BERSIH 2.0 telah mengemukakan lapan (8) tuntutan yang mereka dakwa sebagai langkah pembaharuan dalam sistem dan perjalanan proses pilihan rayadi negara ini. Tuntutan-tuntutan tersebut adalah seperti berikut :
a) SPR perlu melaksanakan pembersihan daftar pemilih;
b) SPR perlu melaksanakan pembaharuan Sistem Undi Pos;
c) SPR perlu melaksanakan penggunaan dakwat kekal;
d) SPR perlu memperuntukkan tempoh berkempen tidak kurang dari 21 hari;
e) SPR perlu menjamin adanya akses media yang bebas dan adil;
f) Memperkukuhkan institusi awam;
g) Memberhentikan amalan rasuah; dan
h) Memberhentikan amalan politik kotor.
Daripada semua tuntutan di atas, didapati hanya empat (4) tuntutan sahaja yang mempunyai perkaitan secara langsung dengan bidang tugas SPR, iaitu tuntutan-tuntutan dari (a) hingga (d) sahaja.Manakala empat (4) tuntutan yang lain tidak berada di bawah bidang kuasa SPR.
TUNTUTAN 1: SPR PERLU MELAKSANAKAN PEMBERSIHAN DAFTAR PEMILIH
Jawaban SPR - Proses pembersihan Daftar Pemilih dilakukan setiap hari terhadap pemilih yang meninggal dunia, pemilih yang bertukar alamat, pemilih awam yang menyertai tentera dan polis, pemilih pos tentera atau polis yang bertukar menjadi pengundi awam dan pemilih yang hilang kelayakan sebagai pemilih berdaftar. Bagi kes pembersihan disebabkan kematian, SPR tidak boleh memotong nama seseorang pemilih berdaftar itu tanpa mendapat maklaumat dan pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Tanpa memperoleh maklumat dan pengesahan daripada JPN bahawa seseorang pemilih itu telah meninggal dunia, SPR tidak mempunyai kuasa untuk memotong nama-nama pemilih berkenaan daripada pangkalan data Daftar Pemilih. Justeru itu, kerjasama waris-waris simati amat diperlukan untuk melaporkan kematian berkenaan kepada JPN dan seterusnya membolehkan SPR mengambil tindakan susulan untuk mengeluarkan nama pemilih tersebut daripada Daftar Pemilih.
TUNTUTAN 2 : SPR PERLU MELAKSANAKAN PEMBAHARUAN SISTEM UNDI POS
Jawaban SPR - Dalam konteks 'Pengundi Tidak Hadir', tatacara sistem pengundian pos yang diperuntukkan oleh Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 dibuat menurut perenggan 16 (2) (n) Akta Pilihan Raya 1958. Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia dan pasangan masing-masing, anggota-anggota polis dan pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA), pegawai dan kakitangan awam serta pelajar-pelajar dan pasangan yang menuntut sepenuh masa di luar negara untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing memilih wakil rakyat dengan mengundi secara pos. Sekiranya mereka tidak diberi peluang untuk mengundi secara pos, maka mereka tidak akan dapat menikmati hak pengundian yang diberikan kepada setiap warganegara Malaysia.
Berdasarkan hakikat ini, sistem pengundian pos yang sedia ada masih lagi relevan. Andainya sistem pengundian pos yang sedia ada dirombak, ia dikhuatiri boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam kerana anggota-anggota tentera tidak boleh menjalankan tanggungjawab mereka menjaga keselamatan negara daripada ancaman musuh dan anggota-anggota polis tidak boleh melaksanakan tugas mereka menjaga ketenteraman awam kerana kedua-kedua pihak tersebut terpaksa berada di pusat-pusat mengundi di merata-rata tempat untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari mengundi. Keadaan ini juga boleh menyebabkan pegawai, kakitangan dan pasangan mereka yang bertugas di luar negara serta pelajar-pelajar dan pasangannya yang menuntut sepenuh masa di luar negara terhalang hak asasi mereka untuk mengundi seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Namun begitu, SPR sentiasa mengkaji cara yang lebih efektif bagi memantapkan lagi sistem pengundian pos tersebut. Antara langkah yang difikirkan bersesuaian adalah menggantikan sebahagian daripada sistem undi pos kepada pengundian awal yang mana pengundi-pengundi akan dikumpulkan di suatu tempat yang sesuai untuk mengundi. Sistem ini bagaimanapun mungkin tidak akan terpakai untuk pelajar di luar negara, mereka yang bertugas di luar negara dan juga anggota tentera dan polis yang terpaksa bertugas di perbatasan yang tidak dapat dikumpulkan di suatu tempat tertentu untuk melaksanakan pengundian.
