1. Ramai yang tidak memahami tafsiran dan juga objektif yang tersurat dan tersirat pada fasal 3, Perlembaagan Malaysia: " Islam adalah Agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di maan-mana bahagian dalam Persekutuan".
2. Berasaskan kepada fasal inilah yang membolehkan ugama Islam diberi keistimewaan dan juga keutamaan oleh kerajaan sejak merdeka hinggga kini untuk memartabatkan serta memperkasakan risalah dakwah Islamiah serta prasarana-prasarana yang berkaitan dengan kepentingan umat Islam di negara ini. Agama-agama seperti hindu, kristian, buddha dan lain-lain agama tidak tercatat secara khusus dan tidak pula diberi keistimewaan dan keutamaan sebagaimana agama Islam.
3. Kenapa penganut-penganut agama hindu di Selangor yang jumlah mereka amat kecil berbanding dengan masyarakat melayu yang beragama Islam nak menuntut hak mereka yang sama seperti umat Islam? kenapa mereka perlu kepada sebuah kuil di Seksyen 23 Shah Alam..? Kenapa kerajaan Selangor pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat perlu memenuhi tuntutan mereka.? Jawabnya mereka ini semuanya jahil ataupun buat-buat jahil tentang fasal 3 Perlembaagan Malaysia.
4. Fasal 3 Perlembagaan Malaysia mensyaratkan bahawa agama-agama lain boleh diamalkan di negara ini dengan syarat ianya mendatangkan keamanan dan kedamaian kepada masyarakat Islam. Bukan semua amalan agama hindu, kristian dan buddha boleh dipaktiskan sewenang-wenangnya dalam masyarakat majmuk di negara ini yang meletakkkan Islam sebagai agama yang paling tinggi dan rasmi. Kalau kuil yang nak dibina itu boleh mendatangkan kegelisahan dan juga tidak senang di kalangan penduduk Islam di sesuatu tempat, maka pembinaan kuil berkenaan tidak boleh diteruskan. Asasnya ialah Islam didahulukan dan keamanan diutamakan. kalau dengan terbinanya kuil ini boleh mendatangkan huru-hara dan pergaduhan antara agama dan kaum di sesuatu tempat itu, maka kaedahnya ialah kita kena kembali kepada fasal 3 Perlembagaan Malaysia.
5. Jelas kepada kita bahawa bukan semua kehendak kaum bukan Melayu dan agama-agama lain seperti hindu, kristian dan Buddha di Malaysia ini boleh diterima dan diberi ruang sama dengan keistimewaan yang ada pada penganut agama Islam. Kalau penganut agama Islam berhakl mendirikan surau di setiap taman dan berhak mendapat masjid di setiap kariah di sesuatu kawasan, maka tidak semestinya kita mesti membenarkan puak-puak penganut agama hindu ini untuk menikmati benda yang sama dengan orang Islam. Orang hindu kena faham, kalau nak menjadikan hindu sebagai agama yang diangkat tinggi dan mulia maka tempatnya bukan di Malaysia. Mereka boleh pergi ke negara India untuk mengamalkannya ajaran hindu secara lebih perkasa dan dominan.
6. Justeru, saya berpendapat bahawa kerajaan BN sebelum ini dan juga termasuk kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dewasa ini telah memberi muka dan juga ruang yang terlalu banyak kepada kaum India HIndu di negeri Selangor ini untuk menonjolkan syiar HIndu mereka termasuk pembesaran Batu Caves sebagai pusat peribadat terbesar hindu di Asia . Tidak kiralah sama ada para pemimpin BN/UMNO ataupun PKR-PAS, mereka mesti faham untuk meletakkan kepentingan undi dalam pilihanraya dengan kepentingan Syiar Islam di negara ini. Saya dimaklumkan bahawa jumlah kuil-kuil hindu di Selangor ni sudah melebihi jumlah sekali ganda daripada jumlah masjid-masjid. Ini bermakna bahawa orang hindu ni saja nak tunjukkan pada orang bahawa hindu adalah agama dominan di Selangor. Tak kan masyarakat Islam dan pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS tak faham situasi ini.
