Translate

Thursday 27 August 2009

PENANGGUHAN HUKUMAN SEBAT KARTIKIA: BUKTI BN KHASNYA KDN TAK SERIUS

1. Saya amat terkejut bila mendapat berita dan juga pengumuman dan juga kenyataan di dada-dada akhbar bahawa pelaksanaan hukuman sebat kepada Kartika terpaksa ditangguhkan kerana Penjara kajang tidak mempunyai jurusebat yang pakar dalam mengendalikan hukuman sebat yang melibatkan kes jenayah syariah.

2. Bukankah enakmen jenayah syariah ni dahpun digubal lebih 10 tahun yang lalu dan kebanyakan negeri-negeri di dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri dan Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan ada memberi kuasa dan peruntukan kepada mahkamah syariah negeri untuk mengenakan hukuman sebat 6 kali sebatan.

3. Yang hairan dan yang kesalnya saya, selama ini tidak ada penyelarasan ke antara mahkamah syariah dan juga penjara-penjara yang dibawah pentadbiran KDN ni..? kalau nak diluluskan hukuman sebatan sebanyak 6 kali sebat bagi kes jenayah syariah, sepatutnya kerajaan persekutuan menerusi KDN dan Jabatan penjara perlu membuat persiapan untuk melatih dan melantik jurusebat kes jenayah syariah di Penjara Kajang ataupun di mana-mana penjara yang boleh menjalankan hukuman ini. Hai, susah sangat ke nak melatih, melantik dan juga melaksanakan hukuman sebat ni. Ini baru kes 6 sebatan. Sedangkan kes yang lebih besar daripada ini seperti hukuman gantung sampai matipun boleh dikendalikan oleh Penjara Kajang. Ini kes cipotpun tak boleh nak selesai.

4. Yang hairannya, kerajaan kita ni mampu pula melatih dan melahirkan 2 orang angkasawan negara hingga dihantar training ke Russia selama lebih setahun hanya semata-mata untuk naik ke angkasa lepas. rasanya beratus-ratus juta juga kerajaan membelanjakan wang untuk tujuan ini.

5. Tapi, bila sampai soal nak mendapatkan tukang sebat kes syariah ni, lain pula ceritanya. langsung tak ada seorangpun di kalangan kakitangan perkihmatan awam yang lebih sejuta di negara ini yang mampu melakukannya. jawabnya, ialah mereka yang memegang jawatan dan juga yang bertanggung jawab dalam hal ehwal ini tidak begitu konsen (prihatin) dengan pelaksanaan hukuman sebat kes syariah ini. Mereka hanya meluluskan undang-undang dan peraturan Islam secara sambil lewa dan melepaskan batuk di tangga. Bila dah kecoh seluruh negara, barulah terbongkar rahsia yang selama ini tiada persiapan rapi dari segi pelaksanaannya.

6. Susah-susah sangat, saya cadangkan Penjara Kajang supaya melantik JUrusebat Sambilan (part time) untuk melaksanakan perintah hukuman sebat ni. sayapun sanggup menjadi salah seorang penyebat profesional sambilan. Bukan susah sangat nak melaksanakannya. Nak seribu daya, tak nak seribu dalil. Bila dah jadi kecoh macam ni, mulalah kita menyalahkan UndangUndang Islam yang tidak adil dan tidak efektif dan lebih menyedihkan bila ada pula yang menyalahkan mahkamah Syariah yang tidak cekap. Yang lagi dahsyat dan yang lagi tak masuk akal ialah bila ada pula Menteri yang jaga wanita ni, mempersoalkan hukuman ini kerana ianya dianggap sebagai satu diskriminasi kepada kaum wanita

Apa nak jadi, apa nak jadi, sampai sekarang hukum hudud tak laksana lagi..! Apa nak jadi..!

5 comments:

. said...

Saudara,

Saya telah memasukkan blog saudara ke blogroll saya. Jemputlah menziarahinya.

http://nobisha.blogspot.com

Aspirasi said...

ai kapten.. lain je bunyi..

SHAMSUDDIN EL-ASKAREY said...

Saudara Aspirasi! Ini bukan soal lain bunyi. Bunyinya tetap sama. Tapi irama dan lagunya saja yang agak lain sikit. Prinsip saya, soal agama dan hukum ini kita tak boleh main-main dan mempolitikkannya. Jangan ada pemimpin yang nak dapat dapat kuasa terpaksa bercakap soal agama dan perjuangan. Tapi, bila dah dapat kuasa maka soal agama dikesampingkan. Kita kena tegur sikit pemerintah dan kerajaan BN ini. Jangan tunggu dah lingkup nanti, baru kita sedar akan kesilapan. Saya dalam soal ni, very objektif.

YANG GAMBI said...

Salam, penyelarasan pentadbiran pelaksana hukuman yang di tentukan oleh Mahkamah Syari'ah dan Sivil perlu diperbaiki, kalau tidak mampu untuk mengadakan penjara berasingan.

Anonymous said...

zaimi machang...

betul tu kapten...saya sokong sepenuh hati kenyataan kapten...saya pun nk jadi penyebat sambilan..x yah byr apapun..guru2 disiplin pun ramai yg pandai sebat..wslm