Sejak kebelakangan ini iaitu di era kepimpinan Pak Lah sebagai Perdana Menteri, kita dapat perhatikan bahawa Menteri-menteri kabinet yang dilantik oleh Pak Lah kebanyakannya tidak memahami agenda perjuangan UMNO dan BN itu sendiri. Mereka kebanyakannya hanyalah seperti seorang CEO yang dilantik oleh Pak Lah untuk makan gaji semata-mata.
Bila ada seorang Menteri Kabinet seperti Tan Sri Muhyidin Yasin yang memberi pandangan serta nasihat kepada Perdana Menteri supaya Pelan Peralihan Kuasa pada 2010 dikaji semula kerana ianya terlalu lama, maka terdapat pula seorang menteri Kabinet lain seperti Zaid Ibrahim yang sebelum ini pernah digantung keahliannya oleh UMNO kerana melanggar Disiplin parti mempertikaikan kenyataan Tan Sri Muhyidin. Malah, TS Muhyidin telah didesak pula oleh Zaid Ibrahim untuk meletakkan jawatannya daripada Menteri kabinet Pak Lah ataupun bakal menanggung risiko pemecatan oleh Pak Lah.
Yang terbaru pula, zaid Ibrahim telah membuat kenyataan mempertikaikan keputusan Menteri Dalam Negeri, Dato' Syed Hamid Albar menahan 3 orang ( Exco Selangor-DAP, Raja Petra dan wartawan Shin Chew Daily ) di bawah ISA. Nampaknya, Zaib Ibrahim adalah seorang Menteri yang diberi peranan dan tugas oleh Pak Lah untuk membelasah siapa sahaja di kalangan Menteri-Menteri kabinet yang tidak sehaluan dengan Pak Lah dan juga prinsip peribadinya.
Selaku seorang peguam terkenal seperti Zaid Ibrahim yang dilantik sebagai Menteri di JPM yang menjaga hal Ehwal berkaitan dengan Undang-undang, maka amatlah wajar baginya menasihati kerajaan dan juga mana-mana menteri kabinet. Tetapi, bukannya melalui saluran akhbar dan kenyataan yang bersifat mencari publisiti untuk disayangi oleh Pak Lah. Gunakanlah saluran Mesyuarat mingguan kabinet untuk memberikan pandangan serta teguran kepada rakan-rakan menteri yang lain.
Yang anehnya, kenapa sebelum ini Zaib Ibrahim tidak membuat teguran kepada Majlis Peguam (Bar Counsil ) yang telah mengadakan forum terbuka pada 9 Ogos 2008 mengenai 'Memeluk Islam' . Jelas sekali bahawa forum yang dianjurkan oleh Majlis Peguam ini telah mencabar kesucian agama Islam dan Majlis Peguam itu sendiri telah mempertikaikan Kontrak Sosial. Mungkin juga, Zaib Ibrahim ni seorang yang tidak peduli dengan masa depan melayu dan juga Islam di negara ini. Mungkin juga beliau seorang yang berfikiran liberal dan mempertahankan hak asasi manusia seperti mana yang diamalkan di negara-negara sekular. Jelas sekali bahawa beliau adalah seorang yang tidak mempunyai semangat keislaman yang baik dalam memperjuangankan kemurniaan Islam di sisi Perlembagaan Malaysia. Sayapun hairan bagaimana orang seperti ini boleh dilantik sebagai senator dan menteri oleh Pak Lah.
Apakah Pak Lah sudah hilang kawalan kepada menteri-menteri kabinetnya? Ataupun mungkin Pak Lah tersalah pilih dan menyesal kerana melantik Zaib Ibrahim sebagai menteri kabinetnya. Betul juga pandangan Mukhriz ( MP Jerlun ) dan juga Tajuddin Abd Rahman ( MP Pasir Salak ) sebelum ini di Dewan Parlimen yang mendesak Perdana Menteri supaya melucutkan jawatan Zaid Ibrahim daripada Menteri Kabinet. Ketika itu Zaid Ibrahim amat melenting sekali dan mendesak pula agar kedua-dua Mp berkenaan diambil tindakan disiplin. Dengan ahli-ahli Parlimen UMNO sendiripun dia nak bergaduh juga.
Saya dapat jangkakan, kenapa zaid Ibrahim mendesak Muhyidin yasin letak jawatan dan juga mempertikaikan keputusan Syed hamid menahan 3 orang dalam tahanan ISA baru-baru ini. Sebenarnya dia telah mencium bau dan tanda-tanda bahawa beliau akan ditamatkan jawatan menteri kabinet oleh pak Lah sebelum Persidangan Agung UMNO bulan Disember nanti. Terdengar desas desus sebelum ini bahawa beliau adalah salah seorang menteri yang akan digugurkan dalam rombakan kabinet pak Lah tak lama lagi. Itu sebab dia cari alasan yang bukan-bukan untuk menarik perhatian pak Lah... Kita saksikan kesudahannya nanti dalam episod seterusnya...