Translate

Tuesday 7 July 2009

PAS PARTI SERPIHAN UMNO- asalnya SAYAP KANAN UMNO

1. Ceritanya begini..! Satu persidangan ulama telah diadakan di Muar, Johor pada tahun 1950 yang dipengerusikan oleh Tuan Hj Mohd Noh Umar yang bertujuan untuk memikirkan pembangunan Islam di negara ini. Persidangan ini dianjurkan oleh UMNO di bawah kepimpinan Dato' Onn Jaafar. Persidangan itu telah menghasilkan pertubuhan Persatuan Islam Semalaya atau PAS sebagai salah satu sayap UMNO di dalam menggerakkan agenda perjuangan agama, bangsa dan tanah air di mana program utamanya ialah memerdekakan negara daripada penjajah.

2. Persidangan itu juga turut menonjolkan seorang tokoh ulama daripada terengganu iaitu Tuan Hj Ahmad Fuad Hasan yang kemudiannya menduduki jawatan penting di dalam UMNO sebagai ahli MKT dan rapat dengan Presiden Parti, Dato' Onn Jaafar- Hj Ahmad Fuad turut mengetuai sayap ulama di dalam UMNO iaitu PAS.

3. Apabila berlaku krisis di dalam UMNO yang membawa kepada perletakan jawatan Dato' Onn daripada Presiden UMNO, maka Hj Ahmad Fuad menjadi salah seorang daripada calon Presiden bagi menggantikan Dato' Onn, di samping Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj dan Dato' Zainal Abidin. Akhirnya Tunku Abdul Rahman telah dipilih sebagai Presiden UMNO setelah mengalahkan Hj Ahmad Fuad dan calonlain.

4. Nak tahu apa yang berlaku selepas pemilihan ini..! Hj Ahmad Fuad tidak menerima kekalahan itu dengan hati terbuka sebaliknya beliau keluar daripada UMNO dan membawa bersamanya Persatuan Islam SeMalaya (PAS). Pada tahun 1951 PAS ditubuhkan sebagai pertubuhan yang berasingan daripada UMNO sebagai sebuah parti politik baru, iaitu parti serpihan UMNO. PAS ditubuhkan bukanlah hasil daripada permuafakatan persatuan-persatuan melayu dan ulama dari seluruh tanah air, sebaliknya ia ditubuhkan hasil daripada kekecewaan pemimpinnya Tn Hj Ahmad Fuad yang kalah bertanding jawatan Presiden UMNO dengan Tunku Abdul Rahman.

5. Kekecewaan ini telah menjadi faktor utama wujudnya parti-parti serpihan dalam arena politik tanah air. Serpihan ini telah menyebabkan UMNO telah menjadi sedikit sumbing dan pincang. Walaupun kesumbingan UMNO akibat daripada perpecahan ini boleh dibaiki, tetapi serpihan yang membawa parti induk menjadi sumbing ini adalah fenomena yang negatif dan memudharatkan kesatuan umat Islam di dalam UMNO untuk memartabatkan agama, bangsa dan kemerdekaan Malaya pada ketika itu.

6. Jika sesuatu perjuangan itu didokong oleh niat yang buruk dan 'ada udang di sebalik batu' dan 'pepat di luar dan rincung di dalam', maka ianya akan membawa kepada kemusnahan dan kehancuran. Sabda Nabi SAW, yang bermaksud: " Hanyalah amalan-amalan itu mengikut apa yang ia niatkan". Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumiddin menyebut sepotong hadis yang bermaksud: " Manusia semuanya binasa melainkan orang yang berilmu, orang-orang berilmu semuanya binasa melainkan orang-orang yang beramal dengan ilmunya, dan orang-orang yang beramal semuanya juga akan binasa melainkan orang-orang yang ikhlas di dalam amalannya dan orang-orang Ikhlas itu berhadapan dengan cabaran besar".

7.
PAS sepatutnya bersikap jujur dan ikhlas dalam perjuangan politiknya apabila ia membawa nama Islam dan mendakwa mmeperjuangkan Islam. Kenapa PAS tak mahu bekerjasama dengan UMNO..? Kenapa PAS boleh bekerjasama dengan DAP dan HINDRAF....? Jawabnya ialah kerana mereka mempunyai sifat dendam dengan UMNO, sama dengan orang Arab jahiliah yang taasub dengan kabilahnya di zaman Arab jahiliyah di Mekah. Mereka sanggup berperang dan bermusuh dengan kabilah lain akibat seekor unta yang mati di bunuh oleh puak lain sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya. Inilah di afahaman asobiyah yang ditentang oleh Islam dan kalau mati, maka matinya adalah mati jahiliyah.

Tulisan akan datang, saya akan membicarakan pula tentang penyelewengan PAS dari sudut agama, syariat dan kemasyarakatan. Tunggu...!

3 comments:

Mrkolumpo said...

hanya org bodoh yang akan jatuh lubang yang sama kali kedua...hanya org bangang yang biarkan diri dipatuk ular yang sama...erm taknak ke tulis penyelewengan umno terhadap agama?bangsa?jadi tali barut penjajah?jadi taik penjajah?umno wujud bukan nak perjuang merdeka pun...tapi tentang malayan union ja...yang perjuang merdeka tuh API,MPAJA,tok bahaman,mat kilau,tok gajah.tu baru betul

Anonymous said...

UMNO tak pernah menyeleweng daripada landasan perjaungan asalnya untuk menegakkan Islam, bangsa melayu dan kemerdekaan negara ini. UMNo adalah pertubuhan siasah yang menjadi penyelamat kepada marusah umat Islam di dunia ini. Cuma, yang melakukan penyelewengan dan juga kezaliman itu kadang-kadang lahir daripada sesetengah pemimpin UMNO itu sendiri. UMNo tak pernah mempertahankan orang yang menyeleweng dan korupsi. Contohnya, dato' harun Idris didakwa di mahkamah. Anwar Ibrahim Tim. Presiden UMNO didakwa di mahkamah, Dato' Mokhtar hashim yang terlibat kes bunuh dato' Taha, ADUN Gemenchehpun telah didakwa di mahkamah. Kalau ada kelemahan pada UMNO bukan disebabkan oleh UMNo tetapi ahli UMNO itu sendiri. Sama juga dengan kelemahan umat Islam di dunia ini, yang lemah bukanlah Islam tetapi adalah umat Islam itu sendiri. Jangan lihat bila ada pemimpin yg menyeleweng dalam UMNO maka UMNO dituduh tidak relevan. fikir-fikirkanlah..!

Mrkolumpo said...

namun kebanyakan yang didakwa itu adalah orang2 yang ingin dilupuskan dan tidak disenangi oleh pemimpin no wahid dalam umno..kebanyakan yang bersalah dan rasuah tetap dilindungi dan kes itu disenyapkan begitu sahaja..adil kah itu?