Translate

Tuesday 23 June 2009

KENAPA PAS TAK BERPEGANG TEGUH DENGAN TALI ALLAH?

1. Maksud firman Allah s.w.t dalam surah Ali Imran, ayat 103 : " Dan berpegang teguhlah kamu sekelian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.."

2. Cuba bayangkan..! tak kan di kalangan beratus-ratus para alim ulama di dalam PAS sana yang tak terbaca tentang ayat ini. Kenapalah singkat dan cetek sangat fikiran orang-orang PAS ini sehingga terpaksa berpegang teguh dengan tali Pakatan Rakyat ( PKR dan DAP). Sepatutnya mereka wajib berpegang teguh kepada tali Allah.


3. Dalam ayat di atas, Allah memerintahkan kita supaya mengenang semula akan nikmat Allah yang dianugerahkan-Nya kepada seluruh umat Islam. Dalam konteks masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia, cuba kita kenang semula bagaimana hebat dan manisnya perpaduan Melayu antara UMNO-PAS pada tahun 1974 sewaktu PAS menyerta Barisan Nasional. Cuba kita ingat semula bagaimana kenyataan Tok Guru Nik Aziz selaku Ketua Dewan Ulama PAS pada tahun 1974, katanya : " Perpaduan UMNO-PAS dalam Barisan adalah suatu nikmat besar Allah yang dianugerahkan kepada kita". Bukankah Allah memerintahkan kita dalam ayat 103, Surah Ali Imran ini supaya mengenang semula nikmat perpaduan yang terjalin antara kita. Kenapa parta pemimpin PAS ni dok sibuk bercakap dan mengungkit-ngungkit soal PAS dipecat keluar daripada barisan pada tahun 1978..? Cuba kita ingatkan kenangan manis pada tahun 1974..!

4. Samalah macam suami isteri yang hidup bersama dan berkahwin selama hampir 5 tahun. Kemudian si isteri tadi telah diceraikan oleh suami. Kenapa si isteri ni asyik terkenangkan soal sejarah perceraian mereka sahaja. Tak kanlah tak ada kebaikan yang dilakukan oleh suaminya selama 5 tahun mereka bersama.

5. Selagi PAS berpegang teguh dengan tali DAP (Lim Kit Siang dan Karpal Singh), dan tidak berpegang teguh kepada tali Allah, maka selagi itulah PAS akan tersesat daripada petunjuk Allah s.w.t. Mafhum firman Allah: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu menjadikan Allah sebagai pemimpin (petunjuknya) untuk keluar daripada jalan kegelapan menuju kepada jalan kebenaran. Sebaliknya orang-orang kafir itu menjadikan thaghut itu sebagai pemimpin mereka yang mengeluarkan kehidupan mereka daripada cahaya (kebenaran) kepada kegelapan. Kenapa para pemimpin PAS mengikut telunjuk orang-orang kafir yang memusuhi Islam seperti DAP dan hindraf dalam PKR..? Sah dan jelas bahawa tok-tok guru dan ulama PAS telah disesatkan oleh thaghut yang dicipta oleh mereka sendiri. Dulu PAS kata UMNO thaghut. Sekarang 'thaghut' dikembalikan kepada PAS. Inilah sebenarnya pengertian 'Thaghut'.

6. PAS ( Parti Ajaran Sesat ) , thaghut lagi menthaghutkan..! Kalau tak percaya kita jumpa di Padang mahsyar nanti, kita tengok parti mana yang thaghut..? Dah tentulah orang yang menolak saudaranya yang Islam sebagai kawan dan bermusuh dengan saudara seagamanya lebih daripada 3 hari akan masuk ke neraka. Sabda Nabi, bermaksud, tidak akan masuk syurga bagi siapa yang memutuskan silatur-rahim. Sejak tahun 1978 hingga kini, dah lebih 31 tahun PAS bermusuhan dengan UMNO, lebih daripada 3 hari tu..! Apa ke jadahnya ni. Dah berapa ramai orang UMNO dikafirkan oleh PAS..? Inipun nak disanjung sebagai parti Islam dan berjuang untuk Islam? Hanya orang yang buta hati dan yang buta jiwanya sahaja yang sanggup bersekongkol dengan kesesatan fahaman politik sempit PAS..

