KENYATAAN AKHBAR NGO-NGO ISLAM MENGENAI
PILIHANRAYA KECIL DUN KAJANG
Pilihanraya Kecil DUN Kajang yang penuh dengan
kontroversi secara rasminya akan bermula
11 Mac 2014 dengan penamaan calon dan diikuti dengan pembuangan undi pada 23
Mac 2014. Sejak pengosongan kerusi DUN Kajang yang dibuat secara tiba-tiba yang
telah menyusahkan banyak pihak, berbagai pandangan dan anggapan telah
dilontarkan. Kini bakal-bakal calon sibuk menemui pengundi dengan berbagai
program walaupun secara teknikalnya kempen sedemikian hanya boleh dilakukan
selepas hari penamaan calon.
Bagi pihak NGO-NGO Islam perkara yang paling menarik
perhatian bagi kami ialah tentang pencalonan Anwar Ibrahim mewakili PKR dalam
pilihanraya kecil tersebut. NGO-NGO Islam berpendapat bahawa Anwar Ibrahim
tidak memenuhi mana-mana kriteria untuk bertanding dalam PRK tersebut terutama apabila
beliau sendiri menonjolkan diri untuk menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya
memenangi pilihanraya kecil tersebut.
Para pengkaji politik daripada kalangan NGO-NGO Islam
telah mengenalpasti secara berfakta lebih 20 alasan syar’i mengapa pengundi DUN
Kajang semestinya menolak Anwar Ibrahim. Antara alasan syar’i yang telah
disenaraikan termasuklah:
1.
Persoalan
Aqidah dalaman Anwar Ibrahim dikatakan berpegang dengan fahaman Pluralisme
yang menganggap tidak ada mana-mana satu agama lebih superior dari agama yang
lain. Dalam ertikata yang lain Anwar Ibrahim menganggap status Islam sama
sahaja dengan agama-agama samawi dan yang bukan samawi.
2.
Persoalan
murtad dalamana Anwar Ibrahim dikatakan bersetuju bahawa memilih pegangan agama
adalah hak individu apabila seseorang itu telah mencapai satu peringkat umur.
3. Persoalan
penggunaan Kalimah Allah dalamana Anwar Ibrahim dilaporkan secara terbuka
menyokong penggunaan Kalimah Allah oleh penganut agama lain termasuk
melalui ucapan beliau di dalam gereja
baru-baru ini. Pandangan sedemikian
amatlah bertentangan dengan titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan
Selangor dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri.
4.
Anwar
Ibrahim dalam beberapa ucapan menyentuh persoalan agama terutamanya dalam
program-program diadakan di luar Negara. Dengan lantang beliau mempamerkan sikap
liberal beliau terhadap beberapa perkara asas berkaitan dengan amalan agama
seperti amalan songsang LGBT dan beberapa tuntutan penyokong-penyokong gerakan
Hak Asasi Manusia.
5.
Anwar
Ibrahim terlibat secara langsung dengan gerakan Yahudi Antarabangsa di Amerika
dan di Eropah. Pandangan beliau mengenai “two state solutions” untuk
menyelesaikan persoalan Palestin bukan sahaja tidak dapat diterima oleh
masyarakat Islam sedunia, pandagan sedemikian juga mendapat bantahan keras
daripada pimpinan Hamas .
Fakta-fakta di atas sebenarnya merupakan sebahagian
sahaja daripada fakta-fakta pokok yang lain seperti persoalan moral dan akhlak
termasuk persoalan integriti dan kredibiliti
yang akan kami dedahkan menjelang PRK Kajang nanti. Fakta-fakta ini jika
dicantumkan menjadi hujah yang paling kental mengapa pengundi Kajang khasnya
dan rakyat Malaysia umumnya mesti menolak hasrat Anwar Ibrahim untuk menerajui
Selangor.
Dengan membayangkan mudarat yang bakal timbul kepada
masa depan aqidah umat Islam terutamanya di Selangor sekiranya beliau memenangi
PRK Dun Kajang, kami mewakili gabungan NGO-NGO Islam sepakat dan beriltizam
untuk menggerakkan seluruh kekuatan kolektif yang ada untuk turun padang dalam
PRK Kajang bagi memberi penerangan kepada para pengundi tentang siapa
sebenarnya manusia Anwar Ibrahim dan bahaya memilih beliau mewakili Dun Kajang
seterusnya menerajui negeri Selangor.
Kami juga akan membayangkan bencana dan malapetaka yang
akan timbul sekiranya Anwar Ibrahim menang di Kajang dan diangkat menjadi Menteri
Besar Selangor. Amat jelas daripada kenyataan-kenyataan hinga kini bahawa
sebagai Menteri Besar beliau akan menggunakan kuasa yang ada untuk menstruktur
semula sistem perundangan dan pentadbiran negeri bagi disesuaikan dengan
prinsip-prinsip liberalsime, pluralisme dan tuntutan-tuntutan sosial yang
berselindung disebalik nama Hak Asasi Manusia.
NGO-NGO Islam meramalkan seandainya Anwar Ibrahim
terpilih dan menerajui negeri Selangor, akan menyebabkan timbulnya pergolakan
dan pertembungan di antara rakyat di negeri Selangor yang sudah tentu akan
merebak ke seluruh Negara. Strategi turun ke jalan raya yang biasanya menjadi
pilihan beliau mungkin sekali lagi menjadi opsyen utama selain daripada
menggerakkan massa untuk bangun menentang dan seterusnya meruntuhkan sistem
yang ada yang dianggap beliau sebagai lapuk dan tidak sesuai dengan peredaran
masa.
NGO-NGO Islam juga meramalkan akan berlaku
pertembungan langsung di antara Islam dan bukan Islam kerana fahaman yang
dibawa oleh Anwar Ibrahim membuka ruang yang luas kepada kebebasan beragama
yang sebahagiannya menyentuh persoalan aqidah yang seperti diketahui bagi
masyarakat Islam isu aqidah adalah sesuatu yang ”non-negotiable”.
Akhirnya seperti yang biasa disyarahkan melalui
penulisan-penulisan yang membicarakan persoalan tauhid khususnya rukun iman,
kita didedahkan dengan fenomena turunnnya makhluk “Dajjal” di akhir zaman bertujuan
untuk menyesatkan manusia dari segi pegangan aqidah dengan menggunakan berbagai
cara dan gaya. Dibimbangi dengan apa yang dibawa oleh Anwar Ibrahim
menggambarkan sedikit sebanyak ciri-ciri
“Dajjal” seperti yang digambarkan oleh guru-guru yang muktabar.
Pengundi-pengundi Kajang terutamanya yang beragama
Islam diminta supaya tidak termakan dengan gula-gula Anwar Ibrahim sebaliknya
menolak beliau secara ”outright” atas nama Aqidah Islamiyah yang murni itu. Sedarlah
bahawa memberi satu undi kepada Anwar Ibrahim bermakna memberi undi kepada
kehancuran Aqidah Ummah.
BERTARIKH PADA 3 MAC 2014
DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden Jati Malaysia
DATO AIDIT GHAZALI
Pengerusi Yayasan Murni Aqidah
UST MOHAMED HAFIZ MOHAMED
NORDIN
Timbalan Presiden Gabungan Bela Hak Insan P.Pinang
Pengerusi PEMBELA
TN HAJI AZRIL MOHD AMIN
Pengerusi MuslimUPRo
UST. SHAMSUDDIN BIN MONER
Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia