Translate

Monday, 20 July 2009

BERTUAH NASIB PENJENAYAH DI MALAYSIA - RAMAI PEJUANG HAK ASASI AKAN MEMBELANYA

1. saya teringat akan satu kisah di Amerika Syarikat pada tahun lepas. di mana seorang pencuri yang menceroboh masuh ke dalam rumah orang telah menyaman tuan rumah berkenaan kerana melanggar hak asasinya untuk makan. Ceritanya begini, tuan rumah berkenaan telah membuat sistem keselamatan dalam rumahnya di mana seseorang yang menceroboh masuk ke dalam rumahnya tidak boleh keluar kerana sistem pintu dan tingkap elektrik yang digunakan dalam rumahnya boleh dibuka masuk tetapi tidak boleh keluar. Akibatnya beberapa orang pencuri yang masuk ke dalam rumahnya semasa ketiadaan tuan rumah tadi telah terkurung lebih 2 hari dalam rumah berkenaan. kebetulan pula, bekalan makanan dalam rumah berkenaan tidak ada dan tiada stok makanan dalam peti ais di rumah itu.

2. Bila tuan rumah balik ke rumah, di dapati pencuri berkenaan telah letih dan lemah kerana tak makan selama dua hari. Kedua-dua pencuri ini telah diserahkan kepada polis kerana kesalahan menceroboh rumahnya. Sebaliknya para pencuri ini telah menyaman tuan rumah ini kerana telah meninggalkan rumahnya tanpa ada sebarang makanan dan sistem keselamatan pintu dan tingkap di rumah berkenaan telah menyebabkan pencuri tadi tidak boleh mendapat makanan di luar. Tuan rumah telah dipersalahkan kerana membiarkan pencuri ini kelaparan dalam rumah dan ini telah melanggar hak asasi pencuri ini untuk mendapatkan makanan. Kes ini telah dibicarakan dan akhirnya tuan rumah didapati bersalah dan didenda kerana cuai. Ini kes yang berlaku di Amerika. Aneh betul kan, seorang pencuri telah diberi pembelaan dan mangsa kecurian pula yang dipersalahkan.

3. bagaimana pula dengan malaysia, nampaknya sejak adanya pakatan Rakyat ni, ianya sama juga dengan apa yang berlaku di Amerika. Contohnya, seorang pencuri kereta mewah berbangsa India ( Kugan) satu masa dulu telah dibela oleh puak-puak pejuang hak asasi kononnya pihak Polis telah menyebabkan kematiannya dalam tahanan. mereka tak percaya dengan laporan doktor bedah siasat dan juga Polis. Polis dan doktor yang tak betul. habis apa yang dibuatnya selama ni yang terlibat dengan kes-kes kecurian kereta mewah tu, betul ke..?

4. Dulu YB. Nizar dan para penyokong PAS di Perak telah memprotes Sultan Perak dan menderhaka kepada raja. Para penyokong PAS telah berbaring dijalan raya untuk menghalang kereta Raja nazrin Shah yang lalu menuju ke Istana Bukit chandan. Akhirnya Polis di salahkan kerana telah menggunakan kekerasan dan juga alat pemedih mata untuk menyuraikan rusuhan itu. Sebaliknya, YB Nizar pula yang dianggap sebagai wira rakyat. Sekali lagi pihak istana di persalahkan dan juga Polis dituduh berlaku kejam dan zalim. habis apa yang mereka lakukan tu betul dan beradab ke..?

5. Baru-baru ini kita digegarkan dengan kematian pegawai khas Exco selangor yang memberi keterangan di pejabat SPRM sebagai saksi kepada kes tuduhan penyalahgunaan wang negeri oleh 7 orang ADUN dan Exco DAP Selangor. Akhirnya, orang menyalahkan SPRM dan juga kerajaan bersubahat dengan kematian mangsa ini. habis mereka yang menjadi dalang kepada gangster dan kongsi gelap di selangor ni, betul ke..? Kalau nak cerita lebih kita tanya dengan Ahli Parlimen PKR Wangsa maju, YB. Wee Chee Keong yang mendedahkan perkara ini. sebenarnya YB Azmin Ali sendiri telah mendesak MB selangor, Khalid Ibrahim supaya merombak segera EXCO Selangor kerana dia dah terhidu dengan gerakan-gerakan kongsi gelap di kalangan pemimpin-pemimpin DAP Selangor. Apa nak jadi dengan Malaysia sekarang ni. Sayapun lepas ni nak berbaik-baik juga dengan perompak dan penyamun di di negara ini, kerana jika ada pihak Polis ataupun pihak berkuasa yang cuba ganggu saya maka rakyat akan membela saya. Na'uzibillah.

Saturday, 11 July 2009

30 DALIL KENAPA NIK AZIZ KATA UMNO TAK PERJUANGKAN ISLAM

http://alditta.blogspot.com/2008/05/tuan-guru-nik-aziz-democracy-has-been.htmlhttp://news.bbc.co.uk/2/hi/programmes/from_our_own_correspondent/4841580.stmhttp://ridzuan1706.wordpress.com/2009/02/04/adun-pakatan-rakyat-yang-lompat-pengkhianat-nik-aziz/
TUAN GURU NIK AZIZ

Ada 30 dalil dan hujah yang dibongkar oleh PAS menerusi Murshidul Amnya Tuan Guru Nik Aziz tentang UMNO yang dikatakan tidak memperjuangkan Islam dan UMNO juga dikatakan memperjuangkan fahaman sempit Assobiyah, antaranya ialah :

1. UMNO telah menyatukan seluruh rumpun Melayu dan persatuan-persatuan Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1946 sehingga berjaya mendesak british membatalkan gagasan Malayan Union.

2. UMNO telah berpakat dan berunding dengan MCA dan MIC dalam satu permuafakatan yang dinamakan 'Sosial Kontrak' dalam tahun 1956 untuk berunding dengan British bagi kemerdekaan tanah Melayu pada tahun 1957.

3. UMNO telah berjaya memerdekakan tanah air ( Tanah Melayu) daripada penjajah British pada 31 Ogos 1957.

4. UMNO di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj telah berjaya menubuhkan Malaysia pada 16 Sep. 1963 yang mana negeri-negeri di Borneo seperti Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia.

5. Sejak merdeka hingga kini, UMNO telah berjaya menubuhkan lebih daripada 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini untuk memberi peluang lebih ramai kepada rakyat Malaysia untuk mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke menara gading.

6. UMNO di bawah kepimpinan Tun Razak telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi mempastikan kaum melayu dan bumiputera memperolehi pegangan ekuiti sebanyak 30 peratus.

7. UMNO di bawah kepimpinan Tun Razak juga telah memperkenalkan konsep pertanian menerusi penubuhan FELDA dan telah berjaya membuka lebih daripada 100 buah rancangan FELDA di seluruh negara untuk membantu orang-orang melayu miskin di luar bandar.

8. UMNO telah menubuhkan Bank Islam Malaysia Berhad.

9. UMNO telah menubuhkan Tabung Haji.

10. UMNO telah menubuhkan Takafu Islam.

11. UMNO telah menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa.

12. UMNO telah menubuhkan jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

13. UMNO telah menubuhkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

14. UMNO telah menubuhkan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

15. UMNO telah menubuhkan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji.

16. UMNO telah menubuhkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YPEIM).

17. UMNO telah menubuhkan Perpadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk memberi pinjaman pelajaran kepada semua pelajar IPTA/IPTS yang tidak berkemampuan.

18. UMNO telah meluluskan peruntukan menerusi Kerajaan Pusat bagi membayar elaun Imam-Imam masjid di seluruh negara sebanyak RM 500 sebulan.

19. UMNO menerusi kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 300 juta setahun bagi membiayai elaun Guru KAFA ( Kelas Agama fardhu Ain) di seluruh negara.

20. UMNO menerusi idea Tunku Abdul Rahman telah menganjurkan Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan dan Antarabangsa sejak tahun 1957.

21. UMNO telah menubuhkan Jawatankuasa majlis fatwa Kebangsaan.

22. UMNO telah berjaya menyelaraskan enakmen pentadbiran hukum Syarak dan enakmen Jenayah Syariah di kebanyakan negeri bagi memartabatkan sistem perundangan Islam di negara ini.

