Translate

Thursday 3 September 2009

PAK SAMAD ( A.SAMAD SAID)TEKAD TUMBANGKAN UMNO-BN


Dato' A.Samad said ketika berceramah di Permatang Pasir
atas Pentas PAS.

1. Ketika berkempen dalam Pilihnaraya kecil DUN permatang Pasir baru-baru ini, Tokoh sasterawan negara dato' A.Samad Said berceramah dipentas PAS bagi memperjuangkan Bahasa Melayu. Dalam kempennya, beliau menyifatkan bahawa keputusan kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar Pengajaran dan pembelajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di semua peringkat sehingga tahun 2012 sebagai "penghinaan berterusan" terhadap bahasa kebangsaan.

2. Jelasnya lagi: Ini menunjukkan ketidaksungguhan kerajaan memartabatkan bahasa Melayu. Beliau mencadangkan satu lagi demonstrasi diadakan selepas Aidilfitri nanti selepas GMP berjaya menganjurkan demonstrasi dan perarakan ke Istana Negara pada Mac lepas. Jelasnya, setiap perkara yang gagal diselesaikan di dewan rakyat maka wajar untuk rakyat berdemonstrasi dan demonstrasi itu halal. BeLiau juga bertekad untuk menumbangkan UMNO-BN kerana UMNO jadi pengkhianat terhadap Bahasa Melayu. ( sedutan Harakah-Fikrah 28-30 Ogos 2009).

3. Dari satu segi saya amat sokong pendapat Dato' A.Samad Said bagi memartabatkan Bahasa Melayu. Tapi, dengan cara berdemonstrasi jalanan untuk memperjuangkan Bahasa melayu, pada pendapat saya ianya tidak kena pada tempatnya. Takkanlah seorang sasterawan negara nak jadi sasterawan jalanan pulak. Kalau nak jatuhkan UMNO-BN, maka pak Samad kena berani macam dato' Shahnon Ahmad, luangkan masa tulis buku macam shahnon bertajuk 'SHIT" dan kemudian tanding dalam pilihanraya. Elok juga pak Samad buat puisi ataupun buku yang bertemakan "UMNO PENGKHIANAT BAHASA MELAYU". Kemudian boleh jual pada semua kaki demonstrasi lepas raya nanti. Boleh dapat duit untuk kumpul banyak-banyak dan digunakan nanti sewaktu kempen jadi calon pilihnaraya macam dato' shahnon.

4. Saya hairan juga, macam mana pak Samad boleh duduk di atas pentas ceramah PAS untuk memperjuangkan Bahasa melayu. pak Samad tak tahu ke yang PAS memang tak suka memperjuangkan agenda Melayu. Yang PAS perjuangkan ialah Islam dari sudut POlitik Kepartian bukannya Islam sebaai Ad-Deen. Bahasa rasmi untuk agama Islam ialah Bahasa Arab dan Bahasa Al-Quran. Gamak pulak PAS bagi platfom pada Pak Samad untuk bercakap pasal Melayu.

5. Sayapun nak tegur juga Pak Samad ni, apa yang dikatakan Melayu seperti yang ditafsirkan dalam perkara 160, Perlembagaan Malaysia ialah, mesti berbahasa melayu, berbudaya melayu dan beragama Islam. Takkan Pak Samad tak faham, Kerajaan dah umumkan pemansuhan PPSMI secara berperingkat-peringkat sehingga tahun 2012. Nak apa lagi. Bahasa Melayu tetap diajar di sekolah-sekolah. Mana ada kerajaan mahsuhkan bahasa melayu..? Saya tengok cara Pak Samad mengurus rambut dan janggut tu yang tidak melambangkan seorang yang mengamalkan budaya melayu. Melayu bukan sekadar berjuangan dan bercakap melayu sahaja, tetapi cara kita bercakap, berpakaian dan juga berbudaya juga mesti ikut cara melayu.

6. Lepas tu nak demonstrasi pulak. mana sesuai budaya demonstrasi ni dengan budaya melayu. Jadi saya harap pak Samad muhasabah diri dulu sebelum bercakap soal bahasa ni. Kenapa tak tegur DAP P.Pinang yang cuba untuk meletakkan papan tanda berbagai bahasa termasuk bahasa cina di Penang?

Pada pandangan saya Pak Samad ni hanya layak digelar seorang Sasterawan Jalanan kalau mengada-ngada lagi nak berdemonstrasi di jalan raya. Tak kesian ke dengan peniaga-peniaga melayu dan islam di Jalan masjid India tu yang terpaksa rugi berjuta-juta kerana demonstrasi tu. Saya cadangkan lain kali kalau nak demonstrasi jalanan hendaklah berkumpul di Bukit Bintang dan terus menuju ke Jalan Dewan Bahasa dan tembus ke Istana Negara. Jadi, tak adalah ganggu peniaga-peniaga melayu di Jalan Masjid India tu. Ataupun bermula berkumpul di Jalan Bricksfield dan terus menuju ke Istana Negara.