Translate

Tuesday 9 December 2008

RINTIHAN PENDUDUK DI BUKIT ANTARABANGSA


[Banglow+2.jpg]

1. Kejadian tanah runtuh di Taman Mewah, Bukit Antarabangsa Sabtu lalu (6 hb Disember 2008) telah mengundang berbagai persoalan dan juga rintihan di kalangan penduduk yang telah lama menghuni dan memiliki rumah sendiri di kawasan berkenaan.

2. Persoalan pertama, wajahkah pihak Polis mengeluarkan arahan kepada penduduk di sekitar berkenaan yang berjumlah hampir 5000 orang untuk berpindah serta merta. Tragedi tanah runtuh yang terlibat hanya membabitkan kediaman rumah banglo sekitar 20 buah rumah. Dan jika diambil kira daripada faktor struktur tanah yang memungkinkan berlakunya lagi tanah runtuh, kemungkinan melibatkan hampir 100 buah rumah kediaman di sekitar tragedi berkenaan.

3. Pihak manakah yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan arahan kepada penduduk untuk berpindah serta merta. Adakah pihak Polis, pihak Majlis Perbandaran (MPAJ) ataupun Kerajaan Negeri Selangor. Kalau semua penduduk mengambil keputusan untuk berpindah atas nasihat polis, maka siapakah yang akan bertanggungjawab terhadap ganti rugi kemusnahan harta benda mereka..? Kalau polis dah sahkan bahawa kawasan itu tidak selamat untuk didiami, apakah jaminan daripada pihak kerajaan negeri kepada para penghuni kediaman sendiri yang terpaksa meninggalkan tanah serta rumah mereka yang telah dibeli secara sah melalui Pemaju dan diluluskan oleh kerajaan negeri selangor selama ini.

4. Saya sempat membantu para penduduk di sana pada hari Sabtu yang lalu. Terdapat salah seorang penduduk yang berkata bahawa kami sedia berpindah, tetapi nak pindah ke mana. Kalau orang yang meneroka tanah haram (setinggan) di tanah kerajaan, apabila diarah berpindah maka kerajaan akan memberi pampasan sebanyak RM 7,000 dan akan menyediakan lot tanah ataupun rumah yang baru kepada setinggan ini. Bagaimana nasib kami yang terang-terang menjadi pemilik hakiki (sah) kepada rumah serta tanah yang didiami di Bkt Antabangsa ini. Boleh kah kerajaan negeri selangor memberi tanah lot baru di negeri selangor sebagai ganti kepada tanah dan rumah yang terpaksa kami tinggalkan. Tak kan kami nak tinggalkan begitu saja.

5. Cuba lihat semula Apartment Highland Tower yang tumbang pada tahun 1993 yang lalu, iaitu genap 15 tahun dahulu. Pihak MPAJ , JKR dan IKRAM telah membuat kajian struktur tanah dua buah Blok berkenaan yang belum tumbang. Mereka melaporkan bahawa kedua-dua blok Apartment H.Tower yang tinggal itu tidak selamat lagi untuk diduduki dan boleh tumbang pada bila-bila masa. Terpaksalah penghuni kedua-dua blok berkenaan mengosongkannya. SAampai sekarang, kedua-dua blok berkenaan masih tegap dan berdiri teguh. Tak pulak runtuh-runtuh. Akhirnya, jadi sarang penagih dadah dan jadi pusat hiburan liar dan maksiat pada malam minggu. Cuba tak pindah dulu, sampai sekarang penghuni kedua-dua blok berkenaan masih selamat. Kalau dah tak selamat, sepatutnya pijhak MPAJ mesti merobohkan kedua-dua blok bangunan tersebut. Sampai sekarangpun tak buat apa-apapun pada bangunan berkenaan.

6. Yang ini pulak, nak arahkan ke semua hampir 5000 penduduk di Bukit Antarabangsa untuk mengosong serta meninggalkan rumah kediaman mereka. Katanya, pihak polis akan mengawal keselamatan harta benda penduduk. Hai..! sampai bila pihak polis sanggup tunggu dan berkawal di sana untuk menjaga harta benda penduduk. Lepas tu, polispun meninggalkan kawasan berkenaan, akhirnya ke semua kawasan rumah yang tinggal itu akan jadi sarang penagih dadah, tempat ular bersarang dan mungkin tempat pendatang tanpa izin untuk bersembunyi ataupun mungkin jadi macam-macam tempat lagi yang tidak kita ingini.

7. Itu pasal para penduduk di Bukit Antarabangsa yang berjumlah hampir 5000 orang ni naik berang bila diarahkan berpindah, walaupun kawasan mereka tidak terlibat dengan tragedi tanah runtuh berkenaan. Tak boleh ke cari jalan bagaimana nak membuat tembok penghalang ataupun cerucuk bagi menguatkan struktur tanah yang berisiko tinggi untuk runtuh..? Datin Siti Nurhaliza dan Datuk K pun duduk di kawasan berkenaan. Nyayalah kak siti yang terpaksa meninggalkan rumah banglo mewahnya nanti.

8. Apapun, saya berharap agar pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri dapat mencari jalan penyelesaian secepat mungkin sama ada nak arahkan penduduk berpindah ataupun sebaliknya. Kalau berpindah, apa bantuan dan juga pampasan yang boleh diberi oleh kerajaan pusat dan negeri kepada mereka yan terlibat..?

4 comments:

Anonymous said...

Untungnya jd pduduk Bkt A/bangsa, hari2 liputn, mcm2 bantuan diberi, semua pmimpin besar turun padang. Kalaulah aku jd pduduk Bkt tu....

azreen said...

Apabila ditimpa musibah kita yang selamat seharusnya bersyukur dan bermuhasabah di atas kejadian yang menimpa ini..Tetapi apa yang ditunjukan oleh segelintir penduduk di kawasan ini adalah sebaliknya..mereka lebih sayangkan harta benda dan wang ringgit mereka..

kini mereka menunding jari kearah pihak berkuasa dan kerajaan..nk dkatakan kurang bijak mereka akn marah kerana mereka terdiri drpd golongn profesional..buta dan pekakkah mereka? mustahil mereka tidak tahu tentang larangan kerajaan berkenaan pembinaan di kwsan lereng bukit..tapi mereka beli dan bina juga rumah disitu..pemaju pula memanipulasi kedaan demi keuntungan dan pbt mungkin meluluskan projek berkenaan dgn anggapan jumlah kutipan cukai pintu dan cukai tanah dapat ditinggkatkan dengan wujudnya projek-projek perumahan baru..

labu said...

bagaimana pula nasib jiran kita di kg kelubi mentakab?

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=207&mode=thread&order=0&thold=0

SHAMSUDDIN MONER EL-ASKARI said...

Salam Mr. Labu. Mohon jasa baik saudara cerita sikit apa yang berlaku pada jiran kita di Kg. kelubi, mentakab tu. Supaya saya boleh kongsi bersama. Syukran