Translate

Saturday, 20 December 2008

TOLERANSI SOSIAL MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Khalid Buat Apa Itu?
( Sekadar gambar Hiasan )

1. Toleransi Sosial sangat penting diketahui oleh semua kaum dan juga semua penganut agama di negara ini. Satu hakikat yang mungkin tidak diketahui oleh non-muslim di negara ini dan mungkin juga oleh sebahagian daripada umat Islam ialah tentang wujudnya falsafah dan amalan toleransi sosial dalam ajaran Islam yang terkandung di dalam Quran.

2. Dalam perkara ini Islam telah memberikan garis panduan yang jelas di dalam menjaga serta menjalinkan hubungan kekeluargaan sesama muslim dan juga kepentingan menjaga hubungan sosial antara muslim dan non-muslim. Perkara ini telah digariskan oleh Allah menerusi firman-Nya dalam Surah Al-Hujurat, yang bermaksud :

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah satu kaum memperolokkan kaum yang lain kerana boleh jadi mereka (yang diperolokkan) itu lebih baik daripada mereka (yang memperolokkan), dan jangan pula wanita-wanita memperolokkan wanita-wanita yang lain, (kerana) boleh jadi (yang diperolokkan itu) lebih baik dari wanita (yang memperolokkan), dan janganlah kamu mencela sesama muslim dan janganlah kamu panggil-memanggil sesama kamu dengan gelaran yang buruk sesudah (mereka) beriman, dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim".

3. Menerusi ayat di atas terdapat 4 perkara pokok yang digariskan oleh Allah s.w.t sebagai panduan kepada umat Islam di dalam menghayati toleransi sesama kaum dan sesama muslim, iaitu:

PERTAMA : Dilarang kita mencaci dan mencari keburukan kaum lain ataupun orang lain, mungkin dengan perbuatan itu pada hakikatnya diri kita yang sebenarnya lebih keji dan hina daripada pihak yang kita burukkan. Seperti pepatah " Paku serpih, mengata orang aku yang lebih".

KEDUA : Dilarang kaum wanita memperolokkan ataupun mengeji dan mempersendakan wanita lain yang tidak setaraf dengannya sama ada dari segi darejat, pangkat, rupa paras dan juga taraf kehidupan. Allah memperingatkan secara khusus kepada kaum hawa (wanita) kerana kejadian ini banyak berlaku ke atas mereka disebabkan oleh emosinya yang sentiasa bergelora, hingga sukar membedakan mana yang baik dan mana yang boleh membinasakan dirinya. Kes-kes yang sedemikian banyak berlaku pada wanita-wanita yang dimadukan serta wanita-wanita yang memandang rendah pada bakal besannya yang tidak setaraf dengan kedudukannya.

KETIGA : Dilarang kita memanggil dengan gelaran yang menyakiti hati orang lain dengan gelaran yang tidak baik. Perkara seumpama ini sering membawa pertengkaran dan perselisihan dan selalunya berlaku di kalangan rakan sekerja, jiran tetangga, sesama kaum kerabat, yang akhirnya membawa kepada permusuhan.

KEEMPAT : Dilarang juga kita mencaci sesama Mukmin dan muslim. Ini kerana perbuatan mencaci dan mencela ini adalah perbuatan syaitan dan iblis. Memang kerja ini menjadi amalan harian iblis dan syaitan. Bagi mereka yang sering melakukan perbuatan ini biasanya menganggap bahawa dirinya terlepas daripada sifat-sifat keji berkenaan, sedangkan apa yang dilakukannya itu adalah satu langkah mengikuti jejak langkah iblis dan syaitan. Perbuatan ini kebiasaannya sering dilakukan oleh orang-orang politik di Parlimen dan di ceramah-ceramah politik . Tidak terkecuali juga di zaman siber ini, perbuatan dan tingkahlaku syaitan ini sering dilakukan oleh penulis-penulis blog dan juga para pembaca blog yang begiti ghairah mengeluarkan kata-kata caciannya kepada orang lain atas nama hak asasi dan hak mereka untuk bersuara. Tapi, mereka tak faham adab serta etika menyuarakan pendapat menurut Islam.

4. Diakhir ayat di atas Allah telah memberi amaran keras kepada keempat-empat jenis manusia yang melakukan perbuatan ini, iaitu barang siapa yang tidak bertaubat (meninggalkan keempat-empat perbuatan haram ini) maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Ramai yang tak sedar bahawa bukan sahaja Raja ataupun pemimpin sahaja berpotensi untuk melakukan kezaliman, tetapi orang biasa seperti kita juga mungkin setiap hari terdedah kepada perbuatan zalim seperti ini.

5. Justeru, Allah s.w.t telah memperingatkan orang-orang yang beriman ( sesiapa yang tidak beriman tidak perlu mendengar peringatan Allah ini ) di dalam firman-Nya dalam surah al-Hujurat, ayat 12, yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang BERIMAN, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian daripada kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati..? Maka tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Menerima Taubat lagi Maha Penyayang "



( GAMBAR HIASAN )

(GAMBAR HIASAN )

6. Nampaknya ketiga-tiga larangan Allah dalam ayat di atas ( prasangka buruk, mencari-cari kesalahan orang lain dan mengumpat ) telah menjadi trend ataupun sejenis penyakit dan wabak dalam masyarakat Islam masa kini, khanya di kalangan ahli-ahli politik dan juga penulis-penulis blog ( Maksud saya bukan semua - ada juga sebahagian Bloggers yang beretika dan beradab seperti saudara/saudari yang menjadi pembaca setia Blog saya ini ).

Friday, 19 December 2008

TAZKIRAH JUMAAT : JALAN-JALAN TAQWA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 'Amma ba'du.

1. Bagi setiap muslim (lelaki) memang sudah sering diperingatkan oleh para khatib di mimbar-mimbar Jumaat pada setiap minggu di dalam khutbah Jumaat supaya hendaklah kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Tetapi, tidak ramai di kalangan kita yang faham ataupun mengetahui bagaimana jalan-jalan ataupun kaedah untuk menjadikan diri kita sebagai hamba Allah yang benar-benar bertaqwa. Maka. Tazkirah Jumaat pada kali ini akan memberi fokus kepada permasalahan ini.

2. Di antara Jalan-Jalan yang menjadi penyuluh dan pendorong kepada seseorang itu menjadi insan yang bertaqwa adalah seperti berikut :

JALAN PERTAMA :

Tilawatul Quran. Melazimkan diri dengan membaca al-Quran serta sentiasa bertadabbur dengan memahami dan menghayatinya. Firman Allah
s.w.t, bermaksud : " Demikianlah telah kami turunkan akan dia berupa al-Quran dalam bahasa Arab dan kami menerangkan berulangkali di dalamnya sebahagian dari ancaman agar mereka bertaqwa, atau al-Quran itu dapat menimbulkan pengajaran bagi mereka " ( Surah Taha : Ayat 113 )

JALAN KEDUA :

Mendapatkan Hidayah dan bermujahadah. Firman Allah s.w.t, bermaksud:" Mereka yang mendapat hidayah akan ditambahi hidayah dan diberikan ketaqwaan kepada mereka". ( Surah Muhammad : Ayat 17 ). Firman Allah s.w.t dalam ayat yang lain, bermaksud: "Sesiapa yang bermujahadah pada (keredaan) kami sesungguhnya akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang yang berbuat ihsan".

JALAN KETIGA :

Ibadah Puasa.

JALAN KEEMPAT :

Beribadah dan mengabdi diri kepada Allah dalam pengertian yang umum dan luas iaitu dengan menjadikan setiap perbuatan, pekerjaan dan juga aktiviti harian hidup kita di dunia ini sebagai ibadah - berniat dengan 'lillahi ta'ala'.

Saturday, 13 December 2008

MUZAKARAH FATWA PERLU RUJUK MAJLIS RAJA-RAJA - RAJA NAZRIN SHAH


RAJA DR. NAZRIN SHAH - RAJA MUDA PERAK

1. Ketika mempengerusi Persidangan Ke-164 Majlis Agama Islam Perak pada 9 hb Disember 2008, Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah telah menitahkan supaya Menteri Besar, Exco Kerajaan Negeri dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak supaya tidak membuat sebarang kenyataan mengenai isu agama Islam sebelum mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang merupakan Yang Dipertua majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIP). Baginda menitahkan sebarang perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam hendaklah dipersembahkan bagi mendapat perkenan Sultan Perak terlebih dahulu sebelum sebarang kenyataan mengenainya dikeluarkan ( lihat Utusan Malaysia - 10 Disember 2008 ).

2. Dalam perkembangan berkaitan, Raja Nazrin bertitah bahawa apa yang berlaku pada masa ini ialah satu forum yang dikenali sebagai Muzakarah Jawatankuasa Fatwa telah mengumumkan sesuatu fatwa tanpa terlebih dahulu menyembahkannya kepada Majlis Raja-Raja. Baginda juga memperingatkan bahawa JAKIM tidak mempunyai sebarang kuasa perundangan untuk memberi arahan kepada pentadbiran agama Islam negeri-negeri. Ini kerana Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ditubuhkan di bawah Perkara (11(a) Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ( MKI) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Perkara 14 di bawah peraturan itu menetapkan bahawa tugas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan adalah untuk menimbang, memutus dan mengeluarkan fatwa atas apa-apa perkara berkenaan dengan agama Islam yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-Raja. Titahnya lagi, bahawa Jawatankuasa fatwa ini hendaklah mengemukakan pendapat kepada MKI , yang akan menghantarkannya bersama dengan pengesyoran kepada majlis Raja-Raja Melayu.

3. Dalam hal ini, baginda juga menegaskan bahawa bukan sahaja sebarang keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan perlu terlebih dahulu dipersembahkan kepada majlis Raja-Raja malah proses permulaan untuk menimbang, memutus dan mengeluarkan fatwa hendaklah terlebih dahulu dirujuk bagi mendapat perkenan majlis Raja-Raja.

4. Pada pandangan saya, titah ucapan dan pandangan Raja Dr. Nazrin ini ada kebenarannya. Ini bermakna bahawa struktur Jawatankuasa fatwa selama ini yang diletakkan di bawah MKI adalah tidak tepat. Justeru, JAKIM harus bertindak segera bagi memperbetul semula persepsi ini. Yang menjadi masalahnya nanti ialah masyarakat Islam. Hukum fatwa dah dikeluarkan, tetapi negeri-negeri tidak mahu menerima dan menguatkuasakannya.

