1. Sehingga ke hari ini saya menjadi keliru dan menjadi buntu memikirkan nasib masa depan melayu dan Umat Islam di Malaysia. Apalah agaknya yang menyebabkan kedua-dua pemimpin tertinggi dari UMNO dan PAS susah sangat nak duduk semeja bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan umat Islam. Yang herannya, pemimpin PAS boleh berpeluk dan bermuzakarah dengan DAP (yang anti melayu/Islam). Begitu juga dengan pemimpin UMNO, mereka boleh pula berunding dan duduk semeja serta menyambut kongsi raya bersama-sama dengan MIC, MCA, Gerakan dan PBS. Apa nak jadi dengan nasib umat Islam di Malaysia ni di masa akan datang. Adakah ianya bergantung kepada UMNO dan PAS sahaja.
2. Sedang saya duduk-duduk di rumah selepas solat tarawikh malam tadi, saya tersentuh hati dengan dua potong ayat al-Quran dalam Surah Al-Hujurat, ayat 9 (Juzuk 26), yang bermaksud: "Dan apabila ada dua golongan orang mukmin yang bersengketa, maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari keduanya berbuat zalim terhadap (golongan) yang lain, maka perangilah (golongan) yang berbuat zalim itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali kepada perintah Allah maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, dan berlakulah adil. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil".
3. Dalam ayat berikutnya (ayat 10), Allah seterusnya berfirman, bermaksud: "SEsungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat".
4. Menerusi kedua-dua ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa jika berlaku persengketaan dan pertelingkahan antara dua golongan kaum muslimin, maka wajiblah ada satu golongan lain iaitu pihak ketiga yang bertindak sebagai pendamai antara kedua-dua golongan ini. Setelah diajukan perdamaian dan jalan penyelesaian tetapi terdapat pihak yang lain menzalimi pihak yang satu lagi maka Alllah memerintahkan kepada pihak ketiga (pendamai) tadi supaya memerangi golongan yang ingkar dengan perdamaian ini.
5. Persoalannya sekarang ialah, antara UMNO dan PAS yang telah bersengketa lebih 50 tahun yang lalu. Siapakah pihak ketiga yang wajar dan wajib menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertelingkahan ini ? Adakah saya ataupun tuan/puan sekelian..? Pada hemat saya pihak yang amat wajar campurtangan bagi menyelesaikan perbalahan antara UMNO dan PAS ialah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu menerusi Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu. Siapa yang nak menasihatkan Raja-Raja Melayu ini supaya bertindak sebagai pendamai dan orang tengah..? Nampaknya tiada orang lain yang layak dan sesuai kecuali Sohibus Samahah Mufti-Mufti Kerajaan Negeri.
6. Sudah sampai masanya mufti-mufti mempersembahkan perkara ini kepada Sultan/Raja di negeri masing-masing agar bertindak sebagai pendamai antara UMNO dan PAS. Apa yang berlaku hari ini, kita lihat Majlis Raja-Raja macam tidak kisah dan tidak tahu tentang peranan dan kuasa yang ada pada mereka sebagai Ketua negara dan Ketua Negeri bagi mengeluarkan titah perintah agar UMNO dan PAS mesti duduk semeja bagi mengadakah muzakarah dan muqabalah. Saya rasa bila penyimpan mohor besar Raja-Raja Melayu mengisytiharkan tarikh puasa dan hari raya puasa, setakat ini semua ahli parti samada UMNO ataupun PAS akan akur dengan pengisytiharan ini termasuk semua kerajaan-kerajaan negeri (BN/Pakatan Rakyat) - semuanya akan berpuasa dan ber hari raya mengikut tarikh yang dititah dan diperintahkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu.
