1. Kenapa saya meletakkan tajuk di atas " ANWAR IBRAHIM PEMBOHONG DAN PEROSAK AGAMA". Teruk sangat ke Anwar Ibrahim ni. Mungkin ramai penyokong Anwar di luar sana yang marah dengan saya.! Tak apa dengar dulu penjelasan saya.
2. Siapa yang pergi mendengar ceramah politik Anwar di Pilihanraya Kecil Batang Ai, Sarawak pasti akan terpengaruh dengan dakyah dan pembohongan besar Anwar ini kepada orang-orang bumiputera di rumah-rumah panjang dan di pedalaman sarawak. Apa tidaknya Anwar telah menggunakan isu penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama lain sebagai isu kempennya.
3. Dalam kempennya di Lubok Antu, Sarawak , Anwar telah telah membangkitkan isu ini dengan mengatakan bahawa tidak salah untuk agama lain menyebut nama Allah kerana ia hak agama masing-masing. Katanya, isu penggunaan nama Allah tidak menjadi masalah kepada PKR dan beliau telah membenarkannya dalam Pakatan Rakyat kerana sudah lama (penganut agama lain) guna nama Allah, jadi biarlah mereka gunakan sahaja nama Allah ini untuk memanggil nama TUhan mereka.
4. Beliau juga telah menggunakan alasan dan nas daripada Tuan Guru Nik Aziz yang pernah memberitahu tiada masalah jika penganut agama lain menggunakan nama Allah. Seterusnya Anwar telah mendakwa bahawa di Malaysia, penggunaan nama Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain disebabkan oleh UMNO, disebabkan larangan UMNO itu penggunaan nama Allah dalam semua majalah dan risalah agama lain telah dirampas. Inilah angkara UMNO, merekalah yang tidak bagi penganut agama lain menggunakan perkataan Allah.
5. Saya rasa Anwar Ibrahim ni tak faham ataupun saja-saja nak kelirukan orang Sarawak, ataupun mungkin beliau sengaja berbohong. Sebenarnya isu larangan penggunakan kalimah Allah ini tiada kaitan dengan UMNO. Terdapat 7 Majlis Agama Islam Negeri-Negeri telah membawa kes Herald Tribune yang menggunakan perkataan Alllah dalam majalahnya agar pihak kerajaan mengambil tindakan sewajarnya. Di Kuala Lumpur sejak tahun lepas lagi, Badan-Badan Bukan kerajaan seperti ABIM, JIM, PERKIM, Pesatuan Peguam Peguam Syar'ie Malaysia , ACCIN dan lain-lain pertubuhan agama telah mendesak kerajaan khasnya JAKIM agar mengambil tindakan tegas. Apa kena mengena isu ini dengan UMNO.
6. Seperkara lagi, cuba kita rujuk dalam Al-Quran Surah Al-Ikhlas yang bermaksud : " Katakanlah (Wahai Muhammad), Tuhan Dialah Allah Yang Maha Esa, Allah yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, Dan tiada sesiapapun yang setara dengan-Nya"
7. Anwar Ibrahim tak faham ke maksud ayat ini. Jelas sekali bahawa kalimah Allah itu hanya khusus digunakan dalam al-Quran untuk mensifatkan Allah itu tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak pula boleh disetarakan dengan sesuatu yang lain ataupun menyamai makhluk. Jadi, mana boleh perkatan Allah ini digunakan oleh penganut Kristian yang mempercayai bahawa Nabi Isa itu adalah anak Tuhan. Mana boleh, orang hindu nak gunakan nama Allah pada Tuhan mereka sedangkan di kuil-kuil mereka dikelilingi oleh patung-patung yang menggambarkan Tuhan-tuhan mereka banyak tangan, nampak pusat dan mata terbeliak. Layakkah kalimah Allah digunakan oleh penganut Hindu untuk menyebut nama Tuhan mereka.
CUBA PERHATIKAN LIRIK LAGU YANG MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH DI BAWAH INI YANG DINYANYIKAN OLEH AGNES MONICA (KRISTIAN). BOLEH TERIMA KE..!
Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica
8. Nampaknya apa yang diperkatakan oleh Anwar Ibrahim adalah satu pembohongan terhadap kemurnian ayat suci Al-Quran. Dia tak faham ke kalimah Allah itu hanya kalimah khusus untuk nama Allah yang maha Esa dan tiada sekufu dan sekutu baginya. Apa nak jadi dengan ajaran baru yang dibawa oleh Nik Aziz dan Anwar Ibrahim ni. Nampak benar mereka ini jadi pembohong dalam agama dan boleh menyesatkan umat Islam.