5. Saya ada cadangan kepada JAKIM, disyorkan supaya Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ini diletakkan terus di bawah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Ini kerana Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja ini akan bertindak serta mengumumkan bagi pihak Raja-Raja Melayu. Ianya sama seperti pengumuman melihat anak bulan Ramadhan dan Syawal. Lihatlah betapa hebatnya kuasa yang ada pada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam TV ketika mengumumkan hari Raya Puasa :" Menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya selaku Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dengan ini mengisytharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi seluruh negeri di Malaysia ialah pada 1 hb OKtober 2008". Dengan pengiytiharan ini, saya rasa tidak ada satu negeri ataupun seorang sultanpun yang membantah tentang tarikh penetapan hari raya di negeri-negeri berkenaan. Semuanya bersetuju untuk berhari raya pada tarikh yang ditetapkan. Dan tidak perlu nak dipersembahkan kepada setiap Sultan dan Raja di negeri-negeri tentang tarikh raya selepas mufti-mufti melihat anak bulan di seluruh tempat. Kalau nak tunggu mengadap sultan dulu, baru nak isytihar raya, maka nampaknya terpaksalah tertangguh hari raya selama dua tiga hari lagi.

6. Sama juga dengan Jawatankuasa Fatwa ini jika diletakkan di bawah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan bukanya di bawah JAKIM ataupun MKI. Bila dapat sahaja keputusan mengenai sesuatu hukum yang telah difatwakan, maka serahkan sahaja pada penyimpan mohor Besar Raja-raja Melayu untuk membuat pengumuman dalam TV secara langsung. Umpamanya seperti pengharaman YOGA : " Menjunjung titah perintah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya selaku Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dengan ini mengisytiharkan bahawa senaman YOGA adalah diharamkan amalannya diseluruh negara". Saya yakin ianya lebih efektif dan berkesan. Tak perlu nak diwartakan di negeri-negeri, cukup dengan pengumuman melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja ini seperti pengisytiharan Hari raya.


7. Satu lagi pandangan saya. Memandangkan Raja-Raja Melayu ataupun Sultan di negeri-negeri ini berperanan sebagai Ketua Agama Islam. Maka saya cadangkan kepada JAKIM agar dapat mempersembahkan kepada Majlis Raja-Raja supaya Tengku/Raja Muda yang bakal menaiki takhta sebagai Sultan di seluruh negara dapat diwajibkan untuk mengikuti Diploma Pengajian Islam / Tahfiz Al-Quran bagi memberi pendedahan dan juga penghayatan kepada Raja-Raja Muda / Tengku Mahkota ini tentang ilmu-ilmu usuluddin dan syariah. Ini penting kerana mereka ini bakal menjadi ketua agama Islam dan wajib mengetahui sesuatu hukum hakam secara lebih dalam menerusi pengajian formal. Nanti, bila sesuatu fatwa mengenai Islam nak dipersembahkan kepada Raja/Sultan, maka mudahlah Raja/Sultan ini nak memahaminya sama ada untuk menolak ataupun untuk menerimanya.

8. Saya rasa idea ini tak jadi keberatan kepada Sultan/Raja untuk menerimanya. Ini kerana apa yang dipraktikkan selama ini bahawa semua Raja Muda/tengku mahkota telah dihantar untuk menuntut di Kolej ataupun di pusat-pusat latihan ketenteraan sama ada di dalam ataupun di luar negara. Ini bagi membolehkan puteta-putera raja ini terlatih dalam disiplin serta ilmu ketenteraan kerana semua raja akan dilantik sebagai Kolonel yang Dipertua kepada Rejimen ataupun Kor sesuatu angkatan bersenjata seperti Navy, Air Force, Askar Melayu, Artileri, Armor dan yang paling penting sekali ialah Yang diPertuan Agong bertindak sebagai Marshall Angkatan Tentera. Kalau di bidang ketenteraan ini menjadi keutamaan putera-putera raja, maka lebih-lebih lagi dalam bidang agama Islam ini. Memang sepatutnya setiap putera raja mesti belajar ilmu di bidang pengajian Islam kerana mereka bakal jadi Ketua Agama Islam suatu hari nanti.

9. Siapa dan Jabatan Mana agaknya yang berani nak bawa idea ini kepada majlis Raja-Raja..? Saya sebagai Bloggger dah lontarkan idea ini untuk difikir bersama. Barulah berkat dan makmur negara dan negeri-negeri kita bila ketua agama kita dari kalangan raja-raja ini orang yang berpengetahuan dalam bidang agama dan menjadi raja/sultan yang bertaqwa kepada Allah s.w.t. ( BALDATUN TOIYIBATUN WARABBUN GHAFUR )

Thursday, 11 December 2008

TAZKIRAH JUMAAT : HUKUM MERAYAKAN HARI KEBESARAN AGAMA ORANG BUKAN ISLAM

Khalid Buat Apa Itu?

Assalamualaikum Warahmarullahi Wabarakatuh. Amma Ba'du.

1. Secara amnya terdapat dua pandangan berbeza dari sudut hukum tentang orang Islam yang turut merayakan hari perayaan atau kebesaran agama orang bukan Islam, iaitu :

a. Pandangan Yg Membenarkan (Mengharuskan ).
b. Pandangan Yg Tidak Membenarkan (mengharamkan).

2. Pandangan Yang Membenarkan:

a. Dr. Yusof al-Qaradawi berkata : " Adalah menjadi hak setiap kaum merayakan hari kebesaran mereka selama mana tidak menyakiti kaum lain, begitu juga menjadi hak kaum lain untuk mengucapkan tahniah kepada kaum lain yang merayakan hari kebesaran mereka. Tidaklah menjadi halangan bagi orang-orang Islam untuk mengucapkan tahniah kepada jiran dan warga negara Nasrani yang menyambut perayaan mereka, ia termasuk dalam kebaikan sebagaimana Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mumtahanah ayat 8 yang bermaksud "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu)...". Bagaimanapun DR. Yusof al-Qaradawi menjelaskan pula bahawa umat Islam tidak boleh bersekongkol dalam upacara yang melibatkan upacara keagamaan yang khusus untuk orang kristian.

b. Dr. Abdul Hayei Abd Shukur ( Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya) pula berpendapat bahawa merayakan hari kebesaran agama lain-lain kaum dengan cara mengikut serta berhari raya sesama mereka dengan merelakan kekufuran orang bukanIslam dan bermuamalah dengan mereka atas nama agama mereka adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Sebaliknya jika merayakan hari perayaan kaum lain sekadar hanya ikut bercuti pada hari itu atau menyertai perayaan mereka atas tujuan merapatkan perhubungan sesama manusia, maka ia adalah di luar daripada konteks meraikan akidah mereka atau merelakan agama mereka

3. Pandangan Yang Mengharamkan :

a. Ibn Qayyim al-Jauziyyah di dalam kitabnya 'Ahkam Ahl al-Zimmah' telah menyatakan bahawa haram memberi ucapan tahniah kepada orang bukan Islam yang menyambut perayaan mereka. Pada pandangan beliau perbuatan mengucapkan tahniah kepada syiar-syiar kafir secara khusus hukumnya adalah haram dengan kesepakatan para ulama. Ibn Qayyim memberikan perumpamaan ucapan tahniah seperti menyatakan " Selamat Hari Raya ke atas kamu" atau "Semoga bergembira dengan perayaan ini", atau seumpama dengannya adalah jelas haram hukumnya.

b. Abu al-Qasim Hibbatullah Bin al-Hussain Bin mansur al-Tabari pula berkata : " Tidak harus bagi orang Islam menghadiri perayaan orang bukan Islam kerana kemungkaran mereka.

4. PANDANGAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN :

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi hal Ehwal Ugama Islam dalam muzakaranya kali ke-12 pada 21 - 22 Januari 1985 telah mengeluarkan fatwa bahawa :

" Pemimpin-pemimpin masyarakat sama ada di pihak atasan atau bawahan dan juga pihak-pihak berkuasa yang berkenaan adalah diminta supaya berhati-hati sebelum meluluskan permohonan untuk membina gereja, kuil, candi dan tokong serta hendaklah juga tidak menghadiri atau merasmikan upacara-upacara agama bagi kaum yang bukan Islam".

Sementara itu, dalam Muzakarah Fatwa kali ke-63 yang bersidang pada 18 Mei 2004 pula telah membincangkan masalah " Hukum orang Islam yang turut merayakan hari-hari kebesaran Agama Orang Bukan Islam". Walau bagaimanapun Muzakarah telah bersetuju agar keputusan ditangguhkan dan meminta Bahagian Penyelidikan JAKIM mengemukakan garis panduan.

Maka di dalam Muzakarah Fatwa kali ke-64, pada 14 April 2005 ; satu garis panduan telah diputuskan sebagai syarat yang mengharuskan umat Islam menyertai majlis perayaan orang bukan Islam. Garis panduan berkenaan adalah seperti berikut :

a. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam seperti adanya simbol-simbol agama (salib), memasang lilin, pokok krismas dan sebagainya- menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama berkenaan - meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh - memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam - tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.

b. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti memakai pakaian berwarna merah macam santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama berkenaan - menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan - mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, poko krismas, kuil atau memecah kelapa - mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.

c. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam di Malaysia - yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan ahli Sunnah wal jamaah.

d. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.

KESIMPULAN : Jika dilihat secara tersirat, Muzakarah Fatwa Kebangsaan bersetuju membenarkan orang Islam menghadiri perayaan hari kebesaran agama lain tetapi mestilah berhati-hati dan mendapat nasihat para alim ulama sekiranya terdapat perkara-perkara yang meragukan sebelum hadir ke majlis tersebut.

Tuesday, 9 December 2008

RINTIHAN PENDUDUK DI BUKIT ANTARABANGSA


[Banglow+2.jpg]

1. Kejadian tanah runtuh di Taman Mewah, Bukit Antarabangsa Sabtu lalu (6 hb Disember 2008) telah mengundang berbagai persoalan dan juga rintihan di kalangan penduduk yang telah lama menghuni dan memiliki rumah sendiri di kawasan berkenaan.

2. Persoalan pertama, wajahkah pihak Polis mengeluarkan arahan kepada penduduk di sekitar berkenaan yang berjumlah hampir 5000 orang untuk berpindah serta merta. Tragedi tanah runtuh yang terlibat hanya membabitkan kediaman rumah banglo sekitar 20 buah rumah. Dan jika diambil kira daripada faktor struktur tanah yang memungkinkan berlakunya lagi tanah runtuh, kemungkinan melibatkan hampir 100 buah rumah kediaman di sekitar tragedi berkenaan.

3. Pihak manakah yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan arahan kepada penduduk untuk berpindah serta merta. Adakah pihak Polis, pihak Majlis Perbandaran (MPAJ) ataupun Kerajaan Negeri Selangor. Kalau semua penduduk mengambil keputusan untuk berpindah atas nasihat polis, maka siapakah yang akan bertanggungjawab terhadap ganti rugi kemusnahan harta benda mereka..? Kalau polis dah sahkan bahawa kawasan itu tidak selamat untuk didiami, apakah jaminan daripada pihak kerajaan negeri kepada para penghuni kediaman sendiri yang terpaksa meninggalkan tanah serta rumah mereka yang telah dibeli secara sah melalui Pemaju dan diluluskan oleh kerajaan negeri selangor selama ini.