23. UMNO telah memperkenalkan sistem pembelajaran agama yang kontemporary menerusi kaedah JQaf (Jawi, Quran, ARab dan fardhu Ain) di mana kerajaan menerusi kementerian pelajaran akan mensasarkan pengambilan guru-guru lulusan agama seramai lebih 40 ribu orang untuk mengajar JQAF di setiap sekolah menjelang tahun 2010.

24. UMNO telah berjaya sewaktu perjanjian kemerdekaan meletakkan Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu menjadikan Islam sebagai agama persekutuan yang mengatasi agama-agama lain di negara ini.

25. UMNO telah meletakkan peruntukan pada perkara 160, Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan bahawa Melayu itu mesti beragama Islam.

26. UMNO telah meletakkan sistem pemerintahan negara ini sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen yang mana Pilihanraya Umum untuk memilih wakil-wakil rakyat di adakan pada setiap 5 tahun sekali.

27. UMNO telah meletakkan asas kurukulum sekolah kebangsaan yang mana setiap anak orang Islam wajib mengikuti kelas agama tidak kurang daripada 6 period dalam seminggu dan mempastikan pelajaran agama di ajar di setiap sekolah selama 11 tahun iaitu 6 tahun di sek. rendah dan 5 tahun di sek. menengah.

28. UMNO juga telah berjaya menubuhkan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) .

29. UMNO telah memperkenalkan bantauan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk membantu golongan miskin .

30. UMNO telah memperkenalkan Skim TEKUN bagi membantu usahawan-usahawan Melayu bergerak aktif dalam perniagaan kecil dan sederhana.

Ke semua 30 dalil ini adalah sebagai bukti bahawa UMNO adalah sebuah parti yang tidak memperjuangkan Islam dan semua dasar-dasar ini adalah bercanggah dengan Islam. Inilah maksud yang tersirat daripada cveramah Tuan Guru Nik Aziz di Manik Urai yang mendedahkan bahawa UMNO tidak memperjuangkan Islam. SAYA setuju sangat dengan pendapat Nik Aziz ini. Ini kerana beliau adalah seorang ulama besar di negara ini dan mungkin di dunia amnya. Jangan kita pertikai dan perlekehkan hujah dan juga patua yang dikeluarkan olehnya. Lihatlah sebanyak 30 dalil di atas, ianya sudah cukup untuk membuktikan bahawa UMNO ni adalah sebuah parti assobiyah. Betul ke ni.! Fikir-fikirlah..! Ada otak pakai, ada telinga dengar, ada mulut diam, suruh angguk, angguk, suruh geleng-geleng..! Takbir.! Allahu Akbar. Inilah perangai ahli-ahli PAS seumur hidup yang ta'asub di kampung-kampung, khasnya di manik Urai - termasuklah saya pada suatu ketika dahulu.

Thursday, 9 July 2009

AL-FATIHAH BUAT ARWAH FAUZON AB. SAMAD

1. Sahabat lama saya Fauzon Ab Samad telah kembali ke rahmatulllah pada jam 3.00 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh. Jenazahnya telah disembahyangkan di Masjid Omar Al-Khatab, Bukit Damansara selepas solat Zohor tengahari tadi. Arwah fauzon adalah Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Pahang. Beliau juga adalah pemilik (Kem Operator) Pusat Latihan Khidmat Negara, Kem Cherating, Kuantan. Alhamdulillah saya berkesempatan menziarahi jenazah beliau dan menyembahyangkan jenazah beliau bersama-sama para jemaah di Masjid Saidina Omar pada zohor tadi.

2. Saya telah mengenali beliau sejak tahun 1989, iaitu 20 tahun yang lalu. Ketika itu beliau menjadi jurulatih dan guru Gerak Saraf dan Perang Saraf kepada saya dalam melatih saya menjadi pemimpin mahasiswa berstatus Presiden majlis Perwakilan Pelajar UM (PMUM).

3. Arwah Fauzon adalah seorang aktivis politik yang berjuang secara sukarela dan telah banyak membantu Dato' Sri Najib di dalam melaksanakan tugas-tugas gerak Saraf dan Perang Saraf politik akar umbi di Parlimen Pekan sejak tahun 1999-2004. Saya juga pernah terlibat secara langsung di dalam melaksanakan kerja-kerja gurkha politik (under ground) di negeri Pahang bersama-sama beliau. Tidak ramai yang mengetahui akan peranan beliau di dalam membantu Dato' Sri Najib dalam Pilihanraya-pilihanraya di kawasan Parlimen Pekan.

4. Tengahari tadi, di Masjid Saidina Omar, Bukit Damansara, Dato' Sri Najib, Perdana Menteri Malaysia turut meluangkan masa selama setengah jam menziarahi jenazah arwah Fauzon. Inilah akrabnya hubungan beliau dengan Dato' Sri Najib. Sayapun terharu dengan kehadiran Dato' Sri Najib. Apa yang saya terharu ialah nilai persahabatan Dato' Sri Najib dengan Arwah Fauzon. walaupun Dato' Sri Najib telah bergelar Perdana menteri, tapi beliau masih ingat akan jasa seorang aktivis kerdil seperti arwah Fauzon. Ertinya, Dato' Sri Najib ni memang tidak lupa pada orang yang pernah berkhidmat dan membantunya seperti arwah Fauzon.

5. Kepada sesiapa yang mengenali arwah Fauzon Ab Samad ini, dan tidak mengetahui tentang berita kematian beliau pada hari ini, maka marilah kita bersama-sama mensedekahkan AL-FATIHAH ke atas rohnya. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkan dirinya ke dalam Syurga di sisi orang-orang yang soleh dan muttaqin. Aamin.

Tuesday, 7 July 2009

PAS PARTI SERPIHAN UMNO- asalnya SAYAP KANAN UMNO

1. Ceritanya begini..! Satu persidangan ulama telah diadakan di Muar, Johor pada tahun 1950 yang dipengerusikan oleh Tuan Hj Mohd Noh Umar yang bertujuan untuk memikirkan pembangunan Islam di negara ini. Persidangan ini dianjurkan oleh UMNO di bawah kepimpinan Dato' Onn Jaafar. Persidangan itu telah menghasilkan pertubuhan Persatuan Islam Semalaya atau PAS sebagai salah satu sayap UMNO di dalam menggerakkan agenda perjuangan agama, bangsa dan tanah air di mana program utamanya ialah memerdekakan negara daripada penjajah.

2. Persidangan itu juga turut menonjolkan seorang tokoh ulama daripada terengganu iaitu Tuan Hj Ahmad Fuad Hasan yang kemudiannya menduduki jawatan penting di dalam UMNO sebagai ahli MKT dan rapat dengan Presiden Parti, Dato' Onn Jaafar- Hj Ahmad Fuad turut mengetuai sayap ulama di dalam UMNO iaitu PAS.

3. Apabila berlaku krisis di dalam UMNO yang membawa kepada perletakan jawatan Dato' Onn daripada Presiden UMNO, maka Hj Ahmad Fuad menjadi salah seorang daripada calon Presiden bagi menggantikan Dato' Onn, di samping Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj dan Dato' Zainal Abidin. Akhirnya Tunku Abdul Rahman telah dipilih sebagai Presiden UMNO setelah mengalahkan Hj Ahmad Fuad dan calonlain.

4. Nak tahu apa yang berlaku selepas pemilihan ini..! Hj Ahmad Fuad tidak menerima kekalahan itu dengan hati terbuka sebaliknya beliau keluar daripada UMNO dan membawa bersamanya Persatuan Islam SeMalaya (PAS). Pada tahun 1951 PAS ditubuhkan sebagai pertubuhan yang berasingan daripada UMNO sebagai sebuah parti politik baru, iaitu parti serpihan UMNO. PAS ditubuhkan bukanlah hasil daripada permuafakatan persatuan-persatuan melayu dan ulama dari seluruh tanah air, sebaliknya ia ditubuhkan hasil daripada kekecewaan pemimpinnya Tn Hj Ahmad Fuad yang kalah bertanding jawatan Presiden UMNO dengan Tunku Abdul Rahman.

5. Kekecewaan ini telah menjadi faktor utama wujudnya parti-parti serpihan dalam arena politik tanah air. Serpihan ini telah menyebabkan UMNO telah menjadi sedikit sumbing dan pincang. Walaupun kesumbingan UMNO akibat daripada perpecahan ini boleh dibaiki, tetapi serpihan yang membawa parti induk menjadi sumbing ini adalah fenomena yang negatif dan memudharatkan kesatuan umat Islam di dalam UMNO untuk memartabatkan agama, bangsa dan kemerdekaan Malaya pada ketika itu.

6. Jika sesuatu perjuangan itu didokong oleh niat yang buruk dan 'ada udang di sebalik batu' dan 'pepat di luar dan rincung di dalam', maka ianya akan membawa kepada kemusnahan dan kehancuran. Sabda Nabi SAW, yang bermaksud: " Hanyalah amalan-amalan itu mengikut apa yang ia niatkan". Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumiddin menyebut sepotong hadis yang bermaksud: " Manusia semuanya binasa melainkan orang yang berilmu, orang-orang berilmu semuanya binasa melainkan orang-orang yang beramal dengan ilmunya, dan orang-orang yang beramal semuanya juga akan binasa melainkan orang-orang yang ikhlas di dalam amalannya dan orang-orang Ikhlas itu berhadapan dengan cabaran besar".

7.
PAS sepatutnya bersikap jujur dan ikhlas dalam perjuangan politiknya apabila ia membawa nama Islam dan mendakwa mmeperjuangkan Islam. Kenapa PAS tak mahu bekerjasama dengan UMNO..? Kenapa PAS boleh bekerjasama dengan DAP dan HINDRAF....? Jawabnya ialah kerana mereka mempunyai sifat dendam dengan UMNO, sama dengan orang Arab jahiliah yang taasub dengan kabilahnya di zaman Arab jahiliyah di Mekah. Mereka sanggup berperang dan bermusuh dengan kabilah lain akibat seekor unta yang mati di bunuh oleh puak lain sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya. Inilah di afahaman asobiyah yang ditentang oleh Islam dan kalau mati, maka matinya adalah mati jahiliyah.

Tulisan akan datang, saya akan membicarakan pula tentang penyelewengan PAS dari sudut agama, syariat dan kemasyarakatan. Tunggu...!

Monday, 6 July 2009

APASAL LIM GUAN ENG MINTA KERAJAAN PUSAT YANG ZALIM DAN KORUPSI UNTUK SELEASI ISU KG. BUAH PALA..?

1. 23 orang keluarga setinggan di kampung Buah pala, Penang dah mula mengamuk dengan Kerajaan pakatan Rakyat P.Pinang kerana tanah yang diduduki mereka sejak hampir 100 tahun dulu, nak dibangunkan oleh pihak pemaju, iaitu Koperasi pegawai-pegawai kerajaan Negeri.P.Pinang.

2. Baru Lim Guan Eng (DAP) tahu dan sedar tentang perangai kaum kerabat HINDRAF di Penang. Timbalan Ketua Menteri 2 (Hindraf) pun tak berani turun padang untuk selesaikan masalah penduduk kampung Hindraf ini.

3. Tiba-tiba Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengatakan bahawa kerajaan negeri tak mampu nak bayar pampasan kepada pemaju untuk membatalkan projek tersebut. Senang-senang pulak dia suruh kerajaan pusat tolong selesaikan masalah penduduk hindraf ni dengan nilai lebih RM 100 juta untuk membayar harga tanah ni pada pemaju sebagai ganti rugi. Dan tanah ini pula diserahkan hak milik pada 23 keluarga hindraf ni. Buat apa kerajaan pusat nak bantu pula, puak-puak hindraf ni bukannya tahu bersyukur kepada BN. Merekalah menjadi penyebab kepada jatuhnya Kerajaan BN di Selangor, Perak, Kedah dan Penang. Lepas tu, bila Menteri Dalam Negeri membebaskan 5 orang HIndraf dari tahanan ISA, salah seorang dari mereka menjawab bahawa dia tak perlu beterima kasih kepada kerajaan.

4. Yang saya hairan dan terkejut beruk ialah, bagaimana seorang Ketua Menteri Pakatan Rakyat boleh menyerah kalah dalam isu memperjuangkan rakyat ni. Dulu depa kata yang kerajaan BN ni zalim, tak adil, korupsi dan tak pandai tadbir negara dan negeri. Macammana mereka nak suruh kerajaan Zalim dan korupsi untuk bantu mereka selesaikan masalah penduduk Kg Buah Pala ni.

5. Dah terang-terang kerajaan BN ni zalim dan korupsi, hai pasai apa nak beri kepercayaan pula pada BN untuk selesaikan kemelut ini. Carilah pemimpin dan kerajaan yang adil dan berwibawa seperti kerajaan PAS di Kelantan untuk selesaikan masalah rakyat di Penang. PAS dah hampir 20 tahun mentadbir Kelantan dengan adil dan jayanya. Eloklah minta bantuan pada rakan sekutu mereka dari PAS Kelantan untuk bantu penduduk hindraf di Kg. Buah Pala ni. kalau kita serahkan pada BN, nanti mereka ini akan songlap duit rakyat dan akan berlaku penganiayaan pada rakyat. Nak percaya lagi ke pada BN..?

Tuesday, 23 June 2009

KENAPA PAS TAK BERPEGANG TEGUH DENGAN TALI ALLAH?

1. Maksud firman Allah s.w.t dalam surah Ali Imran, ayat 103 : " Dan berpegang teguhlah kamu sekelian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.."

2. Cuba bayangkan..! tak kan di kalangan beratus-ratus para alim ulama di dalam PAS sana yang tak terbaca tentang ayat ini. Kenapalah singkat dan cetek sangat fikiran orang-orang PAS ini sehingga terpaksa berpegang teguh dengan tali Pakatan Rakyat ( PKR dan DAP). Sepatutnya mereka wajib berpegang teguh kepada tali Allah.


3. Dalam ayat di atas, Allah memerintahkan kita supaya mengenang semula akan nikmat Allah yang dianugerahkan-Nya kepada seluruh umat Islam. Dalam konteks masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia, cuba kita kenang semula bagaimana hebat dan manisnya perpaduan Melayu antara UMNO-PAS pada tahun 1974 sewaktu PAS menyerta Barisan Nasional. Cuba kita ingat semula bagaimana kenyataan Tok Guru Nik Aziz selaku Ketua Dewan Ulama PAS pada tahun 1974, katanya : " Perpaduan UMNO-PAS dalam Barisan adalah suatu nikmat besar Allah yang dianugerahkan kepada kita". Bukankah Allah memerintahkan kita dalam ayat 103, Surah Ali Imran ini supaya mengenang semula nikmat perpaduan yang terjalin antara kita. Kenapa parta pemimpin PAS ni dok sibuk bercakap dan mengungkit-ngungkit soal PAS dipecat keluar daripada barisan pada tahun 1978..? Cuba kita ingatkan kenangan manis pada tahun 1974..!

4. Samalah macam suami isteri yang hidup bersama dan berkahwin selama hampir 5 tahun. Kemudian si isteri tadi telah diceraikan oleh suami. Kenapa si isteri ni asyik terkenangkan soal sejarah perceraian mereka sahaja. Tak kanlah tak ada kebaikan yang dilakukan oleh suaminya selama 5 tahun mereka bersama.

5. Selagi PAS berpegang teguh dengan tali DAP (Lim Kit Siang dan Karpal Singh), dan tidak berpegang teguh kepada tali Allah, maka selagi itulah PAS akan tersesat daripada petunjuk Allah s.w.t. Mafhum firman Allah: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu menjadikan Allah sebagai pemimpin (petunjuknya) untuk keluar daripada jalan kegelapan menuju kepada jalan kebenaran. Sebaliknya orang-orang kafir itu menjadikan thaghut itu sebagai pemimpin mereka yang mengeluarkan kehidupan mereka daripada cahaya (kebenaran) kepada kegelapan. Kenapa para pemimpin PAS mengikut telunjuk orang-orang kafir yang memusuhi Islam seperti DAP dan hindraf dalam PKR..? Sah dan jelas bahawa tok-tok guru dan ulama PAS telah disesatkan oleh thaghut yang dicipta oleh mereka sendiri. Dulu PAS kata UMNO thaghut. Sekarang 'thaghut' dikembalikan kepada PAS. Inilah sebenarnya pengertian 'Thaghut'.

6. PAS ( Parti Ajaran Sesat ) , thaghut lagi menthaghutkan..! Kalau tak percaya kita jumpa di Padang mahsyar nanti, kita tengok parti mana yang thaghut..? Dah tentulah orang yang menolak saudaranya yang Islam sebagai kawan dan bermusuh dengan saudara seagamanya lebih daripada 3 hari akan masuk ke neraka. Sabda Nabi, bermaksud, tidak akan masuk syurga bagi siapa yang memutuskan silatur-rahim. Sejak tahun 1978 hingga kini, dah lebih 31 tahun PAS bermusuhan dengan UMNO, lebih daripada 3 hari tu..! Apa ke jadahnya ni. Dah berapa ramai orang UMNO dikafirkan oleh PAS..? Inipun nak disanjung sebagai parti Islam dan berjuang untuk Islam? Hanya orang yang buta hati dan yang buta jiwanya sahaja yang sanggup bersekongkol dengan kesesatan fahaman politik sempit PAS..

Friday, 19 June 2009

BERKAWAN DENGAN DAP LEBIH AFDHAL DRPD UMNO..!

1. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, orang Melayu dan Islam di negara ini telah mula sedar tentang pentingnya perpaduan sesama mereka. Hasilnya, Allahyarham Tun Razak telah berjaya membawa masuk PAS ke dalam pakatan barisan Nasional bersama-sama dengan Parti gerakan. Inilah kehebatan para pemimpin PAS ketika itu yang dipimpin oleh Dato' Asri Muda. Walaupun Dato' Asri sebelum itu amat memusuhi UMNO dan berlaku fatwa mengkafirkan UMNO di zaman Asri, tetapi dengan kesedaran kebangsaan dan juga semangat keislaman tulen yang ada dalam dirinya telah membuka pintu hatinya untuk bersama-sama dengan UMNO menubuhkan Barisan Nasional.

2. Berbeza dengan tokoh-tokoh PAS, terutamanya Tok Guru Nik Aziz pada masa kini. Kelompok yang dibawah dagu Nik Aziz begitu angkuh dan sombong sekali menentang idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden dan Timbalan Presiden PAS sendiri. Bayangkan bagaimana sukarnya nak menyatupadukan perpaduan antara UMNO dan PAS di negara ini. Idea Kerajaan Perpaduan yang dicetuskan oleh pemimpin tertinggi PAS sendiri dianggap sebagai sampah dan Tok Guru Nik Aziz sendiri mencabar pula Timbalan Presiden PAS, Ust. Nasaruddin agar meletakkan jawatan Ahli Parlimen Bachok dan Timbalan Presiden PAS dan menggesanya masuk UMNO jika berdegil mahu berbincang dengan UMNO untuk tubuhkan kerajaan perpaduan.

3. kalau idea dari pak sheikh mereka sendiripun dimasuk bakul sampahkan, apatah lagi kalau idea perpaduan ini datangnya daripada Presiden UMNo sendiri, dah tentu Nik Aziz akan ganyang idea perpaduan ini habis-habisan. Inilah PAS, jika terdapat sesetengah pemimpinnya yang nak bersama UMNO maka ianya akan dituduh sebagai boneka UMNO dan sampah dalam PAS. Bagaimana pula dengan idea pakatan pembangkang dalam PR yang terdiri daripada PKR-DAP-PAS. Kenapa tak ada mana-mana tok guru dalam PAS yang berani menghentam pakatan ini dengan mengatakan bahawa pemimpin yang mempertahankan Pakatan Rakyat adalah boneka kepada DAP dan PKR. Apa bezanya..?

4. Pada pandangan saya, kalau YB. Nasharuddin dituduh oleh NIk Aziz sebagai boneka UMNO dan sampah dalam PAS, maka saya boleh membuat analogi yang sama terhadap Tok Guru Nik Aziz bahawa Nik Aziz adalah boneka dan juga puppet kepada DAP dan PKR. Betul tak.?