1. Memang dalam al-Quran amat jelas tentang menghendaki 4 orang saksi yang adil bagi membuktikan sesuatu kes zina. Jika tidak boleh mendatangkan 4 orang saksi maka pengakuan ataupun Ikrar daripada sipelaku zina juga boleh menggantikan 4 org saksi bagi mewajibkan pemerintah menjatuhkan hukuman had zina kepada pesalah..
2. Bagaimanapun dalam kes-kes yang tidak melibatkan hukuman hudud seperti hukuman takzir maka syarat syahadah 4 orang saksi ataupun 2 orang saksi tidak menjadi syarat untuk mensabitkan hukuman takzir kepada seseorang yg melakukan kesalahan takzir..
3. Sebahagian ulama meletakkan kesalahan liwat adalah termasuk dalam kesalahan takzir yang tidak wajib dijatuhi hukuman had...terpulang kepada pemerintah untuk menentukan apa-apa hukuman kepada pesalaha liwat..Saman juga dalam kes rogol, ianya tidak termasuk dalam kesalahan hudud, ianya dimasukkan ke dalam kesalahan takzir..kalau kes rogol dimasukkan dalam kes hudud maka amat sukar bagi mangsa yg kena rogol untuk mendapatkan pembelaaan kerana mana ada kes rogol yang mana mangsa dapat membawa 4 orang saksi. Sebab itu dalam kes rogol maka keterangan dan pembuktian menerusi Qarinah (tanda-tanda ) boleh digunakan sebagai bahan bukti seperti kesan air mani yang boleh disahkan melalui ujian DNA..
4. Berbalik kepada kes zina pula..adakah boleh dan harus pihak hakim menggunakan bukti tayangan video yg asli untuk dijadikan bahan bukti bagi mensabitkan kesalahan zina..? Saya setuju dengan pendapat Peguam Syar'ie Sdr Zainul Rijal baru-baru ini yang berpendapat bahawa video boleh dijadikan keterangan untuk mensabitkan kes zina...cuma hukuman had tak boleh dijatuhkan kepada pesalaha ini kerana tidak dibuktikan dengan 4 org saksi..Ianya boleh dituduh dibawah undang-undang ta'zir iaitu bersekedudukan dengan wanita yang bukan muhram yang hukumannya adalah denda dan penjara sahaja...bermakna bahawa jiia benar Video seks yang dihebohkan baru-baru ini oleh Datuk 'T' disahkan asli dan sahih maka mahkamah syariah boleh mendakwa DSAI..
5. Bagi saya pula bukannya masalah boleh didakwa atau tidak ataupun cukup 4 orang saksi atau tidak..persoalannya ialah kita sebagai seorang muslim yang adil perlu menjaga imej dan maruah diri supaya tidak terjemak dengan skandal-skandal yang memalukan ummah dan keluarga..walaupun tak ada 4 org saksi tetapi kesahihan video itu sudah cukup menjadi bukti tentang perlakuan kita yang hina dan jijik di dunia ini..samalah macam tindakan Bank mamasang CCTV di Bank bagi mengesan muka perompak dan penjenayah..memang CCTV bukan sebagai saksi yg boleh bercakap tetapi dengan CCTV ini membolehkan pihak polis mengenalpasti wajah-wajah penjenayah dan perompak yg melakukan rompakan di Bank dengan pantas dan terus menahan mereka yg disyaki dengan rakaman CCTV ini..
Kalau video dan CCTV ini tidak boleh dijadikan bahan bukti untuk megenalpasti individu yg terlibat dalam sesuatu kes maka apa gunanya pihak berkuaSA DAN JUGA SEMUA PIHAK DI DUNIA MASA KINI MEMASANG cctv DI PERKARANGAN PEJABAT DAN DI PREMIS PERNIAGAAN MEREKA DENGAN KOS YANG TINGGI.
Rayuan haji 1446H/2025M dibuka
2 days ago
7 comments:
tolong baca pasal hukum dahulu..solat subuh berjemaah dulu sebelum bercakap pasal islam..dan memfitnah org...sebab saudara jika kita fitnah org dan bendaa dia salah akan erbalik pada kita.wassalam
i thought u made a free comment..ler..kena dapat approval..takut?
Saya amat tertarik dengan perbincangan oleh Abu Nawas mengenai hukuman untuk kesalahan seperti sodomi dan zina menurut perspektif Islam.Kenapa kerajaan kepimpinan BN masih teragak-agak untuk membicara Dato Seri Anwar Ibrahim yang didakwa terlibat dalam kes sodomi dan seks video menurut undang-undang Islam seperti diminta oleh beliau?
Saya amat tertarik dengan perbincangan oleh Abu Nawas mengenai hukuman untuk kesalahan seperti sodomi dan zina menurut perspektif Islam.Kenapa kerajaan kepimpinan BN masih teragak-agak untuk membicara Dato Seri Anwar Ibrahim yang didakwa terlibat dalam kes sodomi dan seks video menurut undang-undang Islam seperti diminta oleh beliau?
Saya sangat setuju sekali apabila video dan rekaman cctv sah atau dapat dijadikan sebagai barang bukti suatu perkara kejahatan/kriminal.(banten-Indonesia)
Saya setuju dengan yang dicakapkan Abu Nawas bahwa video and rakaman cctv dapat dijadikann barang bukti suatu kejahatan/kriminal. (Banten-Indonesia)
Setuju video boleh dijadikan bahan bukti, tapi bukan bukti yg utama.
terlalu banyak 'doubt' di dalam video, terutama dgn teknologi skrg.
Post a Comment