4. Saya sempat membantu para penduduk di sana pada hari Sabtu yang lalu. Terdapat salah seorang penduduk yang berkata bahawa kami sedia berpindah, tetapi nak pindah ke mana. Kalau orang yang meneroka tanah haram (setinggan) di tanah kerajaan, apabila diarah berpindah maka kerajaan akan memberi pampasan sebanyak RM 7,000 dan akan menyediakan lot tanah ataupun rumah yang baru kepada setinggan ini. Bagaimana nasib kami yang terang-terang menjadi pemilik hakiki (sah) kepada rumah serta tanah yang didiami di Bkt Antabangsa ini. Boleh kah kerajaan negeri selangor memberi tanah lot baru di negeri selangor sebagai ganti kepada tanah dan rumah yang terpaksa kami tinggalkan. Tak kan kami nak tinggalkan begitu saja.

5. Cuba lihat semula Apartment Highland Tower yang tumbang pada tahun 1993 yang lalu, iaitu genap 15 tahun dahulu. Pihak MPAJ , JKR dan IKRAM telah membuat kajian struktur tanah dua buah Blok berkenaan yang belum tumbang. Mereka melaporkan bahawa kedua-dua blok Apartment H.Tower yang tinggal itu tidak selamat lagi untuk diduduki dan boleh tumbang pada bila-bila masa. Terpaksalah penghuni kedua-dua blok berkenaan mengosongkannya. SAampai sekarang, kedua-dua blok berkenaan masih tegap dan berdiri teguh. Tak pulak runtuh-runtuh. Akhirnya, jadi sarang penagih dadah dan jadi pusat hiburan liar dan maksiat pada malam minggu. Cuba tak pindah dulu, sampai sekarang penghuni kedua-dua blok berkenaan masih selamat. Kalau dah tak selamat, sepatutnya pijhak MPAJ mesti merobohkan kedua-dua blok bangunan tersebut. Sampai sekarangpun tak buat apa-apapun pada bangunan berkenaan.

6. Yang ini pulak, nak arahkan ke semua hampir 5000 penduduk di Bukit Antarabangsa untuk mengosong serta meninggalkan rumah kediaman mereka. Katanya, pihak polis akan mengawal keselamatan harta benda penduduk. Hai..! sampai bila pihak polis sanggup tunggu dan berkawal di sana untuk menjaga harta benda penduduk. Lepas tu, polispun meninggalkan kawasan berkenaan, akhirnya ke semua kawasan rumah yang tinggal itu akan jadi sarang penagih dadah, tempat ular bersarang dan mungkin tempat pendatang tanpa izin untuk bersembunyi ataupun mungkin jadi macam-macam tempat lagi yang tidak kita ingini.

7. Itu pasal para penduduk di Bukit Antarabangsa yang berjumlah hampir 5000 orang ni naik berang bila diarahkan berpindah, walaupun kawasan mereka tidak terlibat dengan tragedi tanah runtuh berkenaan. Tak boleh ke cari jalan bagaimana nak membuat tembok penghalang ataupun cerucuk bagi menguatkan struktur tanah yang berisiko tinggi untuk runtuh..? Datin Siti Nurhaliza dan Datuk K pun duduk di kawasan berkenaan. Nyayalah kak siti yang terpaksa meninggalkan rumah banglo mewahnya nanti.

8. Apapun, saya berharap agar pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri dapat mencari jalan penyelesaian secepat mungkin sama ada nak arahkan penduduk berpindah ataupun sebaliknya. Kalau berpindah, apa bantuan dan juga pampasan yang boleh diberi oleh kerajaan pusat dan negeri kepada mereka yan terlibat..?

Thursday, 4 December 2008

LEBIH 20 KALIMAH ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN - KHAS BUAT MR. KOLUMPO






kaaba004.jpg

Assalamualaikum..! Allahu Akbar..Allahu Akbar...Allahu Akbar.. Walillahiil hamd. Sempena dengan Musim Haji pada tahun ini, saya dan seisi keluarga ingin mengucapkan selamat Idul Adha ( Hari Raya Haji ) kepada sekalian umat Islam, khasnya kepada rakan-rakan Bloggers dan para pembaca setia blog saya. Semoga apa yang kita korbankan selama ini dari segi tenaga, masa, buah fikiran, harta benda dan wang ringgit untuk diri kita, keluarga, masyarakat, agama dan negara tercinta akan diredhai oleh Allah s.w.t. Dengan ibadah wukuf di Padang Arafah di musim haji ini akan memberi keinsafan serta kepengajaran kepada seluruh umat Islam di negara ini betapa pentingnya kita bersatu dan berpadu demi menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

KALIMAH ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Sebelum ini saya telah menulis satu rencana bertajuk “ Terdapat 54 Kalimah Melayu dalam Perlembagaan”. Ekoran daripada tulisan saya tersebut, maka seorang sahabat Blogger saya yang bernama pena Mr Kolumpo telah bertanyakan kepada saya tentang adakah kalimah “ISLAM” dalam Perlembagaan..! Beliau menyatakan satu lagi persoalan bahawa siapakah yang telah menggubal Perlembagaan Malaysia..?

Bagi menjawab persoalan daripada MR KOLUMPO dan juga mungkin maklumat ini juga berguna kepada para pembaca blog sekelian, maka di sini saya senaraikan lebih daripada 20 kalimah “ISLAM” yang tercatat dalam Perlembagaan Malaysia. Saya senaraikan satu persatu mengikut fasal-fasal yang berkenaan. Renung-renungkanlah..!

KALIMAH ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

1. PERKARA 3(1) : Ugama bagi Persekutuan

Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.

2. PERKARA 3 (2) : “ Dalam tiap-tiap Negeri melainkan Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri itu..”

3. PERKARA 3 (2) : sambungan - “…dan juga tertakluk kepada Perlembagaan Negeri itu, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercacat..”

4. PERKARA 3 (2), sambungan – “..tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap-tiap orang Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua ugama Islam membenarkan Yang di Pertuan Agong mewakilinya.”

5. PERKARA 3 (3) Perlembagaan-perlembagaan bagi Negeri-Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi kepada yang di Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua ugama Islam dalam Negeri itu.”

6. PERKARA 3 (5): “ Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, yang di Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua ugama Islam dalam wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan..”

7. PERKARA 3 (5), sambungan – “… dan bagi maksud ini Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengadakan peraturan mengenai hal ehwal ugama Islam…”

8. PERKARA 3 (5) , sambungan – ”...dan bagi menubuhkan suatu majlis untuk menasihatkan Yang di Pertuan Agong mengenai perkara-perkara berhubung dengan ugama Islam.”

9. PERKARA 11(4) : Kebebasan ugama. ” Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan antara orang-orang yang menganuti ugama Islam ”.

10. PERKARA 12 (2): Hak-hak Berkenaan dengan pelajaran, ”...tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam..”

11. Perkara 12 (2) , sambungan – ”...atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam ugama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlu bagi maksud itu.”

12. PERKARA 34 (1) : ” Yang di Pertuan Agong tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya sebagai Raja Negerinya kecuali tugas-tugasnya sebagai Ketua Ugama Islam.”

13. PERKARA 42 (10) : ”Walau apapun yang tersebut dalam Perkara ini, kuasa bagi mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman atau meremit, menggantung atau mengurangkan hukuman-hukuman yang dijatuhkan oleh mana-mana mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang yang mengawal hal ehwal ugama Islam di Negeri atau Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan hendaklah dijalankan oleh Yang di Pertuan Agong sebagai Ketua ugama Islam dalam Negeri itu”.

14. PERKARA 96 (3) : ” Jika mengikut undang-undang negeri atau mengenai wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, mengikut undang-undang Persekutuan apa-apa zakat, Fitrah, BaitulMal atau hasil agama Islam, yang seumpamanya adalah didapatkan, maka hasil itu hendaklah dibayar masuk ke dalam suatu kumpulanwang yang berasingan dan tidak boleh dikeluarkan kecuali di bawah kuasa undang-undang Negeri atau undang-undang persekutuan, mengikut mana yang berkenaan.”

15. PERKARA 145 (3): ”Peguam Negara adalah mempunyai kuasa, dan kuasa itu hendaklah dijalankan menurut budibicaranya, bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan mengenai sesuatu kesalahan, lain daripada pembicaraan di hadapan mahkamah syariah, mahkamah bumiputra atau mahkamah tentera.”

16. PERKARA 160 (Tafsiran) : ” Melayu ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu..”

17. JADUAL KEEMPAT (Sumpah Jawatan Yang di Pertuan Agong):

Imej:Yang di-pertuan agong ke-13.PNG

” Kami......ibni....Yang di Pertuan Agong bagi malaysia bersumpah dengan melafazkan: Wallahi; Wabillahi; Watallahi; maka dengan lafaz ini berikrarlah kami dengan sesungguh dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia... Dan lagi kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Ugama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri. ”

18. JADUAL KELAPAN (Peruntukan Tetap : Raja bertindak atas nasihat) (2): Raja boleh bertindak menurut budibicaranya pada menjalankan tugas-tugas yang berikut (selain daripada tugas-tugas yang pada menjalankannya ia boleh bertindak menurut budibicaranya di bawah Perlembagaan Persekutuan) iaitu : (d) ” apa-apa tugas sebagai Ketua Ugama Islam atau mengenai adat istiadat Melayu ”.

19. JADUAL KESEMBILAN (4),(e), (ii) : ”Perkara-perkara yang tersebut dalam perenggan (i) tidak termasuk undang-undang diri orang Islam berhubung dengan perkahwinan, perceraian, penjagaan anak, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, undang-undang keluarga, pemberian atau pewarisan harta berwasiat dan tidak berwasiat.”

20. JADUAL KESEMBILAN – SENARAI 2; SENARAI NEGERI: (1) ” Kecuali mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut ugama Islam, termasuk Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, maskahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat; wakaf Islam dan ta’arif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat ugama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian ugama Islam dan khairat, yayasan, amanah, khairat, dan yayasan khairat yang dijalankan, ke semuanya sekali dalam Negeri; adat isti’adat Melayu: zakat fitrah dan BaitulMal atau hasil ugama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam; mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut ugama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutua; keanggotaan, penyusunan dan acara bagi mahkamah-mahkamah syariah, yang akan mempunyai bidangkuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut ugama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidangkuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut ugama Islam; menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikad dan ’adat isti’adat Melayu ”

21. JADUAL KESEPULUH- BAHAGIAN 3 (Sumber-Sumber Hasil Yang diserahkan Kepada Negeri ) : (13) ” Zakat, Fitrah dan BaitulMal dan hasil ugama Islam yang seumpamanya”.

