Translate

Tuesday, 1 September 2009

GUGURKAN IDENTITI KAUM DALAM BORANG DAN DOKUMEN : SATU LANGKAH MENOLAK FITRAH KEJADIAN ALLAH S.W.T

1. Terdapat cadangan daripada pemimpin negara untuk memansuhkan ruangan identiti kaum dan bangsa dalam borang-borang rasmi kerajaan dan juga dokumen-dokumen yang berkaitan dengan sesuatu permintaan untuk menzahirkan identiti kaum/bangsa. Adakah ianya boleh menyelesaikan matlamat penyatuan 1Malaysia dan juga menyelesaikan masalah perkauman di negara ini..?

2. Jika kita merujuk kepada firman Allah s.w.t dalam Surah al-Hujurat, ayat 13, yang bermaksud: "Hai manusia! SEsungguhnya Kami menciptakan kamu dari laki-laki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal, sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu".

3. Jelas kepada kita bahawa kejadian manusia dari jenis lelaki dan wanita dan kemudiannya terbahagi kepada beberapa suku, puak, bangsa dan keturunan ataupun warna kulit adalah merupakan satu ciptaan Allah yang Maha Agong dan Maha Berkuasa. Kenapa kita ingin menyembunyikan identiti kaum dan juga bangsa kita, sedangkan inilah satu keunikan yang Allah jadikan manusia di muka bumi ini. Yang salahnya ialah apabila kita menjadikan bangsa dan kaum itu sebagai sebab bagi kita untuk melakukan kezaliman terhadap pihak lain yang tidak sebangsa dan sekaum dengan kita.

4. Dah jelas bahawa tujuan Allah jadikan semuanya ini adalah supaya kita saling kenal mengenal antara satu sama lain, saling hormat menghormati dan juga saling memahami akan budaya, adat resam dan juga kepercayaan masing-masing. Bagaimanapun Allah memberi kelebihan dan juga kepujian kepada mereka yang beriman dan bertaqwa. Memang semua manusia ini sama dari segi hak, kejadian dan juga dari segi hak asasinya menurut hukum dunia dan juga Piagam hak Asasi manusia. Namun, seseorang muslim dan mukmin itu lebih diutamakan oleh Allah dari segi haknya untuk mendapat kebahagian di dunia dan di akhirat. Hanya seseorang yang menjadi muslim dan mukmin sahaja yang layak mendapat gelaran serta pangkat taqwa di sisi Allah.

5. Kita tidak boleh menyamaratakan sahaja semua umat dan masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk mengecapi nikmat dan juga peluang-peluang yang ada dalam sebuah negara Islam seperti Malaysia. Perkara 160, Perlembagaan Malaysia telah meletakkan tafsiran bangsa 'Melayu' secara khusus sebagai seorang yang mesti bertutur bahasa melayu, mengamalkan adat istiadat dan resam kehidupan melayu dan paling penting melayu ini diikat dengan kekuatan imannya iaitu mestilah beragama Islam. Di sinilah letaknya kelebihan dan juga keistimewaan bangsa Melayu berbanding dengan kaum-kaum lain. Melayu itu mesti beragama Islam. Kalau kita menggugurkan identiti bangsa 'Melayu' ini dalam dokumen ataupun borang permohonan kerja dan sebagainya, bererti kita telah menggugurkan identiti keislaman itu dalam jiwa Melayu sejak turun temurun lebih 700 tahun lalu. Ini kita kena pertahankan.

