1. Isu undi dan isu syurga dan neraka sudah mula dimainkan semula oleh PAS di Pilihanraya kecil Permatang pasir, Pulau pinang. Ianya dipukul canang dan dipalu semula oleh Mursyidul AMPAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Beliau telah membuat kenyataan di Pengkalan pasir dalam ceramahnya bahawa mana-mana pengundi yang memberi undi kepada calon UMNO tidak akan masuk ke syurga. Betul ke begitu..? Sayapun tak pasti sama ada benar atau tidak kenyataan ini dikeluarkan oleh Mursyidul AMPAS.
2. Kalau begitulah pendapat beliau, maka pengundi yang mengundi UMNO dan PAS dalam pilihanraya kecil ini nanti sama sahaja hukumnya iaitu yang mengundi UMNO tak masuk ke syurga dan yang mengundi PAS tak masuk ke neraka.
3. Dalam isu ini saya amat bersetuju dengan pendapat Nik Aziz dan bijak berpolitik dan licik di dalam melontarkan sesuatu isu yang berkaitan dengan hukum politik. Memang benar, lagi benar dan sungguh benar bahawa orang yang mengundi UMNO tak masuk Syurga. Ini kerana Syurga itu hanya dikhaskan kepada orang-orang yang telah mati dan setelah dibangkitkan di akhirat kelak, iaitu setelah dunia ini khiamat dan dihancurkan oleh Allah untuk digantikan dengan alam akhirat.
4. Sebab itulah buat masa ini sesiapapun dari kalangan penyokong, ahli dan pengundi yang mengundi UMNO tak akan masuk ke syurga. Manusia yang pernah duduk dalam syurga hanya Nabi Adam dan hawa, tetapi kemudiannya dilontarkan ke dunia kerana atas hasutan Iblis laknatullah. Orang PAS pun tak boleh masuk syurga buat masa sekarang kerana belum masa lagi pintu syurga tu dibuka kepada manusia. Kena tunggu dulu hari perhitungan di padang mahsyar nanti, barulah kita tahu siapa dia yang layak masuk ke syurga.
5. Bagaimanapun, kita boleh menempah tempat dan juga tiket untuk ke syurga dengan syarat bahawa kita mesti muslim dengan mengucap kalimah syahadah, menunaikan solat lima waktu, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan fardhu Haji ke Mekah bagi yang berkemampuan. Sesiapa yang melaksanakan kelima-lima rukun islam ini maka mereka telah menempah tiket ke syurga. Tidak di syaratkan kepada seseorang itu kena masuk UMNO ataupun PAS. Orang Cina kafir dan hindu kafirpun ada yang mengundi UMNO dan juga ramai juga mereka ini yang memberi undi serta sokongan kepada PAS. Macamana cina kafir dan hindu ini boleh masuk syurga dengan mengundi PAS?
6. Kesimpulannya, orang yang mengundi UMNO memang belum pasti lagi masuk ke syurga dan orang cina kafir dan hindu yang mengundi PAS sudah tentu mereka ni adalah bakal masuk ke dalam neraka dan jadi bahan bakaran api neraka. Orang Islam yang tak keluar mengundi dalam pilihanrayapun boleh masuk syurga.
BEGINILAH CETEKNYA HUJAH DAN PEMIKIRAN
MURSYIDUL AMPAS

4 comments:
ya lah dulu lepas PRU13 depa bagai nak rak mintak doa supaya wakil rakyat umno cepat mati supaya pilihanraya kecil dapat diadakan dengan harapan depa dapat rampas kawasan umno. Tapi kuasa Allah menentukan wakil rakyat depa yang tumpo dulu...
salam...
agak-agaknye lah kalau syurga tiada tempat untuk kita , kat neraka pun tiada tempat, kat mana kita di akhirat nanti????
teringat cerita hamba Allah yang paling akhir sekali masuk syurga......
ya Allah tempatkanlah kami hambaMu dalam syurgaMu
من قال لاإله إلا الله , محمد رسول الله دخل الجنة
Di antara manusia yang menempah tiket ke syurga :
Sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud: " lazimkan oleh kamu akan kebenaran kerana sesuatu yang benar itu menyampaikan ia kepada kebajikan dan kebajikan itu menyampaikan ia kepada SYURGA."( Diriwayatkan oleh Asy-Syaikhan )
Firman Allah s.wt dalam Surah An-Nisa', ayat 114 yang bermaksud: " Tidak ada kebajikan/kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma'aruf, atau mengadakan perdamaian antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar (syurga).
Ulasan: Hadis di atas menjelaskan tentang pentingnya kita bercakap dan bertindak dalam sesuatu perkara di dunia ini atas prinsip kebenaran dan hak. Ini kerana sesuatu yang hak dan benar itu akan membawa natijahnya kepada kebajikan yang boleh membawa kita menuju ke Syurga. Sementara dalam ayat 114, Surah An-Nisa' ini pula menjelaskan bahawa apa yang dinamakan kebajikan dan kebaikan itu ialah dengan melazimkan diri kita menyuruh orang lain mengeluarkan sedekah, amar ma'aruf dan yang paling penting ialah memperdamaikan antara dua kelompok manusia yang bersengketa. Ganjarannya amat besar di sisi Allah swt. Mereka inilah yang dijanjikan Syurga dengan pahala yang amat besar. Siapakah antara saudara/tuan/puan yang mampu pada masa kini untuk memperdamaikan persengketaan antara UMNO-PAS yang sudah sekian lama..? Inilah pekerjaan yang paling besar yang boleh membantu kita ke Syurga.
zaimi machang...
alhmadulillah, satu idea dan ulasan yang sangat menarik untuk dibaca..tapi kalau kapten ade PhD sekali pun undi UMNO masuk neraka jugak..baik undi DAP sbb dia sahabat PAS mungkin 50/50..nak suruh mr kolumpo tanya nik.aziz dulu masa zaman dia tuduh DAP KAFIR,haha tp sekarang ni dah jd besan..mungkin dah DIislamkan kut..Insya Allah..itulah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dulu dan selamanya..
Post a Comment