Friday 19 June 2009

BERKAWAN DENGAN DAP LEBIH AFDHAL DRPD UMNO..!

1. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, orang Melayu dan Islam di negara ini telah mula sedar tentang pentingnya perpaduan sesama mereka. Hasilnya, Allahyarham Tun Razak telah berjaya membawa masuk PAS ke dalam pakatan barisan Nasional bersama-sama dengan Parti gerakan. Inilah kehebatan para pemimpin PAS ketika itu yang dipimpin oleh Dato' Asri Muda. Walaupun Dato' Asri sebelum itu amat memusuhi UMNO dan berlaku fatwa mengkafirkan UMNO di zaman Asri, tetapi dengan kesedaran kebangsaan dan juga semangat keislaman tulen yang ada dalam dirinya telah membuka pintu hatinya untuk bersama-sama dengan UMNO menubuhkan Barisan Nasional.

2. Berbeza dengan tokoh-tokoh PAS, terutamanya Tok Guru Nik Aziz pada masa kini. Kelompok yang dibawah dagu Nik Aziz begitu angkuh dan sombong sekali menentang idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden dan Timbalan Presiden PAS sendiri. Bayangkan bagaimana sukarnya nak menyatupadukan perpaduan antara UMNO dan PAS di negara ini. Idea Kerajaan Perpaduan yang dicetuskan oleh pemimpin tertinggi PAS sendiri dianggap sebagai sampah dan Tok Guru Nik Aziz sendiri mencabar pula Timbalan Presiden PAS, Ust. Nasaruddin agar meletakkan jawatan Ahli Parlimen Bachok dan Timbalan Presiden PAS dan menggesanya masuk UMNO jika berdegil mahu berbincang dengan UMNO untuk tubuhkan kerajaan perpaduan.

3. kalau idea dari pak sheikh mereka sendiripun dimasuk bakul sampahkan, apatah lagi kalau idea perpaduan ini datangnya daripada Presiden UMNo sendiri, dah tentu Nik Aziz akan ganyang idea perpaduan ini habis-habisan. Inilah PAS, jika terdapat sesetengah pemimpinnya yang nak bersama UMNO maka ianya akan dituduh sebagai boneka UMNO dan sampah dalam PAS. Bagaimana pula dengan idea pakatan pembangkang dalam PR yang terdiri daripada PKR-DAP-PAS. Kenapa tak ada mana-mana tok guru dalam PAS yang berani menghentam pakatan ini dengan mengatakan bahawa pemimpin yang mempertahankan Pakatan Rakyat adalah boneka kepada DAP dan PKR. Apa bezanya..?

4. Pada pandangan saya, kalau YB. Nasharuddin dituduh oleh NIk Aziz sebagai boneka UMNO dan sampah dalam PAS, maka saya boleh membuat analogi yang sama terhadap Tok Guru Nik Aziz bahawa Nik Aziz adalah boneka dan juga puppet kepada DAP dan PKR. Betul tak.?

Tuesday 16 June 2009

INFLUENZA 'BUBAR DUN' MENYERANG YB NIZAR

1. Demam selsema baru yang dikenali sebagai 'Influenza Bubar DUN' telah menyerang 10 orang ahli Parlimen PAS dan DAP di parlimen semalam. Demam selsema ini telah dikenalpasti berpunca daripada peluh dan najis babi. Ianya boleh berjangkit kepada seseorang yang berkawan dengan mana-mana ahli DAP yang memakan babi.

2. YB. Nizar telah disahkan positif 'Influenza BUbar DUN' sewaktu menghadiri sidang Parlimen pada 15 Jun, semalam. Speaker Parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah mengesahkannya menerusi doktor khas parlimen yang bertugas 24 jam di parlimen sepanjang persidangan. Turut dijangkiti demam ini ialah 9 orang ahli parlimen lain. Mereka ke semuanya telah diarahkan keluar dewan dan telah dikuarantin untuk sesuatu jangka masa tertentu supaya ianya tidak merebak kepada ahli parlimen lain dan tidak menjadi wabak yang menular di seluruh negara.