6. Kita boleh bertolak ansur dengan kaum-kaum lain dari segi menggugurkan identiti kaum ini dalam borang-borang mereka dan juga sijil kelahiran mereka. Ini kerana dalam Perlembagaan Negara, status bangsa Cina dan India tidak dinyatakan secara tuntas bahawa mereka mesti beragama hindu ataupun Buddha. Sebab itu, kaum Cina dan India ini yang beragama Buddha, Tao dan Hindu boleh saja pada bila-bila masa menukar agamanya kepada agama kristian ataupun Islam. Kalau nak digugurkan pernyataan mengenai kaum ini, maka saya cadangkan ianya hanya dilaksanakan kepada kaum India dan Cina sahaja. Ini kerana hanya kedua-dua kaum ini sahaja yang banyak membawa masalah kepada integrasi nasional di negara ini. Orang Melayu sentiasa bersikap terbuka, dan tak pernahpun orang Melayu mempertikaikan asal usul dan juga kedudukan mereka di negara ini. Dengan menggugurkan perkataan kaum Cina dan India dalam surat beranak, dan juga dokumen-dokumen rasmi kerajaan, barulah golongan ini tidak sembrono lagi berlagak dan bercakap seolah-olah seperti mereka berada di India dan di negara China.

7. Untuk bangsa Melayu dan juga kaum-kaum bumiputera lain di Sabah dan Sarawak, maka adalah ditegaskan bahawa identiti ini perlu dikekalkan dan dinyatakan secara jelas dalam setiap borang dan juga dokumen penting seperti Sijil kelahiran. Inilah identiti kita yang mesti dipertahankan.

8. Apa yang kita bimbangkan nanti ialah, jika hari ini kita boleh menggugurkan identiti kaum dan bangsa dalam surat-surat dan dokumen rasmi, maka suatu hari nanti puak-puak dari golongan pondan dan bapok ( mak Nyah) juga akan menuntut supaya identiti perempuan dan lelaki dihapuskan dalam borang. Ini kerana mereka ini mempunyai fizikal lelaki tetapi hati dan perasaan keperempuanan. Wajarlah identiti lelaki dan perempuan juga dihapuskan bagi tujuan menjaga hati kaum mak nyah ni. Akhirnya nanti, akan berlakulah perkahwinan antara lelaki dan lelaki dan wanita dengan wanita kerana sudah tidak ada lagi identiti jantina dalam dokumen pengenalan diri dan borang nikah. Kiamatlah dunia bang..!

4 comments:

YANG GAMBI said...

Salam,

Ada golongan yang tidak perlu lagi disebut bangsa kerana memperjuangkan bangsa didakwa assobiyah.......

Anonymous said...

Pemimpin yang ingin menyamaratakan sermua kaum dan dijadikan satu adalah pengikut fahaman komunis. Komunis percaya satu untuk semua dan semua untuk satu...bangsat betul pemikiran mereka lihat apa jadi sekarang dengan negara yang pernah mengamalkan fahaman komunis.

SHAMSUDDIN MONER EL-ASKAREY said...

Boleh diterima juga pendapat YANG GAMBI ni.! Ada betul dan logiknya juga. sebenarnya golongan yang menolak perjuangan atas nama bangsa ni adalah gerombolan yang tak faham erti sebenar 'assobiyah'. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud bahawa Assobiyah itu ialah apabila kamu menolong kaum kamu untuk melakukan kezaliman. maka assobiayh yang beginilah yang dikatakan oleh Rasulullah kalau mati, maka matinya adalah mati jahiliyah. Dah tahu kawan dan juga kelompoknya melakukan kesalahan, maka dia tetap mempertahankan kesalahannya itu, maka inilah dinamakan semangat assobiyah. Kalau begitu, siapa sebenarnya yang assobiyah agaknya, cuba kita renung-renungkan.

Mr Adzuan said...

salam,..
saya menulis ni bukan atas dasar politik,.tidak Allah jadikan tiap sesuatu itu hanya sia-sia,.So, da banyak kaum,banyak la budaya, bunyakla agama,..ape yang nak kita jaga skang ni adalah AGAMA.bukan kaum,bukan perjuangan Bangsa,.bukan nasionalisme,bukan komunisme tapi sebagai seorang islam,.ape yang diperjuangkan adalah "isme" Allah,..iaitu. "Bismillahirrahmanirrahim,.." tapi sayang,xsemua orang islam faham,..tapi yang diperjuangkan isme yang lain seperti yang disebutkan di atas,.