Translate

Sunday, 26 April 2009

DEMI KUASA - UMNO BUANG BAJU MELAYU, PAS BUANG KOPIAH DAN SERBAN

1. Bila pelampau cina DAP dan juga pelampau hindu Hindraf dah tunjukkan belang dan kuasa mereka untuk menentukan kemenangan mana-mana calon UMNO dan PAS dalam pilihanraya ke-12 yang lalu, maka pemimpin--pemimpin UMNO dah mula takut dengan kuasa penentu golongan komunis moden ini. Begitu juga PAS, dah mula rasa terhutang budi dengan undi-undi daripada tangan-tangan kotor dan jijik ini.

2. Dulu PAS kata, kalau bekerjasama dengan orang kafir maka kita turut akan menjadi kafir. Dan sesiapa yang mengundi calon-calon MCA, MIC dan Gerakan dari kalangan komponen BN adalah haram dan akan dipersoalkan nanti dalam kubur. Itu sewaktu PAS bersendirian dan perjuangan mereka berteraskan kepada cita-cita untuk menegakkan negara Islam. Akhirnya PAS akur dengan kehendak akar umbi. Bukan kerana orang Melayu dan Islam tak sokong tegak negara Islam, tetapi untuk apa nak tegakkan negara Islam melalui undi. Sedangkan Negara Islam di negara ini dahpun tertegak sejak zaman kesultanan melaka lagi. Tak perlu nak tegakkan benda yang sudahpun terbentuk sejak sekian lama.

3. Dulu, UMNO kata mereka adalah parti kebangsaan Melayu yang memperjaungkan agenda bahasa melayu, hak istimewa melayu, raja-raja melayu dan juga syiar Islam ini menerusi pendekatan pembangunan dan kontrak sosial. Sekarang Kontrak Sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum cina, India dan Melayu di zaman Tunku Abdul Rahman semasa negara kita nak mencapai kemerdekaan dulu; sekarang dah jadi kontrak, so.! SIAL. kaum-kaum pendatang yang lupa diri dari kalangan cina dan India dalam BN hari ini dah tuntut macam-macam. Mereka tidak lagi berpegang dengan kontrak so SIAL ini.

4. Keputusan Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu telah mengubah iklim politik di negara ini. hasilnya PAS dah tak berani lagi untuk memakai kopiah dan serban perjuangan ISLAMnya bila berhadapan dengan kaum cina dan India. PAS dah sanggup melupakan perjuangan menegakkan negara Islam yang dicita-citakannya demi untuk mendapatkan kuasa dan juga mendapatkan kerusi-kerusi di parlimen dan DUN. Demi parlimen dan DUN, maka Islam dah tak berguna dan bernilai lagi.

5. Sama juga dengan UMNO, mereka dah tak berani lagi nak memakai baju melayu, maksudnya nak memperjuangkan kepentingan Melayu dan menjadikan melayu sebagai teras kepada politik dan pentadbiran di negara ini. Mereka lebih senang dengan menjadikan semua bangsa adalah sama taraf, sama rasa, sama duduk, sama berdiri dan sama-sama mendapat hak. Mungkinkah konsep Satu Malaysia akan menjadi satu petanda awal kepada hilangnya agenda melayu dan tidak ada nilainya tentang ketuanan melayu lagi ? Tak apalah kalau itu yang kita inginkan.

6. Nampaknya UMNO dan PAS ni sama-sama nak selamatkan kuasa masing-masing. Satu pihak terpaksa gadaikan Islam dan satu pihak lagi terpaksa gadaikan ketuanan melayu. Mungkinkah akan muncul parti politik melayu yang dijiwai dengan ruh Islam di negara ini satu masa nanti. Nak harapkan pada UMNO untuk perjuangkan agenda Melayu...? Ataupun nak harapkan pada PAS untuk perjuangankan agenda Islam. setakat hari ni, kedua-dua parti ni masih ego dan tak mahu beralah. Tak mahu bersatu demi melayu dan Islam. Kalau tak mahu insaf juga, tunggulah nanti Allah akan gantikan dengan parti lain yang lebih baik.

7. Kalau kedua-dua parti ni tak berubah dan masih ego dengan kuasa masing-masing, saya rasa elok kita fikirkan alternatif lain untuk mencari jalan penyelesaian. UMNO cuma ada 3 Juta Ahli. PAS cuma ada 1.5 juta ahli. PKR Melaytu cuma ada 500 ribu ahli. Ketiga-tiga parti ini hanya berjumlah 5 Juta orang saja. Macam mana orang melayu Islam di negara ini yang berjumlah hampir 15 Juta orang boleh meletakkan masa depan melayu dan Islam kepada 5 juta orang ini saja..?

8. Saya berpandangan bahawa badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam di negara ini mesti bangkit dan menyedarkan rakyat serta menyedarkan kedua-dua parti melayu ini (PAS_UMNO) tentang pentingnya agenda perpaduan dan kesatuan Melayu di negara ini. Jika mereka berdegil, maka NGO yang ada ini boleh menggerakkan 10 juta umat melayu dan Islam yang tidak berparti ini untuk menghukum mereka dalam Pilihanraya Umum akan datang. MUngkin NGO ni perlu tubuh parti baru yang bernama "PERTUBUHAN MELAYU ISLAM BERSATU". Mungkin ini saja caranya untuk menyelamatkan negara ini daripada digadai oleh UMNO dan PAS. Apa pendapat tuan/puan...?