Translate

Thursday, 24 September 2009

ISA SAMAD ADALAH CALON SUCI DALAM DEBU

1. saya amat bersetuju dengan pandangan TUn Dr. mahathir bahawa BN/UMNO mesti memilih calon yang benar-benar bersih dan tidak pernah dalam rasuah politik. Mana-mana calon yang pernah dihukum oleh Lembaga Disiplin UMNO atas kesalahan politik wang dalam pemilihan parti tidak seharusnya dipilih sebagai calon pada P.raya Kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober nanti.

2. Dari segi prinsip dan juga idealnya memang wajar pandangan Tun DRM ini dijadikan panduan dan juga perkiraan oleh Pengerusi BN, dato' Sri najib untuk memilih calon BN itu nanti. Kenyataan Tun. DRM mungkin ditujukan kepada T.Sri Isa Samad yang pernah disabitkan kesalahan politik wang dalam UMNO sehingga digantung jawatan selama 3 tahun mulai 2005 - 2008 yang lalu.

3. Kalau nak dibuat ukuran tentang calon-calon BN ini sejak pilihnaraya Umum 1982 - 1999 yang diterajui oleh Tun DRM, pada pandangan saya amat banyak dan berlambak-lambak calon-calon dari kalangan pemimpin UMNO yang korupsi dan menggunakan wang untuk mendapat kedudukan jawatan dalam UMNO. Namun kebanyakan mereka ini tidak dibicarakan dan tidak ada yang melaporkannya kepada Lembaga Disiplin UMNO.

4. Saya nak komen sikit pandangan Tun Dr.M ni, bahawa tidak semestinya para pemimpin UMNO yang memegang jawatan dalam MT UMNO , Exco Pemuda, Menteri Kabinet, Exco-Exco kerajaan negeri yang ada hari ini semua bersih kerana tidak disabitkan kesalahan melanggar etika pemilihan UMNO seperti yang dihadapi oleh Tan Sri Isa Samad. Mungkin nasib T.Sri Isa kurang baik kerana pihak lembaga Disiplin mempunyai bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahan beliau dalam politik wang. Ini tidak bermakna bahawa para pemimpin lain yang tidak dikenakan tindakan disiplin kerana terlibat dengan rasuah politik wang ini terlalu berbersih berbanding dengan T.Sri Isa Samad. Cuma nasib mereka baik sedikit drpd isa Samad kerana mereka pandai menggunakan kaedah dan juga tipu helah untuk menggunakan wang dalam politik tanpa dapat dikesan dan disabitkan kesalahan.

5. Oleh itu, saya berpendapat bahawa lebih baik semua pemimpin UMNO di setiap peringkat agar dapat membuat sumpah ikrar dan juga janji kepada parti dan juga kepada Allah s.w.t secara beramai-ramai untuk tidak terlibat lagi dalam gejala rasuah politik ini. Dengan itu, Lembaga Disiplin parti bolehlah mencadangkan kepada parti supaya kesalahan mereka selama ini diampunkan dan juga seterusnya membuka lembaran buku baru kepada UMNO mulai sekarang tentang penghayatan perjuangan sebenar demi agama, bangsa dan negara.

6. T.Sri Isapun telahpun menjalani hukuman dan telahpun melalui proses semula dalam UMNO pada 2008 di mana beliau telah dibenarkan semula bertanding jawatan Ketua UMNO bahagian dan juga naib Presiden UMNO. Janganlah UMNO melaksanakan peraturan dan juga hukuman yang double standard kepada T.Isa Samad. Kalau UMNO telah membenarkannya memegang jawatan ketua UMNO Bahagian dan juga membenarkannya bertanding jawatan naib Presiden UMNO pada pemilihan lepas, maka tidak ada sebab mengapa UMNO nak menghalang pula pencalonan Isa Samad sebagai calon DUN Bagai Pinang. Jangan menolak kehendak dan denyut nadi akar umbi di Teluk kemang yang mahukan Isa Samad.

7. Saya ibaratkan T.sa samad sebagai seorang pemimpin yang 'suci dalam debu'. Seperti debu yang sifatnya mungkin boleh mendatangkan penyakit dan mudharat kepada kesihatan manusia, tetapi apabila suasana dan keadaan di mana ketiadaan air maka 'DEBU' tadi boleh digunakan bagi menggantikan air mutlak untuk bertayammum. Walaupun tanah berdebu itu dipijak dan dipandang hina oleh Iblis, tetapi tanah yang berdebu ini amat berguna pula untuk tujuan ibadah ketika ketiadaan air mutlak.

8. Kalau Tan Sri Isa Samad terpilih sebagai calon BN di DUN Bagan Pinang nanti, maka beliau bukan dari kalangan calon 'AIR MUTLAK" tetapi dari kalangan 'Debu Tanah' yang suci lagi menyucikan. ( Perhatian : tulisan dan pandangan saya ini tidak ditaja ataupun dibayar oleh T.Sri Isa Samad- Wallahi, Wabillahi, Watallahi ).
5.