Translate

Tuesday 18 September 2012

Ceramah Isu-Isu Semasa Guru-Guru Daerah Bera Pahang- 22 Sep (Sabtu)

Insya Allah.pada 22 Sep (Sabtu) saya akan menyampaikan ceramah berkaitan isu-isu semasa kepada sebahagian guru-guru di daerah Bera, Pahang mulai jam 8.30-jam 11.00 pagi..Program ini adalah anjuran Pejabat pelajaran Negeri Pahang..sebelah petangnya pula pada jam 2.30 petang  saya akan ke Jerantut pula bagi menemui guru-guru di sana bagi tujuan yang sama...Antara isu-isu yang akan ditekengahkan ialah mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang diilhamkan oleh YAB. Perdana Menteri dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ke-65 di New York pada tahun 2010..

Idea penubuhan GMM ini adalah berasaskan kepada konsep 'wasatiyah' yang menyarankan pemimpin dunia termasuk umat Islam supaya menolak sebarang bentuk ekstremis, sebaliknya menjadikan kesederhanaan dalam setiap tindakan...Saya akan membentangkan apakah yang dimaksudkan dengan konsep 'wasatiyah' ini dalam perjumpaan ini nanti kepada guru-guru di daerah Bera dan juga di daerah Jerantut.

Pada sebelah malamnya pula saya akan bersama-sama dengan Ust Kazim Alias dalam satu ceramah perdana di Meru, Kelang iaitu jam 9.30 malam...Mereka yang berkelapangan pada tarikh dan masa berkenaan adalah dijemput hadir...