Translate

Wednesday 5 August 2009

PAS: DULU, KINI DAN SELAMANYA

Umat Islam khasnya generasi muda masa kini tidak mengetahui tentang susur galur dan juga sejarah hidup Parti Islam Semalaysia ( PAS). Untuk memberi maklumat dan juga sejarah PAS ini maka di sini saya akan dedahkan siapakah PAS, dulu, kini dan selamanya.

PAS ZAMAN DULU ( 1951-1999 )

1. Rumpun Melayu dan Umat Islam telah bersatu padu di bawah satu pertubuhan yang dinamakan 'Pertubuhan kebangsaan melayu Bersatu'(UMNO) pada tahun 1946, tetapi segelintir pemimpin Melayu Islam pada waktu itu telah keluar UMNO dan menubuhkan PAS pada tahun 1951. Ertinya PAS tidak mahu perpaduan ummah. Lebih suka perpecahan.

2. Orang Melayu dan alim ulama dari Perlis sampai ke Johor dan ke Kelantan telah sepakat untuk menuntut kemerdekaan tanah Melayu daripada British bermula tahun 1955 dan akhirnya Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1955. TETAPI seorang wakil rakyat PAS di parlimen pada ketika itu telah menentang kemerdekaan dan seluruh saf kepimpinan PAS tidak menyokong idea Tunku Abd. Rahman untuk memerdekakan malaya kerana bagi mereka orang melayu masih mundur dan tak mampu nak buat sebatang jarumpun. Mempertikaikan kemerdekaan dan PAS lebih selesa duduk di bawah penjajah British.

3. PAS memfatwakan bahawa bekerjasama dengan orang kafir dalam Pilihanraya adalah haram dan mana-mana orang Islam yang mengundi calon-calon kaum Cina dan India yang kafir adalah berdosa dan akan dipersoalkan dalam kubur. haram memilih pemimpin dari kalangan orang kafir. Mereka mengkafirkan orang UMNO kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC yang jelas kafir.

4. Dasar perjuangan PAS pada zaman ini ialah mempertahankan hak dan ketuanan Melayu yang bertunjangkan Islam. Melayu tuan di negara ini. Menentang sekeras-kerasnya perkongsian kuasa dengan kaum-kaum lain kerana mereka ini adalah kaum pendatang.

5. PAS mengharamkan wanita untuk bertanding dalam Pilihanraya kerana wanita tidak boleh dipilih sebagai pemimpin. Pemimpin sama ada Ahli Parlimen dan DUN mestilah seorang lelaki dan berdosa bagi umat Islam mengundi calon-calon wanita sebagai wakil rakyat.

6. PAS juga mengharamkan serta tidak membenarkan ahli muslimat dalam partinya untuk dicalonkan bertanding dalam Ahli jawatankuasa PAS Pusat. Semua AJK PAS Pusat mestilah terdiri dari kalangan lelaki. Muslimat hanya berhak duduk dalam dewan Muslimat sahaja.

7. PAS menuduh kerajaan Perikatan di zaman Tunku Abdul Rahman sebagai thaghut dan kafir kerana membenarkan serta mengeluarkan lesen-lesen arak , dan juga membenarkan kilang-kilang arak beroperasi dalam negara.

8. PAS berjuang untuk menegakkan sebuah negara Islam (Islamic State) dan bercita-cita untuk melaksanakan Undang-Undang Syariah sepenuhnya dengan menjadikan Hukuman Hudud sebagai matlamat utamanya.

PAS ZAMAN KINI ( 1999 HINGGA KINI )

1. PAS lebih suka berpadu dan berpakat dengan DAP dan Hindraf serta PKR yang kebanyakan pemimpinnya dikuasai oleh puak-puak pelampau agama dan chauvinisme kaum Cina dan Hindu demi untuk mendapatkan kuasa dan menjatuhkan kerajaan melayu Islam yang ditunjangi oleh UMNO.

Father & Daughter In Law

2. Menyokong dan mengundi calon-calon DAP dan juga mana-mana calon PKR Hindu dan non muslim dalam pakatan Rakyat adalah halal dan sampai kepada tahap wajib demi untuk menjatuhkan kerajaan BN dan UMNO.

3. Wanita dan muslimat PAS dihalalkan bertanding dalam Pilihanraya dan juga dibenarkan bertanding dalam Pemilihan parti bagi jawatan AJK PAS Pusat di Muktamar sanawi PAS.

4. Pengeluaran lesen arak dan juga penjualan arak kepada masyarakat bukan Islam dihalalkan. Kata Dr. hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor: " PAS tidak akan mendesak kerajaan Selangor menyekat penjualan arak dan juga pengeluaran lesen arak kepada masyarakat bukan Islam".

5. PAS tidak menyokong dasar ketuanan Melayu dan hak istimewa Melayu dan Bumiputera. Semua bangsa dan agama di negara ini mesti diberi hak yang sama di sisi Perlembagaan negara.

6. PAS telah menggugurkan cita-cita perjuangannya untuk menegakkan negara Islam dan juga matlamatnya untuk melaksanakan hukuman hudud demi untuk menjaga hati rakannya Lim Kit Siang dan karpal Singh dari DAP yang menentang penubuhan negara islam. Demi untuk mendapat undi dan sokongan DAP dalam pilihanraya maka matlamat perjuangan Negara Islam terpaksa digugurkan.

PAS SELAMA-LAMANYA

1. PAS selama-lamanya akan memusuhi UMNO dan tidak akan bekerjasama dengan UMNO untuk membincangkan perpaduan Melayu dan Islam di negara ini
. UMNO adalah musuh nombor wahid PAS sampai hari khiamat.

2. PAS selama-lamanya akan menjadi alat dan akan diperalatkan oleh DAP dan juga Anwar Ibrahim selagi mana Anwar masih hidup dan juga selagi mana Nik Aziz masih menjadi Muryidul Am PAS.

Banyak lagi perkara-perkara dan juga sejarah perjuangan PAS sejak dari Dulu, Kini dan Selamanya yang boleh saya ketengahkan di sini. Tetapi, al maklum sajalah saya ni cepat pelupa dan memang spesis melayu seperti saya ni jenis "Melayu yang Mudah Lupa", So, saya tak berapa ingat dan lupa tentang beribu-ribu lagi fakta auta yang dicipta oleh PAS sejak dulu hinggga kini untuk dijadikan bahan renungan untuk generasi muda masa kini. Wallahu 'aklam.