TUNTUTAN 3: SPR PERLU MELAKSANAKAN PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL
JAWABAN SPR - Cadangan penggunaan dakwat kekal (indeible ink) terpaksa dibatalkan atas beberapa sebab. Selain atas sebab keselamatan sepertimana yang telah diumumkan oleh Pengerusi SPR pada 4 Mac 2008, cadangan tersebut juga didapati bercanggah dengan Fasal (1) Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak seseorang pemilih berdaftar untuk mengundi. SEseorang pemilih berdaftar tidak boleh dinafikan hak untuk mengundi kecuali jika pemilih berdaftar itu hilang kelayakan untuk mengundi di bawah undang-undang. Dalam konteks ini, sekiranya penggunaan dakwat kekal dilaksanakan, penafian hak seseorang pemilih untuk mengundi dikhuatiri mungkin boleh berlaku dalam keadaan jari mereka mungkin dipalit dengan dakwat kekal secara diluar kerelaan atau kesedaran mereka sendiri.
Tuduhan pihak-pihak tertentu bahawa berlakunya pengundian berganda oleh seseorang pengundi semasa pilhan raya sehingga memerlukan kepada penggunaan dakwat kekal merupakan tuduhan yang masih tidak dapat dibuktikan oleh mana-mana pihak. Sehingga kini, tidak ada satu kes pun yang melibatkan petisyen pilihan raya dan dibawa ke mahkamah berkaitan dengan pengundian berganda.
Oleh yang demikian, kaedah sedia da yang diamalkan pada masa ini masih lagi relevan dan selamat serta menjamin ketelusan proses pengundian yang dilaksanakan. Walau bagaimanapun SPR kini sedang di peringkat mengkaji kaedah lain yang bersesuaian bagi menggantikan cadangan penggunaan dakwat kekal. Antaranya ialah kemungkinan menggunakan kaedah teknologi moden iaitu menerusi kaedah biometrik.
TUNTUTAN 4: SPR PERLU MEMPERUNTUKKAN TEMPOH BERKEMPEN TIDAK KURANG 21 HARI
JAWABAN SPR - Peruntukan undang-undang sedia ada memberikan kuasa kepada SPR untuk menentukan tempoh berkempen dengan syarat ia tidak kurang daripada tujuh hari. Dalam menentukan tempoh berkempen, SPR mengambil kira beberapa faktor seperti iklim politik, perihal keselamatan dan ketenteraman awam serta turut mengambil kira pandangan daripada parti-parti politik yang rata-rata bersetuju dengan tempoh berkempen yang dilaksanakan ketika ini.
Tempoh tujuh hingga sembilan hari adalah bersesuaian bagi semua parti lebih-lebih lagi parti politik yang kecil saiznya atau calon bebas memandangkan ia tidak memerlukan setiap parti membelanjakan kos yang tinggi bagi mengeluarkan bahan-bahan kempen.
Bagaimanapun SPR akan terus mengkaji semua langkah pembaikan, termasuk memperuntukkan tempoh kempen yang lebih panjang sekiranya langkah tersebut boleh membawa kebaikan kepada semua pihak dan tidak menimbulkan isu keselamatan dan ketenteraman awam.
RUMUSAN - SPR ADALAH BADAN PENGENDALI PILIHAN RAYA YANG BEBAS, TELUS DAN SAKSAMA
SPR ditubuhkan mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan yang berfungsi untuk:
a) Menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan;
b) Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih;
c) Membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang daripada lapan tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu.
Sebagai sebuah Suruhanjaya yang bebas, keputusan SPR tidak dipengaruhi oleh sesiapapun. Dalam melaksanakan fungsi-fungsinya, SPR berlandaskan kerangka undang-undang yang sedang berkuat kuasa sekarang iaitu Perlembagaan Persekutuan (Perkara 113-120), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5), Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya ) 1981, Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.
SPR telah membuktikan kewibawaannya melalui pengendalian 12 Pilihan Raya Umum (PRU) semenjak 1959. Ini termasuklah PRU Ke-12 pada Mac 2008 yang menyaksikan pihak pembangkang telah memenangi 82 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan, di samping menguasai pemerintahan di lima buah negeri. Sementara itu, daripada 16 Pilihan Raya Kecil yang diadakan selepas PRU Ke-12 pula, lapan daripadanya telah dimenangi oleh pihak pembangkang.
Kesemua ini meyakinkan rakyat bahawa sistem dan perjalanan proses pilihan raya yang diguna pakai oleh SPR pada masa ini adalah suatu sistem dan proses yang berwibawa (credible election), bebas dan adil. Ini kerana, keputusan-keputusan pilihan raya telah diterima secara sah (legitimate) oleh semua pihak asama ada pihak kerajaan maupun pihak pembangkang, yang telah membawa kepada pembentukan sebuah kerajaan yang diiktiraf..
SUMBER : SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA (SPR)

No comments:
Post a Comment