7. Dah jelas dalam perlembaagan bahawa agama Islam adalah agama tunggal dan rasmi di Malaysia dan agama-agama lain hanya boleh diamalkan dengan syarat ianya aman dan damai sahaja. Kalau dah sampai ke tahap masyarakat Islam jadi marah dan tidak selesa dengan pengamalan dan juga provokasi hindu ini seperti yang berlaku di Seksyen 23, maka pada tahap ini apa sahaja amalan keagamaan agama-agama lain tidak boleh dilaksanakan. Kalau berlaku pertumpahan darah dan rusuhan, maka kesalahan ini harus dipertanggungjawabkan kepada pihak kerajaan yang mengizinkan pembinaan kuil ini dan juga pihak keselamatan yang tidak tegas .
8 Satu Malaysia bukan bermakna bahawa semua kaum dan juga agama berhak untuk mendapat hak yang sama dari segi pengamalan agama dan juga sosial. Ianya hendaklah berasaskan kepada Perlembagaan Negara dan prinsip Rukunegara seperti yang digagaskan oleh Dato' Sri Naib Razak.

11 comments:
Salam.
Mereka bukan tak memahami, malah mereka tau kerana ramai dikalangan mereka yang menjadi peguam yang hebat-hebat. Tetapi mereka merasa ada kekuatan dalam politik, mereka undi penentu kapada mana-mana parti yang tanding, kalau sokong salah satu dah tentu menang. Sebab itu mereka ugut untuk membina kuil tersebut, oleh kerana pakatan lemah
sebab itu MB terpaksa turut kehendak hindu.
Kalau melayu Selangor tak sedar lagi tak taulah.
Kita mengamalkan negara demokrasi. Masing-masing berhak mengamalkan ajaran agama masing-masing. Oleh itu, kita mesti mengamalkan konsep toleransi untuk mengekalkan keamanan antara kaum dan agama di M'sia. Tapi janganlah kita bertindak menghina agama orang lain semata-mata kita tidak bersetuju dengan pembinaan kuil mereka dan kita menjadi lembu kepada beberapa kerat mereka yang tidak faham agama
Isu kuil di Shah Alam tu berpunca dari provokasi dan ganggu-gugat UMNO ke atas kuil di seksyen 19. Lalu untuk mengelakkan ketegangan kaum, kerajaan PR bercadang MEMINDAHKAN ke seksyen 23. Selepas berjaya didirikan di seksyen 23, kuil berusia lebih 100 tahun di seksyen 19 tu AKAN DIROBOHKAN. Jadi tak timbullah jumlah kuil tu bertambah.
Dulu masa kerajaan UMNO mengunci, menutup dan merobohkan beberapa surau di Selangor, balaci UMNO ni tak buka mulut pun, yang perjuangkan masa tu cuma PAS dan PKR. Jadi jelas lah UMNO cuba membakar api perkauman demi meraih kembali undi Melayu.
kembara putih,
"...kuil berusia lebih 100 tahun di seksyen 19..."
Mengikut akhbar online pro-pembangkang tajaan Singapura "The Malaysian Insider", kuil Seksyen 19 telah wujud selama 150 tahun, iaitu sejak tahun 1859. Ini bermakna kuil itu wujud lebih awal dari mulanya penghijrahan pekerja-pekerja India ke Tanah Melayu untuk bekerja di estet getah pada tahun 1870an. Bagaimana kuil itu boleh wujud sedangkan orang-orang India belum lagi berhijrah ke negara ini?
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk link-link berikut:
http://theunspinners.blogspot.com/2009/09/unspin-kuil-seksyen-19-tak-lojik.html
http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/2009/09/kekalkan-kuil-sebagai-tapak-warisan.html
Harap saudara semak fakta dahulu sebelum membuat komen.
zaimi machang..
