Translate

Saturday 11 July 2009

30 DALIL KENAPA NIK AZIZ KATA UMNO TAK PERJUANGKAN ISLAM

http://alditta.blogspot.com/2008/05/tuan-guru-nik-aziz-democracy-has-been.htmlhttp://news.bbc.co.uk/2/hi/programmes/from_our_own_correspondent/4841580.stmhttp://ridzuan1706.wordpress.com/2009/02/04/adun-pakatan-rakyat-yang-lompat-pengkhianat-nik-aziz/
TUAN GURU NIK AZIZ

Ada 30 dalil dan hujah yang dibongkar oleh PAS menerusi Murshidul Amnya Tuan Guru Nik Aziz tentang UMNO yang dikatakan tidak memperjuangkan Islam dan UMNO juga dikatakan memperjuangkan fahaman sempit Assobiyah, antaranya ialah :

1. UMNO telah menyatukan seluruh rumpun Melayu dan persatuan-persatuan Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1946 sehingga berjaya mendesak british membatalkan gagasan Malayan Union.

2. UMNO telah berpakat dan berunding dengan MCA dan MIC dalam satu permuafakatan yang dinamakan 'Sosial Kontrak' dalam tahun 1956 untuk berunding dengan British bagi kemerdekaan tanah Melayu pada tahun 1957.

3. UMNO telah berjaya memerdekakan tanah air ( Tanah Melayu) daripada penjajah British pada 31 Ogos 1957.

4. UMNO di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj telah berjaya menubuhkan Malaysia pada 16 Sep. 1963 yang mana negeri-negeri di Borneo seperti Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia.

5. Sejak merdeka hingga kini, UMNO telah berjaya menubuhkan lebih daripada 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini untuk memberi peluang lebih ramai kepada rakyat Malaysia untuk mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke menara gading.

6. UMNO di bawah kepimpinan Tun Razak telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi mempastikan kaum melayu dan bumiputera memperolehi pegangan ekuiti sebanyak 30 peratus.

7. UMNO di bawah kepimpinan Tun Razak juga telah memperkenalkan konsep pertanian menerusi penubuhan FELDA dan telah berjaya membuka lebih daripada 100 buah rancangan FELDA di seluruh negara untuk membantu orang-orang melayu miskin di luar bandar.

8. UMNO telah menubuhkan Bank Islam Malaysia Berhad.

9. UMNO telah menubuhkan Tabung Haji.

10. UMNO telah menubuhkan Takafu Islam.

11. UMNO telah menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa.

12. UMNO telah menubuhkan jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

13. UMNO telah menubuhkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

14. UMNO telah menubuhkan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

15. UMNO telah menubuhkan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji.

16. UMNO telah menubuhkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YPEIM).

17. UMNO telah menubuhkan Perpadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk memberi pinjaman pelajaran kepada semua pelajar IPTA/IPTS yang tidak berkemampuan.

18. UMNO telah meluluskan peruntukan menerusi Kerajaan Pusat bagi membayar elaun Imam-Imam masjid di seluruh negara sebanyak RM 500 sebulan.

19. UMNO menerusi kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 300 juta setahun bagi membiayai elaun Guru KAFA ( Kelas Agama fardhu Ain) di seluruh negara.

20. UMNO menerusi idea Tunku Abdul Rahman telah menganjurkan Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan dan Antarabangsa sejak tahun 1957.

21. UMNO telah menubuhkan Jawatankuasa majlis fatwa Kebangsaan.

22. UMNO telah berjaya menyelaraskan enakmen pentadbiran hukum Syarak dan enakmen Jenayah Syariah di kebanyakan negeri bagi memartabatkan sistem perundangan Islam di negara ini.

23. UMNO telah memperkenalkan sistem pembelajaran agama yang kontemporary menerusi kaedah JQaf (Jawi, Quran, ARab dan fardhu Ain) di mana kerajaan menerusi kementerian pelajaran akan mensasarkan pengambilan guru-guru lulusan agama seramai lebih 40 ribu orang untuk mengajar JQAF di setiap sekolah menjelang tahun 2010.

24. UMNO telah berjaya sewaktu perjanjian kemerdekaan meletakkan Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu menjadikan Islam sebagai agama persekutuan yang mengatasi agama-agama lain di negara ini.

25. UMNO telah meletakkan peruntukan pada perkara 160, Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan bahawa Melayu itu mesti beragama Islam.

26. UMNO telah meletakkan sistem pemerintahan negara ini sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen yang mana Pilihanraya Umum untuk memilih wakil-wakil rakyat di adakan pada setiap 5 tahun sekali.

27. UMNO telah meletakkan asas kurukulum sekolah kebangsaan yang mana setiap anak orang Islam wajib mengikuti kelas agama tidak kurang daripada 6 period dalam seminggu dan mempastikan pelajaran agama di ajar di setiap sekolah selama 11 tahun iaitu 6 tahun di sek. rendah dan 5 tahun di sek. menengah.

28. UMNO juga telah berjaya menubuhkan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) .

29. UMNO telah memperkenalkan bantauan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk membantu golongan miskin .

30. UMNO telah memperkenalkan Skim TEKUN bagi membantu usahawan-usahawan Melayu bergerak aktif dalam perniagaan kecil dan sederhana.

Ke semua 30 dalil ini adalah sebagai bukti bahawa UMNO adalah sebuah parti yang tidak memperjuangkan Islam dan semua dasar-dasar ini adalah bercanggah dengan Islam. Inilah maksud yang tersirat daripada cveramah Tuan Guru Nik Aziz di Manik Urai yang mendedahkan bahawa UMNO tidak memperjuangkan Islam. SAYA setuju sangat dengan pendapat Nik Aziz ini. Ini kerana beliau adalah seorang ulama besar di negara ini dan mungkin di dunia amnya. Jangan kita pertikai dan perlekehkan hujah dan juga patua yang dikeluarkan olehnya. Lihatlah sebanyak 30 dalil di atas, ianya sudah cukup untuk membuktikan bahawa UMNO ni adalah sebuah parti assobiyah. Betul ke ni.! Fikir-fikirlah..! Ada otak pakai, ada telinga dengar, ada mulut diam, suruh angguk, angguk, suruh geleng-geleng..! Takbir.! Allahu Akbar. Inilah perangai ahli-ahli PAS seumur hidup yang ta'asub di kampung-kampung, khasnya di manik Urai - termasuklah saya pada suatu ketika dahulu.

6 comments:

Mrkolumpo said...

haah..betul tuhhh...kalau mana2 cikgu2 penyokong pas, umno akan transfer ke miri atau ke pedalaman sarawak sabah untuk berdakwah di sana kehkehkeh...tanya ustat xxx..mesti dia setuju

sahrul rashid said...

salam,

erm... ramai Melayu Islam di MAlaysia nie tidak bersyukur pada ALLAH :D ...... Mungkin mereka ada IDEA yang lebih baik dari apa yang telah ALLAH berikan selama nie pada MALAYSIA :D

Anonymous said...

Tentang posting guru itu bukan kerja UMNO itu bidang tugas pegawai Kementerian. Orang Kelantan ramai dah di Kelantan samapai berlebihan Guru. Maka ada segelintir di hantar ke Sabah. Ada rasionalnya. Baguslah dapat berdakwah dengan orang Asli.

Mrkolumpo said...

OH YE KER???YANG SAYA DENGAR TAK CAMTU...ORG KAMPUNG SAYA NAMA USTAT NAN KENE TRANSFER SEBAB SOKONG PAS LAH

Anonymous said...

zaimi...
askm wrhmth wbrkth
bersyukur la,sekurang-kurangnya ade la jgk peluang menjadi guru(ade peluang pekerjaan),kna posting mane2 tu x kisah klau betul kita ikhlas...nasib baik paklah buat jqaf,klau tak ramai la lepasan mesir jordan dll x de keje...tp x reti nk bersyukur lagi...ape susah nya kna posting sabah sarawk...siap dpt elaun lagi...dpt tiket flight free...cuba belajar mensyukuri nikmat...jangan terlalu taksub...cuba muhasabah diri sendiri...cari apa kelemahan kita sendiri...MRKOLUMPO ni org educated...sama2 lah kita ingt mengingati...jangan dok salahkan org saja...kalau x leh nk ikut perundangan dan perlembagaan malaysia...saya syorkan MRKOLUMPO bercuti rehat di jakarta selama seminggu sahaja...tgk dan amati keadaan di sana...cuba luang masa baca sejarah tanah melayu...banyakkan membaca...saya pun dlu aktivis PA*...tp itu dlu...sekarang PA* dah lari dr matlamat asal...semuanya kerana dendam individu...dalam setiap ceramah mesti ade kutukan dan mengumpat sesama islam...flashback balik ape yg telah berlaku dr dahulu hingga sekarang...sekadar berkongsi pandangan sesama Islam...maaf andai terkasar...wslm

Mrkolumpo said...

insya-Allah..jika ada rezeki lebih, saya akan ke sana untuk tgk dan mengamati keadaan di sana..tapi kalau boleh biarlah dapat pergi Mekah dulu tunaikan haji atau umrah