9. Dia orang ni tak tahu ke agaknya, kenapa di zaman Abu Bakar masih hidup beliau telah melarang para sahabat daripada membukukan al-Quran? Larangan ini timbul kerana takut umat Islam pada zaman itu terkeliru antara mana satu ayat al-Quran dan yang mana satu hadis. Kalau benda yang baik macam inipun pernah dilarang oleh Abu Bakar demi maslahah umat di zamannya. Tapi, ini persoalan lain.
10. Apa yang nak saya perkatakan di sini ialah, kenapa kita seharusnya melarang agama-agama lain khasnya kristian daripada menggunakan perkataan Allah dalam terjemahan kitabnya dan juga majalah-majalah agama terbitannya. Ini kerana kita bimbang suatu hari nanti generasi muda Islam akan terkeliru dengan risalah-risalah propaganda kristian di negara ini. Kita juga tidak membenarkan kitab injil dan Bibel di Malaysia ini diterjemahkan ke dalam bahasa melayu. Tak sama dengan Indonesia yang lebih liberal dengan membenarkannnya. Ini bagi mengelakkan generasi muda Islam terpengaruh dengan kristianisasi.
11. kita nak tanya, orang kristian ni, kenapa mereka sekarang ni sibuk-sibuk pulak nak menterjemahkan perkataan ' God' yang dahulunya bermaksud 'Tuhan' ke dalam bahasa Arab dengan menyamakan God dengan Allah.? Apakah agenda mereka, mestilah ada udang di sebalik batu. Inipun Anwar Ibrahim tak boleh baca ke kepala otak orang kristian. Macam mana nak jadi Perdana Menteri Malaysia kalau soal akidah yang asas ni pun nak ditemberangkan pada orang kampung. yang jelas Anwar adalah bapa segala pembohong di Malaysia ni.

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti
Allah mengerti
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus ku
mengerti
8. Nampaknya apa yang diperkatakan oleh Anwar Ibrahim adalah satu pembohongan terhadap kemurnian ayat suci Al-Quran. Dia tak faham ke kalimah Allah itu hanya kalimah khusus untuk nama Allah yang maha Esa dan tiada sekufu dan sekutu baginya. Apa nak jadi dengan ajaran baru yang dibawa oleh Nik Aziz dan Anwar Ibrahim ni. Nampak benar mereka ini jadi pembohong dalam agama dan boleh menyesatkan umat Islam.
9. Dia orang ni tak tahu ke agaknya, kenapa di zaman Abu Bakar masih hidup beliau telah melarang para sahabat daripada membukukan al-Quran? Larangan ini timbul kerana takut umat Islam pada zaman itu terkeliru antara mana satu ayat al-Quran dan yang mana satu hadis. Kalau benda yang baik macam inipun pernah dilarang oleh Abu Bakar demi maslahah umat di zamannya. Tapi, ini persoalan lain.
10. Apa yang nak saya perkatakan di sini ialah, kenapa kita seharusnya melarang agama-agama lain khasnya kristian daripada menggunakan perkataan Allah dalam terjemahan kitabnya dan juga majalah-majalah agama terbitannya. Ini kerana kita bimbang suatu hari nanti generasi muda Islam akan terkeliru dengan risalah-risalah propaganda kristian di negara ini. Kita juga tidak membenarkan kitab injil dan Bibel di Malaysia ini diterjemahkan ke dalam bahasa melayu. Tak sama dengan Indonesia yang lebih liberal dengan membenarkannnya. Ini bagi mengelakkan generasi muda Islam terpengaruh dengan kristianisasi.
11. kita nak tanya, orang kristian ni, kenapa mereka sekarang ni sibuk-sibuk pulak nak menterjemahkan perkataan ' God' yang dahulunya bermaksud 'Tuhan' ke dalam bahasa Arab dengan menyamakan God dengan Allah.? Apakah agenda mereka, mestilah ada udang di sebalik batu. Inipun Anwar Ibrahim tak boleh baca ke kepala otak orang kristian. Macam mana nak jadi Perdana Menteri Malaysia kalau soal akidah yang asas ni pun nak ditemberangkan pada orang kampung. yang jelas Anwar adalah bapa segala pembohong di Malaysia ni.
12 comments:
selisihkanlah orang yang bernama Anwar Ibrahim
menjadi pemimpin melayu.Dia akan menghalalkan
apa saja untuk mencapai cita-cita politiknya
yang setapak lagi semasa beliau bersama umno.Memang Allah telah takdirkan nasibnya,kerana kita percaya Allah itu maha adil dan maha mengetahui,
Saya berpendapat secara peribadi isu perkataan Allah ini adalah kecil, kerana di Jordan orang Kristian yang saya jumpa juga menggunakan perkataan Allah. Walaubagaimanapun keadaan di Malaysia berkemungkinan tidak sesuai digunakan sebab itu pihak berkuasa agama dan NGO Islam melarangnya. Kalau UMNO melarang penggunaannya itu menunjukkan parti ini ambil peduli hal ehwal agama. Baguslah tu.