eloklah org kita dah ramai sokong buat kuil..kita blh ckp sbb bukan kampung kita yg kena...mcm nk buat kandang babi la jgk...nik aziz blh ckp la sbb bkn buat kt kampung dia...tp Allah Maha Adil...belum buat dah kna H1N1...salam ramadhan
Salam, khas buat saudara bernama Anonymous di atas yang menyatakan bahawa negara ini adalah negara demokrasi. Mungkin saudara tak faham apa yang dimaksudkan dengan fasal 3 Perlembagaan Persekutuan. Dah jelas bahawa Islam adalah agama yang tertinggi dan perlu dihormati. Ini tidak bermakna bahawa agama-agama lain tidak boleh diamalkan. saya dah katakan bahawa syarat untuk beragama yang selain daripada Islam di negera ini ialah ianya tidak membawa kepada ketegangan dan kegawatan dari segi ketenteraman awam. Umat Islam di Malaysia tidak pernah menyerang mana-mana penganut agama lain atas dasar mereka bukan beragama Islam. Inilah tolerasnsi agama yang telah terbukti sejak sekian lama kita merdeka. Apa perlunya kuil hindu di bina di kawasan penempatan yang majoritinya penduduk beragama Islam.
Kenapa nabi Muhammad memusnahkan patung-patung berhala musyrikin mekah yang tergantung di Kaabah ketika Rasulullah membuka KOta mekah. Kalau nak toleransi agama pada zaman nabi, maka nabi akan biarkan saja patung lata dan Uzza tergantung di keliling ka'abah. tetapi, Islam telah berkuasa di bumi Mekah sewaktu pembukaan Mekah, maka tak sepatutnya patung berhala diagung-agungkan melebihi daripada keagungan Allah s.w.t.
Apa ertinya toleransi. Adakah toleransi ini bermakna bahawa umat Islam mesti sentiasa bertolak ansur dan mengalah dengan kehendak agama-agama lain..? bagaimana pulak dengan agama-agama lain, mereka ni tak perlukah bersikap toleransi dengan penganut agama Islam.
Tak payah pergi jauh. Kita lihat sahaja Singapura. Dulu Singapura adalah sebuah negeri Tanah melayu dan di bawah pentadbiran Sultan Johor. Masa tu, kerajaan Islam Johor tak ada pun halang penganut agama-agama lain untuk membina kuil, gereja dan tok kong di Singapura ni. Tapi, bila Singapura dah diperintah oleh orang Cina PAP dari Parti pimpinan Lee Kuan Yew, maka kita dapati Lee Kuan Yew telah melarang orang islam daripada melaungkan azan lima waktu menggunakan pembesar suara. Azan hanya menggunakan suara tanpa microphone dan diperdengarkan untuk jemaah dalam masjid sahaja, tak boleh nyaring dan kuat-kuat. Pergi duduk di Singapura setahun dua. Ataupun mohon jadi warga negara singapura. Nanti tahulah saudara bagaimana toleransi pemimpin-pemimpin Cina di sana terhadap umat Islam.
salam
zaman Nabi S.A.W semasa dimadinah, yahudi bebas mengamalkan agama mereka dan nabi tidak pernah menghalang...tapi perlu kita ingat mereka itu adalah non muslim yang tunduk kepada pemerintahan Islam di Madinah yang dipimpin oleh Nabi S.A.W. Mereka itu Kafir zimmi, iaitu orang bukan Islam yang tinggal dalam negara Islam dan patuh kepada undang-undangnya.
Jadi soalnya sekarang siapakah mereka yang nak bina kuil di Malaysia ini. Nak kata Kafir Zimmi bukan setakat tidak hormat dan tidak patuh kepada Islam sebagai agama rasmi negara, bahkan mencaci islam, melawan pemimpin islam
Jadi fikirkanlah.. dan renungkanlah...
Bersatulah demi memperkuatkan ketuanan Melayu dan keagungan Islam. Bukan atas dasar kepartian tetapi, bersatu atas agama Allah dengan kalimah laa Ilaaha Illallah, Muhammadun Rasulullah
Adakah adil bermaksud jiran non-muslim boleh pelihara khinzir dan bau busuknya menerjah ke kediaman kita? Atau bina rumah ibadat baru di kawasan muslim kerana mereka berhak?
Sudah berpuluh tahun saya berjiran dgn kaum tionghua di kampung. Kuil besar mereka hanya bertempat di hujung kampung nelayan masyarakat tionghua. Manakala masjid di bahagian tengah kampung penduduk muslim melayu.
