Translate

Friday 31 July 2009

PAS BERPECAH DUA : SYIAH DAN KHAWARIJ

1. Tahukah anda bahawa ahli-ahli serta pucuk kepimpinan PAS sekarang ini telah berpecah kepada dua kumpulan dan juga firqah, iaitu yang pertama puak pendokong syiah dan yang kedua ialah puak pendokong khawarij. Latarbelakang dan senario yang berlaku di dalam PAS sama seperti berlaku kepada para pengikut Saidina Ali k.w dalam sejarah pertempuran Ali dan Muawiyah di Lembah Siffin sehingga tercetusnya 'tahkim' antara Ali dan Muawiyah lebih 1400 tahun yang lalu.

2. Dalam peperangan Siffin antara puak yang setia dengan Saidina Ali dan puak yang menyokong Muawiyah dalam catatan sejarah Islam masa lampau, mengingatkan kita dengan apa yang berlaku antara PAS dan UMNO masa kini. Timbulnya isu kerajaan perpaduan dan juga muqabalah antara UMNO dan PAS.

3. Dalam sejarah peperangan Siffin, tentera Muawiyah telah hampir tewas kepada tentera Saidina Ali. Tetapi, Muawiyah telah mengajak Saidina Ali untuk berdamai sambil menjunjung al-Quran. Ramai pengikut Saidina Ali yang tidak bersetuju dengan Ali yang sedia untuk berbincang dan berdamai dengan Muawiyah dalam peperangan tersebut. Mereka tidak berpuas hati kerana jika berlaku perdamaian maka peluang mereka untuk mendapatkan kuasa dan juga wilayah yang ditakluki oleh Muawiyah di Wilayah Syam di Syria akan berkubur.

4. Sebaliknya Saidina Ali telah bersetuju dengan perdamaian yang dihulurkan oleh Muawiyah dan mengarahkan bala tenteranya untuk meletakkan senjata bagi tujuan melaksanakan 'TAHKIM'. Puak-puak yang tidak bersetuju dengan perdamaian dan muqabalah ini telah keluar dari kelompok tentera Ali dan mereka memboikot perjanjian 'tahkim' berkenaan, lalu mereka menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan KHAWARIJ.

5. Manakala puak-puak yang setia dengan Ali dan mempertahankan usaha Ali untuk bersetuju dengan TAHKIM ini dengan Muawiyah telah bersetuju melantik wakilnya Abu Musa Al-Ahs'ari untuk berunding dengan wakil muawiyah iaitu Amru bin Al-Ash. Akhirnya wakil Ali, Abu Musa Al-Ash'ari telah diperdaya oleh wakil Muawiyah, Amru bin Al-Ash di mana Musa Al-Ash'ari telah mengumumkan bahawa Saidina Ali bersetuju meletakkan jawatan sebagai Khalifah. Sebaliknya Amru Al-Ash pula telah mengumumkan bahawa dengan perletakan jawatan Ali daripada khalifah maka Muawiyah disahkan sebagai Khalifah yang baru bagi menggantikan Ali.

6. Puak-puak yang menyokong Ali inilah kemudiannya dinamakan sebagai puak Syiah iaitu puak yang setia dengan Ali. Dan yang setia dengan kepimpinan Muawiyah dinamakan dengan kumpulan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. memandangkan sebahagian daripada penyokong Ali telah keluar dari jemaahnya dengan menubuhkan kumpulan Khawarij dan hanya sebahagian sahaja yang setia menyokongnya, dan sebahagian besar daripada para sahabat memberi sokongan pada muawiyah maka golongan yang majoriti inilah yang digelar se bagai Ahlus Sunnah Wal jamaah.

7. Perkara yang sama juga berlaku masa kini antara UMNO dan PAS. UMNo dikatakan hampir-hampir tewas kepada pakatan rakyat dalam pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. demi perpaduan melayu dan Islam maka UMNO telah berusaha untuk mengadakan Muqabalah dengan PAS. Perkara ini telah disambut oleh Tuan Guru hadi Awang dengan cadangannya untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO. Tetapi cadangan hadi Awang ini telah disanggah dan ditentang oleh Nik aziz. Nik Aziz telah menghantar seorang panglimanya bernama Husam Musa untuk menghancurkan pengaruh Nasaruddin mat Isa bagi melumpuhkan idea kerajaan Perpaduan hadi Awang. Akhirnya, Allah telah menghukum niat jahat Nik Aziz ini dengan mentebalikkan hati-hati perwakilan PAS dengan mengundi secara majoritinya kepada nasaruddin mat Isa sebagai Timbalan Presiden PAS.

8. Hasil pertembungan pemilihan dalam PAS tempohari inilah yang telah memecahbelahkan perpaduan PAS kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan yang menyokong Nik Aziz yang boleh kita gelarkan sebagai PUAK KHAWARIJ. Dan kumpulan yang setia dengan hadi Awang dan Nasaruddin mat Isa yang boleh kita gelarkan dengan PUAK SYIAH. Akhirnya, kedua-dua puak ni pun tak ke mana-mana kerana kepimpinan negara ini masih majoritinya dikuasai oleh BN (UMNO) yang boleh kita gelar sebagai puak Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

9. Umat islam di Malaysia ini lebih serasi dan lebih sesuai dengan fahaman sederhana dan realistik seperti yang dipegang selama ini iaitu berpegang dengan fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Syiah dan Khawarij tidak relevan dan tidak sesuai dengan suasana masyarakat Islam dan majmuk di negara ini. Sah dan jelas bahawa PAS sekarang ini dikuasai oleh mereka yang berfahaman Syiah dan Khawarij.