Translate

Thursday, 9 July 2009

AL-FATIHAH BUAT ARWAH FAUZON AB. SAMAD

1. Sahabat lama saya Fauzon Ab Samad telah kembali ke rahmatulllah pada jam 3.00 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh. Jenazahnya telah disembahyangkan di Masjid Omar Al-Khatab, Bukit Damansara selepas solat Zohor tengahari tadi. Arwah fauzon adalah Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Pahang. Beliau juga adalah pemilik (Kem Operator) Pusat Latihan Khidmat Negara, Kem Cherating, Kuantan. Alhamdulillah saya berkesempatan menziarahi jenazah beliau dan menyembahyangkan jenazah beliau bersama-sama para jemaah di Masjid Saidina Omar pada zohor tadi.

2. Saya telah mengenali beliau sejak tahun 1989, iaitu 20 tahun yang lalu. Ketika itu beliau menjadi jurulatih dan guru Gerak Saraf dan Perang Saraf kepada saya dalam melatih saya menjadi pemimpin mahasiswa berstatus Presiden majlis Perwakilan Pelajar UM (PMUM).

3. Arwah Fauzon adalah seorang aktivis politik yang berjuang secara sukarela dan telah banyak membantu Dato' Sri Najib di dalam melaksanakan tugas-tugas gerak Saraf dan Perang Saraf politik akar umbi di Parlimen Pekan sejak tahun 1999-2004. Saya juga pernah terlibat secara langsung di dalam melaksanakan kerja-kerja gurkha politik (under ground) di negeri Pahang bersama-sama beliau. Tidak ramai yang mengetahui akan peranan beliau di dalam membantu Dato' Sri Najib dalam Pilihanraya-pilihanraya di kawasan Parlimen Pekan.

4. Tengahari tadi, di Masjid Saidina Omar, Bukit Damansara, Dato' Sri Najib, Perdana Menteri Malaysia turut meluangkan masa selama setengah jam menziarahi jenazah arwah Fauzon. Inilah akrabnya hubungan beliau dengan Dato' Sri Najib. Sayapun terharu dengan kehadiran Dato' Sri Najib. Apa yang saya terharu ialah nilai persahabatan Dato' Sri Najib dengan Arwah Fauzon. walaupun Dato' Sri Najib telah bergelar Perdana menteri, tapi beliau masih ingat akan jasa seorang aktivis kerdil seperti arwah Fauzon. Ertinya, Dato' Sri Najib ni memang tidak lupa pada orang yang pernah berkhidmat dan membantunya seperti arwah Fauzon.

5. Kepada sesiapa yang mengenali arwah Fauzon Ab Samad ini, dan tidak mengetahui tentang berita kematian beliau pada hari ini, maka marilah kita bersama-sama mensedekahkan AL-FATIHAH ke atas rohnya. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkan dirinya ke dalam Syurga di sisi orang-orang yang soleh dan muttaqin. Aamin.

1 comment:

Khairi said...

al-Fatihah buat Cikgu Fauzun, saya terperanjat dengan berita ini, semoga beliau di tempatkan bersama orang2 yang soleh. Saya pun anak didik beliau dalam ilmu GSPS... teringat juga masa bersama beliau semasa kempen2 Pilihanraya dan Kursus yang lalu. Hari semakin hari.. ramai yang dah pergi.. kita kehilangan orang yang berjasa kepada bangsa kita. Wallahualam.