KESIMPULAN : Pada pendapat saya, peruntukan-peruntukan berkenaan dengan ugama Islam serta hal-hal yang berkaitan dengan hukum-hukum syarak yang termaktub peruntukannya dalam Perlembagaan Malaysia cukup banyak ; yang inipun kita tak mampu nak melaksanakannya. Buatlah mengikut keutamaan dan juga mengikut kemampuan. Janganlah ada di kalangan kita yang hanya semangat saja yang lebih, tetapi dari segi penghayatan dan perlaksanaannya macam 'ketuk tin kosong'.

Saturday, 29 November 2008

HAPUSKAN KEISTIMEWAAN ISLAM DI MALAYSIA - IFC

Gambar di atas adalah peristiwa bagaimana pejuang-pejuang Melayu Islam menggempur Dewan di Ibu Pejabat Majlis Peguam Council di mana tempat berlangsungnya Forum "Memeluk Islam' anjuran Majlis Peguam pada 11 Ogos 2008 yang lalu. Kelihatan bersongkok dan berbaju kemeja putih di atas, YB Sdr Zulkifli Nordin ( Ahli Parlime Kulim Bandar Baru - PKR ) yang turut membantah Majlis Peguam di atas penganjuran forum ini. Akhirnya YB Zulkifli Nordin telah diberi surat tunjuk sebab oleh PKR kerana menentang Majlis Peguam. MAJLIS PEGUAM INILAH YANG MENJADI DALANG KEPADA PENUBUHAN IFC..!

Assalamualaikum. Tahukah tuan/puan sekelian apakah itu IFC..?

1. IFC (Interfaith Commission) yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religious Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang terlibat. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan agama. Kalau SUHAKAM berfungsi untuk mendengar kes-kes yang berkaitan dengan hak asasi manusia, maka IFC pula akan bertindak dan berfungsi sebagai badan yang mendengar kes-kes yang berkaitan dengan hak-hak individu di dalam mengamalkan hidup beragama (kebebasan beragama).

SIAPAKAH YANG MENCADANGKAN PENUBUHAN IFC?

2. IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council of Buddhism (Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha), Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) melalui memorandumnya kepada majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden MCCBCHS ialah V.Harcharan Singh. Saya sempat berdialog dua kali dengan kumpulan-kumpulan ini dalam satu mesyuarat PANEL anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kebanyakan daripada pemimpin-pemimpin agama ini bersifat angkuh dan begitu radikal yang mana pernah pada satu ketika mereka mendesak agar kedudukan agama Islam sama rata sahaja dengan agama-agama lain di sisi Perlembagaan Negara.

SIAPAKAH YANG PALING BERSEMANGAT MENYOKONG IFC?

3. Majlis Peguam yang diketuai oleh Dato' AMBIGA (bekas Presiden Bar Council) terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti berikut :

- Pada 8 Ogos 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS ( Majlis Perunding Antara Agama Buddha - Kristian - Hindu - Sikh) mengenai perkara ini dan selepas itu idea penubuhan IFC berjalan dengan lancar.

- Pada 8 Disember 2001 satu perayaan 'Festival of Rights' diadakan dengan tema 'Kebebasan Beragama'.

- Pada 10 Disember 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan satu artikel dalam jurnal INSAF.

- Pada 17 Mac 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC (Inter Religious Council) diadakan. Bengkel ini gagal apabila ke semua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN, JUST dan Sisters In Islam termasuk Dr. Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepecayaan. Bagaimanapun Sister s In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.

- Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik ke semua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah majlis Peguam sebagai ahli Jawatankuasa Penganjur tanpa pengetahuan mereka.

- Mengemukakan deraf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC. Persidangan ini dianjurkan oleh suatu badan Yayasan Kristian yang beribu pejabat di negara Jerman, iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).

APAKAH MATLAMAT PENUBUHAN IFC ?
4. Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

APAKAH TUNTUTAN MCCBCHS (BUKAN ISLAM) MELALUI IFC..?

a. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu-bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

b. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

c. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

d. Tidak perlu dicatatkan di dalam Kad Pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

e. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

f. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

g. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusaka selepas kematiannya.

h. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara ruah-rumah ibadat orang bukan Islam seperti Kuil Hindu dan Gereja sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

Kuil Hindu di Kuala Lumpur by zuki12.

i. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

j. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

Gereja katolik Santo Paulus

k. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

l. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

m. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada memvayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

n. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

APAKAH BAHAYANYA PENUBUHAN IFC TERHADAP ISLAM..?

5. Berdasarkan deraf undang-undang penubuhan IRC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat bahaya kepada Islam dari sudut :

(i) Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam. IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam secara terang (tanpa berselindung). Orang bukan Islam memang berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan dalam urusan agama Islam. campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri. Tidak perlu campurtangan IFC.

(ii) IFC berhak menentukan status agama seseorang. Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang antaranya adalah orang bukan Islam. Ini adalah camprtangan yang amat nyata dan menghina Mahkamah Syariah yang selama ini diberi kuasa untuk meentukan status agama seseorang itu. Manakala Jabatan Pendaftaran Negara pula tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Perkara ini terkandung dalam Seksyen 19(3) deraf undang-undang IFC.

APAKAH SIKAP KITA SEBAGAI SEORANG MUSLIM..?

Walaupun pada tahun 2005 yang lalu pihak kerajaan telah menangguhkan kelulusan penubuhan IFC ini, tetapi perjuangan IFC ini telah mula meresap dan merebak ke dalam masyarakat melalui suara-suara yang di bawa oleh Majlis Peguam , HINDRAF dan sebagainya. Nampaknya sekarang Majlis Peguam dan HINDRAF lebih agresif dalam hal untuk menuntut kesamarataan tentang agama-agama lain dengan kedudukan Islam di negara ini.

Jadi, sebagai seorang muslim mahukah kita membiarkan kedua-dua anasir ini meneruskan agenda IFC dalam bentuk pertikaian perundangan Islam oleh Bar Counsil dan juga perjuangan menerusi berarak di jalan-jalan raya macam HINDRAF. Kalau tak mampu nak menentang agenda IFC ini secara berdepan, maka cukuplah kalau tuanh/puan tolong sampaikan maklumat saya ini pada kawan-kawan rapat kita. Wassalam.

Tahukah tuan/puan sekarang ini..? Puak-puak pendokong IFC ini sekarang sedang berusaha untuk mendapatkan dana antarabangsa bagi membina pusat/kompleks rumah ibadat untuk gereja, kuil, dan juga tok kong di Putrajaya. Dengar ceritanya kompleks akan dibina berhampiran dengan PICC, Putrajaya dan kalau terbina nanti maka akan terserlah dari udara jika kapalterbang yang nak mendarat ke KLIA. Berapa kerat sangat orang kristian, hindu dan buddha di Putrajaya tu. Tapi, demi kerana mereka nak menonjolkan syiar agama mereka bagi menandingi Islam, maka akan bina sebesar-besarnya di Putrajaya nanti.

Friday, 28 November 2008

TAZKIRAH JUMAAT : HAKIKAT SIFAT TAKABBUR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh . Amma ba'du.

1. Sifat menyombong diri atau membesar diri adalah sifat hati yang berada dalam batin diri. dari sifat inilah lahirnya perilaku perbuatan atau tindakan yang bersifat lahir sebagai terjemahan atau natijah kepada sifat sombong dan membesar diri. Sifat takabbur ini berbeza dari sifat 'ujub. Sifat 'ujub hanya berkaitan dengan diri sendiri dan ianya berlaku ketika bersendirian tanpa pihak ketiga. Tetapi sifat takabbur ini hanya akan terserlah apabila adanya pihak lain sebagai objek sasaran untuk ditonjolkan.

2. Firman Allah s.w.t, yang bermadsud : " Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri (takabbur) dari menyembahKu akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."
( Surah Fussilat , Ayat 15 )

3. Ada beberapa sebab ataupun punca yang menyebabkan seseorang itu boleh menjadi sombong dan takabbur, iaitu :

Pertama : ILMU - hanya sedikit bilangan orang-orang yang berilmu (alim) ini yang terlepas daripada sifat takabbur dengan ilmunya. Ini kerana kebanyakan daripada mereka yang berilmu ini akan merasa dirinya sempurna dan lebih daripada orang lain.

Kedua : AMAL IBADAH - Kebanyakan orang yang termasuk dalam golongan orang yang kuat beribadah ini akan merasakan bahawa mereka lebih berhak dihormati dan disanjungi daripada orang lain. Mereka juga akan mengharapkan diri mereka akan mendapat lebih keistimewaan di majlis-majlis umum dan kera'ian. Kebanyakan daripada mereka sering mengatakan bahawa dirinyalah yang terselamat, orang lain akan binasa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda : " Jika kamu mendengar seseorang mengatakan semua orang binasa, maka sebenarnya dialah yang lebih binasa" (Riwayat Muslim ).

Ketiga : TAKABBUR DENGAN NASAB KETURUNAN -Jarang sekali orang yang berdasarkan latarbelakangnya berketurunan mulia terlepas daripada rasa besar diri atau takabbur. Kebanyakan mereka memandang rendah orang yang tidak setaraf dengannya.

Keempat : BERBESAR DIRI ATAU TAKABBUR DENGAN PARAS KECANTIKAN - Biasanya ini berlaku di kalangan kaum wanita. Sifat ini boleh mendorong kepada perbuatan merendahkan orang lain seperti mengumpat dan menceritakan keburukan serta keaiban rupa paras orang lain.

Kelima : TAKABBUR DENGAN HARTA KEKAYAAN - Biasanya sifat ini dipunyai oleh para pembesar dan saudagar ahli perniagaan. Mereka akan memandang rendah terhadap orang fakir miskin.

DIMANAKAH KEDUDUKAN TUAN/PUAN DALAM HAL INI..?

4. Justeru, marilah kita bersama-sama memohon kepada Allah agar sifat keji ini serta sebab-sebab yang boleh menjerumuskan kita kepadanya dijauhkan oleh Allah s.w.t, serta berdoa memohon keampunan daripada Allah agar diampunkan dosa-dosa kita sekiranya kita pernah terbabas melakukannya.

Wednesday, 26 November 2008

TERDAPAT 54 KALI KALIMAH "MELAYU" DALAM PERLEMBAGAAN



1. Ramai yang tidak menyedari bahawa di dalam Perlembagaan Malaysia terdapat sebanyak 54 kali perkataan ataupun kalimah "MELAYU" disebut secara jelas dan nyata. Tanpa ragu-ragu dan rendah diri kepada kaum-kaum Cina dan India, orang Melayu seharusnya merasa bersyukur dan bertuah kerana bangsa Melayu merupakan satu-satunya bangsa yang diberi perlindungan khusus di dalam Perlembagaan Negara.

2. Saya sudah selidiki patah demi patah perkataan yang tertulis di dalam perlembagaan ini, namun tidak ada satu perkataanpun menyebut bangsa Cina dan India. Cuma yang disebut hanyalah perkataan pribumi dan kaum bumiputera ataupun secara amnya menyebut "KAUM LAIN". Kaum Lain di sini tidak memberi maksud kepada kaum cina dan India tetapi lebih mirip kepada kaum-kaum lain di Sabah dan Sarawak seperti Iban, Bidayuh, dayak, kadazan, murut , bajau dan sebagainya. Habis..! Kenapa kaum cina dan India di negara ini terlalu sibuk dan seperti muka tak malu untuk menuntut hak sama rata dengan bangsa Melayu di negara ini?