3. Antara tanda-tanda orang yang dijangkiti demam ini ialah, mereka akan memakai kain lilit di kepala dengan tulisan 'BUBAR DUN'. Orang ini juga jika meminjam kereta orang lain maka ia akan enggan untuk memulangkannya kerana berlaku hilang ingatan. Mereka juga akan sanggup berbaring dijalan raya pada waktu panas terik kerana fikiran mereka meracau-racau. Mereka juga amat suka bercakap-cakap dan berbincang perkara-perkara yang pelik dan aneh di bawah pokok yang rendang. Demam ini hanya akan berjangkit melalui sentuhan tangan dengan ahli-ahgli DAP yang memakan babi sahaja.

4. Awas..! jika anda dihinggapi demam selsema jenis ini, maka cepat-cepatlan pergi berjumpa dengan Tuan Guru Hadi Awang ataupun Ustaz Nasaruddin Mat Isa untuk mendapatkan 'air jampi' ( air tawar). Hanya melalui jampi 'air tawar' yang dibaca oleh kedua pemimpin ini sahaja yang boleh menyembuhkan demam selsema ini. Kalau masih lagi tidak sembuh, dan kritikal maka anda atau sesiapa yang yang disahkan menghidap demam ini, maka adalah dinasihatkan agar dapat berjumpa dengan CHIN PENG. Hanya Chin Peng sahaja yang ada antibiotik ataupun virus yang boleh melawan penyakit ini.

Thursday 4 June 2009

PERLEMBAGAAN MALAYSIA BERTERASKAN KEMELAYUAN, KEISLAMAN DAN KESULTANAN MELAYU

1. Saya telah dijemput oleh JAKIM menghadiri KOnvensyen Pemantapan Dasar Nilai-Nilai Murni Dalam Perkhidmatan Awam 2009 pada 2 Jun di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi. Ucaptama di konvensyen ini telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

2. Semasa Sesi Diskusi tentang Gagasan Satu Malaysia, salah seorang ahli panel iaitu Dato' faiza Thamby Chik dari Universiti Sains Islam Malaysia (bekas Hakim), telah memberi ulasan beliau mengenai konsep 1 Malaysia dari sudut Perlembagaan negara.

3. Beliau telah menjelaskan bahawa konsep Satu Malaysia tidak boleh lari dan menyimpang daripada prinsip asas Perlembagaan Malaysia yang telah dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu dan Queens Elizaberth yang dirangka oleh Reid Commission sewaktu menggubal Perlembagaan negara ketika Malaya mencapai kemerdekaan pada 1957. Satu Malaysia bermakna bahawa kita mesti mengikut acuan Malaysia yang mana melayu adalah ' the son of the soil' (pribimu) kepada negara ini.

4. Jelasnya lagi"Kemerdekan Tanah Melayu berbeza dengan sejarah kemerdekaan Amerika dan Australia. Ini kerana di Amerika dan Australia, kemerdekaan negara mereka diperjuangkan oleh kelompok golongan imigran yang menjadi pendatang ke negara berkenaan dan penduduk tempatan di Amerika dan Australia tidak pernah berjuaang untuk memerdekakan tanahair mereka sendiri. Justeru, perlembagaan dan juga perundangan yang dibentuk di negara-negara berkenaan adalah berteraskan kepada kepentingan kaum pendatang (imigran)."

5. Ujarnya lagi "di Tanah Melayu amat berbeza di mana kemerdekaan negara ini diperjuangkan sepenuhnya oleh penduduk tempatan (pribumi) yang terdiri dari kalangan kaum Melayu. Kaum pendatang tidak bersama-sama dengan penduduk tempatan pada awal menuntut kemerdekaan Tanah melayu selepas tamatnya pendudukan Jepun pada tahun 1945. Kaum pendatang seperti Cina dan India hanya bersama-sama dengan kaum Melayu untuk menuntut kemerdekaan pada tahun 1955". Itulah sebabnya maka penggubalan Perlembagaan negara pada ketika negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip kemelayuan, keislaman dan kesultanan raja-raja melayu.

6. Itulah sebabnya Perlembagan negara telah memberi perlindungan (to save guard) kepada kepentingan Raja-Raja Melayu, Hak Istimewa Orang Melayu dan juga Islam sebagai Agama Persekutuan.

7. Sehubungan itu, Dato' Faiza Thamby Chik menegaskan bahawa gagasan Satu Malaysia yang hendak dilaksanakan oleh Kepimpinan Negara masa kini mestilah tidak jauh menyimpang daripada Perlembagaan Negara, khasnya perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu.