Translate

Tuesday 4 November 2008

KONTRAK SOSIAL: KEUNTUNGAN KEPADA KAUM CINA DAN INDIA

1. Sebelum tahun 1511, kerajaan melayu Melaka adalah sebuah empayar Melayu yang terkenal di Nusantara, malah telah diiktiraf oleh kerajaan asing seperti Maharaja China, India, Parsi dan Arab. mereka berdagang di Melaka sebagai pusat pertukaran barangan antara Timur dan Barat. Negeri Melaka diperintah oleh seorang Raja Melayu yang dibantu oleh seorang Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Syahbandar. Mereka mentadbirnya melalui undang-undang yang dikenali sebagai undang-undang Sultan Melaka.

2. Mengikut catatan seorang penulis Cina, ada seorang penterjemah Islam kepada Laksamana Cheng ho yang juga seorang muslim yang melawat gugusan pulau-pulau Melayu pada tahun 1451 telah menambah maklumat baru kepada pedagang Cina mengenai kerajaan Melayu Melaka dan Raja Melayu yang memeluk agama Islam. Raja-Raja Melayu mempunyai rakyat mereka sendiri yang dikenali dalam sejarah sebagai "rakyat raja".

3. Semuanya berubah apabila Portugis menyerang Melaka pada 1511 dan Raja Melayu yang memerintah terpaksa berundur. Kemudian, Melaka berubah tangan dari Portugis kepada Belanda (1641) yang memonopoli perdagangan dengan Raja Melayu Kedah dan Raja Melayu Perak. Tidak lama kemudian, pada akhir abad ke 18, mulalah Inggeris memperkukuhkan kedudukannya dengan menubuhkan pengkalan angkatan laut di perairan Tanah Melayu untuk mengaktifkan perdagangannya dengan Raja-Raja Melayu dan seterusnya mengambil alih kuasa dari Belanda.

4. Raja-Raja Melayu telah mengadakan perjanjian dengan wakil Inggeris seperti perjanjian memajak Pulau Pinang tahun 1786, perjanjian Pangkor tahun 1874 dan lain-lain. Semua perjanjian untuk mendapatkan konsesi tanah dan perdagangan, dilakukan dengan raja-raja Melayu. Semenjak tahun 1874, kerajaan Inggeris telah mengiktiraf hak ketuanan Melayu, perundangan dan adat resam Melayu. Perlantikan Residen dan Penasihat Inggeris hanya sekadar untuk membantu Raja-Raja Melayu dalam mengurus pentadbiran negeri, supaya lebih kemas dan tersusun.

5. Selepas perang dunia kedua, kerajaan British telah melanggar perjanjian yang mereka buat dahulu apabila mereka memaksa Raja-Raja Melayu menyerahkan kuasa negeri masing-masing kepada kerajaan British dan menjadikan negeri-negeri Melayu sebagai tanah jajahan melalui perlembagaan Malayan Union. Penjajah British mahu membuka kerakyatan kepada pendatang asing berasaskan pinsip "jus Soli'. dengan itu, Raja-Raja Melayu dan bangsa Melayu kehilangan hak di tanah airnya sendiri.

6. Demi mempertahankan hak ketuanan Melayu dan amanah bangsa, orang Melayu bangun menentang malayan Union sehingga melahirkan kongres Melayu pertama yang berlangsung dari 1-4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur. Orang-orang Melayu di seluruh negara melalui perwakilan peryubuhan mereka telah membantah perlembagaan Malayan UNion. Mereka berikrar mahu menghapuskan dengan apa cara pun. Bagi mengukuhkan gerakan mereka satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji percantuman semua pertubuhan tunggal yang akan dikenali kemudian sebagai Pertubuhan Kebangsaan melayu Bersatu (UMNO). Pertubuhan ini kemudiannya dirasmikan dalam kongres Melayu kedua di Istana Johor Bahru di bawah pimpinan Dato' Onn Jaafar pada 11 Mei 1946. Keadaan ini memaksa kerajaan Britis berunding dengan Raja-Raja Melayu mengenai Malayan Union. Apakah yang terkandung dalam deklarasi Malayan Union sehingga orang-orang Melayu bangkit menentangnya..?

7. Penjajah Inggeris mempunyai sebab-sebab khas untuk meletakkan Tanah Melayu di bawah kerajaan Malayan Union. Sebab utamanya ialah hendak menyerap mereka yang berhijrah dari Tanah Besar China dan India itu sebagai rakyat Tanah Melayu yang sah. Kuasa raja-Raja Melayu akan diserahkan kepada Queens Elizabert di England yang akhirnya agama rasmi tanah Melayu bukan lagi Islam sebaliknya ialah agama Kristian kerana Ketua Negara ialah Queens Elizebert.

