Translate

Wednesday 2 September 2009

Syukur, Alhamdulillah : Datin Seri Rosmah menghidupkan Siang Ramadan dengan Solat Sunat Tasbih

Mungkin Berita ini ada kaitan dengan mimpi saya 3 hari yang lalu..!

Ahli Bakti anjur solat tasbih, hajat


ROSMAH (lima dari kanan) bersama ahli Bakti mendengar tazkirah mengenai kemuliaan Ramadan dan keberkatannya yang disampaikan Datuk Dr Fatma El-Zahra (kiri) di Sri Satria, Putrajaya, semalam ( 1 Sep. 2009)

PUTRAJAYA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, semalam menghadiri majlis solat sunat tasbih dan hajat anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (Bakti) di kediaman rasminya di Sri Satria, di sini.

Rosmah yang juga Yang Dipertua Bakti berkata, program itu adalah antara sebahagian daripada aktiviti kerohanian Bakti untuk ahli-ahlinya sempena bulan Ramadan.

"Ia bukan sekadar aktiviti kerohanian semata-mata tetapi ia juga mampu mengukuhkan hubungan antara ahli Bakti serta jemputan yang hadir," katanya.

Sumber : Berita harian : 2 Sep. 2009

Ulasan : Agaknya berapa kerat di kalangan kita yang menggunakan kesempatan di siang hari di bulan Ramadhan ini untuk mendengar majlis ilmu dan juga bersolat sunat Tasbih..? Satu langkah ke hadapan..! Insya Allah semoga Allah membuka pintu hatinya untuk menjadi Wanita muslimah yang solehah.

3 comments:

Anonymous said...

zaimi machang...

besar kemungkinan...tp jgn bulan pose je...bln2 lain pun kna la jgk...tp mmg betul pun yg pandai2 agama pun berapa kerat sgt yg buat SUNAT TASBIH!!!

Anonymous said...

assalamualaikum..
perlu ke nak war-warkan ibadat kita pada umum..
yang hairan ibadat yang sunat dikerjakan..
tapi yang wajib macam mana?
solat SUNAT tasbih namanya pun sunat,
pakai TUDUNG dan MENUTUP AURAT tu kan wajib.
mari kita renung dan fikirkan...

Anonymous said...

Salam. Janganlah kita perlekehkan bila orang nak berbuat baik di Bulan ramadan. Siapa kita nak memkecil-kecilkan ibadah sunat seseorang. Tak kan kita tak pernah dengar satu kisah seorang perempuan jalang yang memberi minum air dengan sepatunya kepada seekor anjing di padang pasir. Akhirnya perempuan itu masuk dimasukkan ke syurga atas sebab sifat belas kasihanya pada makhluk lain. Maka rahmat Allah ke atasnya telah menetapkan tempatnya ke dalam syurga. Ada cerita lain pula, seorang perempuan yang menutup aurat, sembahyang 5 waktu tak pernah tinggal, tetapi ketika suaminya tiada di rumah, perempuan ini telah menyiksa kucing peliharaan suaminya dengan mengurungnya dan tak memberi makan. Akhirnya perempuan yang taat sembahyang ini di masukkan ke neraka kerana dia tak ada sifat belas kasihan pada makhluk lain. INgatlah bahawa rahmat Allah itu mengatasi segala-galanya. kita cuma beramal dan memohon petunjukNya sahaja. Jangan hukum seseorang itu Soleh ataupun fasiq hanya semata-mata berasaskan zahiriahnya sahaja.