sedara ni nama jer kor agama...
tapi sedara ni tak kaji betul2
len kali kaji sejarah lah..
sejak beribu2 tahun dulu lagi..sebelum era nabi muhammad,ahli2 kitab sememangnya kenal Allah dan menganggap Allah itu tuhan.ahli kitab ini lah yang seterusnya melahirkan org2 yg menolak Nabi Muhammad dan Alquran.tapi pada mereka Allah itu tetap tuhan..cuma mereka diselewengkan dgn puak yahudi dan nasrani.perkataan Hellulijah tu tau ke apa maksud???ellah = illahi = Allah
sebab itu pembohong bagi sedara dan parti sedara dan juga ulamak penipu bagi sedara dan parti sedara mengatakan dalam hukum takde salahnya nak guna perkataan Allah..satu dunia pakai...yang org dok dalam tempurung mcm org umno jugak dok hingak
Sebenarnya saudara yang bernama Anonymous di atas yang seperti katak dalam tempurung. hai..! tak baca ke kenyataan Mufti perak datuk harussani Zakaria dalam utusan malaysia hari sabtu, 4 April. Tu lah lain kali jangan bebal sangat nak boikot akhbar utusan melayu. datuk harussani bukannya orang UMNO, tapi beliau adalah ulama sejati. hanya saudara sahja yang taksub dengan ulama-ulama mee segera dalam PAS dan PKR. Dalam PAS tu, asalkan baca dua tiga potong ayat quran dah dipanggil ustaz. Lain kali kalau nak berhujah, tolong berikan nama sebenar dalam komen saudara di blog saya ini. Nama yang diberi oleh ayah dan ibu kita tu kan nama yang baik. Yang tak ada nama ni dan bin atau binti ialah sama ada jin ataupun syaitan. Wallahu aklam. saya harap saudara bukan dari kalangan ini, tetapi hamba Allah yang dari jenis manusia yang mempunyai nama dan keturunan.
mufti perak kata apa...???mtk maaf lah..mmg saya tak pernah beli utusan...tapi mmg setahu saya lah..apa yg brader anonymous tuh ckp ada kebenaran dia...pada saya lah...dua dua pihak ada kebenaran dia..maybe ni dikatakan khilaf..percanggahan pendapat ulamak kan satu rahmat...mcm jugak apa yg khairi jalaludin ckp..saya setuju dgn dia...kite nak halang2,nak marah2 sgt tapi mmg kenyataan satu dunia tahu Allah tu TUHAN.saya rasa elok brader masuk youtube dan try surf for ahmad deedat...debate dia ada explain pasal bende ni..even nama muhammad pun ada mention dalam new testament (injil asal) dalam bahasa hebrew kemudian di translate ke bahasa inggeris menjadi "lovely" (dgn sengaja untuk usaha memadamkan nama nabi muhammad s.a.w) tajuk dia song's of solomon-lagu nabi sulaiman
mtk tlg brother check lah...pada saya saya setuju dgn KJ (khairi jalaludin)
hehehe..ni kes tak taruk nama nih samada mmg bukan blogger atau pun baling batu sembunyi tgn la nih...hahahah..saya bese kene kehkehkeh
anon 05:08,
siapa NAMA tuhan anda? Allah? dah tentu bukan sebab Allah = tuhan..jd apa namaNya? xde nama kot mcm anda yg pkai anon je..
dlm konteks negara kita..Allah itu ialah KATA NAMA walaupun di jordan & indon org kristian pn pkai Allah utk tuhan..
masalah dengan masyarakat kita ni ialah mudah sgt terikut2 dgn sesuatu perkara tanpa menyelidik terlebih dahulu.. apa yg sesuai di tempat org mgkin tidak sesuai di sini..
atau pun demi mmbuktikan hujah anda, mgkin selepas ini sebelum mkan anda bleh membaca 'Bismihallelujah' pula.. bukan ke Hellulijah = ellah = illahi = Allah.. :)
ADA BRAN?
Salam Mr. Kolompu. Di sini saya nak beritahu apa yang saudara tanya pada saya pada komen di atas tentang apa yang diperkatakan oleh Mufti Perak berkenaan dengan Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Ulasan oleh beliau ini ekoran daripada kenyataan DSAI dalam kempen ceramah politik di Lubuk Antu, Sarawak.
Utusan malaysia ( Sabtu. 4 April ). Mufti Perak, S.S Datuk Harussani Zakaria berkata: " Jika berpolitik, gunalah secara matang, jangan bertolah ansur dengan hukum agama, yang salah tetap salah. Kalimah Allah bukan untuk untuk buat suka-suka, inilah mereka tak faham sensitiviti Islam. Nama Allah untuk orang Islam saja. Jadi, janganlah nak main api dengan hukum agama,". tegasnya ketika dihubungi utusan Malaysia.
