1. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, orang Melayu dan Islam di negara ini telah mula sedar tentang pentingnya perpaduan sesama mereka. Hasilnya, Allahyarham Tun Razak telah berjaya membawa masuk PAS ke dalam pakatan barisan Nasional bersama-sama dengan Parti gerakan. Inilah kehebatan para pemimpin PAS ketika itu yang dipimpin oleh Dato' Asri Muda. Walaupun Dato' Asri sebelum itu amat memusuhi UMNO dan berlaku fatwa mengkafirkan UMNO di zaman Asri, tetapi dengan kesedaran kebangsaan dan juga semangat keislaman tulen yang ada dalam dirinya telah membuka pintu hatinya untuk bersama-sama dengan UMNO menubuhkan Barisan Nasional.
2. Berbeza dengan tokoh-tokoh PAS, terutamanya Tok Guru Nik Aziz pada masa kini. Kelompok yang dibawah dagu Nik Aziz begitu angkuh dan sombong sekali menentang idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden dan Timbalan Presiden PAS sendiri. Bayangkan bagaimana sukarnya nak menyatupadukan perpaduan antara UMNO dan PAS di negara ini. Idea Kerajaan Perpaduan yang dicetuskan oleh pemimpin tertinggi PAS sendiri dianggap sebagai sampah dan Tok Guru Nik Aziz sendiri mencabar pula Timbalan Presiden PAS, Ust. Nasaruddin agar meletakkan jawatan Ahli Parlimen Bachok dan Timbalan Presiden PAS dan menggesanya masuk UMNO jika berdegil mahu berbincang dengan UMNO untuk tubuhkan kerajaan perpaduan.
3. kalau idea dari pak sheikh mereka sendiripun dimasuk bakul sampahkan, apatah lagi kalau idea perpaduan ini datangnya daripada Presiden UMNo sendiri, dah tentu Nik Aziz akan ganyang idea perpaduan ini habis-habisan. Inilah PAS, jika terdapat sesetengah pemimpinnya yang nak bersama UMNO maka ianya akan dituduh sebagai boneka UMNO dan sampah dalam PAS. Bagaimana pula dengan idea pakatan pembangkang dalam PR yang terdiri daripada PKR-DAP-PAS. Kenapa tak ada mana-mana tok guru dalam PAS yang berani menghentam pakatan ini dengan mengatakan bahawa pemimpin yang mempertahankan Pakatan Rakyat adalah boneka kepada DAP dan PKR. Apa bezanya..?
4. Pada pandangan saya, kalau YB. Nasharuddin dituduh oleh NIk Aziz sebagai boneka UMNO dan sampah dalam PAS, maka saya boleh membuat analogi yang sama terhadap Tok Guru Nik Aziz bahawa Nik Aziz adalah boneka dan juga puppet kepada DAP dan PKR. Betul tak.?

7 comments:
Nik Aziz adalah boneka kepada DAP dan PKR. Beliau juga diktator kerana tidak mahu mendengar, tidak menerima pandangan malahan mendesak Nasharudin meletak jawatan
apa beza DAP dengan MCA yang berkawan dengan UMNO?
Nak tahu beza antara MCA dan DAP ke? MCA hormat dan patuh pada Kontrak Sosial dan menerima konsep ketuanan melayu dan hak istimewa orang melayu serta Islam sebagai agama persekutuan. DAP pula tidak mengiktiraf hak istimewa Melayu dan menolak keistimewaan raja-raja melayu dan mahu jadikan negara ini sebuah negara yang sama rata antara agama dan kaum, iaitu Malaysian Malaysia. DAP adalah anak kelahiran PAP Singapura. MCA adalah ditubuhkan oleh Tun Tan Cheng Lock untuk berpakat dengan UMNO menuntut kemerdekaan pada tahun 1957. MCA tak pernah kata langkah mayat aku dulu pada UMNO setiap kali UMNO nak laksanakan Islam di Malaysia. tetapi DAP pernah kata pada PAS, langkah mayat aku dulu kalau PAS mahu tegakkan negara Islam di Malaysia. Habis, macamana PAS boleh jadikan DAP sebagai kawan untuk memerintah negara ini. Itulah hipokrit namanya.
org klate
kalu nak nak berpadu pun bialah ada wakil semua parti barulah namanya perpaduan. ingatlah org pas umno-bn akan tendang kamu bila mereka kuat nanti selepas pilhanraya ke 13 nanti. sejarah dah ada sbg bukti.
Salam,
Nik Aziz telah sedar bahawa dia sudah kehilangan kekuatan. Cabaran dari kumpulan Nasha akan melumpuhkannya, menolak Nasha keluar adalah jalan terbaik baginya untuk terus kekal mendapat sokongan. Islam dan Politik tak dapat dipisahkan, jadi mereka dalam PAS akan terus berpolitik dan saling menjatuhkan satu sama lain. Walaupun mereka ni ustaz atau ulamak namun mereka ahli politik dan akan mengambil tindakan politik bagi menjamin kekuasaan mereka..apa bezanya antara Ulamak Nik Aziz dengan Ustaz Lim Kit Siang? - hehe ~ bERANIKAN hATI
YG MULAKAN IDEA INI IALAH PRESIDEN PAS. BELIAU TAKUT ANWAR AKAN JADI PM DAN LIM JADI TPM. PAS HANYA MEMEGANG JPM BAHAGIAN AGAMA ISLAM AJERRR
encik anoynimous.. kenapa pulak UMNO takdak buat unity gomen dengan PAS masa tahun UMNO ader majority 2/3 dalam parlimen? kenapa baru sekarang?
Post a Comment