Translate

Monday 20 July 2009

BERTUAH NASIB PENJENAYAH DI MALAYSIA - RAMAI PEJUANG HAK ASASI AKAN MEMBELANYA

1. saya teringat akan satu kisah di Amerika Syarikat pada tahun lepas. di mana seorang pencuri yang menceroboh masuh ke dalam rumah orang telah menyaman tuan rumah berkenaan kerana melanggar hak asasinya untuk makan. Ceritanya begini, tuan rumah berkenaan telah membuat sistem keselamatan dalam rumahnya di mana seseorang yang menceroboh masuk ke dalam rumahnya tidak boleh keluar kerana sistem pintu dan tingkap elektrik yang digunakan dalam rumahnya boleh dibuka masuk tetapi tidak boleh keluar. Akibatnya beberapa orang pencuri yang masuk ke dalam rumahnya semasa ketiadaan tuan rumah tadi telah terkurung lebih 2 hari dalam rumah berkenaan. kebetulan pula, bekalan makanan dalam rumah berkenaan tidak ada dan tiada stok makanan dalam peti ais di rumah itu.

2. Bila tuan rumah balik ke rumah, di dapati pencuri berkenaan telah letih dan lemah kerana tak makan selama dua hari. Kedua-dua pencuri ini telah diserahkan kepada polis kerana kesalahan menceroboh rumahnya. Sebaliknya para pencuri ini telah menyaman tuan rumah ini kerana telah meninggalkan rumahnya tanpa ada sebarang makanan dan sistem keselamatan pintu dan tingkap di rumah berkenaan telah menyebabkan pencuri tadi tidak boleh mendapat makanan di luar. Tuan rumah telah dipersalahkan kerana membiarkan pencuri ini kelaparan dalam rumah dan ini telah melanggar hak asasi pencuri ini untuk mendapatkan makanan. Kes ini telah dibicarakan dan akhirnya tuan rumah didapati bersalah dan didenda kerana cuai. Ini kes yang berlaku di Amerika. Aneh betul kan, seorang pencuri telah diberi pembelaan dan mangsa kecurian pula yang dipersalahkan.

3. bagaimana pula dengan malaysia, nampaknya sejak adanya pakatan Rakyat ni, ianya sama juga dengan apa yang berlaku di Amerika. Contohnya, seorang pencuri kereta mewah berbangsa India ( Kugan) satu masa dulu telah dibela oleh puak-puak pejuang hak asasi kononnya pihak Polis telah menyebabkan kematiannya dalam tahanan. mereka tak percaya dengan laporan doktor bedah siasat dan juga Polis. Polis dan doktor yang tak betul. habis apa yang dibuatnya selama ni yang terlibat dengan kes-kes kecurian kereta mewah tu, betul ke..?

4. Dulu YB. Nizar dan para penyokong PAS di Perak telah memprotes Sultan Perak dan menderhaka kepada raja. Para penyokong PAS telah berbaring dijalan raya untuk menghalang kereta Raja nazrin Shah yang lalu menuju ke Istana Bukit chandan. Akhirnya Polis di salahkan kerana telah menggunakan kekerasan dan juga alat pemedih mata untuk menyuraikan rusuhan itu. Sebaliknya, YB Nizar pula yang dianggap sebagai wira rakyat. Sekali lagi pihak istana di persalahkan dan juga Polis dituduh berlaku kejam dan zalim. habis apa yang mereka lakukan tu betul dan beradab ke..?

5. Baru-baru ini kita digegarkan dengan kematian pegawai khas Exco selangor yang memberi keterangan di pejabat SPRM sebagai saksi kepada kes tuduhan penyalahgunaan wang negeri oleh 7 orang ADUN dan Exco DAP Selangor. Akhirnya, orang menyalahkan SPRM dan juga kerajaan bersubahat dengan kematian mangsa ini. habis mereka yang menjadi dalang kepada gangster dan kongsi gelap di selangor ni, betul ke..? Kalau nak cerita lebih kita tanya dengan Ahli Parlimen PKR Wangsa maju, YB. Wee Chee Keong yang mendedahkan perkara ini. sebenarnya YB Azmin Ali sendiri telah mendesak MB selangor, Khalid Ibrahim supaya merombak segera EXCO Selangor kerana dia dah terhidu dengan gerakan-gerakan kongsi gelap di kalangan pemimpin-pemimpin DAP Selangor. Apa nak jadi dengan Malaysia sekarang ni. Sayapun lepas ni nak berbaik-baik juga dengan perompak dan penyamun di di negara ini, kerana jika ada pihak Polis ataupun pihak berkuasa yang cuba ganggu saya maka rakyat akan membela saya. Na'uzibillah.

