Dah lama tak menulis di sini: Agaknya kenapa pihak gereja Roman Khatolik beriya-iya sangat nak mencetak dan mengedarkan Bible yang diterjemahkan dalam bahasa melayu di malaysia ini..? Adakah mereka nak mendaulatkan bahasa melayu..Jika ini tujuannya baguslah.
Tetapi dalam setiap patah perkataan 'GOD' dan 'LORD' dalam Bible bahasa Inggeris telah diterjemahkan maknanya kepada 'ALLAH' dalam terbitan Bible bahasa Melayu ini.Kenapa mereka tak menterjemahkan 'God' kepada Tuhan..? Dalam kamus Oxford B.Inggeris-B.melayu, God bermakna Tuhan dalam bahasa Melayu..
Saya rasa tak ada salahnya jika Bible diterbitkan dalam bahasa melayu dengan menterjemahkan setiap patah perkataan ' God' dan 'Lord' kepada Tuhan dalam bahasa Melayu...ini soal uslub terjemaah daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu..Tak ada sebab kita nak menentangnya dan memusuhi puak-puak gereja ini menerusi 'The Bible Society of Malaysia' yang menjadi penerbit kepada Bible bahasa melayu ini. Sekuang-kurangnya dah ada kesedaran di kalangan orang bukan Melayu di malaysia ni yang nak memartabatkan bahasa Melayu.
Apa yang berlaku sebenarnya adalah di sebaliknya. Bible bahasa Melayu ini telah menyalahgunakan 'Nama Allah' dengan menterjemahkan setiap patah perkataan 'God' dan 'LORD" yang asalnya dalam bible bahasa Inggeris kepada maksud 'Allah' dalam bible terjemahan bahasa Melayu.. Jika terjemahan yang sebegini mereka lakukan maka kita sebagai umat Islam tidak boleh menerimanya dan menganggap bahawa penerbitam Bible bahasa melayu ini adalah satu penghinaan terhadap Allah yang suci daripada disyirikkan, daripada beranak dan diperanakkan, daripada menyamai makhluk..Ini kerana banyak keterangan-keterangan dan juga pegangan yang telah diselewengkan oleh padri-padri Kristian masa kini yang bercanggah dengan kitab asal Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Mereka telah berpegang kepada fahaman dan juga keimanan bahawa Nabi Isa itu adalah anak Tuhan dan Mariam ibu kepada Nabi Isa itu adalah isteri kepada Tuhan, yang akhirnya mereka beriktikad bahawa Nabi Isa juga adalah Tuhan; iaitu konsep ketuhanan yang 'trinity'.
Inilah asasnya kenapa kita mesti mempertahankan keputusan majlis fatwa Kebangsaan yang memfatwakan bahawa nama 'ALLAH' adalah eksklusif untuk umat Islam dan tidak boleh digunapakai oleh agama-agama lain bagi memanggil Tuhan yang mereka sembah sebagai Allah. Ini kerana mereka telah menyamakan Tuhan itu denga makhluk, iaitu mensyirikkan Allah. Maka tidak selayaknya dan tidak sewajarnya kita membenarkan puak-puak gereja ini untuk menggunakan nama 'Allah' secara mensyirikkannya. Sabda nabi S.a.w yang bermaksud: sesiapa yang meredhai dengan kekufuran (syirik) maka dia jugadianggap kufur.
No comments:
Post a Comment