3. Mari kita merujuk kepada Perkara 152 ( Perlembagaan Malaysia ) : yang menyentuh tentang Bahasa Kebangsaan. Lihat 152 (1) " Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen".

4.
Perkara 152 (2) pula dengan jelas menyatakan : "Walau apapun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kedua-dua Majlis Parlimen, dalam dewan Negeri tiap-tiap negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain". Jelas kepada kita bahawa di dalam Fasal 152(2) ini, penggunaan bahasa Inggeris hanya dibenarkan untuk digunakan dalam segala maksud urusan rasmi kerajaan bagi tempoh 10 tahun dari tarikh merdeka sahaja. Bermakna bahawa selepas pada tarikh 31 Ogos 1967, semua urusan rasmi kerajaan sama ada pusat dan negeri mestilah menggunakan sepenuhnya BAHASA MELAYU dan juga tulisan Melayu.

5. Kenapa selepas 51 tahun merdeka, ada pihak-pihak seperti DAP di Pulau Pinang hendak menggunakan tulisan papan tanda di negeri berkenaan dengan pelbagai tulisan dan bahasa termasuk tulisan cina dan tamil. Sebagai seorang berbangsa cina, Ketua Menteri Pulau Pinang En. Lim Guan Eng yang mencetuskan idea ini bukanlah berhasrat nak memperjuangkan serta memartabatkan tulisan bahasa cina sangat. Tetapi, tindakan beliau sebenarnya lebih kepada dendam dan sakit hati kepada bangsa Melayu selama ini yang diberi keistimewaan dalam negara. Matlamat sebenarnya ialah untuk mencabar dan memprovokasi orang-orang Melayu sama ada di dalam UMNO, PAS maupun PKR; adakah mereka akan bersatu di dalam memperjuangkan isu bahasa Melayu ini.

6. Kitapun hairan bagaimana pihak kerajaan pusat dan juga pihak berkuasa yang menguatkuasakan undang-undang Perlembagaan Persekutuan ini boleh berlembut dengan DAP dalam soal isu bahasa Melayu ini. Ianya jelas termaktub dalam Perlembagaan bahawa wajib semua urusan rasmi negara dan negeri menggunakan bahasa Melayu. Kalau tak boleh bertindak melalui undang-undang persekutuan, inilah masanya bagi kerajaan hendak menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan individu dan juga pihak yang cuba untuk menggugat perlembagaan negara dan juga mencabar sensitiviti kaum Melayu. Tidakkah perkara ini boleh membawa kepada kegelisahan, kemarahan, dan akhirnya membawa kepada rusuhan antara kaum di Pulau Pinang nanti..?

7. Pada pandangan saya DAP adalah sebuah pertubuhan parti politik berhaluan kiri yang anti Melayu dan Islam. Kalau di zaman darurat dahulu fahaman ini diperjuangkan oleh Parti Komunis Malaya, tetapi apabila negara sudah merdeka maka fahaman dan perjuangan komunis ini telah meresap dalam perjaungan DAP. Bermakna DAP adalah berfahaman komunis. Bezanya, Parti Komunis Malaya adalah pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan British (gerakan bawah tanah), manakala DAP adalah sebuah Parti Politik yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan. Perjuangan antara Komunis dan DAP adalah sama.

Imej:Rashid Maidin Chin Peng Chin Tien 1955.jpg
Pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng (Sebelah Kanan) dan orang kanannya Rashid Maidin- Dulu Chin Peng memperalatkan Rashid Maidin. Sekarang perjuangan Chin Peng diteruskan oleh saudaranya Lim Kit Siang (DAP), dan Kit Siang telah memperalatkan pula Anwar Ibrahim. Sama saja modus operandi komunis dan DAP yang memperalatkan pemimpin Melayu untuk menghancurkan Melayu dan Islam. Bagaimanapun Kit Siang (DAP) lebih bijak daripada Chin Peng (komunis) kerana beliau berjaya menarik sokongan golongan ulama dalam PAS untuk bersekongkol dengan DAP bagi menghancurkan Melayu dan Islam. Chin Peng ternyata gagal mempengaruhi golongan ulamak di zaman darurat dahulu (1948-1960).

Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat ke 5 by Anwar Ibrahim.

Gambar ini pula ialah Lim Kit Siang ( Kiri ) dan Anwar Ibrahim (Kanan). Lihatlah betapa inteamnya mereka berdua, sama seperti inteamnya gambar di atas antara Chin Peng dan Rashid Maidin.

8. Cuba bayangkan bagaimana kurang ajar dan samsengnya pemimpin-pemimpin DAP dan juga pemimpin-pemimpin hindu PKR serta HINDRAF..! Dah jelas bahawa perkataan 'MELAYU' diulang sebut sebanyak 54 kali dalam perlembagaan negara. Apa akan jadi jika sepatah harampun perkataan melayu tidak disebut dalam perlembagaan. Yang ada cuma perkataan 'MALAYSIAN' dan 'MALAYSIA' . Dah tentu kaum Melayu akan merempat dan dicerca lebih teruk lagi sepertimana Melayu di Singapura. Apa dah jadi dengan melayu di Singapura..? Itu pasal DAP memperjuangkan konsep 'Malaysian Malaysia'.

9. Jadi, kita nak peringatkan kepada kerajaan, khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia- janganlah menggunakan istilah subjek bahasa Melayu sebagai 'bahasa Malaysia'. Kita kena kekalkan semula penggunaan "BAHASA MELAYU". Tidak ada istilah bahasa Malaysia. Ini semua istilah DAP. Kita cadangkan pula pihak kerajaan agar menamakan semula Malaysia sebagai 'MALAYA' kerana Melaya dalam istilah bahasa Inggeris memberi makna 'Tanah Melayu'. Sama juga bangsa India di dunia ini ada tanahair mereka bernama Negara INDIA dan orang Cina ada juga tanahair mereka bernama Negara China. Bagi orang Melayu pula, apakah nama tanahair ataupun ibu pertiwinya..? Orang Melayu di Indonesia, tanahair mereka diberi nama Indonesia. Melayu di Brunei, tanahair mereka diberi nama Brunei. Melayu di Mindanao, tanahair mereka di beri nama Filipina.

10. Jadi, orang Melayu di negara kita sahaja yang boleh mengekalkan nama bangsanya iaitu Melayu dalam sebutan nama negara tanahairnya iaitu "MALAYsia", yang bermaksud melayu asia. Kalau mengikut sebutan bahasa Mandarin " malay-sia" bermakna Melayu Mati. Adakah kita mahu ruh perjuangan Melayu ini mati di tanahairnya sendiri..? Ini tanda-tanda awal bahawa umat Melayu akan hilang di dunia... biarkan, biarkan...

Monday, 24 November 2008

BERITA BAIK UNTUK PENDUDUK PELANGAI

( Petikan Ucapan Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2009 oleh YAB Dato’ Sri Adnan Yaakob, MB Pahang merangkap ADUN Pelangai )

[Adnan_Yaakob.jpg]

SEKOLAH MENENGAH AGAMA PELANGAI AKAN DI 'NAIK TARAF' DARI SEGI KEMUDAHAN PEMBELAJARANNYA.


"17. UGAMA ISLAM


85. Ugama Islam akan terus diimarahkan dengan menambahbaik institusi masjid dan surau, meningkat kecekapan pegawai dan kakitangan Jabatan Ugama Islam, meningkatkan kegiatan penyebaran dan penerangan mengenai Islam, menarik serta pendakwah bebas yang berwibawa, menganjurkan lebih banyak Latihan dan Kursus untuk pendakwah, memperluaskan kegiatan dakwah dan tarbiyyah di kalangan generasi muda.

86. Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan melantik imam yang memiliki ijazah dari Pusat Pengajian Tinggi Ugama di semua masjid bertaraf Masjid Daerah.

87. Sekolah-sekolah Menengah Ugama Kerajaan yang sedia ada akan ditambah kemudahan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selesa. Usaha ini akan dibuat berdasarkan keperluan, giliran dan kemampuan kewangan semasa. Sekolah Menengah Ugama Chenor, Sekolah Menengah Ugama Pelangai, Sekolah Menengah Ugama Al Attas Pekan akan diperbesarkan lagi. Asrama Lelaki Sekolah Menengah Ugama Bukit Ibam akan dibina ".


Saturday, 22 November 2008

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU 51 TAHUN LALU



Assalamualaikum. Untuk makluman tuan/puan, saya berkesempatan pada pagi tadi menghadiri suatu Persidangan Meja Bulat anjuran Gabungan Graduan Muda Melayu di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Dalam persidangan tersebut satu ucaptama telah disampaikan oleh Y.Arif Dato' Mohd Noor bin Abdullah, iaitu Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia. Apa yang disampaikannya mengenai Hak Mutlak dan Kedudukan Istimewa Kaum Melayu tidak dapat diperolehi menerusi mana-mana pensyarah ataupun para pengamal undang-undang di negara ini. Begitu juga tidak dapat diperolehi maksud serta tafsiranya secara tersurat menerusi pembelajaran formal di universiti-universiti. Saya bersama-sama dengan 200 orang peserta yang mengikuti ucaptama daripada seorang bekas Hakim ini amat bertuah dapat mengikutinya. Justeru, saya ingin menyampaikan serta memanjangkan perkara ini kepada tuan/puan sekelian untuk kita kongsi bersama. Ikutilah seterusnya di bawah ini..

1. Yang Arif Dato' Mohd Noor Abdullah ( Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia ) menceritakan bahawa beliau telah membaca WASIAT RAJA-RAJA MELAYU dan PEMIMPIN MELAYU yang diperbuat 51 tahun dahulu ketika negara kita mencapai kemerdekaan, iaitu :

" KAMI WASIATKAN kepada zuriat keturunan kami 7 PERKARA yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

7 PERKARA ITU IALAH :

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ( sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA )

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara,

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah agama persekutuan,

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU dan,

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. ( kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak ).

2. Demikianlah tujuh wasiat yang telah diceritakan oleh Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia ini di Persidangan Meja Bulat anjuran Gabungan Graduan Muda Melayu ( GGMM ) pada hari ini 22 hb November 2008 di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.

3. Huraian mengenai ketujuh-tujuh wasiat Raja-Raja Melayu ini tidak dapat nak saya tulis serta gambarkan di sini kerana ianya lebih banyak bersifat tafsiran yang tersirat berasaskan kepada Perlembagaan Malaysia. Saya terpaksa mendengar dengan teliti selama hampir 3 jam bagi memahaminya. Kalau saya tulis ringkasannya di sini, dibimbangi ada di kalangan pembaca sekelian yang tidak dapat memahaminya secara objektif dan komprehensif. Ianya perlu difahami satu persatu berasaskan beberapa artikel (Fasal ) yang berkaitan dengannya di dalam Perlembagaan Persekutuan.

