PAS yang dahulunya melebihi 4000, terus merosot kepada 2000 lebih. Ertinya mereka yang undi PAS dahulu dah melompat undi mereka kepada BN. PAS silap percaturan meletakkan calon.