8. Di atas desakan pemimpin-pemimpin Melayu menerusi UMNO ini, maka pada Februari 1948, kerajaan British bersetuju memansuhkan Malayan Union dan ditubuhkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

9. Di bawah kepimpinan Dato' Onn Jaafar, UMNO telah berjuang untuk mengukuhkan ketuanan Melayu melalui semangat "Hidup Melayu". Bagaimanapun semangat Dato' Onn menjadi luntur apabila kerajaan British mendesak supaya UMNO perlu menerima pendatang asing di tanah Melayu terutama orang Cina sebagai rakyat negeri ini. Tun Tan Cheng Lock seorang pemimpin Cina yang berpengaruh di LOndon telah menjalankan usaha supaya kerajaan British memberi ruang kepada orang Cina mendapatkan kerakyatan yang sah di Tanah Melayu. Bagi memenuhi kehendak semasa, Dato' Onn telah membentangkan isu memberi kelonggaran kerakyatan dalam perhimpunan agung UMNO dalam bulan JUN 1950, malah Dato' Onn berura-ura hendak membuka keahlian UMNO kepada semua kaum di Tanah Melayu.

10. Perubahan sikap yang ditunjukkan oleh Dato' Onn itu telah mendapat tentangan hebat daripada majoriti ahli-ahli UMNO. Beliau telah mengambil keputusan mengejut dengan meletak jawatan Yang DiPertua UMNO tetapi didesak oleh majoriti ahli UMNO supaya menarik balik perletakan jawatan itu. Mereka berarak ke rumahnya di Johor Bahru dengan menyatakan mereka berada di belakangnya. Dengan sebab itu Dato' Onn kembali semula memegang jawatan Yang DiPertua UMNO tetapi ramai ahli jawatankuasanya tidak bersetuju dengan kehendak beliau hendak membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu kerana dasar UMNO ialah untuk orang Melayu sahaja. Lagi sekali Dato' Onn meletak jawatan dan kali ini permohonannya itu diterima dan Tunku Abdul Rahman Putra mengambil tempatnya.

11. Selaku Yang DiPertua UMNO yang baru, Tunku Abd Rahman dalam ucapan sulongnya menegaskan bahawa beliau akan mempertahankan dasar UMNO, kerakyatan dan hak istimewa orang Melayu. Pemimpin MCA seperti Tun Tan Cheng Lock dan lain-lain telah menyertai Parti Independence Malayan (IMP) yang baru ditubuhkan oleh Dato' Onn. Pada masa ini UMNO mendapat saingan yang hebat kerana Raja-Raja Melayu dan Menteri-Menteri Besar menyokong kepimpina n politik Dato' Onn Jaafar.

12. Semuanya menjadi berubah apabila pemimpin UMNO dan MCA telah berbaik-baik dan menjalin persefahaman telah mengadakan satu pakatan kerjasama supaya kedua-dua parti politik itu dapat bergabung dan seterusnya dapat bertanding dalam Pilihanraya Bandaran Kuala Lumpur atas satu lambang Perikatan.

13. Walaupun ada perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain, namun dengan kebijaksanaan Tunku, perasaan itu dapat dibendung. Keputusan Pilihanraya majlis Bandaran Kuala Lumpur telah memihak kepada Parti PerIkatan di mana PerIkatan telah memenangi sembilan daripada dua belas kerusi yang dipertandingkan. Parti IMP pimpinan Dato' Onn mendapat kekalahan teruk. hasil kemenangan Perikatan dalam pilihanraya ini telah mendorong pemimpin MCA untuk berunding dengan Tunku mengenai isu kerakyatan dan hak istimewa orang Melayu. Tunku telah bertolak ansur dan bersetuju menerima prinsip Jos Soli yang dituntut oleh pemimpin MCA. Tunku menerima tekanan hebat daripada ahli-ahli UMNO terutamanya UMNO negeri Sembilan tetapi Tun Abdul Razak telah berjaya menggunakan kebijaksanaannya meredakan keadaan.

14. Akhirnya UMNO, MCA dan MIC telah mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan sehingga bersetuju menyampaikan memorandum tunggal secara bersama kepada suruhanjaya Reid. UMNO, MCA dan MIC telah bersetuju dalam memorandum itu mengenai perkara-perkara berikut :

* Kerakyatan berasaskan prinsip Jus Soli sepertimana yang dituntut MCA.
* Mengekalkan hak istimewa orang Melayu.
* Kedudukan bahasa Melayu , kebudayaan dan agama Islam sebagai teras
dan asas kepada tanah Melayu.

15. Itulah asas Kontrak Sosial yang dipersetujui bersama oleh pemimpin-pemimpin UMNO, MCA dan MIC yang telah berjaya melahirkan sebuah negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat tanpa peperangan dan rusuhan. Ini bermakna bahawa yang yang dinikmati oleh kaum pribumi Melayu selama ini adalah kekal dan tidak tersentuh. Manakala kaum pendatang seperti kaum Cina dan India telah mendapat keistimewaan dan juga hak sebagai warganegara di Tanah Melayu ini menerusi prinsip Jus Soli. Ini bermakna bahawa Kontrak Sosial ini adalah satu persetujuan ataupun MOU yang telah menguntungkan kaum Cina dan India. Habis, kenapa para pemimpin Cina dan India tidak kira dari kalangan parti pembangkang ataupun kerajaan sejak akhir-akhir ini masih mempertikaikan "Kontrak Sosial"..? Dah dapat betis, nakkan peha pulak. Poorah...!