4. Sebagai rujukan dan makluman terperinci, sila lihat Perlembagaan Persekutuan mengenai fasal-fasal berikut :

Perkara 3 (1), (2), (3) dan (5)
Perkara 11.
Perkara 12.
Perkara 38 (5).
Perkara 152.
Perkara 153.
Perkara 181 (1).

5. Jika tuan/puan nak dapatkan kefahaman mendalam sebagaimana yang saya perolehi menerusi persidangan ini, tuan/puan bolehlah menghimpunkan beberapa orang kawan ataupun kumpulan sekitar 10-20 orang dalam satu bengkel khas yang akan saya sampaikan selama 3 jam. Saya sedia untuk memberikan penjelasan secara detail bagi memberi semangat dan kefahaman kepada tuan/puan mengenai kepentingan agenda Melayu dan Islam berasaskan kepada ketujuh-tujuh wasiat ini. Perkhidmatan saya adalah berbentuk 'AMAL JARIAH' ( Tiada bayaran dikenakan demi Melayu dan Islam ).

6. Justeru, sebagai pejuang Melayu serta para pemikir Melayu sekelian; saya ingin bertanya..! Adakah selama ini para pemimpin Melayu tidak kira sama ada dari kalangan parti UMNO ataupun PAS telah melaksanakan ketujuh-tujuh wasiat seperti yang tertera di atas. Kenapa kaum Melayu dan umat Islam di Malaysia pada hari ini dicemuh, diperlekeh, dicabar serta diperalatkan oleh kaum-kaum lain yang anti Melayu dan Islam.? Tolong hebahkan wasiat ini kepada mereka agar mereka insaf dan kembali kepangkal jalan.




“Sudah tiba masanya untuk orang Melayu mengambil sikap 'menyerang' bagi memastikan hak-hak yang dinikmati selama ini dapat dipertahankan. .



Friday, 21 November 2008

TAZKIRAH JUMAAT - SIFAT DUSTA

Asasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 'Amma ba'du'.

1. Islam sangat mengeji sifat dusta, dan menjadikannya salah satu daripada sifta orang kafir. Seterusnya telah mengancam orang yang berdusta ini dengan balasan azab yang amat pedih. Firman Allah, bermaksud :

" Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk membuat kata-kata dusta terhadap Allah, tidak akan berjaya (mereka hanya mendapat) sedikit kesenangan (di dunia) dan (sebaliknya) mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya."
( Surah al-Nahl : Ayat 116-117 )

2. Sebenarnya yang tergamak membuat duasta itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itu ialah orang-orang yang bertabiat dusta. Dan pada hari Khiamat nanti kita akan dilihatkan oleh Allah akan orang-orang yang berdusta ini dengan muka mereka yang hitam legam.

3. Sabda Nabi s.a.w, bermaksud : " Celakalah bagi orang yang bercerita untuk menjadikan orang ramai suka dan ketawa lalu (sanggup) ia berdusta! celakalah dia dan celakalah dia." ( Riwayat Abu Daud, al-Nasa'i, al-Baihaqi dan al-Turmuzi ).

4. Islam menghendaki supaya setiap orang itu tegas dan memberi maklumat tepat dan benar terhadap apa yang diucapkan oleh lidahnya, ataupun dalam zaman moden ini terhadap apa saja yang disampaikannya sama ada melalui media cetak ataupun media elektronik seperti di internet ( laman-laman Blog ).

5. Justeru, saya ingin menasihatkan rakan-rakan dari kalangan Bloggers ataupun dari kalangan penulis-penulis di mana-mana saja media elektonik di negara ini agar membuat pernyataan-pernyatan ataupun tulisan-tulisan yang menjurus kepada kebenaran dan juga ketepatan dari segi maksud dan juga mesej yang hendak disampaikan.

6. Jika kita, menulis ataupun menceritakan sesuatu yang palsu dan dusta tanpa ada bukti dan juga keterangan-keterangan yang jelas dari segi kesahihannya - maka ditakuti nanti kita akan tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang akan menerima azab yang pedih di akhirat kelak. Muka kita juga akan dijelmakan oleh Allah di akhirat kelak dengan warna hitam legam yang menggambarkan bahawa seseorang itu dicap sebagai pendusta dan penipu semasa hidupnya di dunia.

Semoga kita sekalian insaf dan bertaubat kepada Allah daripada kesalahan dusta yang pernah kita lakukan selama ini.
a

Monday, 17 November 2008

KUKUHKAN POLITIK MELAYU - RAIS YATIM

Imej:RaisYatim.jpg

( Teks Ucaptama Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Luar Malaysia di Program Wacana Mengenai Isu Perundangan dan Hak-hak Pribumi Dalam Perlembagaan anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) DAN Persatuan Peguam Muslim Malaysia di Memorial Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur- 16 November 2008)


MUKADIMAH

1. KEBELAKANGAN ini terlalu banyak cemekan yang menghina orang Melayu. Seolah-olah Melayu sudah hilang maruah dan hilang punca. UMNO diberi katadua bila seorang pemimpinnya mengatakan bahawa dalam lipatan sejarah ada penumpang di negeri Melayu; bangsa diberi malu di tanah air sendiri. Kerja perli dan mengaibkan ini dilakukan oleh pelbagai pihak terhadap kedudukan utuh Bangsa Melayu khususnya dan kaum pribumi di Malaysia ‘amnya.

2. Pada masa-masa tertentu didapati seolah-olah fakta dan sejarah menjadi alat mainan politik masing-masing lalu Melayu dan pribumi ditempelak, dipertikai, dicemuh dan dihina. Seorang Timbalan Menteri dari parti Gerakan lantas mendakwa pada 10 Oktober lalu di majlis rasmi parti nya, bahawa orang Melayu kononnya sama saja dengan kaum-kaum lain sebagai pendatang ke Negara ini. Pemimpin celupar itu yang secara kebetulan memenangi kerusi Dewan Rakyatnya di Perak Mac lalu atas sokongan pengundi Melayu akhirnya merumuskan jika tak faham sejarah jangan memandai-mandai. Sementara itu ada pula pihak lain yang meluahkan pendapat bahawa kononnya Melayu tak ada mempunyai taraf ketuanan.

3. Terbaru ialah pandangan bahawa lantaran Barack Obama baru saja menang pilihanraya di Amerika Syarikat justeru di Malaysia juga perlu ada situasi di mana sesiapa saja harus boleh jadi Perdana Menteri. Ini bukan perkara baru kerana Per. 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan memang tiada menekankan bangsa mana yang harus dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Cuma, sebagaimana Lee Hsien Loong PM Singapura berkata di pulau republik itu baru-baru ini – tidak praktikal bagi orang bukan-Cina jadi PM. Begitu jugalah di Malaysia, PM masa depan harus terdiri dari kalangan yang bangsanya majoriti di Malaysia. Lantaran Melayu dan pribumi memegang kedudukan majoriti, seharusnya siapa jadi PM tentulah sesuatu yang di putuskan oleh mereka dan bukan oleh bukan Melayu.

4. Mereka yang lebih jauh igauannya melontarkan pendapat bahawa di Malaysia kononnya diskriminasi begitu hebat hingga segala prasarana politik dan sosial yang selama ini menjadi sifat semulajadi kenegaraan dan negarabangsa perlu dipinda atau diubah supaya wujud suasana sama rata dan sama rasa. Ini hanya boleh dilakukan melalui suara majoriti dalam sistem demokrasi. Apa yang ada pada Perlembagaan Persekutuan itulah yang harus kita hormati kerana dokumen Negara itu adalah hasil perjuangan bersama yang sebahagian besar daripadanya merupakan kontrak sosial yang pokok. Soal hendak meminda perlembagaan adalah soal lain, sesuatu yahg harus bergantung pada kekuatan politik sesuatu kumpulan.

5. Ramai orang Melayu terasa tersinggung dengan luahan-luahan yang mempersenda bangsa mereka. Ramai pula yang tak puashati lantaran tiada tindakan setimpal yang diambil oleh pihak-pihak tertentu bila Melayu dipersenda sedemikian rupa. Tetapi ramai pula yang terus dalam keadaan tak kisah dan lantas membiarkan sahaja polemik pribumi ini dipermainkan di arena politik kelompok masing-masing.

6. Masih ingatkah kita peristiwa di mana Melayu diberi amaran supaya jangan lagi melibatkan keris dalam soal-soal perjuangan? Masih ingatkah kita siapa yang mengatakan Melayu itupun pendatang dan semua juga pendatang ke negara ini? Masih ingatkah kita bila Ahmad Ismail mengingatkan fakta sejarah tentang situasi ‘menumpang’ dan ‘pendatang? Sekarang Ahmad Ismail telah digari oleh partinya sendiri. Tetapi mereka yang menghina masyarakat Melayu dan pribumi masih berdiri di busut tinggi sambil ketawa menghilai dan bertepuk tangan. Ketua pemuda kita pernah di beri amaran jangan cium keris lagi. Kini pula kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menjadi condong akibat dasar sosialis kerajaan baru P.Pinang. Kemudian berlaku pula amalan tangkap lepas, tangkap lepas di sisi undang-undang keselamatan negara yang selama ini menjamin ketenteraman awam. Seolah-olah kuasa politik dan undang-undang yang ada sudah luntur. Memang boleh dibandingkan dengan pepatah bila pohon tumbang kura-kura pun naik.

7. Dalam persekitaran inilah kita berpolemik hari ini. Mari kita susur sejarah. Kemudian kita kaji undang-undang Negara kita. Akhirnya kita rumuskan apa harus dibuat bagi pihak orang Melayu dan kaum pribumi agar masa depan anak cucu kita tidak kacau. Agar kita dan mereka tidak tercari-cari atau teragak-agak tentang haluan dan kedudukan bangsa. Agar kita jangan seperti pantun bidalan:

Udangnya banyak di hilir
Ikan diatur dengan galah
Undang-undang memang mahir
Tapi bicara kita kalah

8. Dengan latarbelakang dan suasana begini kita harus meneliti semula kedudukan orang Melayu dan pribumi dari dua aspek, pertama dari sudut sejarah dan kedua dari sudut perundangan. Kedua-dua aspek ini sebenarnya berkait rapat. Sementara undang-undang adalah peraturan dan syarat yang dicipta manusia melalui penguatkuasaan legislatif atau lunasan di Raja (royal prerogative) fakta sejarah adalah laluan hidup dan tamadun sesuatu bangsa. Tentunya sejarah bersandar kepada fakta tarikh dan zaman. Walaupun sebab-musabab atau huraian sejarah mungkin boleh dihujjah dan dipertikaikan menerusi sentimen politik, agama dan budaya masing-masing, ianya tetap menimbulkan kenyataan yang mengikut sarjana dinamakan fakta sejarah atau historical fact.

