Translate

Friday, 3 April 2009

ANWAR IBRAHIM PEMBOHONG PEROSAK AGAMA

1. Kenapa saya meletakkan tajuk di atas " ANWAR IBRAHIM PEMBOHONG DAN PEROSAK AGAMA". Teruk sangat ke Anwar Ibrahim ni. Mungkin ramai penyokong Anwar di luar sana yang marah dengan saya.! Tak apa dengar dulu penjelasan saya.

2. Siapa yang pergi mendengar ceramah politik Anwar di Pilihanraya Kecil Batang Ai, Sarawak pasti akan terpengaruh dengan dakyah dan pembohongan besar Anwar ini kepada orang-orang bumiputera di rumah-rumah panjang dan di pedalaman sarawak. Apa tidaknya Anwar telah menggunakan isu penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama lain sebagai isu kempennya.

3. Dalam kempennya di Lubok Antu, Sarawak , Anwar telah telah membangkitkan isu ini dengan mengatakan bahawa tidak salah untuk agama lain menyebut nama Allah kerana ia hak agama masing-masing. Katanya, isu penggunaan nama Allah tidak menjadi masalah kepada PKR dan beliau telah membenarkannya dalam Pakatan Rakyat kerana sudah lama (penganut agama lain) guna nama Allah, jadi biarlah mereka gunakan sahaja nama Allah ini untuk memanggil nama TUhan mereka.

4. Beliau juga telah menggunakan alasan dan nas daripada Tuan Guru Nik Aziz yang pernah memberitahu tiada masalah jika penganut agama lain menggunakan nama Allah. Seterusnya Anwar telah mendakwa bahawa di Malaysia, penggunaan nama Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain disebabkan oleh UMNO, disebabkan larangan UMNO itu penggunaan nama Allah dalam semua majalah dan risalah agama lain telah dirampas. Inilah angkara UMNO, merekalah yang tidak bagi penganut agama lain menggunakan perkataan Allah.

5. Saya rasa Anwar Ibrahim ni tak faham ataupun saja-saja nak kelirukan orang Sarawak, ataupun mungkin beliau sengaja berbohong. Sebenarnya isu larangan penggunakan kalimah Allah ini tiada kaitan dengan UMNO. Terdapat 7 Majlis Agama Islam Negeri-Negeri telah membawa kes Herald Tribune yang menggunakan perkataan Alllah dalam majalahnya agar pihak kerajaan mengambil tindakan sewajarnya. Di Kuala Lumpur sejak tahun lepas lagi, Badan-Badan Bukan kerajaan seperti ABIM, JIM, PERKIM, Pesatuan Peguam Peguam Syar'ie Malaysia , ACCIN dan lain-lain pertubuhan agama telah mendesak kerajaan khasnya JAKIM agar mengambil tindakan tegas. Apa kena mengena isu ini dengan UMNO.

6. Seperkara lagi, cuba kita rujuk dalam Al-Quran Surah Al-Ikhlas yang bermaksud : " Katakanlah (Wahai Muhammad), Tuhan Dialah Allah Yang Maha Esa, Allah yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, Dan tiada sesiapapun yang setara dengan-Nya"

7. Anwar Ibrahim tak faham ke maksud ayat ini. Jelas sekali bahawa kalimah Allah itu hanya khusus digunakan dalam al-Quran untuk mensifatkan Allah itu tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak pula boleh disetarakan dengan sesuatu yang lain ataupun menyamai makhluk. Jadi, mana boleh perkatan Allah ini digunakan oleh penganut Kristian yang mempercayai bahawa Nabi Isa itu adalah anak Tuhan. Mana boleh, orang hindu nak gunakan nama Allah pada Tuhan mereka sedangkan di kuil-kuil mereka dikelilingi oleh patung-patung yang menggambarkan Tuhan-tuhan mereka banyak tangan, nampak pusat dan mata terbeliak. Layakkah kalimah Allah digunakan oleh penganut Hindu untuk menyebut nama Tuhan mereka.

CUBA PERHATIKAN LIRIK LAGU YANG MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH DI BAWAH INI YANG DINYANYIKAN OLEH AGNES MONICA (KRISTIAN). BOLEH TERIMA KE..!




Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus ku
mengerti

8. Nampaknya apa yang diperkatakan oleh Anwar Ibrahim adalah satu pembohongan terhadap kemurnian ayat suci Al-Quran. Dia tak faham ke kalimah Allah itu hanya kalimah khusus untuk nama Allah yang maha Esa dan tiada sekufu dan sekutu baginya. Apa nak jadi dengan ajaran baru yang dibawa oleh Nik Aziz dan Anwar Ibrahim ni. Nampak benar mereka ini jadi pembohong dalam agama dan boleh menyesatkan umat Islam.

9. Dia orang ni tak tahu ke agaknya, kenapa di zaman Abu Bakar masih hidup beliau telah melarang para sahabat daripada membukukan al-Quran? Larangan ini timbul kerana takut umat Islam pada zaman itu terkeliru antara mana satu ayat al-Quran dan yang mana satu hadis. Kalau benda yang baik macam inipun pernah dilarang oleh Abu Bakar demi maslahah umat di zamannya. Tapi, ini persoalan lain.

10. Apa yang nak saya perkatakan di sini ialah, kenapa kita seharusnya melarang agama-agama lain khasnya kristian daripada menggunakan perkataan Allah dalam terjemahan kitabnya dan juga majalah-majalah agama terbitannya. Ini kerana kita bimbang suatu hari nanti generasi muda Islam akan terkeliru dengan risalah-risalah propaganda kristian di negara ini. Kita juga tidak membenarkan kitab injil dan Bibel di Malaysia ini diterjemahkan ke dalam bahasa melayu. Tak sama dengan Indonesia yang lebih liberal dengan membenarkannnya. Ini bagi mengelakkan generasi muda Islam terpengaruh dengan kristianisasi.

11. kita nak tanya, orang kristian ni, kenapa mereka sekarang ni sibuk-sibuk pulak nak menterjemahkan perkataan ' God' yang dahulunya bermaksud 'Tuhan' ke dalam bahasa Arab dengan menyamakan God dengan Allah.? Apakah agenda mereka, mestilah ada udang di sebalik batu. Inipun Anwar Ibrahim tak boleh baca ke kepala otak orang kristian. Macam mana nak jadi Perdana Menteri Malaysia kalau soal akidah yang asas ni pun nak ditemberangkan pada orang kampung. yang jelas Anwar adalah bapa segala pembohong di Malaysia ni.