Sambil melahirkan rasa kecewa dengan tindakan pemimpin PKR itu, beliau menyarankan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Anwar kerana sanggup berbuat demikian semata-mata untuk kepentingan politik.
Tegas beliau, tindakan mengenakan hukuman adalah perlu sebagai pengajaran kerana menggunakan isu akidah dan hak-hak yang melibatkan sensitiviti Melayu dan Agama Islam. "Islam adalah benteng terakhir orang-orang Melayu. Jika sebelum itu status Melayu yang dipersoalkan, kita masih boleh mendongak dan menuding jari di antara satu sama lain. Kali ini soal agama. Walaupun Melayu kelihatannya berpecah-belah, tapi soal agama, ia boleh membangkitkan perpaduan dan bakal mencetuskan persengketaan". Tegasnya lagi.
ni nak ckp sikit cik bulat...
kenyataan yg saya buat tu nak tunjukkan org kapir sebut nama Allah..apa ke jadah pulak kite nak ikut cara org kapir??apa ke bodoh benar engkau nih hehehehe.org islam tak boleh nak ikut org kapir..tapi kalau org kapir nak ikut cara org islam..bukan kah itu kemenangan bagi Islam..mereka akui islam tu betul ...common sense la brader...ada bran???hehehe ayat dah macam mat rempit dah kahkahkah
ooo.. mrkolumpo rupanya..
kenapa mrh ek.. itu la common sense nya klu dikatakn Allah=Tuhan mcm org kristian ckp.
lg 1 ko kta mereka akui islam tu betul..betul ke? bukan ke kalau diorg rsa islam ni betul mknany akn bertmbah la umat islam kat malaysia ni.. tp apa yg akan berlaku ialah lepas ni kita akan ada Allah jesus, Allah yg ada anak & mcm2 lg.. kemenangan bagi islam? aku x rsa pn.
pe pun dlm mmbncgkan hal nama Allah ni sebenarnya masalah utamanya ialah tiada SENSITIVITI beragama dri puak2 kristian tu.. malangnya yg bergaduh2 ialah org islam..
lebih malang lg bila ada pulak org2 islam yg segera mnyokong cadangan ni..mcm biasa la msti sbb politik. kenapa kita x boleh dduk dan kaji kenapa cadangan ni dibuat kalau bukan sbb ada muslihat tertentu..
dan mrkolumpo.. mgkin pd ko & aku, kita xkn terpengaruh dengan muslihat puak2 kristian ni..tp pkir la psal ank2 kita nt. sbb klu kita culas hari ni yg akan tersesat ialah mereka.. aku ni walaupun x baik sgt tp bab2 agama ni ttap kna jg beb..
skali lg.. ADA BRAN? hahaha..
bro rempit...(kehkehkeh)
aku kata yg org kapir nak ikut cara islam secara tak langsung menunjukkan islam apda diaorg ada kebenaran...cth nak marha puak DAP baca quran dan terjemahan...kenapa pulak nak marah???bukankah ini menunjukkan mereka dan mule nak berjinak dgn islam..di bwh pakatan rakyat mereka dan terima channel2 dakwah..pi tgk serata dunia org yahudi,kritian,hindu malah atheist yang memeluk islam setelah membaca alquran...itu bukan kemenangan ker???cth tgk si A ni tak makan babi..lalu dia mesti kaji apsal apa Islam tak bagi makan babi...kaji punye kaji tgk2 terdapat kebenaran dan juga bukti saintifik...bukan kah itu satu kemenangan pada kite..dan mana tahu dia akan terbuka hati untuk memeluk islam???
yang bese nak ajak bergaduh pasal bende2 ni puak2 umno jer...marah org cina baca quran lah...marah org nak laksanakan hudud lah...org tu sesat..org ni sesat...tapi ayah Pin dia tak pulak istihar sesat masa dia perintah tganu dulu...
ni kalau tkt anak cucu kite terpengaruh...thts y kite kene didik dari sekarang....kite didik mereka mcmana mak ayah atuk nenek kite didik kita ni amsa kecik dulu....
kalau tak didik,jgan kan isu nama Allah nih....isu minum arak pun agaknye dia akan kata normal coz tgk menteri2 umno bese je minum arak..pi dangdut..main judi..bini tak pakai tudung...siap bini peluk cium dgn org hindustan lagi...main bomoh (hahaha main bomoh ni ko kene siasat latarbelakang rosmah org nogori warih jari hantu nihhhh)kahkahkah
"lu bikin panassssss"-bak kata spark,mat rempit dalam remp-it kehkehkeh
saya menyokong tindakan kerajaan untuk kemuliaan agama islam, jangan bandingkan dengan negara lain.kerajaan malaysia berpegang kepada akidah ahlussunnah waljamaah mazhab syafii.
Post a Comment