7. Jadi, saya cadangkan agar dalam bulan Syawal nanti supaya Majlis Raja-Raja Melayu menitahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja supaya mengisytiharkan bahawa Duli-Duli Yang maha Mulia Raja-Raja Melayu telah menitahkan UMNO dan PAS supaya duduk bersama bagi berbincang dan bermuzakarah tentang kepentingan Melayu dan Islam di negara ini. Saya yakin, kalau Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengiystiharkannya secara langsung di TV, maka UMNO dan PAS akan patuh dengan titah perintah ini sebagaimana mereka taat dan patuh kepada pengumuman tarikh puasa dan hari raya.

10 comments:
اللهم أعز الإسلام والمسلمين
وأهلك الكفرة والمشركين
اللهم إنك تعلم أن هذه القلوب ، قد اجتمعت علي محبتك ، و التقت علي طاعتك ، و توحدت علي دعوتك ، و تعاهدت علي نصره شريعتك ..
فوثق اللهم رابطتها ، و أدم و دها ، و اهدها سبلها ، و املأها بنورك الذي لا يخبو ..
و اشرح صدورها بفيض الإيمان بك ، و جميل التوكل عليك ..
و أحيها بمعرفتك ، و أمتها علي الشهادة في سبيلك .
إنك نعم المولي و نعم النصير .
TUAN CUBALAH BUAT PULAK...
SAYA DAH BUAT...
NAMUN TIDAK BERJAYA....
Cadangan yang bagus...
Tapi tuan kena ingat... Nak ke orang UMNO kongsi kuasa... tengok conto kat Terengganu... titah DYMM Agong pun dia orang tak endah...
Nanti PAS nak jalankan hukum syariah,, UMNO pulak bantah..
PAS nak cuti Jumaat..UMNO tuntut cuti Ahad...
dia orang ni cukup kontras... tengok watak sudah tahu...
UMNO peminta2... PAS pemberi
UMNO buat kerja bergaji..PAS buat kerja sukarela...
SAYA AMAT SETUJU SARANAN TERSEBUT..TETAPI KITA JADIKAN KELANTAN SEBAGAI MODEL..
1. BIARKAN KERAJAAN PAS MEMERINTAH DGN TENANG...UMNO SOKONG TANPA SYARAT.
2. PUSAT BERI BANTUAN KEWANGAN..UMNO SOKONG TANPA SYARAT.
3. BERI PELUANG KAMARUDIN JAAFAR DAN KAWAN2 MENTERJEMAH IDEA BAGI MEMBANGUN NEGERI YANG MASIH DIDOMINAN ORANG MELAYU
Lepas tu PAS pulak buat lagu tu kat Terengganu...
UMNO kena mengalah dulu... sebab UMNO telah melukakan PAS dulu dulu.
setuju ... orang tengah kene main peranan!!
Salam, perlu diingat, pemimpin UMNO sudah beberapa kali membuka jalan perpaduan ke arah perpaduan umat Malayu. Tetapi PAS terlalu riak dan takbur untuk menerima, malah UMNO mendapat penghinaan serta pandangan negatif dari Tok Guru.....
Mengejar kuasa dan jawatan PAS sanggup menjuala kepentingan ummah....
kepada graduan Mujda.! Tahniah atas usaha Graduan Muda sebelum ini untuk mengadakan muzakarah perpaduan UMNO-PAS di Hotel Singgahsana. walaupun ianya gagal dilaksanakan pada saat akhir, tetapi saya bersyukur ke hadrat Allah kerana masih ada hamba Allah seperti Graduan Muda yang melakukan usaha sebagai pengislah kepada UMNO dan PAS ini. Dalam agama kita, sesuatu niat dan usaha baik yang hendak dilakukan itupun dah dikira mendapat pahala dan ganjaran di sisi Allah. yang penting ada niat dan usaha.