Terdapat sedikit kedai tionghua di tengah2 kampung. Mereka tidak kisah azan subuh kerana ia dapat membuat mereka bangun pagi awal utk riadah jalan2 di sepanjang jalan kawasan melayu muslim.
Kenapa perlu dibina kuil di kawasan muslim? Binalah ia di kawasan kaum berkenaan.
Kenapa perlu kandang khinzir di kawasan muslim? Binalah ia di kawasan kaum berkenaan.
Biarlah kaum masing2 uruskan tanpa sakiti kaum lain.
Jika berjiran dan tidak suka bunyi azan, sila pindah. Hakikat masjid akan dibina di kawasan muslim sudah lazim sekian lama. Mereka berkaitan boleh beli rumah di kawasan yg jauh dari rumah2 ibadat tertentu. Muslim juga rata2 tidak akan duduk di kawasan majoriti non-muslim dan berhampiran kuil.
Dulu saya hampir menyewa rumah di satu kawasan. Tetapi batalkan hasrat kerana jiran bersebelahan pelihara anjing besar. Toleransi ini lebih baik dari kita tetap menyewa dan menyuruh jiran itu buang anjingnya. Toleransi ini harus ada pada mereka juga. Jangan tinggal di kawasan mereka yg tidak suka anjing, kuil atau sebagainya. Jika mahu, mereka masih boleh naiki kereta ke rumah ibadat terdekat sebagaimana masyarakat tionghua kampung saya lakukan.
Adilkan?
Saya setuju dengan pandangan Abuafnan dan sdr Alimudin Shahid di atas. Memang betul dan tepat sekali bahawa zaman Rasulullah memimpin Daulah Islamiah di madinah, semua agama bebas untuk mendirikan rumah ibadah masing-masing. tetapi mereka adalah jenis kafir zimmi yang taat dan patuh kepada Nabi Muhammad sebagai Ketua Negara dan juga hormat kepada Islam sebagai agama tertingi dan paling atas. Mereka tidak mencerca Muhammad dan tidak pula menghina agama Islam. Sebaliknya, puak hindraf dan HIndu di negara ini sudah sampai ke tahap menentang Ulil Amri dan memburukkan malaysia ke peringkat antarabangsa dan minta British campurtangan. terdapat juga yang menghina Sultan Perak dan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam. Mereka ini tak layak dipanggil zimmi, tapi mungkin boleh sampai ke tahap kafir harbi yang diharuskan kita memerangi.
Idea daripada Alimudin Shahid juga amat bernas sekali, dah kalau tak suka bunyi bising azan dan juga tak selesa duduk di perkampungan oranmg melayu dan islam, maka puak-puak hindu ini cari sahaja kawasan perumahan yang majoritinya masyarakat India. jadi, bolehlah bina kuil yang besar di sana tanpa mengganggu kawasan penempatan umat islam. Itulah toleransi yang sebaiknya. Kalau kuil yang ada jauh, maka apa salahnya naik kenderaan sendiri ataupun cartered bas sekolah yang kebanyakan pemandunya adalajh orang India untuk pergi ke kuil.
Janganlah jadi seperti Tun Mahathir yang cerdik tetapi tidak dapat membaca Paklah tetapi jadilah Tunku yang kurang cerdik tetapi dapat membaca Mahahtir.
Salam...
Pada perkiraan saya dasar2 liberal UMNO lah yg menjadikan anak2 melayu kurang memahami hak2 org melayu dan bangsa2 lain memanipulasikan konsep toleransi dgn baik hingga akhirnya org melayu tak ubah seperti nasib Pak Kaduk menang sabung kampung tergadai...sepatutnya dalam perkara berkaitan Islam dan hak melayu ..lupakalah batas-batas kepartian kerana akhirnya maruah islam yg menjadi taruhan..jgn lagi tuding menuding UMNO ke PAS ke PKR ke yang bersalah...ingatlah sehebat2 empayar ISlam Uthmaniah sehingga Empayar Islam melaka jatuhnya akibat tamak haloba dan sikap dengki khianat..jgn nanti kia menerima nasib yang sama...
Post a Comment