3 comments:

Anonymous said...

zaimi...
mungkin ramai yang tak tahu atau yang sengaja x ambik tahu...inilah permulaan kejatuhan sesebuah negara seperti indonesia...apabila sistem perundangan dan perlembagaan negara diketepikan...budaya menfitnah semakin berleluasa...dah jadi alat permainan politik...mane parti Islam kita...bagilah nasihat kpd kawan2 anda...UMNO x layak bagi nasihat sbb bkn Islam sebenar...yg Islam hanya PAS...bayak kes yg berlaku yg dahulunya diperjuangkan ditentang habis-habisan TAPI kini tidak lagi...semuanya sbb kepentingan politik masing2...BERAPA KERAT MELAYU DLM PKR???? SAPA YG BERKUASA DLM PKR??? cho yo nun alif...
x sabar nk tunggu komen bernas dr mrkolumpo

setulangdaing said...

Tuan,

Penjenayah memang beruntung. Dengan segala kebrengsekan yang dilakukan, kalau ditangkap polis pun nasib mereka tetap lebih baik dari sebahagian orang lain.

Di penjara, keselamatan mereka dijaga, makan minum juga dijaga. Kalau tuan berkesempatan, tanya-tanyakanlah kepada pihak penjara, apa menu makanan banduan. Tuan akan rasa terkejut dan sakit hati. Duit cukai yang kita bayar diberi kepada pihak yang menyusahkan kita.. dengan berlebihan.

Tidur banduan pun disediakan tilam. Nak belajar, buku dicarikan. Taukah tuan banduan tidak lagi dipanggil 'banduan' tetapi 'penghuni' agar mereka tidak rasa terhina. Di sesetengah penjara, banduan dipanggil ahli keluarga.

Sebab itulah mereka lebih suka masuk penjara.

Mrkolumpo said...

macam ni lah..pada hemat saya...bukan nak bela kugan atau sesiapa cuma hukuman itu mendahului mahkamah..belum lagi dibawa ke mahkamah..tak thau lagi salah ke tidak..dah kene belasah sampai mati..itu yang dipertikaikan..kalau betul bersalah,dah dijatuh hukum di mahkamah..nak pancung pun..silakan lah...pernah dalam sirah zaman nabi,seorang sahabat memenggal kepala tentera kuffar walaupun askar itu mengucap kalimah syahadah...Rasulullah pun memangil sahabat itu dan bertanya kenapa kamu bunuh dia sedangkan dia mengucap..lalu jawab sahabat itu aku bunuh dia kerana dia tidak ikhlas mengucap syahadah..dia ucap kerana takut dibunuh..lalu Rasul menjawab apakah kamu telah belah hatinya dan nampak akan dia ikhlas atau tidak....begitulah juga dalam hal ini..jangan semudah kite nak menghukum orang tanpa bicara seperti juga ISA.

saya juga pembayar cukai..tiap2 bulan mmg short 7-9 ratus kene potong namun pada saya lebih redha jika duit saya itu digunakan untuk mebiayai perbelanjaan makan minum banduan dari diguna untuk bayar gaji menteri yang tak reti buat kerja...awak jadi menteri nak jaga siapa???jaga rakyat ke jaga kroni???sana songlap,sini songlap,tol naik,letrik naik..rakyat bawah yang separuh mati.dalam islam tidak dibenarkan untuk menahan banduan tanpa meberikan asas kehidupan kepada mereka seperti makan minum ...soal banduan buat jahat itu urusan dia dgn Allah tapi kite tetap tak boleh nak menghukum seseorang melebihi apa yang Allah dan Rasul dah beri guideline.

p/s : saya bukan belajar tinggi sgt,belajar agama pun tak berapa nak tinggi jugak,komen saya pun mungkin ada yang bernas dan mungkin ada yang tak bernas..namun pada saya what is right,is right....apa2 pun kite balik pada Alquran dan As-sunnah.bukankah Islam itu lengkap???