Saya ada juga terfikir untuk meniru cara orang Aghanistan. Bila dua golongan mujahidin Afghanistan dari kelompok ghulbuddin hettumayar dan Burhanuddin Rabbani gagal untuk berdamai dan bekerjasama memerintah Afghanistan selepas gagalnya penjajahan soviet Union, maka kelompok mahasiswa dan golongan muda yang menggelarkan dirinya "Taliban" telah bangkit dan menumbangkan dua kelompok mujahididn ini. Akhirnya Taliban berjaya merampas kuasa peemrintahan daripada kedua-dua puak mujahidin yang bersengketa ini. Mungkin dah sampai masanya nnati kumpulan graduan muda melayu bangkit dan bertindak kepada kedua-dua parti ini jika usaha perdamaian dan perpaduan ini gagal.
Salamun Alaikum.
Al-Quran adalah petunjuk & berita gembira bagi orang2 yg beriman. Untuk mendapat petunjuk, manusia perlu beriman dengan keseluruhan ayat2 Al-Quran. Untuk beriman dgn keseluruhan ayat2 Al-Quran, manusia perlu memahami semua ayat2 Al-Quran. Untuk memahami ayat2 Al-Quran, manusia perlu utk membaca dlm bahasa yg mereka fahami selain mengaji.
Sebahagian manusia gagal utk kembali kepada Al-Quran kerana tidak memahami apa yg dibaca walau telah khatam beberapa kali, sedang Al-Quran itu penunjuk kepada yg halal & haram. Bagaimana mungkin manusia tahu apa yg halal & haram tanpa memahami Al-Quran?
Penyatuan ummah berlandas Al-Quran. Manusia berlaku zalim kerana tidak ikut Al-Quran. Untuk mengembalikan dua pihak berselisih, kedua2 pihak perlu kembali kepada Al-Quran. Tidak akan berjaya jika hanya satu pihak berbuat demikian.
Secara individu, setiap muslim perlu kembali kepada Al-Quran. Faham mengikut bahasa masing2. Bila sudah faham, salat juga akan bertambah iman kerana faham apa yg dibaca. Begitulah umat2 terdahulu. Al-Quran itu turun dlm bahasa arab kepada org arab. Mereka faham Al-Quran.
Apa parti & mazhab Rasulullah, sahabat & tabi’in? Mereka hanya ada Al-Quran & mereka bersatu utk itu.
Terfikirkah bagaimana Taliban berjaya menguasai Afghanistan dlm masa yg singkat? Mereka ikut Al-Quran & tidak terikat dgn sistem selainnya. Begitu jugalah beberapa kumpulan mujahid yg lain diseluruh dunia. Mereka berjaya menewaskan askar ‘dunia’ walau sedikit jumlah mereka. Begitu jugalah umat terdahulu yg masih sedikit jumlahnya. Adakah Allah swt akan membantu mereka yg tidak ikut Al-Quran?
Jazakallah Khair
Sepatutnya UMNO dan PAS gunakan 10 hari terakhir Ramadhan ini untuk melupakan sengketa dan bersatu di bawa panji Islam. Dirawayatkan bahawa perbalahan antara orang Islam di zaman Rasulullah adalah sebabnya malam bila tibanya Laylatul Qudar tidak dihebahkan kepada umat Islam.
Baca blog saya http://alizul2.blogspot.com
Amat bernas cadangan tersebut, namun saya rasa peringkat tertinggi dari kedua-dua kumpulan perlu perlu bertemu dahulu kerana dari situlah pengikut2 akan melihat dan berfikir, namun saya juga yakin akan ada golongan2 serpihan yang akan muncul jika persefahaman antara kedua2 ketua kumpulan dicapai kerana fikiran yang menganggap diri adalah lebih dari orang lain, lebih bijak, lebih pengalaman, lebih berjaya, lebih islam, dan lebih2 lagi, maka golongan ini kelak yang perlu diperangi pemikiran mereka, apa2 pun saya juga mengharapkan institusi beraja memainkan peranan yang aktif seperti yang tuan sarankan itu, saya berdoa agar penyatuan umat islam dinegara ini akan terlaksana demi kemajuan ummah, demi kekuatan ummah, demi masa depan ummah itu sendiri,
Selamat Hari raya
Post a Comment