FAKTA SEJARAH

9. Fakta Sejarah boleh dianggap sebagai faktor utama yang meneguhkan hujjah bahawa orang Melayu atau stok Melayu itulah yang mula-mula mendiami Semenanjung Tanah Melayu yang dikenali dunia sebagai Malaya (Land of the Malays). Ini adalah sepertimana India adalah negeri orang keturunan bangsa India yang stok asalnya berunsur Dravidian; sepertimana orang Arab di Timur Tengah khususnya di Arab Saudi; sepertimana negeri China dinamakan China lantaran bangsa Cina yang bertamadun 5,000 tahun itu mendiami dan mewarisi negara itu turun-temurun; atau sepertimana England didiami Anglo-Saxon. Struktur dan susunan seperti ini terpakai dan diiktiraf di kebanyakan negara dan bangsa di dunia ini.

10. Sepertimana Christopher Columbus menemui Red Indians di benua Amerika pada abad ke-15 sebagai penduduk asal benua Amerika, begitulah juga I-Tsing, seorang sarjana Cina yang menetap lama di Palembang sekitar 671 masihi, menggunakan istilah Moloyu untuk merujuk kepada orang Melayu yang tinggal di kepulauan Melayu termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Pengembara-peniaga Arab pada abad ke-7 juga menyebut beberapa kawasan negeri Melayu seperti Pahang, Temasik, Terengganu, Jambi dan lain-lain dalam catatan mereka. Temasek, Jawa, Inderagiri dan kepulauan lain di kawasan lautan Tenggara lazim kemudiannya dinamakan Nusantara oleh para sarjana tempatan. Saudagar Arab yang menjelajah Perlak di Acheh pada 1242, Melaka 1420, Sulawesi 1470, dan lain-lain kawasan kepulauan rantau ini juga mengIslamkan Raja-raja Melayu yang pada masa itu rata-rata beragama Hindu dan menamakan mereka sebagai Sultan walaupun nama dan terma-terma Sanskrit serta beberapa amalan budaya Hinduisme masih berpengaruh, terutama berkaitan kepercayaan animisme dan semangat.

“Buruh India dibawa masuk untuk melakukan kerja di sektor kerja raya, perladangan getah dan perkeranian manakala kaum Cina pula untuk memenuhi sektor perlombongan, perniagaan runcit dan keperluan pentadbiran negeri-negeri Selat.Jadi untuk menyamakan kedudukan orang Melayu di Semenanjung dan pribumi di Sabah dan Sarawak dengan asal-usul keturunan kaum pendatang amatlah menyeleweng dan bersifat tidak jujur"


11. Walaupun pedagang India mula intim dengan Melaka selang beberapa tahun selepas Parameswara membuka negeri Melaka pada tahun 1403, pedagang Cina hanya mula pesat di Melaka selepas pelayaran Cheng Ho. Masyarakat Nyonya-Baba dipercayai mula bertempat selepas tahun 1413. Tetapi apa yang harus diambil sebagai kenyataan atau fakta sejarah ialah bahawa Melayu adalah penduduk hakiki berkurun-kurun sebelum Melaka dibuka. Melayu sebagai warga asal Semenanjung Tanah Melayu dan Nusantara sudah difaktakan sejarah.

SEJARAH MELAYU KLASIK

12. Jika ini masih dikhuatiri sebagai kurang cukup sebagai bukti, Sejarah Melayu penulisan klasik Tun Sri Lanang amat memadai sebagai bukti bahawa orang Melayu dan raja mereka adalah bangsa asal di kepulauan Melayu dan Semenanjung Tanah Melayu.

13. Kisah antiquiti berkaitan personaliti pra-sejarah seperti Raja Suran, Wan Empok Wan Malini di Bukit Siguntang, Demang Lebar Daun, Sang Sapurba, Sang Nila Utama, Cati Si-Bilang Pandai, Raja Seri Maharaja, Datuk Perpateh Nan Sebatang dan Datuk Temenggung – semua ini adalah ikon keturunan kita yang menerokai dunia sebelah sini sekurang-kurangnya semenjak 2,500 tahun lalu. Dr. Heine Geldern dan Dr. Van Stein Callenfels dua orang sarjana autoritatif tentang asal-usul Melayu menyatakan perihal ini dengan jelas. Sarjana berdua ini juga memperakui bahawa orang Melayu proto pernah menjelajah jauh hingga ke Pulau Easter dan Madagascar. Dan menurut Richard Winstedt, stok keturunan Melayu menjangkau jauh hingga menakluki Polenesia.

14. Di zaman Inggeris bertapak di Semenanjung yang secara kasarnya antara 1874 hingga 1957 tenaga buruh India dan Cina dibawa masuk bagi memenuhi kehendak politik dan ekonomi mereka. Pada suatu tempoh masa dalam tahun-tahun 1920han bukan Melayu lebih ramai daripada Melayu di Semenanjung. Buruh India untuk kerjaraya, perladangan getah dan perkeranian; kaum Cina untuk sektor perlombongan, perniagaan runcit dan keperluan pentadbiran negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Untuk menyamakan kedudukan orang Melayu di Semenanjung dan pribumi di Sabah Sarawak dengan asal-usul keturunan kaum pendatang amatlah menyeleweng dan bersifat tidak jujur.

PENCORAKAN KUASA POLITIK DAN PEMERINTAHAN

15. Tanpa menghitung panjang lebar mengenai kuasa pentadbiran Inggeris, satu-satunya institusi tradisional yang mereka tidak berjaya menghapuskan ialah hak-hak keitimewaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Apa yang sebenarnya dianggap sebagai ketuanan Melayu itu ialah kedaulatan dan keistimewaan Raja-Raja Melayu. Ini adalah kerana institusi Raja atau kesultanan Melayu itu sentiasa rapat dengan psychekeMelayuan. Secara tradisi pentadbir Inggeris seperti Frank Swettenham, Hugh Clifford, Mubin Sheppard dan lain-lain pentadbir Inggeris sering memperlihatkan sifat simpati mereka terhadap orang Melayu. Ini adalah kerana mereka menyedari kedudukan dan hak orang Melayu sebenar. Swettenham pernah berkata “the Malays have their own outright position as native inheritors of their land.

16. Dalam The Federation of Malaya Agreement 1948 atau Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, semasa Bintang Tiga dan gerombolan penjahat komunis bergelut untuk merampas Malaya dari tangan British, pegawai-pegawai tinggi mereka terus bersedia dan bersimpati terhadap kepentingan orang Melayu sebagai penduduk dan pewaris asal. Perkara-perkara pokok seperti hak hak keistimewaan orang Melayu, hak kedaulatan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, agama Islam dan adat istiadat Melayu antara lain diberi peruntukan di dalamnya. Perjanjian ini sah mengatakan bahawa kepentingan orang Melayu dan kaum-kaum lain tidak disia-siakan. Perjanjian inilah yang menjadi asas rujukan Suruhanjaya Reid 9 tahun kemudian yang merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Dalam laporan Suruhanjaya Reid terkandung ayat ini:

"The Alliance in their memorandum said – The Constitution should therefore provide that the Yang di-Pertuan Besar (Agong) should have the special responsibility of safeguarding the special position of the Malays"

17. Ungkapan rasmi tersebut membuktikan bahawa kontrak sosial atau ikatan kemasyarakatan seperti yang dipeturunkan di atas adalah persetujuan yang mengiktiraf kedudukan khas orang Melayu disisi kaum-kaum di Malaya ketika itu. Hasrat politik itu lantas dijadikan Perkara 153 di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Walaupun Perlembagaan Persekutuan telah dipinda 45 kali, peruntukan ini kekal sehingga kini di bawah Perkara yang sama. Bahasa perundangan yang digunakan di bawah Per. 153 adalah bersifat wajib kerana klausa (1) memperuntukkan:

'Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini'

18. Peruntukan ini sebenarnya lebih tegas lagi bahasanya di dalam versi Bahasa Inggeris kerana ayat awalannya berbunyi “It shall be the responsibility of the Yang di-Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays and the legitimate interests of other communities…” Dengan lain takrif, Yang di-Pertuan Agong tak dapat tiada wajib memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta Bumiputra dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Negara ini.

19. Dari sini kita harus melihat kandungan peruntukan 153 selebihnya. Klausa (2) mentakrifkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dalam tugas baginda memelihara kedudukan istimewa orang Melayu adalah tertakluk kepada Perkara 40 Perlembagaan yang mewajibkan nasihat Kabinet atau salah seorang daripada Menteri yang bertindak menasihati baginda. Dalam konteks inilah Yang di-Pertuan Agong berkuasa merezabkan sebahagian jawatan dalam perkhidmatan awam. Klausa 153 (2) juga menyebut tentang permit atau lessen, biasiswa atau bantuan. Per 153 amat luas kerana adanya perkataan “atau lain-lain kemudahan khas”. Klausa (3) pula memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan arahan berkaitan pemberian keistimewaan-keistimewaan tersebut. Penting disebutkan di sini bahawa sekali bantuan atau keistimewaan itu diberikan, ianya tidak boleh dilucutkan sewenang-wenangnya.

PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TRADISI YANG ASASI DI BAWAH PERUNDANGAN NEGERI PERSEKUTUAN

20. Setiap Perlembagaan sesebuah Negara sedia mengandungi apa yang diiktiraf sebagai peruntukan-peruntukan “entrenched” atau yang tidak boleh diubah atau dipinda melalui proses biasa, yakni dengan hanya kelulusan 2/3 dari anggota Dewan Rakyat yang hadir bermesyuarat. Peruntukan-peruntukan itu seperti yang disenaraikan di bawah hanya boleh dipinda dengan persetujuan Majlis Raja-Raja:

Per. 10 (4) [perihal kuasa Parlimen membuat undang-undang cegahan berkaitan keselamatan negara, keistimewaan-keistimewaan dan kewarganegaraan],

  • Bahagian 3 (Kewarganegaraan),
  • Perkara 38 (Majlis Raja-Raja),
  • Per. 63(4) (Keistimewaan-keistimewaan Parlimen),
  • Per. 70 (Keutamaan Yang Di-Pertua Negeri dan Raja),
  • Per. 71(1) (Jaminan Kerajaan Persekutuan terhadap Perlembagaan negeri],
  • Per. 152 (Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan),
  • Per. 153 (Hak dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra),
  • Per. 181 (Kedaulatan & keistimewaan Raja-Raja Melayu)

21. RUMUSAN pertama yang boleh dibuat ialah bahawa Kuasa pengimbang tetap ada pada Raja-Raja Melayu samada yang ada pada Yang di-Pertuan Agong, para Sultan masing-masing atau pada Majlis Raja-Raja yang berfungsi di bawah Per. 38. Di semua negeri di Semenanjung, misalnya, hanya orang Melayu yang boleh di lantik sebagai Menteri Besar tetapi hal yang sama tak wujud di Persaekutuan, di Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Per. 43 (2) syarat pelantikan seseorang Perdana Menteri hanyalah jika pada pendapat YDA seseorang itu mendapat sokongan ramai Dewan Rakyat. Dalam keadaan ini tentunya suatu hari nanti seorang warganegara Malaysia bukan Melayu boleh menjadi PM.

