Translate

Monday 20 April 2009

PERALIHAN KUASA DALAM PAS

1. PAS sepatutnya mencontohi UMNO tentang bagaimana nak melakukan perubahan dalam pucuk tertinggi kepimpinan partinya pada bulan Jun nanti. Tak kan nak ubah pembaharuan dalam PAS hanya setakat nak tukar Timbalan Presiden sahaja. Kalau nak bawa transformasi dalam parti maka ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi mesti berani membuat perubahan kepada pucuk tertinggi kepimpinannya iaitu Presiden parti.

2. Tuan Guru Hadi Awang sepatutnya sedia berundur pada bulan Jun nanti dan membuat penyerahan kuasa kepada timbalannya YB. Nasaruddin Mat Isa. Barulah kedudukan timbalanya akan selamat dan akan berlaku perubahan dalam PAS. Sebenarnya apa yang diriuh rendahkan oleh para penyokong Husam Musa dalam PAS untuk menentang Nasaruddin Mat Isa adalah satu sindiran dan juga kiasan seperti pukul anak sindir menantu. Apa yang sebenarnya dihajati oleh Husam dan penyokong kuatnya ialah untuk menukar kepimpinan Hadi Awang. Mereka mahu Hadi Awang berundur. Tetapi, Husam tak berani nak menzahirkannya kepada umum kerana beliau orang baru dalam PAS. Siapa Husam yang nak pimpin PAS..! maka sebab itu beliau hanya berani cabar orang No. 2, iaitu Timbalan Presiden. Bila Timbalan Presiden dah dilemahkan dan digegarkan, maka pada pemilihan akan datang sampai pula masanya untuk Husam mencabar Hadi Awang pula.

3. Mentor kepada Husam ialah Anwar Ibrahim. Kita masih ingat bagaimana Anwar dalam UMNO pada tahun 1993 dahulu yang telah mencabar Tun Ghafar baba untuk jawatan Tim. Presiden UMNO. Akhirnya Tun Ghafar kecundang. maka tibalah masanya pula bagi Anwar untuk menggoncangkan pula kedudukan Tun Mahathir sebagai Presiden UMNO pada tahun 1996, tapi usahanya ini gagal kerana Mahathir dapat menghidunya daripada awal. Akhirnya Anwar tersungkur di pintu syurga.

4. Pada pandangan saya yang sayangkan ketokohan Tuan Guru Hadi Awang (walaupun saya berlainan ideologi tetapi satu hati dan satu matlamat dengannya); adalah wajar bagi Hadi Awang mengumumkan hasratnya untuk menyerahkan kuasa kepimpinan parti kepada orang No. 2nya iaitu Nasaruddin mat Isa. Dengan cara ini kedududukan Hadi Awang terselamat dan menyelamatkan orang kuat No. 2nya dalam PAS. Kekosongan orang nombor 2 dalam PAS yang selayaknya ialah YB. Datuk Dr. Hasan Ali dari Selangor. Saya rasa beliau cukup berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan sebelum menyertai PAS. Beliau penah menjadi Timbalan Ketua Pengarah BTN. Dah tentu beliau tak akan gadaikan masa depan melayu dan Islam di negara ini jika dipilih nanti sebab jiwanya adalah nasionalis melayu yang dihiasi oleh ruh Islam.

5. Orang macam Husam Musa tak layak untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden PAS kerana beliau adalah pemimpin 'opputunis' dan sanggup menggadai maruah Melayu dan Islam demi kuasa dan jawatan. Lihatlah bagaimana beliau menjadi penentang kuat dalam PAS bila Hadi Awang dan nasaruddin cadang nak adakan muqabalah dengan UMNO. Beliau sangggup diperalatkan oleh DAP dan bersekongkol dengan parti perkauman sempit ini berbanding dengan UMNO. Husam Musa pula lebih berwala' dan menjunjung titah perintah as-syehikh Anwar Ibrahim berbanding dengan Presiden Partinya sendiri PAS. Beliau sanggup memperalatkan Tok Guru Nik Aziz dalam isu muqabalah ini demi menyelamatkan abang angkatnya Anwar Ibrahim. PAS akan hancur jika pilih pemimpin yang macam ini.

6. Jadi, masa masih ada lagi untuk orang PAS menyelamatkan partinya daripada orang yang opputinis macam ni. Pastikan DR. Hassan Ali dicalonkan sebagai Timbalan Presiden PAS. calonkan nasaruddin Mat Isa sebagai Presiden PAS. Biarkan Hasan Ali berentap dengan Husam Musa, saya pasti Husam akan kalah di tangan hasan Ali. Hadi Awang umum bersara dan sebagai penghargaan padanya maka lantik beliau sebagai Mursyidul Am PAS bagi menggantikan Tok Guru Nik Aziz. Barulah PAS selamat untuk kita semua. Hidup nasaruddin..! Hidup Hasan Ali..! Hidup PAS...! PAS UNTUK SEMUA