1. Apakah dia VIRUS SEPILIS ? Virus Sepilis ini jika merebak dan menyerang tubuh seseorang maka seseorang yang dijangkiti kuman Virus Sepilis ini akan hilang akal dan tidak mampu untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk, yang mana halal dan yang mana haram. Bagi yang mempunyai antibodi yang kuat dalam dirinya maka virus Sepilis ini sekuat mana dan juga sebanyak manapun tidak akan mampu untuk melemahkan akal dan fikiran seseorang. Nak kenal lebih dekat apa itu virus Sepilis..?
2. SEPILIS adalah 'sort form' daripada gabungan perkataan 'SEKULARISME' , 'PLURALISME' dan 'LIBERALISME'. Diringkas dan dicantumkan menjadi 'SEPILIS'. Majlis Fatwa Indonesia (MUI) dan juga Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia telah sama-sama memfatwakan bahawa fahaman 'sekularisme', 'pluralisme' dan ' liberalisme' adalah menyeleweng dan sesat daripada ajaran Islam. Ianya telah mula merebak dan dikesan penularannya di Indonesia sejak pertengahan 1980-an yang didokong fahaman ini oleh Nurcholis Madjid dan Abdul Rahman Wahid (Gus Dur). Nampaknya virus Sepilis ini telah mula merebak di Malaysia menerusi Negeri Selangor dan Kajang merupakan kawasan yang diberi tumpuan oleh pembawa virus tersebut ketika ini.
3. Apakah virus Sepilis ini..?
a. Sekularisme - Ianya memisahkan urusan dunia
dari agama; agama hanya digunakan untuk mengatur hubungan peribadi
dengan Tuhan, sedangkan hubungan sesama manusia diatur hanya dengan
berdasarkan kepada kesepakatan sosial. Meletakkan prinsip bahawa ajaran
Islam yang selama ini adalah eksklusif dalam aqidah dan syariah, tapi
boleh inkusif dan toleran dalam pergaulan sosial.
b. Pluralisme Agama - Ianya adalah suatu fahaman yang mengajarkan manusia untuk beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan kerana persamaan ini maka kebenaran setiap agama di dunia ini adalah sifatnya relatif. Oleh sebab itu setiap pemeluk agama tidak boleh mendakwa bahawa hanya agamanya saja yang benar sedangkan agama yang lain adalah salah. Pluralisme juga mengajarkan bahawa semua pemeluk agama akan masuk dan hidup berdampingan di syurga.
c. Liberalisme - Ianya adalah suatu fahaman yang mana seseorang itu dibenarkan memahami nas-nas agama iaitu Al-Quran dan As-Sunnah dengan menggunakan akal fikiran yang bebas; dan hanya menerima doktrin-doktrin agama yang sesuai dengan akal fikiran semata-mata (rasionalisme).
4. Inilah apa yang difahami dan dimengertikan dengan 'Virus Sepilis'. Amat merbahaya bagi generasi 'Y' pada hari ini yang berpendidikan tinggi dan juga golongan menengah melayu muslim yang terdedah dengan politik kepartian yang mengdoktrin perjuangan mereka untuk keadilan rakyat dan kesejagatan semua agama yang ada di negara ini. Virus ini sekarang sudah mula menular di Kajang.
PRK Kajang: " Tolak PKR- Selamatkan Selangor"
4. Inilah apa yang difahami dan dimengertikan dengan 'Virus Sepilis'. Amat merbahaya bagi generasi 'Y' pada hari ini yang berpendidikan tinggi dan juga golongan menengah melayu muslim yang terdedah dengan politik kepartian yang mengdoktrin perjuangan mereka untuk keadilan rakyat dan kesejagatan semua agama yang ada di negara ini. Virus ini sekarang sudah mula menular di Kajang.
PRK Kajang: " Tolak PKR- Selamatkan Selangor"
No comments:
Post a Comment