22. Walaupun ini merupakan sesuatu yang kurang menggembirakan para nasionalis Melayu, namun realitinya adalah sedemikian. Inilah yang menyebabkan seseorang ketua pembangkang di Dewan Rakyat akan sentiasa cuba mendapatkan sokongan majoriti daripada keanggotaan Dewan itu. Dalam konteks yang sama YDA mempunyai tiga fungsi dan kuasa yang tidak boleh di persoalkan:

(a) pertama melantik seseorang Perdana Menteri ;
(b) kedua tidak memperkenankan membubar Parlimen (apabila didesak oleh sesuatu pihak); dan
(c) meminta supaya diadakan satu mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja dan mengambil tindakan darihalnya.

23. Kuasa ini juga wujud di bawah Perlembagaan semua negeri beRaja. Peristiwa di Perlis dan Terengganu pada bulan April 2008 jelas menukilkan fakta ini. Walau apapun yang dipertikaikan faktanya ialah Raja Melayu mempunyai kuasa mutlak walaupun ada pihak-pihak yang menyatakan bahawa Raja mesti ikut nasihat dalam menentukan sesuatu di bawah Per. 40 Perlembagaan. Pada suatu hakikat ini memang benar tetapi harus difahami bahawa bahasa perundangan yang sedia ada di bawah Per. 43(2) cukup jelas untuk membenarkan Raja bertindak melantik Perdana Menteri mengikut pandangan subjektifnya.

24. Ini bermakna keistimewaan orang Melayu dan Bumiputra bukanlah tanpa sempadan dari segi realitinya. Justeru, keistimewaan itu harus dilampini dengan perolehan dan kepakaran ilmu secara berterusan. Ekonomi Bumiputra seharusnya kini melebihi paras 30% dari segi perolehan asset. Malangnya Bumiputra masih dikatakan berada ditahap kurang dari 20%. Mungkinkah kaedah atau cara kita membuat perkiraan silap? Mungkin juga kaedah pengumpulan data tidak memasukkan fakta-fakta wajib yang lain. Sebagai warga Malaysia yang majoriti tiada salahnya jika cita-cita politik UMNO misalnya ingin mencapai 50% atau 60% sejajar dengan populasi Malaysia diwakili Melayu dan pribumi. Dari sudut ini jelas bahawa penggunaan kuasa politik selama ini telah kurang berjaya memperjuangkan kaedah atau mekanisme penyampaian dasar DEB itu walaupun dari segi pembangunan banyak kemajuan tercapai.

25. Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan di Negara ini memerlukan kaedah penggunaan yang baru. Ia harus dijadikan bahasa ilmu, bukan hanya setakat bahasa komunikasi dalam konteks kedudukannya sebagai bahasa Kebangsaan. Keadaan sekerat belut sekerat ular dalam pembahasaan harus ditinggalkan. Usaha dan tugas memantau melalui kuatkuasa undang-undang Dewan Bahasa & Pustaka berkaitan penggunaan bahasa Kebangsaan harus diketengahkan segera. Lantaran Kabinet telahpun meluluskan pindaan undang-undang yang diperlukan setahun lalu usaha memperkukuh kedudukan bahasa Kebangsaan mesti diutamakan. Bangsa yang kurang menekankan bahasa nasionalnya akan ketinggalan dalam hal-hal pemupukan budaya nasionalnya juga.

26. Kedaulatan Raja-Raja Melayu memang akan tetap kukuh dan berkuatkuasa selagi pemerintahan berparlimen dan Raja berperlembagaan kekal di Malaysia. Sistem yang ada juga bermakna bahawa kepentingan warga bukan Melayu tidak diabaikan kerana kuasa Parlimen membuat undang-undang negara yang berasaskan keadilan dan kesaksamaan tetap wujud dan terpelihara. Demikianpun, rakyat Malaysia harus diberi lunas menghormati dan menghayati kedaulatan Raja. Cara terbaik ialah dengan melunaskan Rukunegara sepenuhnya melalui latihan dan pembelajaran.

27. Yang perlu diingati ialah, setakat mempunyai hak-hak keistimewaan seperti yang terkandung pada Per. 153, atau setakat kedaulatan terhad Raja-Raja Melayu (Per. 38 dan 181), bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Per. 152), perkhidmatan awam yang majoriti Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi negara (Per. 3) ¬ ini semua belum menjamin kekuatan semulajadi, jauh sekali mendaftarkan ketuanan Melayu itu sendiri. Kita mesti kuat dari segi politik. Bila kuasa di tangan harus pandai menggunakannya dengan bijak. Ketuanan akan datang dan kekal jika kuasa politik kukuh dan terus membela bangsa sendiri. Malangnya kekukuhan dan ketuanan bukan komoditi yang mudah diperolehi dengan hanya laungan. Ia akan hanya datang dan berada di sisi apabila perjuangan itu luhur dan tidak kotor.

28. Ketuanan sesuatu kaum atau supremacy sesuatu masyarakat tidak boleh dipergantungkan sangat lantaran sifat itu lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara. Laungan ketuanan Melayu itu seharusnya dilihat dari sudut ilmu, kebolehan dan kemampuan, merit dan dedikasi terhadap tugas dan tanggungjawab, disiplin politik dan sebagainya. Kalau kita beli undi untuk jadi ketua Bahagian atau hendak jadi pemimpin dalam UMNO bagaimana kita boleh kata kita Tuan?

29. Sebagai warga asal, orang Melayu dan pribumi memang boleh berbangga dan mendabik dada jika sifat-sifat tinggi peradaban tersebut terlengkap pada diri pemimpin dan yang dipimpin. Bila ini terbukti, dengan sendirinya orang Melayu dan kaum pribumi akan di lonjakkan oleh masyarakat Malaysia. Tetapi sekadar melaungkan Melayu tuan kepada sekalian yang lain barang sudah tentu akan menyulitkan perjuangan itu sendiri.

30. Hanya Raja kita yang boleh dianggap Tuan kepada semua warganegara Malaysia. Selainnya kita adalah sama di sisi undang-undang. Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan mengisytiharkan semua orang adalah sama di sisi undang-undang. Berhadapan dengan peruntukan ini tidaklah wajar mana-mana orang mendakwa atau menuntut bahawa bangsanya adalah tuan kepada yang lain. Kesultanan atau Raja Melayu yang menjadi tunggak dan simbol kuasa dan kerajaan yang berdaulat memang memungkinkan orang berani melaungkan ‘Ketuanan Melayu’.

31. Sebagai perbandingan, Red Indian di Amerika dan orang Maori di New Zealand, misalnya masih belum berani menonjolkan diri mereka sebagai pihak yang dipertuankan oleh warga majmuk di Negara mereka. Ini disebabkan bilangan mereka yang kecil dan keupayaan politik mereka terhad. Melayu dan pribumi memang mempunyai kelebihan dari segi bilangan penduduk dan hak-hak tertentu di negara ini tetapi kekuatan politik orang Melayu sendiri sudah banyak terhakis akibat politik UMNO, PAS dan PKR. Jika kekuatan politik orang Melayu dapat disatukan atau sekurang-kurangnya UMNO itu sendiri diperkasakan perjuangannya barang sudah tentu kuasa bangsa akan menjana kuasa yang lebih besar. Bila itu berlaku bolehlah ditepuk dada ditanya selera. Nanti orang lain yang akan mengatakan bahawa Melayu adalah tuan di negara mereka.

32. Takrif Melayu itu sendiri mempunyai tiga syarat asas: pertama seseorang itu hendaklah menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Definasi Melayu ini tentunya menimbulkan masalah oleh kerana jika kurang tersempurnanya salah satu daripada syarat yang tiga itu mungkin menyebabkan seseorang itu tidak lagi layak dianggap sebagai Melayu. Walaubagaimana pun kesukaran seperti ini belum pernah disuai di hadapan mahkamah di Negara ini. Ini tidak bermakna ia tidak akan muncul nanti sebagai suatu kemungkinan yang membawa kepayahan. Misalnya dari segi bahasa dan adat istiadat mungkin akan muncul persoalan: adakah kita kini berbahasa Melayu dengan lazimnya? Adakah kita mengamalkan budaya kita sehingga secara jelas mengandungi adat istiadat Melayu; apakah dia adat istiadat Melayu itu?

33. Bila ini semua dipersoalkan sebanyak sedikit natijah tidak sempurna mungkin muncul. Orang Melayu dan pribumi akan terasa bahawa sesungguhnya terdapat banyak ketinggalan dan kekurangan yang ada pada diri mereka sendiri. Justeru sebelum dilaungkan ketuanan, keagungan dan sebagainya muhasabah diri perlu dilaksanakan. Kekuatan dalaman perjuangan mesti dicapai kembali supaya para pemimpin Melayu insaf bahawa politik mencapai dan mengekalkan kuasa harus tertumpu kepada bangsa sendiri terlebih dahulu. Agenda Melayu sedia ada pada UMNO, parti-parti politik dan badan-badan bukan Kerajaan serta ummah Melayu itu sendiri.

SYOR

  • Melayu-Bumiputra perlu memperkasakan politik melalui bilangan mereka yang besar. Untuk itu mesti bersatu tenaga dan perjuangan.
  • Mengenal sejarah bangsa untuk panduan perjuangan.
  • Mengenal kelemahan politik dan ekonomi dan mengatasi dengan muhasabah diri.
  • Politik Melayu melalui UMNO mesti dirobah – Fasal 3 Perlembagaan UMNO perlu dihayati lantaran di dalamnya sedia terkandung agenda Melayu yang sebenar.
  • Mewujudkan lapisan muda yang berilmu dan berbudaya Melayu
  • Menolak nisbah sekurang-kurangnya 30% dan menggantikannya dengan setinggi-tinggi mungkin nisbah kekayaan Negara dimiliki Bumiputra.
  • Semua dasar berkaitan Melayu-pribumi dan Islam diputuskan terlebih dahulu oleh tapisan politik sebelum diputuskan kerajaan.
  • Hindari perjuangan lemah imej. Bertindak bila Melayu atau UMNO dicerca oleh politik luaran. Jangan mudah minta maaf bila tidak bersalah. Simbol-simbol kekuatan perjuangan wajib dipertahankan. Bahasa jiwa bangsa perlu jadi amalan. Penjiwaan perjuangan dipasakkan ke dalam hati sanubari golongan puteri putera.
  • Sistem penguatkuasaan undang-undang dan dasar dijamin pantas dan saksama.


YB. DATUK SERI UTAMA DR. RAIS YATIM - Wisma Putra